home about contact travelog resepi bahasa jerman

berkahwin muda: MADE EASIER

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada sidang pembaca! Hahaha! tajuk tuh xnak kalahkan! Macam la senang sangat nak kawen kan. Okayh, kawen tuh senang, uruskan kawen pon senang insyaallah, kalau kena pada caranya. Wahh ayat budget matang betul la aku ni. Ekceli aku baca satu blog ni, check-it-out di sini.

aku tgok dia, si dia pemilik blog tuh, sopan santun, dah kahwin, ada anak comel plak tuh. Wahh aku pon berangan nak anak jugak la kan. Padehal aku pon xmatang lgi, camne nak dapat anak entah. Hahaha. Nak dijadikan cerita blogger tuh ada kasi tips2, cmne nak memelihara hubungan laki binik! aku suka bace ni! hahahah. Aku pon nak kasi tips jugak la. Hehehe. Maybe cara setiap org berbeza, tapi xsalah pon. Korang yg belum berumahtangga 7 tingkat mcm kitorang buleh baca, and belajar pelan2 ye!

So di sini ada sedikit tips2 mengharmonikan hubungan laki binik dalam sesebuah institusi keluarga. wahh ayat macam masa pegi kursus kahwin. So tips2 nya:

Sebelum berkahwin:

