home about contact travelog resepi bahasa jerman

Cinta Nutella dan Bretzel

Haa arini nak cerita tentang kisah cinta rekaan aku sendiri, antara Nutella, Pretzel dan Orang Ketiga. Korang jangan tertipu tau, aku bukan seorang penulis novel tau, nak menulis dekat blog pon pening pikir, camne nak mulakan ayat, yo yo or jer aku nak tulis novel kan. Hahahahaha. 


Haa, kalau korang nak tahu, benda yang korang di Malaysia panggil sebagai 'Pretzel' adalah makanan yang berasal dari Germany. Dan di sini dia dipanggil Bretzel dalam bahasa Jerman. Lain sikit kan. Dan sebenarnya, Bretzel bukan hanya jajan yang kecik comel2 masin2 tuh jer tau, dekat sini Bretzel ni dalam bentuk roti pon ada, tapi keras, liat. Kalau makan, sakit gigi seminggu. Hahahhaha. 


Klah, taknak cerita pasal tuh pon sebenarnya. Aku nak kasi korang resepi sebenarnya. Resepi simple, cara nak menikmati Nutella, Bretzel dan orang ketiga iaitu Pisang. Hahhahaha. Encik Pisang sangat sinonim dibuat makan bersama dengan Nutella. Sedap tau rasa dia. Tak caye, cuba try. Hahhahah :D 


Resepi 1 : Pancake Pisang Sihat dengan Nutella


Bahan2:
2 pisang yang dah masak ranum
1 biji telur
sesudu kecil baking powder
tepung gandum (jika perlu)
sesudu makan nutella

Kegembiraan Mestilah Dikongsi Bersama!

Read this, while listening to my favourite playlist HERE
or, just listen to my favourite song HERE


Alhamdulillah, dua tiga hari ni dapat buat banyak benda yang berfaedah sepanjang cuti-cuti ni. Apa yer aku nak cakap dekat sini? Tadi masa sebelum bukak blog ingat, sekarang dah lupa balik dah. Hahhaha. 


Sebenarnya rasa bersyukur sangat tahun 2014 hampir melabuhkan tirainya, Alhamdulillah ada banyak kegembiraan dalam tahun ni. Ke-TAK-gembiraan pun ada, tapi yang tuh toksahlah kita kesahkan, ye dak. Yang penting, semua memory yang best2 mesti disimpan ketat2 dalam ingatan. Yang buruk2, biarkan berlalu. Susah takkan selamanya kan.



Haa aku nak cerita dekat korang sebenarnya, aku kan paling rasa bersyukur dalam dunia ni sebab aku ada banyak insan2 istimewa di sekeliling aku. Insan istimewa ni semua yang membantu aku bangun semula, setiap kali aku jatuh. Terima aku seadanya, tanpa perlu apa2 bayaran pon. Haa kan. Hehehehhe

Nak Request Hadiah Birthday Boleh?

Hahahaha, gtuh tajuk aku kan. Assalamualaikum dan salam sayang 1 Malaysia kepada semua yang membaca. Haa, aku nak kabor ni, birthday akak Aisya, iaitu pemilik dan penulis rasmi blog JINDRISSKA.blogspot.com ni bakal tiba tak lama lagi. Birthday aku jatuh pada 8 Januari 1991. Haa jangan jeles tau, birthday I olls sama dengan Elvis Presley! Korang cariklah jugak birthday korang sama dengan siapa, nnt kita story2 yer :D


Dan bersempena dengan birthday I olls ni, aku(hakak Aisya) dengan tak berapa malunya nak request hadiah birthday dari kekanda-kekanda dan adinda-adinda semua. Hahahhaha.


Jangan risau, aku takdelah nak mintak hadiah besar pon. Sebab aku nak request siapa yang sudi nak kasi hadiah, kasilah aku poskad. Kalau sesiapa baik, boleh hantar keropok lekor. Teringin sangat2. Heheheheh :D

[Germany] Rüdesheim Weihnachsmarkt (Christmas Market Rüdesheim)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua yang datang membaca di sini. Arituhkan aku gebang cakap jerman dah holidaylah apa bagai kan, sebenarnya takpon. Hehehehhe. Tak aku bukan tipu, tapi masa aku tulis 'Holiday has finally started in Germany' tuh, aku baru habis exam yang ke dua last untuk tahun ni. Pastu gap jauh nak ke exam yang nextnya, aku masa tuh happy sangat2 tak terkira, sebab rasa cam boleh holiday. Sampai aku tersalah2 cakap dekat blog. Sebenarnya official christmas holiday uni(FH) kitorang start sabtu ni. Cuti 2 minggu, insyaallah. 


Ala tapi tak kiralah cuti tak cuti, aku memang dalam hati everyday rasa macam tengah bercuti. Hehehe. Fefeeling tuh penting. Aku ada 2 kelas je dalam seminggu. So banyak free time, dan dalam free2 time ni, aku adalah pergi berdating, merendek dengan encik suami aku. 


Arituh kitorang pergi Weihnachtsmarkt Rüdesheim(sebut: Wai-nax-markt). Kalau korang nak tahu, Weihnachtsmarkt ni maksud dia, Pasar Christmas. Aku tak pasti negara2 omputeh yang lain camne Weihnachtsmarkt dia. Tapi dekat sini(jerman), rasanya semua bandar besar ada Weihnachstmarkt masing2, sebab tuh ada banyak Weihnachtsmarkt dekat Germany ni yang popular. 

Bergambar dulu sebelum naik Ferri. Kenalkan, ini Kak Atie! :D

Tapi disebabkan kitorang duduk dekat bandar Bingen yang tak berapa nak besar ni, kitorang kena ke Bandar Rüdesheim, sebab Weihnachtsmarkt Rüdesheim yang paling dekat dengan rumah kitorang. Teehee. 

Dari rumah, kitorang naik bus 10 min. Pastu jalan kaki, toik-toik-toik, sampai ke jeti, pastuh naik Ferri kecik untuk ke seberang sungai. Haa, bandar Rüdesheim ni dekat je dengan Bingen tempat kitorang, tapi terpisah dengan sungai bernama Rhein. Pastuh sini takde jambatan plak. Hehehe. sebab tuh kena naik mcm ferri gtuh. Hiihihi. Kalau sesape datang melawat aku kat sini, time summer boleh gi naik cable car dekat Rüdesheim ni. Sambil ambil2 angin sepoi2 bahasa. Best tau! :D



Grand Budapest Hotel Review + Bahasa Jerman #1


The Grand Budapest Hotel : Movie Review

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, bebeh2 dan ladies2 yang datang membaca di sini. Sorry sangat2, rasanya lama dah aku janji nak ajar korang bahasa jerman kan, tapi baru ni ada idea nak menulisnya. 


