home about contact travelog resepi bahasa jerman

Dream Job & My Stupidity

If you happen to be reading this, thanks alot for dropping-by here. I have nothing much to say, but I have a tale to tell.

Sooo, like everyone knows, I am currently looking for a job. So, bila dah isi-isi skills yang ada ni dalam Jobstreet, sebabkan aku tahu C and C++ programming, Jobstreet pon banyak lerr men-suggest job-job software developer, software engineer, programmer dekat aku. Memang cheq masa zaman study dulu-dulu berangan sangat nak jadi Software Developer, padehal ilmu di dada apelah sangat. Derr, aku memang nakkkkk sangat-sangat kerja hari-hari taip coding ni, derr. Minat mendalam. Terpaku dihati impian aku nak jadi Software Developer ni, jadi ala-ala Steve Jobs la kononnya. So itu kesah dream job aku.

Tapi bila dah mula cari kerja ni, ko baca job requirement nak macam-macam, masa tulah ko akan terduduk. Barulah ko tau, aku ni dungu rupanya. Very little that I know, that pengetahuan programming aku ni ciput sangat sebenarnya untuk kerja-kerja cemtuh. Maka aku sedih.


Baru-baru ni ada kampeni emel aku ajak acah-acah nak intebiu. Aku pon excited lerr. Aku mintak nak kerja Electrical Engineer **dah memang itu pon bidang aku kann** sekali dia nak kasi job sebagai Software Developer. Hatiku gumbira! Tapi programming language yang dia nak tu, aku tak tahu. So, aku pikir, takpe, aku belajor. Kita terai, kita terai. Tapiiii!



Tapii dia cakap, masa intebiu-nya tuh nanti, dia nak test aku taip bende alah tuh. Dia cakap kampeni dia biasanya guna Java dengan C#. Job dia offer aku tuh tu Java. Jadi aku pon emel-mengemel la dengan si dianya, nak tau details tentang intebiu semua-semualah. Sekali aku tanya dia, dia nak Java JER kan? C# aku belom learn. Terus dia mengguris pride aku. Dia jawab macem ni emel aku,

"Ohhh I see, you have very little experience in programming...."


Ade ke patot dia ckp cemtuh, terguris hati akak tau!. Hahaha. Walaupon mung nengok aku ni nampak macam perempuan yang tiada ego, tiada pride, namun satu ketika kejab tadi, seseorang telah berjaya mencalarkan pride aku. Egoku terguris, hatiku pedih! Hahahahha over sangat hakak kan. Soo, itulah ceritanya nak dibagitahu arini. Hati pedih, tapi perjalanan hidup perlu diteruskan. Hihihihi :D

Thanx for reading everyone. Anneyoung!

Projek Suri Rumah Berjaya : Episode 1 DIY Tilam Babycot

Alkisahnya baru sekejab tadi, Kak Sally call aku. Kak Sally kata, dia ada dekat-dekat Shah Alam, mula-mula macam nak datang rumah aku melawat Fikri, sekali tak sempat pulak. Takde rejeki lagilah mama Fikri nak jumpa Aunty Sally Fikri. Takpe insyaAllah nanti-nanti adalah rezekinya tu. 


So how's everyone wikend? Kitorang wikend-wikend ni masa untuk pergi kenduri kawen, ramai bebenor kawan kawen umur 25-27 camnie. Hehehe. Semalam dah pergi 2 kenduri kawen orang, arini takde kenduri nak pergi, sooo duduk ajelah diam-diam dekat rumah. Masak pon malas wikend-wikend ni, aku kirim jer suruh Kembar Cik Juwaily dengan Isterinya belikan nasi dengan lauk. Cheq malaih nak masak makan tengahari. Cheq rajin nak buat benda lain ja. Haa apabende yang cheq tengah dok rajin buat tuh?


Ni nak cerita. Aku tengah buat 1 projek ni. Cewah, projek! Projek nak menjahit tilam untuk babycot Fikri! Hihihi. Akk ipar kesayangan aku nak kasi babycot dia dekat kitorang, tapi tilamnya takde, dia dulu-dulu lapik dengan toto jer. Aku dah lama beli kain, kekabu bagai nak buat tilam ni, tinggal lagi, progress tu jer yang slow sangat. This week macam dapat buat banyak. Nak tengok tak banyak mana cheq dah buat? Hihiihi. Semangat nak cite, padehal buat tak seberapa sangat pon. Kahkahkah :D :D :D Siapa-siapa rasa nak belajar, meh ikut ajaran sesat aku. Kikiki :D Semoga bermanfaatla yer!