  1. Tetapkan niat yang betul. Berkahwin bukan sekadar suka2, atau sekadar ingin mencuba. Tapi berkahwin atas 3 sebab: 1 menyambung generasi Rasulullah saw, 2 dgn 3 aku xingat. Memory lemah. Tapi nnt kalau korang g kursus kahwin, insyaallah ada la kot ustaz2 yg akan ckpkan pasal ni. 3 sebab berkahwin. Aku serius xingat weh.
  2. Masa pergi kursus kahwin, dengar betul2 and catat isi penting, jangan jadi macam aku. Aku catat jugak, tpi buku catatan tuh tinggal dekat rumah mak aku kt msia. Bagus sebenarnya benda2 yg diajarkan masa kursus kahwin tuh.
  3. Mintak izin keluarga dengan cara yg betul, jangan lawan2 ckp mak ayah. Ingat, permulaan yg baik tuh penting. Redha and restu femli pon sangat2lah penting.
  4. Kalau femli membantah pada mulanya, berikan mereka keyakinan, suruh sang bakal pengantin lelaki tuh masuk meminang/merisik betul2. Bawak mak ayah dia sekali. Barulah mak ayah nampak anaknya serious tentang isu berkahwin ni. Kahwin bukan buleh buat main2.
  5. Istikhoroh and pilih pasangan yg bila korang tgok dyorang, hati xberdebar sgt. Ini rasanya Ustaz Fadillah Kamsah kot ada cakap. Berdebar tuh tanda kurang baik. Yelah, xkan nnt da kahwin pon berdebar2 lagi. Seumor hidup nnt berdebar nya.
Setelah berkahwin(sbg bini): 
  1. Give him space. Kalau dia suka main bola, atau memancing, dah memang hobi dia, jangan halang2. galakkan dia dgn hobinya, slagi hobinya baik dan xmemudharatkan. Yelah, sape yg dalam dunia ni suka, kalau ada org halang2 kita dari buat benda yg kita suka kan. Lagipon walaupon da berkahwin, masing2 still memerlukan masa bersendirian. Xsemestinya dia kena pandang kita je 24 hours. Jemu haih.  
  2. Berkomunikasi dan bertanya pendapat encik suami dan puan bini. Ok ini penting! Bila da kahwin, banyak keputusan perlu dibuat melalui perbincangan dan musyawarah. Wah ayat! hahaha Bagus sebenar, bila isteri nak beli baju membazir2, isteri tanya pada suami, suami cakap, "Xperlu pon sebenarnya beli baju baru". Jadi duit si isteri terselamatlah dri dibazirkan. Penting jugak berbincang, bertanya, keadaan satu sama lain, ada ke apa2 yg suami xberpuas hati, apa2 yg isteri xsetuju ke. Xbuleh la semua perkara main terjah je.
  3. Solat berjemaah bersama, setiap kali ada peluang. Lepas solat, mintak maaf pada suami. Yelah kita xtau masa bila kita ada menyakitkan hati dia. Seeloknya sebelum tidur malam pon mintak maaf pada suami. Takut2 tidur xbangun2 da esoknya. Hahhaha
  4. Cakap Lebiu atau pon IloveU! Yg ni tugas isteri ye. Suami mmg susah meluahkan. Normal la tu, diakan lelaki. Tapi percaya la, bila ckp romantik2 ni, heheheh, suami mesti senyum. Sedap telinga dia mendengar. 
  5. Bila merajuk, jangan lama2. Nnt takot jadi pergaduhan yg besar plak. Siket2 bolehlah. Lebih2, janganlah. Kalau suami da pujuk tuh, layan kan aje. Xyah degil2 sgt, xyah ego2 ke apa. Xperlu pon.
  6. Jangan buat bende yg suami xsuka. Contoh suami xsuka isteri nya bersiap lambat, smpai tertinggal bas(ok ini aku punye kes la ni). Isteri bersiap la lebih awl. Mandi awl2. Nak berbedak ke hape, pakai awl2. Contoh lain, kalau suami xsuka isteri naik2 suara, cuba la belajar ckp lemah-lembut. Orang lelaki suka tau org perempuan ni lemah-lembut, sopan-santun. Sebab mmg fitrah perempuan sepatutnya begituh!
  7. Jangan degil atau terlalu ego. Dalam institusi keluarga, kita yg perempuan kena igt, suami tu ketua keluarga. Kalau suami suruh apa2, ikutkan aja. dapat pahala tuh!
  8. Selalu2 la refresh hubungan, dgn cara makan dalam pinggan yang sama, suapkan suami time dia busy xsempat nak makan, keluar dating, jalan2 pegang tangan. Buat je semua benda yg buleh mengeratkan hubungan laki binik tuh, insyaallah tenang rasa hati! Keluarga pon bahagia! Pahala pon dapat lgi! hahahha.
  9. Kalau ada masa senggang, ajaklah suami baca Qur'an sama2. Best jugak sebenarnya, masa mula2 dengar depan2 suara org laki baca Qur'an. Hahaha. Selama ni pernah baca Qur'an dgn perempuan je. Hahaha. Aktivity ni bagus! Sebab buleh menambah ilmu bersama2. Suami mungkin ada ilmu yg kita mmg xtau. Kita mungkin jugak ada ilmu yg suami xtau. Masa baca Qur'an dan berbincang tentangnya, kita dapat tambah banyak pengetahuan! Percayalah!
Hahahha itu jelah kot tips untuk hari ni. Xde idea dah. Hehehe. Sebenarnya banyak je lagi tips2, yang mungkin orang lain amalkan, tpi aku xtau. setakat yg aku tau, da aku kongsikan di sini. Semoga bermanfaat!

Selamat beramal! Sekian.

Sebelum berpisah, tatapin gamber kami, hari tu kitorang keluar dating2, makan pizza. Puan bini nya suka makan pizza, nak wat camne.


9 comments:

  1. rasa nak kahwin jugak la camni , Aisya.. hehe doakan dayu berjumpa jodoh yg baik2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah, insyaallah.... semoga cepat bertemu jodoh yang baik..amiinn :D

      Delete
  2. aisya.. akak jeles.. umo dah 26 ni, tapi tak kawen lagi.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. janganlah jeles...insyaallah adalah tu nnt...semua orang kan ade jodoh yg Allah tetapkan...doa banyak2 nnt menjelma punye lah! :D cheer up!

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. senyum2 bace nie.. tapi takut plak nak kawen.. banyakk kena ambil kira..kena banyak belajar lagi..hihi.. doakan anis dapat jodoh yg terbaik utk anis ye.. :)

    ReplyDelete
  5. lol..
    nice sharing kak..
    kene simpan dalam otak ni..
    tak lama lagi nak kawen kan. hahaha xD
    btl. kawen bkn tuk suka2 je. alahaii.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...