Sebenarnya, to be honest, bahasa jerman ni bukan mudah untuk dikuasai. Dann, disebabkan aku ni bukan orang dari bidang bahasa, nak mengajar bahasa2 sikit dekat blog ni pon, macam susah giler. Aku serius tak tahu camne nk mulakan, apa benda nak ajar tuh, takde hujung pangkal kalau aku nak ajar pon. Tapiii...


Haa ada tapi tau! Tapi baru2 ni aku ada streaming satu movie ni, movie ni dalam BI, tapi ada banyak jugak aku tengok dia guna perkataan2 Jerman dalam movie ni. Jadi... dengan berbesar hatinya, aku nak suggest korang tengok movie ni, dan at the same time, kita bolehlah belajar bahasa baru. How is this idea? Good or bad idea? If good, mari aku cerita serba sedikit pasal movie ni yer. 



Kenapa aku menonton cerita ni?
Aku ni memang selalulah tertinggal train, cerita ni dah keluar lama dah, baru sekarang aku menengoknya. Hahhaha. Mula2, en Suami aku nampak rating movie ni tinggi dekat imdb.com. Kitorang suka check2 rating movie sebelum kitorang tengok, takut rugi je masa, kalau movienya tak best kan. Imdb.com kata, movie ni layak dapat markah 8.2 dari 10. Ini kira tinggi tau. Sebab movie2 macam Transformers je boleh dapat rating setinggi ni dekat imdb.com

Nonton di sini ----> KLIK


So, aku pon menonton, tiba2 dah tertengok sampai 4 kali. Ayoyo, nampak bebenor sukanya. Aku jatuh cinta dekat background dia. Vintage habis!! Cantik sangat2. Tak tahu camne nak explain. Korang kena tengok dulu, baru faham fefeeling aku ni. Teehee.

[Segmen] Jom Jadi Sahabat Sejati!

Hehehhe, Sorry sangat2 dekat Hana. Satu sebab terlambat join segmen Hana, dan satu lagi sebab akak ubah sikit nama segmen tuh. Jangan marah yer, Hana.


Haa, assalamualaikum dan salam sayang 1 Malaysia kepada semua yang membaca, especially Hana. Sebenarnya akk tertarik nak join segmen ni, sebab akk suka orang mcm Hana ni, memang nak cari kawan baik, ataupun sahabat karib dalam dunia blogging ni. So kita same! Sep22! 

Banner ni cantik sangat2. Cubalah klik! :D

Akk pon personally suka sangat bila dapat ramai kawan baru dalam dunia blogging ni. Kalau nak namakan satu-satu memang panjanglah list akak, tapi yang akak boleh cakap, Hana, you are most welcome to become my new best friend in this blogging world! Muah! Teehee


10 Fakta tentang diri sendiri
Akk ni berumur 23 tahun this year, tapi feeling dalam hati macam 18 je baru.
Akk dah berkahwin masa berumur 22 tahun, suami masih 1. Hehehe
Akk suka bercakap dengan orang.
Akk sangat suka DIY(Do It Yourself), tapi akk takde banyak kelapangan masa.
Akk mudah maafkan orang.
Akk sangat suka berkawan, dan ada ramai sangat kawan.
Akk suka warna hijau dan pink.
Lagu kegemaran akk adalah Shake It Off, Taylor Swift.
Akk sangat suka jugak quotes, especially yang memberi semangat.
Akk admire orang yang baik hati di sekeliling akak. :D
Plus! Akk suka minum kopi! Teehee


3 Tabiat Buruk
Akk suka menangguh kerja. Hehehe
Akk terlampau suka berangan, tapi sikit jer yang tercapai.
Akk degil, dan tak suka orang suruh2 akk banyak2 kali. Akk marah nnt.
hehehehehe.


Btw, akk tak kesah pon kalau tak tersenarai dalam senarai peserta segmen Hana ni. Sebab akak memang dah lambat sangat nak join. But just so you know, akk suka berkawan, insyaallah ada masa free, akk terjah2 blog hana dan komen yer.


Salam persahabatan! :D
Kak Aisya,
Malaysian blogger, currently studying and living in Germany. 
:D

[Germany] Rüdesheimer Weihnachtsmarkt @ Christmas Market Teaser

Assalamualaikum dan salam sayang 1 Malaysia! Semua orang sehat? Ya Allah, aku rindu sangat nak menulis panjang2 dekat sini, nampak macam dah berhabuk blog kita ni yer. Entry2 sebelum ni pon pre-scheduled entries, takde pon yang tulis on the spot. Hahhaha.


Tapi apakan daya, khamis ni ada satu lagi payy-per, jadi kenalah jauhkan diri dari blog sekejab. "Blog mama, jangan sedih tau! Nanti mama habis exam, berlambak mama tulis sini yer." Teehee.



Ohh yer, sebenarnya arini nak buat teaser je untuk korang semua. Haa, baru2 ni kitorang ada pergi Christmas Market dekat Rüdesheim, Germany. Dekat jer dengan rumah kitorang. Kalau korang nak tahu, Christmas Market Rüdesheim ni antara must-see kalau datang Germany time winter tau. 


Since ni just teaser jer, aku nak belanja 2 gambar dulu. Nanti dah habis exam, aku cerita panjang2 lebar yer pasal Weihnachtsmarkt ni yer. Tunggu tau! Ciao cin cao~~~

Thankx for reading this !
Till next time yer !
Muahh !

[ROME, ITALY] Perasaan Sebagai Seorang Tourist

Entry ini adalah sambungan dari SINI

Kota Rome yang Makanannya Sedap Sekali
Walaupun aku pernah cerita dekat korang semua, kisah kitorang teruk kena tipu macam2 benda dekat kota Rome ni, tapi still, ada sedikit rasa dalam hati nak kembali ke kota Rome ni. Maybe rasa tuh datang dari kenangan makan makanan2 Italy yang mashaallah, sedap yang hamaaattt! 


Memang kalau ikutkan, taknaklah jejakkan kaki ke Rome lagi, sebab takut kena tipu ke hape lagi kan, tapi still tekak dan otak aku tak boleh lupakan, betapa sedapnya pizza, dan pasta yang kitorang makan sepanjang kitorang berada di kota Rome ni. Memang susah nak dilupakan.



Insyaallah, kalau ada masa terluang, nanti aku tuliskan entry tentang makanan2 halal di Rome. Ada banyak sebenarnya. Memang takde masalah nak cari. Senang sangat2.