Dah siap semua bahan ada, mula-mula korang potong kain korang supaya dapat size dia 270cm X 150cm. Pastu lipat dua. make sure bahagian kain yang cantik bertemu. Right side together, omputeh kata! Hihhihihi Korang jahit sekeliling dia, tinggal dalam 40cm bukaan. Bukaan ni nanti tempat kita nak masukkan kekabu. Gtuh! Lepaih kome dah jahit comel-comel tu, maka terbalikkan kain korang, yang bahagian cantik tarik bawak keluor. Aterr tetiba jadi orang perokk pulak! Hahahhaha :D


Haa issekarang kita nak mengosok ler kain kita ni. Mula-mula tekan iron dekat atas jahitan. Make sure korang tarik kain korang tegang-tegang, barulah dapat gosok tepat-tepat atas jahitan tu.


Lepaih itu, kome gosok lagi atas jahitan komen tu, this time jahitan korang duduk tepiiiii sekali kain. Kita gosok ni bukan apa, supaya kain tu kemas, dah jahitan kita dapat kita tekan bagi kat bahagian tepi tuh kemas. Cantek sedappp mater teman menengoknya! Hee ehhmmm! Hahahhaa :D


Da sudah itu, mengkome cari 1 barang yang lebar dia dalam 2.5 inchi, ke 3.0 inchi. Aku guna henfon Samsung S6 aku jer. Haa guna barang ni untuk buat garisan macam dekat atas ni. Garisan-garisan ni macam panduan kita time nak jahit dengan isi-isi kekabu nanti. Once dah siap lukis garisan ni sampailah the whole kain, korang jahit atas garisan yang first sekali, tapi dekat bahagian yang paling dalam, meaning garisan yang paling jauuuuuhhh sekali dari bukaan kain korang. Jangan jahit dekat garisan paling luar. Garisan paling luar tu dekat dengan bukaan. Jangan jahit situ. Nanti susah nak masukkan kekabu. Haa dah sudah itu.... (Bersambung di next entri...kahkahkah)



Sebenarnya aku tak siap lagi menjahit tilam ni, susah bebenor nak cari masa si Fikri tidur. Kalau dia dah lena, barulah mama dia boleh menyumbat kain ni dengan kekabu. Tapi belum lagi dapat kesempatan tu. Jadi, kita sambunglah cerita menjahit tilam babycot ni dalam entri yang akan datang yer.  Doakan aku tekun nak habiskan menjahit ni. Jahit guna tangan tau! Jangan memain! Hihihihi


Stay tuned, stay cute, korang! 
Thanx alot for reading!
Muah XOXO :D :D :D 





If you are like me...

Let me tell u something. Breastfeeding is boring! Haa! Boring sebab kena duduk jer, tak boleh buat pape. Aku ni suka mengemas rumah, masak kureng sikit suka semenjak lepas beranak, aku suka mop2, basuh kain dengan tangan, pastu pergi menyinggah rumah abang aku kat belakang borak dengan akak ipar aku. Tapi semenjak Fikri start directfeed masa dia 7 day-old, aku kena duduk jer susukan dia. Mati kutu aku dibuatnya. Hahahahah :D Tapi seronok sebab dapat bonding dengan Fikri, pastu dapatlah korek2 kerak dekat telinga dia, leher dia. Kahkahkah. *Mama Fikri takde keje sangat dah!* 

Fikri said,
'Ayah buat2 tido, to trick me to fall asleep, but I aready knew it hahaha!'

Sooo, since breastfeeding ni buat aku boring kena duduk jer kan, I have taken a new hobby, iaitu menonton. Habis semua movie dalam harddisk cik Juwaily *harddisk dia byk gilor2 movie*, aku dah tengok semua. Semua means, yang bersesuaian dengan citarasa dan tekak mata akulah kann. Kekekeke :D So nak dijadikan cerita, lepas habes movie dalam harddisk, aku beralih kepada drama Korea. Dah lama ok stop drama-watching, and drama-loving ni. Bila dah start balik, memang kemaruk habeslah, wa cakap lu! hihihihi Currently aku tengah follow 3 drama yang tengah on air di South Korea! Bukan 1, bukan 2, tapi 3! Hahahaha siap hafal siap, hari apa diorang on-air kat sana, pastu direct pergi download, boleh pulak time-time internet tiba-tiba kuat sangat-sangat, aku streaming pon boleh! Mabuk habes weh, mabuk! Hahahhaha

