home about contact travelog resepi bahasa jerman

Kahwin Student: Murah dan Jimat

Assalamualaikum. Arini kami2 sepatutnya da start kelas semula, lepas da cuti seminggu. Tapi aku belum lagi pergi ke kelas, kelas lambat lgi nak start. Jadi, mari kita berbual di sini. Setahu aku, org yg possible baca belog ni adalah kawan2 aku je, so, sudah tentu2lah mereka-mereka tu semua sudah pn tahu, aku dah kahwin.

Yes! Sudah! Sah2! Kahwin bulan 9, 2013, dengan budget kewangan ala-ala student katenya. Nak tau x, cmne nak buat majlis kahwin korang murah tapi still tip top meleTOP! Teruskanlah membaca ye! (**Harga mungkin berbeza mengikut kawasan kenduri kahwin nya ye!)

Paling penting mula2 mesti anda ketahui berapa budget ada dlm tangan utk kahwin tuh, lepas tuh barulah planning2 apa nak buat. Planning merangkumi:
  • Pelamin + Mak handam
  • Baju nikah + Mak handam
  • Makan + bilangan tetamu +Kek Perantin
  • Goody bags + candy/photobooth
  • Gubahan hantaran
  • Kompang and Audio Set
  • Inai
  • Kad Kahwin
Ok yg aku listkan kt atas ni, benda yg paling basic untuk satu-satu perkahwinan, kira mcm almost wajib la jugak. Dan kat bawah ni, cara aku dapatkan harga yg paling murah yg duduk comel2 dalam budget kecik aku.

Pelamin + Mak handam
Aku search dekat fesbuk untuk cari pelamin atau pon butik pengantin yang murah dan dekat dengan Klang(ate kami org Kelang katanya). Kalau nak murah, masa deal dengan orang butik pengantin, mintak mereka suggest harga untuk satu set sekali. Satu set meaning, ada pelamin + baju utk kedua perantin + mekap utk perantin gegurl.  Yang set selalunya lagi murah dri ala-cart ala-cart. Aku punya dulu cuma RM1500 utk satu set. And cakap la masa mula2 lagi dealing, korang bakal-bakal perantin muda yang still tgh study, and kalau buleh nak suggestion harga yang mampu untuk kewangan student ciput-ciput ni. Orang butik tuh xdelah kejam sangat, selalunya possible je dyorang akn kasi harga berpatutan. Hiasan dewan pon buleh jugak butik pelamin buatkan. Sembang-sembang, bodek-bodek siket, nnt dapat harga yg kita nak, insyaallah. And bijak sikit, compare2 harga dengan kedai lain. Ambik harga yang korang mampu, dengan set yg korang paling suka. Semua org nak nampak santek kan masa kahwin! Ahaks



Baju nikah + Mak handam
Baju nikah? aku xhambek dgn butik pengantin, aku nak lagi jimat. Masa bertunang tuh, encik Suami aku(dulu2 encik tunang la kan) belikan siap-siap kain yang cntik dekat Tangkak(korang buleh jugak tgok dekat Nilai), pastu anta tempah dengan tukang jahit, yg buleh buatkan dgn harga berpatutan. So untuk baju nikah, aku dapat save dalam seratus lebih, sbb kedai nak RM600. Aku buat sendiri(I mean, aku tempah sendiri) dapat dlm RM450 gtuh je. Duit yg ada lebih tuh buleh la guna utk benda lain plak. Ingat kita kena berjimat, sbb kita student. Mak handam nya akak aku, free of cas!

Makan + bilangan tetamu + Kek Perantin
Untuk caterer makanan pon sama mcm cara utk dapatkan pelamin. First of all, just search dekat fesbuk, pastu mintak suggestion harga, compare mana yang paling bersesuaian dengan taste harga korang, pastu tempah. Buleh jugak mintak keluarga/kawan2 suggestkan caterer yang ada kait-kaitan. Kadang-kadang dyorang buleh kasi harga femli/kawan kan. Buleh la berjimat siket. Yang penting sebelom berdealing dengan org, kenalah tau berapa ramai tetamu nak jemput and tarikh bila. Xbuleh main terjah je. Kalau Selangor, satu kepala kira harga RM 10 mcm murah da kot. Tanya betul-betul dgn caterer, harga ikot kepala yang dia kasi tuh makanan nya apa. Selalunya ada nasi, satu lauk daging, satu lauk ayam, satu lauk sayur, buah, air. Aku punya catering costs RM 7000. Kek aku tempah kat sedara kawan aku, dengan harga tip top, tuing2 murah yg hamat! kek sodap! Tapi perantin dpt makan sikit je, sbb ramai org nak bergambar. Sobs Sobs.