[ROME, ITALY] Cerita yang Tertunda

Haa, macam yang korang semua sedia maklum, aku takdelah fancy sangat suka kota Rome ni(sebabnya baca di sini), kalau nak dibandingkan dengan kota Paris, yang aku gila2 kan tuh. Tapi apalah salahnya kalau kita berkongsi gambar kenang-kenangan barang sehelai dua kan.


Alang2 dah pergi melawat tempat orang, meh aku abadikan gambar2nya di sini. Besok2 boleh tunjuk dekat anak cucu, 

"Cu, cu, ini gambar nenek dengan atok dulu2, masa muda remaja. 
Comelkan nenek dulu2." Ahaks!


Btw, kepada yang belum tahu, aku and en Suami aku ke kota Rome pada awal September harituh, masa tuh kitorang tengah cuti sem. Dari Germany ke Paris, kemudian ke Rome.

Liebster Award dari Cik Mimie

Assalamualaikum korang semua! Kalau korang semua pernah tag aku dekat LA ni, tapi aku tak jawab, sorry sangat2 tau. Aku ni cuak nak jawab2 soalan orang, sebab aku takut sangat jawapan aku lari dari topik perbualan sebenar. Haa camno tuh? Camtulah.

Tapi masa aku blogwalking tadi, aku tertarik tengok soalan2 yang cik mimie ajukan dekat LA dekat blog dia, sampaikan sekarang tiba2 aku rasa nak menjawab2 soalan ni. Teehee. Wink2x!



1. Dalam sehari, berapa entry diupdate?
Ehhmm, susah giler nak jawab. Aku kadang2 seminggu nak up satu entry pon susah. Sebab kekangan masa dan idea. Hehehhe. So jawapan aku: seminggu 1 ke 2 entry je. Kalau bernasib baik, 3 entry dalam seminggu :D


2. Biasa online di mana?
Aku normally online dekat rumah, sebab internet lagi laju dan stable, dari internet dekat fon. I olls guna internet sifut sendu! Hahahahha


3. Dah berapa lama join dunia blogging ni?
Baru lagi, belum pon sampai setahun. Start officially bulan 5/2014.


4. Kenapa memilih utk menjadi blogger?
Haa, ini nak cerita ni. Aku dulu ada blog, tapi atas sebab2 sekeliling, aku terpaksa stop aktiviti menaip di belog, dan just jadi invisible person for few years. 



[DIY] Happy Food for Happy Stomach!

Hahahhaha. Haa kenapa akak Aisya gelak start2 ni? Aku terdengar dialog Bell dekat Maharaja Lawak Mega, yang dia buat2 macam commentator football tuh. Ada satu part tuh kelakor. Hahhahah. Korang pergilah tengok, klakor beb! I like it! :D Hahhahaha


Arini aku happy, happy and happy sebab dah dapat call femli aku di Malaysia, and dah dapat settlekan hal2 pasal giveaway Paris arituh. Ya Allah susah giler nak cari post yang paling berpatutan dengan student cam aku ni. Fuhh bila dah setel, lega you!


And bersesuaian dengan ke-happy-yan arini, aku nak share satu resepi, makanan yang buat aku happy selalu, sebab dia sangat sehat and good for stomach too. Iaitu, Overnight Oatmeal! Ya Allah best giler, aku fall in love you. Hahhaha. 


Pardon my awkward sentences, because I dah lama tak tulis post disini kan, rasa awkward bila nak tulis. Teehee. And i really miss everyone of you, sebab tuh aku tulis panjang2 ni. Sila bersabar yer! :D


So, untuk buat Overnight Oatmeal ni, korang perlukan:

Oat, Susu Segar, Yogurt, Madu Honey, Epal, 2 cups yang ad penutup

Holiday Season has finally started in Germany!!!

jindrisska.blogspot.com

Hahahhahah, happy nya tak terkira. Exam dah lepas semalam, lagi satu pay-perrr lambat lagi. So, it's holi-holiday time! Yeyeh! Apa yer nak buat untuk holiday nan sekejab ni? 


Arghh, I got so many things to settle, barang2 giveaway korang pon belum post2 lagi. Sorry tau, aku busy sangat dengan exam. Tengok jelah kat blog pon, post benda2 lama. Asyik2 repost jer. Aisya, people need something new and fresh, bebeh. Ya, ya I know. I'll try to find something more refresshing untuk korang semua yer. Sabar tau. Heheheh.


Planning aku:
Aku ni suka memasak, and aku tengok2 dekat Bingen ni ada satu kedai restaurant Asia, orang Vietnam kot. Haa, aku terpikir, apa kata, aku buat kueh2 Malaysia like kueh lapis ke, karipap ke, kueh talam ke, hantar sample dekat orang kedai tuh. Kalau dia suka, boleh letak kueh-mueh air tangan aku dekat kedai tuh. Kasilah dia komisen seposen dua. Ini idea aku tau, copy right reserved, jangan sesape curi. Kalau curi, potong tangan. Hahahhahah. 

[Repost] Ini Universiti Kami!

[Blog Repost: Entry Bulan April]

Disebabkan kita sem ni berada di sem 6, dah jarang jugaklah kita pergi ke Uni. Semalam dengan kelmarin ada exam dengan lab, so kerap la sikit pergi mengulang ke Uni kita, yang duduk 800m dari rumah kitorang. 


Meh nak tunjuk tempat kami belajar! Ini Universiti kami! Universiti of Applied Science Bingen, Germany. Kami belajar elektrical engineering. Ini fakulti kami. Uni kami ini kecik je, so fakulti kami cuma satu building je. Hehehe. The whole uni cuma ada 4 bangunan utama je, kalau tak silap. Malas nak kira. Hhehehe.


Bahagia cik kak berbasikal depan fakulti ye!

Feels like home

Aku tengah khusyuk memilih bawang puteh nak beli tadi masa dekat Netto, tiba-tiba somebody tegur aku, 

"Malaysia ke Indonesia?"

Bila aku menoleh, rupanya ada seorang makcik india Malaysian yang tengah bercakap dengan aku. Aku senyum je pada makcik tuh, and agak segan sebab makcik tuh cakap kuat. Habis semua orang lalu-lalang pandang kitorang. Kehkehkehkeh.


Aku pon bersalam, berlaga pipi, peluk cium dengan makcik tuh. Berborak beriya betul. Tapi aku memang kagum dengan makcik tuh, berusaha sangat2 untuk bercakap dalam bahasa Melayu dengan aku, walaupon dia ended up cakap campur2 bahasa Melayu, English and German. Aku tak kesah pon. Aku memang reply semua dalam bahasa Melayu, sebab English aku dah rosak habis. Nak susun ayat pon tak reti dah. 