Soo, if you are like me, if you are 'mabuk' like me rite now, you should be watching atleast these 3 dramas:

Jealousy Incarnate


Drama ni baru last week start airing in South Korea! Me like crazy suka giler Gong Hye Jin dengan Jo Jung Suk terus dengan pantas sepantas kilat yang sabung-menyabung bila-bila la kann, aku terus download weh. Tengok 2 episode baru, tak puas! Ku tunggu mu datang lagi this week! Hahahha

Drama ni about seorang perempuan(Gong Hye Jin), pembaca news pasal weather, dengan seorang reporter lelaki(Jo Jung Suk). Depa bekerja dekat satu station TV yang sama. Previously, perempuan ni ada crush dekat reporter laki tuh, tapi dah takde da sekarang. Tapi eventually sekarang, laki ni pulak suka kat dia. Kahkahkah. Tulah dulu benci sangat, kan dah tersangkut! Padan mula! Cant wait to see the next episode, me so loving Jo Jung Suk! Bila dia senyum, hati I olls caer. I olls pon senyum jugak. Kikiki. Nampak tak chemistry di situh?! Kahkahkah

Moonlight Drawn by Clouds


Haa ni drama jaman dulu-dulu kala. Zaman raja-raja Korea dulu-dulu. Citenya tentang seorang perempuan ni, dia terpaksa menyamar jadi lelaki. And eventually entah macam mana, dia terjadi salah seorang pekerja kat istana raja. Pastu dia berkawan dengan Putera Mahkota, iaitu si hensem senyum comel-lote Park Bo Gum. Oppa, cheongmal saranghamnida! Kahkahkah. Aku start terminat Park Bo Gum ni masa dia belakon Reply 1988. Caer weh tengok dia senyum. Geram! Hahahhaha :D *Tak senonoh betol mama Fikri ni kan* Pelakon perempuannya aku tak kenal, so can't say much about her. But cite ni comel, and best!

Cinderella and 4 Knights


Mulanya aku taknak tengok cite ni. Bias-bias! Aku terbaca kat online, orang kata cerita ni macam remake Boys Over Flower, so I expect it to be boring. Boring sebab, aku tak suka tengok drama yang aku tau dah jalan cerita dia. Its kinda boring when u can predict, what will happen next kann. So aku mula-mula bencilah cite ni. Sekali kak Sally cadangkan, try arr tengok cite ni. Dia tengah tengok. Hahahha. I olls terpengaruh. Soo, try 1 episode dulu. Sekali tersuka pulak! Kikiki. Benci tapi mau! So i olls pon download. Currently baru kejab tadi habeskan episode 6 streaming, sambil directfeed Fikri. FIkri tido jer, drama pon habes, aku pergi basuh kain. Hahhaha. 

Cite ni tentang seorang gadis yang tinggal dengan mak tiri & kakak tiri dia. Very Cinderella-like! Entah camne, dia kena halau dari rumah. Pastuh seorang pakcik tua kaya hire dia, untuk train 3 cucu pakcik ni. Cucunya degil-degil, aku rasa nak jentik dahi diorang, degil sangat! Hahhaha. So, perempuan ni pon kena pindah duduk dengan 3 cucu pakcik tu, dalam satu rumah superrrrr besar, rumah tuh namanya 'Sky House', dalam bahasa Koreanya 'Haneoul Chib'. Beside 3 cucu pakcik kaya tu, ada seorang lagi lelaki hensemmm dalam cite ni, iaitu General Secretary of that femly. Dia ni hensem, and aku suka dia macam blunt at times. Suka lelaki yang stift camnie. Rasa macam, tolong la dia tergelak masa berlakon, sebab dia berlakon serius sangat. Come on arr! Takpe, nanti cite ni habes airing, kita tengok bloopers, mesti ada dia gelak-gelak, takkan serius jer memanjang kann.