Goody bags + candy/photobooth
Ok disebabkan aku arituh budget kecik, nak berjimat yg hamat, aku telah menggunakan sehabes mungkin khidmat dari para sahabat karib aku and femli tersayang. Kan, kesian dyorang aku suruh buat macam2. Paling kesian best fren I, sbb dyorang kena drivekan aku ke sana ke mari menguruskan persiapan kahwin aku, sbb aku mana ada lesen. So nak di jadikan cerita, goody bags dgn candy booth memang semua femli and bestfren guwe yang buatkan. Sangat jimat. Tapi kesian dyorang semua penat. Hehehe Tapi hasil kerja tangan bestfren I mmg sangat tip-top, santek and omey angat2!





Gubahan hantaran
Ini sudah tentulah aku xtempah dekat kedai, sabab mahal yang hamat. Dekat kedai, satu dulang dia nak rm50, ko giler! Aku pon, merujuk kepada bridemaids2 aka bestfren kuat usaha aku, utk gubahkan hantaran aku! Santek sgt! Sumpah aku rasa, aku je xkretip dalam dunia ni, org lain semua hebat sangat! Bunga beli pon murah, dulang pinjam dengan sedara aku! Idea nak menggubah buleh tanya chik gugel!



siap ada kereta kecik tau kat depan umah itew...hahahha


Kompang and Audio Set
Ini aku mintak abg aku seponser! so RM 0 la kiranya. Sebenarnya korang pon buleh je mintak abang/akak/ayah/mak/sepupu untuk sponsor benda2 sampingan, femli fahamlah kita student nak kahwin. Xdelah mampu nak kahwin grand2 macam retis! Benda yang possible utk mintak sponsor adalah: Kompang, Audio, Kad kahwin, Sewa dewan. Ala benda simple2 yang below RM1000.

Inai
Inai aku beli inai tube, satu singgit, aku beli 2 ke 3 entah masa tuh. Nak inai merah and kekal lama, campurkan dgn inai pokok, nasi, teh, and gambir. Pastu, utk design inai, aku dgn kawan aku search gmbr inai santek kt gugel, and kawan aku yg kreatip tolong lukis! Murah dan cepat, and santai sbb buleh lepak2 tengok tv. Kalau buat kt kedai, dia nak RM150 utk 2 tangan kecik molek aku ni, da giler ke hape, dah lah kat kedai xde tv, xde org suapkan makan, masa tgh pakai inai. Kan, manja sangat chik perantin masa tuh! 

Ada 4 org dalam gmbr ni, yg bersungguh-sungguh pakaikan aku inai, hahahah.. Rase princess sgt!


Kad Kahwin
Ini encik Suami aku dulu searchkan, kedai yang murah, yang online, buleh deal tanpa tengok muka each other. Hah kan, kitorang kan dekat Jerman, mcm mana lah nak jumpa org tempah kad kahwin ni fes-to-fes kan. Ni link nye, santek2 and banyak pilihan! And murah! and lagi satu, dyorang ni, ada banyak cawangan di seluruh Malaysia! korang buleh choose kt mana korang nak pickup kad korang, once da siap! Cool kan!

Last but not least, Orang-Orang Kuat Sepanjang Preparation Kahwin Aku, ada di bawah ini! Tanpa mereka, xmenjadi la kenduri kahwin aku! Thanks, besties!


Kepada mereka-mereka yang bakal melangkah ke alam rumah tangga, Good Luck! Semoga korang xpening2 masa prepare ye! Dan lagi satu mak aku selalu pesan, masa aku kecik, kita kena selalu pergi tolong kenduri-kendara orang, nnt besok2 bila kenduri kita, orang lain plak datang tolong kita. And aku percaya, this thing is so true. 

Dan lagi satu, ingat, selalu2lah bantu permudahkan jalan org lain, nnt insyaallah, Allah akan permudahkan jalan kita! Aku doakan semua orang yang da byk bantu aku, semoga Allah permudahkan semua urusan mereka-mereka, baik dari segi belajar mahupun kehidupan. I sayang U olls angat-angat!

Sekian!

9 comments:

  1. Wuuuuuuuuuu comel pulak gambar2 dlm ni hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang paling comel, ketua kumpulan tu, pakai bju itam tuh dia...heheheh :)

      Delete
  2. yang penting lepas korang kahwin, sentiasa diberkati Allah kalau buat semuanya bersama2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, lepas kahwin ni, hidop macam ade matlamat sikit...xdelah melagho je kan... :D

      Delete
  3. Akk, kite tak jalan, kite merangkak. Haha godek entry lame akk. wow wow nak kawen jugak. Nak sponsor kite tak? HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. wooo! cari calon dulu ek! sponsor nnt kite bincang balik....kihkihkh

      Delete
  4. kalau ana, xyah susa susa.. ummi ana tu mak andam, serba boleh! hehe ..

    ReplyDelete
  5. fuhh.. kena tengok list nie nanti bile tibe masenye..hikhik

    ReplyDelete
  6. ok la kite terlist still belaja lg leh tak?hahahah maklomm la baru keje..
    bole guna tips ni.. jimat2.. wuuu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...