Aku layan je makcik tuh excited nak berborak dengan aku. Dia kata, jumpa je orang Malaysia kat sini, it feels really like home, little Malaysia gtuh. Dia sebak sangat tadi, berkaca-kaca mata makcik tuh. Dia kata, dia rindu sangat2 nak balik Malaysia, tapi buat masa sekarang dia tak dapat nak balik, sebab suami dia sakit. Dia kahwin dengan German, dan dia dah duduk sini lebih 30 tahun, korang tau. Terpesona, bahasa German makcik tuh fasih giler2.



Clinique 3 Step : Review Produk

After reading reviews on Clinique 3 Step System, I thought, I want to give it a try. And I did! Hahahhahah. Todia introduction engko, Aisya! Hahaha. Semenjak dah beberapa tahun duduk Jerman ni, BI aku memang dah kelaut. Nak practise pun susah dekat sini. Kasilah can kan! Hehhehe.


Hari ni, aku nak review produk dari Clinique. Aku harap, review ni dapat membantu korang2 yang mungkin nanti2 nak baca2 sebelum membeli, senang, kita sama2 kongsi ilmu. Takleh la menonong je pergi belikan. Nanti nyesal. Heheheheh.


Apa itu Clinique 3 Step? 
Dia adalah produk penjagaan kulit (skin care) yang bermula dengan Step 1: Cleaning. Kemudian Step2: Exfoliating, dan last sekali Step 3: Moisturizing. Haa gtuh kan.



Pengalaman aku dengan Clinique ni:
Aku dulu memang ada masalah kulit berjerawat batu teruk giler. Pastuh aku pakai pencuci muka dari Avene. Dah 3 tahun pakai Avene, memang jerawat semua hilang. Nanti aku review Avene yer, insyaallah.


[Germany] Bad Münster am Stein : Part 2

Assalamualaikum dan salam sayang satu Malaysia, korang semua. Sehat ke? Dah makan? Haa, hari ni nak sambung cerita kita yang tak habis arituh. Ini cerita masa summer arituh tau, sekarang dah masuk winter, baru nak cerita. Sorry terlambat update. Lambat bebenornya.

Kalau yang terlepas cerita dating kitorang di Bad Münster am Stein ni, bolehlah membaca di SINI. Karang kalau aku tiba-tiba naik sheikh cerita part 2, pening pulak korang kan, tak faham hujung pangkal cerita. Pergi terjah situh dulu kalau belum tahu apende yang aku cerita arituh tuh yer. Hahahhaa. :D

Haa cerita arituh sampai mana? Ingat lagi tak? Haa, lepas kitorang pusing2 naik bot itik kitorang, snap sana, snap sini, makanya tamatlah masa 30 minit. Botnya sewa untuk 30 minit je. Kenalah kembali ke darat. Seperti dua ekor buaya darat. (**Haip! kelain plak cerita ko, Aisya!) Hahhaha.



Parking bot baik punya. Hahaha. Siap parking, kitorang pon jalan, pusing2. Ater dalam bahasa hindustannya, kitorang merendek. Hahahha. Rendek tuh dalam bahasa india maksud dia 2. So, merendek bermaksud, berjalan berdua. Kalau dah kahwin takpe. Kalau belum, sila control diri anda. Hehehhe.

Tanda-tanda Aku Dah Banyak Study Untuk Exam And Otak Tepu

Selalunya bila aku dah terlampau lama duduk berejam-rejam study je untuk satu2 subjek sebelum exam, sampai satu tahap otak aku dah tepu, ada beberapa benda pelik yang aku akan buat.


En Suami aku memang dah faham dah tabiat tak senonoh aku ni. Hahhahaha. Nak tahu tanda2 aku dah tepu otak? Cekidaut...!!


Aku dah start karaoke lagu rock kapak
Bila aku dah penat belajar, tiba2 segala ayat2 lirik2 lagu rock kapak mula keluar bertalu-talu dari mulut aku. Pernah jugak, aku study sampai pukul 4 pagi. Tiba2 pukul 4 pagi tuh, aku bantai nyanyi lagu rock kapak. Karaoke ikut youtube. Laki aku suruh aku senyap, sebab takut jiran2 marah pulak bising tengah2 malam. Sini, lepas pukul 10 malam dah kena senyap. Kalau bising, jiran boleh report kat polis. Naya sat gi. Hhahahha.

[DIY] We grow our own taugeh !!

Hehehehe. Btw, aku dah lama tak blogwalking and posting anything dekat blog ni, sebab aku ada exam. Yeay, I just did my exam! Yeay! Merdeka kejab! Hujung bulan ni ada exam lagi satu payyper, tengah bulan doblas nanti pon ada exam lagi. So, sila korang semua doakan aku yer. Kalau dah doa, muuahh.

So, sepanjang aku menghilangkan diri dari dunia cyber-nara ni(iyelah, nara kan maksudnya 'city' dalam bahasa korea, kira matchinglah word I olls tuh), sambil2 study untuk exam, aku telah menanam taugeh sendiri dekat rumah ni, secara hydroponik. 

Kalau ikutkan, boleh je nak beli taugeh kat kedai kan. Tapi sebenarnya kalau kita tanam sendiri, modal dia sen-sen je. Yang jual dekat kedai tuh, maybe 5 atau 6 kali ganda lagi mahal dari modal nak buat dia. Sebab tuh aku rasa nak cuba tanam sendiri. Berganda lagi jimat, and sihat, kita tahu apa yang ada dalam makanan kita. Yakin sikit kan. :D Plus, video ni jugak jadi inspirasi aku untuk cuba. Hehehhe. :D Selalu ingat, everything dalam dunia ni kita boleh cuba. :D



Nak tau tak camne? Meh I olls tunjuk kat korang, step-by-step yer.

[DIY] Macaroons Phone Cover !!


Hellow November! How are u?

Assalamualaikum dan salam sayang satu Malaysia semua kawan2. Aku excited sangat nak cerita, aku DIY(DIY = do it yourself) sendiri cover phone aku! And it has MACAROONS on it!!! Yeay yeah! Korang jangan jelly2 yer, sebab korang pon boleh buat jugak. Super senang giler nak buat. Hahahahha. Meh akak Aisya ajar yer.

Achtung! Deutschland dreht die Uhren zurück

Haa, apo dio merepek ni haa? Meh, aku translate-kan satu2 dekat korang semua yer. Maksud title entry ni adalah : 

Perhatian! Jerman akan memusing jarum jam ke belakang semula. 