Soo, if you are like me, looking for a drama to start watching to fill your spare time, you shud be watching these! Cubalah, kot-kot ada yang terberkenan dihati. kikiki :D


Happy drama-watching!
See you in next entry, taktaulah bilanya tuh!
Semenjak ada baby ni, timing tak menentu!
Kikiki, neway thx for reading this entry!
Muah! :D :D :D


Zuhud, Pricetag & Syukor

Arrrrghhh lamanya tak update blog! Sekali update-update, nak cerita pasal baby pulak. So lame!!! Hahahaha, maafkan akak Aisya adik-adik, maklumlah kami ni new parent katanya, anak sulung ni ibarat 'drug' bagi kami. Cewah! Drug sangat kann! Yupp, baby Fikri ni ibarat 'drug' sebab dia sangat memabukkan. Tengok dia senyum boleh jadi mabuk, tengok dia nangis boleh jadi mabuk, even dia berak bunyi perr-perr pon dengar macam commmmeeeell jer! Nampak tak betapa mabuknya kitorang semenjak jadi mak-bapak orang ni. Kikikiki.

Fikri @ baby Umbut ~ 1 day old

So ni nak cerita. A few months before tibanya baby Fikri ni ke dunia fana dan penuh pancaroba ni, kami (Cik Juwaily & me) menghadapi dilemma. Haa, belum jadi parents lagi dah dilemma, u olls nampak tak? Susah tau nak jadi parents ni. Hihihi. Dilemma kitorang ni bukan apa pon, kitorang just berbelah bahagi nak beli baju anak, kiranya baju si Fikri nilah. Haa dah kenapa nak beli baju jer pon, amende dilemmanya tuh?

Baju kita, mama dengan ayah belikan.
Mittens dengan booties comel ni ada kawan mama kita kasi!
Sukanya kita! Booties kita ada mateeee! :D :D :D hihihihi

Alkisahnya kakak aku, dengan akak ipar memang simpankan baju baby, dengan barut, bedung semua untuk aku guna. Diorang semua dah masuk 4-series, dah tutup kilang, so barang baby memang diorang nak kasi ajer. Kitorang pon happy. Tapi! Tapi dilemma kitorang, anak kitorang ni sulong, dialah yang first sekali, kiranya spesel la kan. Alih-alih nak kasi pakai baju sepupu yang dah lusuh-lusuh sikit, macam kesian jer. Tapi Cik Juwaily pointed out, maybe kitorang patut ajar anak kitorang 'ZUHUD', jangan semua benda nak baruuuu jer. Kalau semua nak baru jer, memang banyaklah 'PRICETAG' nya. U get the idea, apa kaitan benda-benda dalam title entri ni tak?

Mama kata, kat rumah bedung guna kain batik Mak Juah dengan Mama Bedah kasi.
Jangan nak hensem-hensems sangat kat rumah, nanti kucing pon jatuh cinta kat I olls ni!
*perasan!*

Nak dijadikan cerita, kitorang beli baju baru dalam 8 ke 10 pasang je, sekadar untuk pakai keluar *especially untuk pergi Tesco, kahkahkah, maknya suka sangat dengan Tesco!* ataupon pergi checkup kat klinik desa. Gilerlah, sikit giler baju kitorang beli, 10 pasang jer. Barut-bedung sume guna yang recycle. Semua elok-elok lagi akak-akak aku kasi. Tapi, kami amatlah berSYUKOR! Sebab sepanjang dalam pantang, setiap kali orang datang melawat baby Fikri, mesti orang kasi hadiah macam-macam. Baju sahaja Fikri dapat almost 20 PASANG! Banyak giler weh! Sampaikan tak sempat pakai lagi, Fikri da besar sikit, sekarang semua macam sendat dia pakai. Aku sekarang duduk dekat rumah pon, aku pakaikan baju cantek yang orang kasi, takot Fikri membesar cepat, nanti tak muat, sayang!

Kain bedung cotton flannel mama belikan RM12.
Mama kata mahal, jadi mama beli kain sendiri,
pastu jahit jadi bedung. Baru RM 6 jer! Yeehaa! :D

So, marilah kita sama-sama bersyukur. Kadang-kadang kita takut-takut nak keluar duit untuk anak, tapi memang betul, anak ni 'REZEKI'. Dia sahaja banyak rezekinya, mungkin bukan dari kita sendiri, tapi dari siapa-siapa yang Allah hantar untuk membantu. Soo, I am grateful :D Alhamdulillah :D Terima kasih banyak kepada semua yang datang melawat, dan bagi hadiah macam-macam. Semuanya berguna sangat-sangat! Kami happy sangat2!

Fikri @ baby Umbut ~ 1 month old
Ini kita pakai baju Mak Juah kasi. Nak tau tak,
baju ni utk baby 3 month, tapi Fikri baru sebulan dah sendat. Ayoyo!

Thx for reading!
Thats all for today!
Let us all say Alhamdulillah
for the life Allah has given us!
:D :D :D
XOXOXO

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...