Haa gtuh maksud dia yer, kalau kita direct translate-kan dia. Dah kenapa pulak diorang nak ubah2 jam ni? Poning kor hapo?

Dalam gambar ni, ada negara2 yang terlibat dengan DST ni. Cuba tengak yang warna biru.
DST = Daylight Saving Time
Sumber : Wikipedia

Setiap tahun(cewah skema giler ayat ko, Aisya!), pada hari Ahad terakhir bulan Oktober, macam harini, beberapa negara yang terlibat dengan Dayight Saving Time(DST) akan officially memusing jarum jam satu jam ke belakang.

Memang jarum jam kita kena ubah sendiri, kalau guna jam yang analog, dengan jam tangan ke. Tapi kalau jam dekat laptop, tablet dengan smartphone, dia akan ubah sendiri masa secara automatik, sejam kebelakang. Haa gtuh dia.

Nak senang faham camni,  masa pukul 3 pagi Ahad terakhir dalam bulan Oktober, kita kena kebelakangkan jarum jam jadi pukul 2 pagi balik. Kiranya pada hari kita kebelakangkan jam tuh, kita ada 25 jamlah sebenarnya. Sebab kita dapat repeat jam pukul 2 pagi tuh. Gtuh. Faham ker?Sorry aku tak reti explain. :'(

Translation: Pada malam Ahad(26 Oktober), jarum jam akan dikebelakangkan dari jam 3am, ke 2am.
Sumber : LINK

Aktiviti Cuti Sekolah 2 : [Germany] Ber-itik di Bad Münster am Stein

Semester baru dah lama start, tapi cerita masa cuti sekolahnya tak habis lagi aku cerita dekat korang. Jom kita menyambung!

This time, kitorang pergi tempat yang kitorang pernah piknik dulu2 dengan senior2. Masa tuh aku baru masuk sem 2, about 3 years ago kot haa. Masa dulu tuh kitorang memang tak tahu fefeeling each other camne apa semua lagi. Hahahhaa

Masa dulu tuh, aku je dok tergiler2 kan dia. Setiap hari balik dari kelas, aku lalu depan rumah dia, aku ngintai2, stalk2, tengok dia dah bangun ke belum ke. Dia tengah buat apa. Hehehehe. Sungguh tak malukan aku! Ahaks.



Hahahha. Tengkiu, en Suami sebab sudi mengimbau kenangan dengan kita. Acececeh. So, nak dijadikan cerita, kitorang pergi ke tempat piknik tuh semula. Hehehhe. Tapi tak piknik pon, just jalan2 ambil angin je.

Nama tempatnya 'Bad Münster am Stein', dari rumah kitorang dekat je, naik train dalam sengah jam je kot. Jemputlah tengok2 gambar dating kitorang ye... :D Cekidautt!

Zalora: Fashion for Men

Pss, psst. (Bisik2). Aku nak kasi tahu korang semua satu rahsia ni. Aku ni kan sebenarnya kaki shopping online. Haa, siapa yang geng dengan aku, sila angkat kaki. Puhahhahaha. Aku ni dulu2 sanggup berhabis duit shopping online tau. Hehehe, sekarang pon. 


Aku sebenarnya serba salah dekat laki aku, kesian dia. Birthday aku, dia belikan hadiah. Anniversary, dia belikan hadiah. Tapi aku, seketul harem hadiah takde aku kasi dekat dia. Jahat kan aku?! Sangat tak bertanggung jawab. 


Aku bukannya taknak bagi pape dekat en Husband aku ni, tapi taste dia ni tinggi sangat. Aku kadang2 fedap ar, kang beli2 dia tak suka pulak. Aik mengutuk suami dekat blog pulak ek? Teehee. Baru2 ni aku terjumpa satu website ni. Usha punya usha, aku rasa memang baju2 dia semua kenalah dengan high taste en Husband aku. 


Korang nak tengok tak, website apa yang aku dok usha2 ni. Jom kita terjah... KLIK





Macaroons, I'm in Love!

Sebelum aku dan en Husband bertolak ke Paris arituh, en Husband aku dah gebang kaw-kaw dekat aku tentang kesedapan macaroon. Macaroon ni dipercayai berasal dari France. Aku ni tak pernah makan, so secara automatik ter-excitedlah kuasa dua belas. Hahahaha.


Menurut en Husband aku, macaroon ni process pembuatan dia memang susah sangat-sangat dan memang leceh tahap tak tahulah level apa (saje je menambah-nambah, kalau expert senang kot nak buat). Sebab tuh susah didapati. Susah nak jumpa kedai macaroon sepah-sepah dekat negara selain France.



Ada jugak kakak senior yang hebat masak pon pernah try nak buat macaroon, tapi akhirnya giveup. Menurut senior tuh,

G.A Daisy Shawl by Tea&Coffee's Lover

Assalamualaikum, dan salam satu Malaysia, semua! Arini I olls nak join satu GA ni, aku excited sebenarnya, sebab hadiah dia daisy shawl. Acam comel je. Hehehehhe. Korang yang berminat, sila klik banner untuk join yer. Wish u olls all the best, if u happen to join this GA too! Cau cin ciao!

Tamat : 1 Nov 2014

Klik banner tau!

Thank for reading this !
Sekian ~
Luv cha !

Back to school make up!!

Hellow everyone! Anneyong! Aku bukanlah make up master, tapi tak kira nak share jugak make up yg aku tiba2 rajin nak pakai arini. It's called 'Back to school make up' sebab I'm back to school! Yeyeh, dah sebulan jugaklah kelas mula balik, sebab tuh aku agak busy dan kadang2 tak dapat nak luangkan masa berharga aku di blog ini. I'm sorry dear blog, and dear reader. Harap korang tak lupakan aku, sebab korang sentiasa dihati guwe...! Ahaks!

Ok, back to our main porpose today! To be honestkan, most of the time, aku memang langsung tak kesah aku pakai baju cacamarba, muka tak mandi ke apa ke. Serius memang tak kesah. Biasalah orang kata, budak engineering ni memang malas and tak berapa senonoh sikit. Ahhahaha. But who cares? Hahahha.




Aku tak selalu tau pakai mekap, sebab susah time nak solat, kena remove everything kan. Rasa macam nak koyak kulit muka aku bila remove mekap. Aahhahaha.


Aku cuma pakai mekap bila 'bulan' datang menunjukkan wajahnya. Iyelah time tuh, takleh solat. So bergembira mekap duduk atas muka for the whole day, takyah bukak2. Hahahah.


Here are the stuffs I put on my face today. Just some basic make up je, xdelah hebat2 sampai flawless muka kak jah oi. Hahahaha. Ini kira mekap naturallah ye. Sesiapa yang makeup beginner cam aku, boleh jugak kalau nak try! Lets jump into it!

Rahsia Kemaskulinan Lee Min Ho!

Mesti ramai rindu Lee Min Ho kan? Lama dah dia menghilang lepas berlakon cerita The Heirs arituh ye. Aku pon rindu dia jugak! Kehkehkehk. En Husband sila jelly2 berguling2 ye. Hahahhaha. 

The Heirs
Sumber : Internet

Zig Zag Diet: Berdiet sambil makan besar

Repost entry dari bulan May lepas. Untuk Tatapan mereka yang macam aku! Aku dalam usaha nak kurangkan berat badan balik. Mood dia dah mai dah. Hahhahhaa. So, everyday aku me-yoga dirumah, dan aku nak try diet ni balik semula. Yuk korang, kita sama2 kurangkan berat badan. Fighting!

Sumber: 9gag.com

Rome Bandar Penipu!

Salam! Harini aku nak menyambung cerita stori-mori, kenapa arituh aku panggil Rome bandar penipu. Harap kerajaan Rome tak menyaman aku kerana label diorang macam tuh. Hahahha. Cuak jugak dalam hati ni. Hihihi.

So Rome is called bandar penipu, kenapakah? Berteraburnya ayat engko aisya! Hahhaha. Masa mula2 kitorang mendarat di bumi Rome, takde pon rasa negaranya banyak penipu ke hape. Semuanya ok je mula2. But as the days went by, macam2 benda berlaku dekat kitorang. Memang nak nangis mengingat balik semula. Takpelah pengalaman, katenye!




Ditipu ketika makan dikedai

Kalau korang happen to go to Rome, memang takkan terlepas dari tertipu masa makan dekat kedai. Memang harga yang diorang letak dalam menu nampak murah at first, but lepas dah makan, bayar apa semua, memang akan dapat duit baki kurang dari yang sepatotnya. Dan jangan terkejut, negara Rome memang tak menggunakan sistem resit bagai ni. Hahahhah.


Kedai first yang kitorang pergi masakannya sedap sangat2, lepas makan, kitorang bayar and terus blahh. Sampai aku tak perasan, diorang actually charge kitorang 3€ lebih dari harga yang sepatutnya bayar. 3€ tuh lebih kurang RM 12 ok. Bukan sikit. Hahhaha. But what to do. Dah mabuk sangat masa tuh, sebab excited makanannya sedap sangat2. Hahahha. Padan muka kau, Aisya!

Haa, 3€ ni baru satu kedai je, untuk sekali makan. Bayangkanlah berapa banyak kedai, berapa banyak kali kitorang makan masa dekat Rome ni. Berapa Euro agaknya duit kitorang terbang untuk hidden cost ni? Memang tak terkiralah kan.




Orang hotel tipu pasal Wifi

Hotel yang kitorang ambik tuh takde free wifi. Siapa nak guna wifi, kena bayar 7€(RM28) for 24 hours. Kitorang self traveller, memang takde tourist guide apa semua. Masa sampai dekat hotel tuh, memang memerlukan wifi untuk cari semua tempat2 nak dilawati masa dekat Rome. That's basically what we usually do, setiap kali kitorang travel.


So kitorang pon bayorlah 7€ dekat pihak hotel, dan dapatlah password wifi yang freshly generated. Aku pon keyin guna fon and went online. Sekali en Suami aku try enter password yang sama dekat tabs, sebab nak cari tempat menarik untuk lawat kan, password tuh dah tak valid.


Kitorang baca dekat belakang kertas password tuh, KECIK JE DIA TULIS: 'This password is for one device only'. Bodohkan kitorang pergi beli password mahal2, pastuh dapat login satu device jek. THOR-baik betul! Hotel people memang takkan bagitahu benda2 camnie. Kita sendiri yang kena alert. Seriusly. Hahhahah.



Ditipu ketika bergambar dengan 'Gladiator'

Masa otw nak ke Colloseum, kitorang berenti dekat traffic light pejalan kaki, tunggu lampu hijau. Masa tuh ada 2 orang lelaki pakai baju Gladiator approach kitorang ajak bergambar.


Suami aku tanyalah, 'Free ker?'. Tapi dalam Englishlah, of kroos. Heheheh. Ye2 orang tuh kata free of charge. After tangkap 4 gambar yang langsung tak cantik, kitorang nak geraklah masuk Colloseumnya. Diorang peras ugut kitorang mintak bayaran 20€. Muka diorang masa tuh macam nak tumbuk kitorang. Diorang kata, seorang dia charge 10 untuk bergambar. Ko giler, 20€ = RM80! Mahal giler.

Memanglah masa ni happy2, lepas habis bergambar, kelat muka sekor2.
Baik si payer, baik si pemeras ugut nya. Hahhahah

Tapi lelaki2 tuh besar badan dia, kitorang cuak nak lawan balik. Lagipon diorang ada kawan2 lagi dekat seberang jalan tuh. Last2 kitorang bayar je. Melayang duit kitorang. So sad. Serius hancur segala feeling2 excited nak pergi melawat Rome city. The best spoiler ever!

Termenung memikir duit yang terbang~~~~




Pihak hotel tipu kitorang city tax
Haa, ada certain2 bandar dalam Europe yang charge city tax ni, bila kita stay dekat hotel diorang. Charge ni ikut berapa malam kita stay dekat satu2 city tuh. Normally 3€ je per person, per night.


Kitorang diberitahu oleh Booking.com(website yang kitorang book segala hotel2 kitorang), city tax untuk Rome adalah 3€ sahaja gtuh. Masa dah checkin dekat hotel, ada macam pamplet2 dalam bilik hotel tuh. En Suami aku kata, dekat pamplet tuh ada tulis jugak city tax = 3€. But, at the time kitorang checkout, orang hotel tuh charge kitorang 6€ per person per night sebab katanya hotel 4 bintang. Tapi kenapa diorang tak cakap awal2, so that kitorang boleh prepare duit tuh. Diorang semua benda ada hidden price yang kita kena bayar. Inilah namanya penipu, mula2 cakap lain, pastu cakap lain pulak.


Pokai kuasa dua kitorang time tuh! But that's not the end yet!




Extra charge di Airport Rome

Kitorang ditipu paling teruk masa dekat airport. Masa nak check in, orang kaunter check in tuh bagitahu, kitorang WAJIB CHECKIN ONLINE, check dekat emel. Kalau tak, kitorang dua orang kena bayar €140/RM560 (70€ per person). Allah je tahu perasaan kitorang masa tuh. Rasa macam jantung kitorang jatuh kat tanah. Pastu kutip pasang balik semula. Hahahaha.


Lepas tuh, orang kaunter tuh cakap, kitorang boleh try guna internet airport dia untuk checkin online, tapi kena bayar 5€(RM20) for ONE HOUR ONLY. Dah bayar untuk internet airport tuh, kitorang online, dekat email, dia cakap memang dah tak boleh checkin. Checkin online mesti dibuat, selewat2-nya 2 jam sebelum flight (tapi kaunter tuh bukak 2 jam sebelum flight). See, orang kaunter pon nak menipu ni. Dia tahu, kita memang dah tak boleh check in online, tapi dia tipu, suruh pulak kita bayar untuk guna wifi dia, try checkin sendiri. Padahal terang-terangan dah tak sempat dah untuk check in online masa tuh.


Emel dia bagi pon memang betul2 hari last sebelum flight kitorang. Kitorang travel, dahlah internet pon susah nak dapat. Orang travel mana sempat nak check emel apa semua. Aku pon tak sempat blogging and blogwalking.


Dahlah subject yang dia bubuh dalam emel dia langsung tak catchy! Dia bukan tulis, 'Please checkin online' ke apa, yang dia tulisnya 'Customer Service'. Dalam emel pon, kecik giler dia tulis, 'kalau tak checkin online, kena bayar blah blah blah untuk dapatkan boarding pass'. Sakit tak hati, cuba korang bayangkan.


Nampak tak permainan diorang semua ni. Ini memang negara penipu dan pemutarbelit paling hebat di dunia. Diorang dapat duit kitorang for the wifi, diorang dapat duit lagi 140€ untuk checkin. Even kalau dapat check in online sekalipon, tapi tak print out ticket tuh sendiri, still kena bayar lagi 15€(RM60). Wahh, memang bagus penipuan dalam bandaraya Rome ni. Penipuan terancang. Sakit sangat hati masa tuh. Diorang memang dah siap sediakan kaunter khas(untuk bayar-membayar ni) untuk orang2 macam kitorang ni.


Kertas ni harga 140€ sehelai hokeyh. Menangis! Haa simpanlah kertas ni sampai ke tua. Jadikan artifak ye. haha

Evendoh Even though kitorang dapat priority seat masa tuh, sebab kena bayar tiket mahal (3 kali ganda dari harga asal), still sedih giler2. Tahu tak, semua orang yang dapat duduk priority seats masa tuh, muka sedih giler. Diorang tuh semua senasiblah dengan kitorang. Iyelah, kita booking tiket paling cibai sekali, timing teruk, sebab itu je harga paling murah kita boleh dapat, ikut kemampuan kita. Siap dah bayar masa booking online tuh. Alih2 kena bayar extra charge lagi 140€ masa dekat airport, semata-mata nak dapatkan boarding pass. Siapa yang suka?


Baik guwa balik naik Lufthansa ke Germanwings ke, selesa lagi! Ini naik flight pon teruk, kena bayar mahal giler. Siapa tak sedihkan. Haa sekarang pon rasa nak nangis lagi masa tulis ni, sedih sangat2. 140€ kena bayar time tuh sama banyak dengan duit makan rumah kitorang sebulan. Hahahaha. Duit memang terbang camtuh jek.


Dahlah kitorang time tuh dah pokai, takde duit cash pon dekat poket, tiba2 kena bayar 140€ lagi. Nasib baiklah en Suami aku ada kredit card. Cubalah bayangkan, kalau orang tuh memang bawak duit untuk travel cukup2 je. Hari last travel memang takde dah duit dekat poket. Lepas tuh takde credit card. Camne nak balik tuh.


Kalau dah takde duit, haa menangislah kau kena tinggal dengan flight kan. Even masa aku tengah tunggu flight pon, ada sorang makcik ni, kad dia kena telan dengan mesin ATM. Kesian makcik tuh nangis2 takde duit. Nampak tak, mesin ATM dekat Rome pon jahat macam orang2 dia. Senang cite semua bendalah dekat Rome ni jahat. Hahhaha.




Beli kopi pon, sama jugak kena tipu. Tengok harga, quite affordable, 1,50€. Tapi bila dah dapat, air dia setengah cawan pon tak sampai. Yang lebihnya buih. Jual buih ker, bang? Dapat minum 2-3 teguk je, dah habis. Redho jelah. Hahahahah. Aku tak faham, kenapa orang negara ni desperate sangat dengan duit. Tak boleh hidup kalau tak menipu orang ke haa??!

Penat aku hirup buih dia, lambat betul nak dapat sampai ke air kopinya. Hahahha
Ini cawan kecik ni, bukan besar mana pon. Hahahaha

Dahlah, penat dah kak Aisya meluahkan perasaan kat sini. Sorrylah ye, entry kali ni ter-emo pulak yer. Hehehehe.


Nasihat aku:
Kalau korang pergi ke Rome, berhati-hatilah dan silalah bawak duit lebih dari budget. Memang belanja di Rome akan lebih dari yang kita boleh jangka. And beware of pickpockets. Nasib baik kitorang tak kena dengan pickpockets. Kawan kitorang ada pernah kena, duit hilang 1000€, kamera lagi. Hai macam2. Kalau nak beli makanan ringan2 ke, beli dekat supermarket, sebab ada resit, so orang tak boleh nak tipu. Hahahaha. :D


p/s:
Maybe lepas ni, akak Aisya nak pause kejab dari travelling kejadah ni sebab tengah pokai. Hahhahahha! Doakan akak Aisya cepat kaya yer. Nak travel lagi dengan Husband! :D

That's it for now !
Thanks for reading !
Sekian~

Rome, Italy : Introduction



Alkisahnya, dari Paris, aku dan en Husband naik flight ke Rome, jalan2 puas2 dulu, baru balik semula ke Germany. Btw, kepada yang tertanya-tanya, "akak Aisya tengah cuti ke?", "akak Aisya dekat Malaysia ke sekarang ni?", "akak Aisya buat apa time cuti ni?", "akak Aisya dah makan belum?". Ok soalan last tuh takde siapa pernah tanya. Aku je gedik. Hahahaha

Meh aku terangkan satu-satu dekat korang. Aku tak balik Malaysia untuk sesi cuti this time. Masa habis2 exam hujung bulan 8 arituh, aku dan en Husband straight dengan lajunya berlepas ke Paris, sebab anniversary kawen kitorang yang jatuh pada minggu pertama September. Haa, lepas balik berjalan tuh, kitorang duduk rumah jek, tak pergi mana. Hehehehe. Plus kitorang tak berapa sehat time tuh.

Aktiviti Cuti Sekolah 1 : Makanan Kitorang Arini

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kawan2. Haa, aku dengan en Husband kan sekarang tengah cuti sem, bosan bebenornya duduk dekat rumah ni. Dia tengok muka aku, aku tengok muka dia. Penat tengok muka each other, kitorang pon buatlah benda2 nak hiburkan diri sendiri.


Nak tahu arini kitorang makan apa lunch tak? Kitorang makan...

Paris Day 3 : Paris City Attractions & Mr Eiffel, I'm in love!

Aku tengok cerita Mr. Bean's Holiday, otw Mr. Bean nak ke pulau Cannes, Mr. Bean ada lalu Paris, terus aku pon fefeeling macam dekat Paris balik. Seronok pulak menengok Mr. Bean ni holiday ye. 


Bandaraya cinta sweet muit muah2 Paris dilawati pada hari ketiga kitorang di Paris, bermakna selepas melawat Disneylandlah. Past dah simpan beg dalam locker dekat stesen Gare du Nord, kitorang mengorak langkah, nak menakluk kota Paris. Cewah ayat aku, mengorak langkah! Hahhaha. Tapi sebelum pape, isi perut dulu. Kang lapor di tengah jalan susah plak. 


Lepas makan, baru perjalanan lancar sikit. Udah2 ler membebel Aisya ooi! Orang nak menengok gambarlah. Heheheh. Silakan menengok. Semoga terhibur dan selamat beramal! (Ayat aku, ape pening sangat ni! Hahhah)

The Pyramid

The Louvre Palace, and the Louvre Pyramid


Autumn Teaser!

Arituh masa seminggu yang kitorang dok berjalan sana sini tuh, panas sangat2 negara yang kita pergi, muka memang kena sunburn. Tapi hah ambik kau, balik2 Germany semula, cuaca dia sejuk giler, memang dah takde dah musim panas dekat sini. So I guess, let us welcome MR AUTUMN!!



So apa benda yang best ek tentang Autumn ni?  Lemme tell u!
First thing, dedaun pokok mula bertukar menjadi kekuningan. Time nilah kalau tangkap gambar, rasa sesangat romantik you! Hehehehe. Boleh arr pergi kutip daun2 yang gugur, pastu tulis ayat2 cinta, pastuh letak atas meja encik Suami. Ala-ala cerita Mohabattein gtuh. Hehehhee. Kantoi, aku pernah buat tuh, tahun lepas. Hehehhee. Walaupon musimnya musim luruh, tapi dalam hati musim bunga2. Ke ke ke ke.

Sarangaeyo!

Haa apa lagi yang best tentang Autumn ye?
Bila musim luruh ni, kira pertukaran musimlah kan, dari musim yang panas giler, nak menjadi musim sejukkan. Pada masa pertukaran musim macam sekarang ni, paling best sekali adalah waktuh solat dia. Sebab waktuh solat dia hampir sama macam Malaysia! Yeeha! Dalam setahun ada 2 kali je timing perfect camnie tau. Seronok22!

Timing solat time musim luruh @ autumn in my heart! ehhehehe
Heaven sangat rasa bila subuh habis pukul 7 pagi macam dekat Msia!
Bolehlah pagi2 pergi jogging, kononnya healthy lifestyle la kan! Hhaha

Haa, kalau korang nak tau, sini waktu solat sepanjang tahun berubah-rubah dengan drastik tau, memang tak macam dekat Malaysia. Dekat sini time winter(musim sejuk) siang pendek. Siang pendek maksudnya waktuh solat cam kat bawah ni. Matahari terbit dalam pukul 8 pagi, sebelum pukul 8 pagi memang gelap gelita. And lepas pukul 430 petang dah gelap balik dah seluruh alam. Pendekkan siangnya?

Disebabkan siang pendek waktuh winter, memang best betul mengganti puasa time ni. Iyelah maghrib masuk pukul 430 petang. Syok! Nak ganti puasa 2 bulan straight pon bolehlah. Hahahhaa

Waktu solat time winter @ musim sejuk
Sumber: http://www.gebetszeiten.de/
Korang bayangkan, isyak masa winter masuk pukul 615 petang, time tuh memang dah gelap giler dekat luar. Hah, duduklah dalam rumah ontok2 study elok2. Kalau duduk luar rumah waktuh malam time winter, mahu beku agaknya. Ya Allah hai. Hahhaha

Haa kalau ada yang bertanya, 'Gebetszeiten' tuh apa kejadahnya tuh? 'Gebetszeiten' tuh dalam bahasa Melayu maksud dia adalah waktu solat. Gtuh translation dia.

Kalau time summer pulak siang panjang yang hamat. Matahari cepat terbit pagi2, tapi lambat sangat matahari tenggelam semula. Kalau korang nak senang faham camne siang panjang tuh kan, cuba imagine korang keluar rumah pukul 5 pagi, tapi cerahnya dekat luar rumah tuh macam dah 10 pagi Malaysia. Malam pulak dalam pukul 10 still cerah dekat luar rumah. Weirdkan? Tapi tulah hakikatnya 4 musim. Hahahha.

Bayangkan kitorang puasa ramadhan masa summer(musim panas) dari pukul 2:59 pagi sampai 9:42 malam. Memang boleh turun berat badan, kak jah oi! Heheheh.

Waktu solat time summer @ musim panas
Sumber: http://www.gebetszeiten.de/
Suhu Autumn pulak camne?
Berbalik ke topik asal kita, iaitu Autumn. Time Autumn ni, suhu sekeliling antara 10 ke 20 degree. Suhu aircond gtuh. Kalau naik basikal, takdelah panas sampai berpeluh-peluh ketibas teruk sangat. Tapi takdelah sejuk sangat macam musim winter kan. Time sekarang ni tak perlu pakai baju tebal2 sangat. 


Hah normally musim winter memang jarang orang naik basikal, sebab sejuknya, Allah, sampai ke tulanglah kata. Haa kan. Sini memang setiap hari sebelum keluar rumah kena check suhu dulu, baru tahu nak pakai baju tebal ke, nak pakai nipis ke. Payung kena bawak ke tak. Ngee ngee.


Papepon, walau camne pelix pon timing solat and suhu sekeliling will be in winter and summer, tapi hidup tetap perlu diteruskan. Lets enjoy the autumn, until winter come to wrap us up in its lovely wools, ohh cut the crap aisya. Ciao dulu! k bai! :D



P/s: Kalau rajin jemputlah baca entry2 travelog baru2 ni ye! Jangan lupa komen tau!

Thanks for reading this !
Luv cha !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...