home about contact travelog resepi bahasa jerman

Pengurusan Sampah Di Sini

Duduk menghadap laptop, jeling ke kanan sedikit, nampak tuan rumah di luar jendela. Teringat masa baru-baru kahwin, pindah masuk rumah baru ni, kami tersalah buang sampah(di sini sampah diasing mengikut jenis), jadi tuan rumah pun tegur kami.

Ok Assalamualaikum. Semenjak tinggal di negara asing ni, jauh beribu batu merindukan tanah air, ofkos kita xbuleh lari dari keterpaksaan mengikut rutin dan gaya hidup orang di sini kan. Sebagai contoh, di sini, semua orang wajib melibatkan diri dalam pengasingan sampah, jadi kitorang pon terlibat sama. Takde pengecualian, semua orang wajib.

Kenapa aku kata, di sini wajib semua orang mengasingkan sampah? Sebab, sebenarnya semua rumah wajib MEMBAYAR ala2 tax setiap bulan(ada dalam bayaran sampingan sewa aka Nebenkosten) utk pungutan sampah pada kerajaan. Bayaran dikira ikut kepala bagi setiap isi rumah. Kami pon baru tahu masa kami pindah rumah baru, tuan rumah explainkan.

Sampahnya pulak dipungut mengikut jenis. Contohnya hari Isnin, lori sampah plastik sahaja datang. Selasa adalah hari untuk sampah kertas. Minggu seterusnya, sampah jenis lain plak. Setiap rumah akan diberi jadual pungutan sampah. Bagus tak korang rasa? Bagus kan! Sebab, sampah-sampah yang dah diasingkan sebenarnya lebih senang utk dikitar semula. Kan bagus utk alam sekitar kita jugak kan. 

Biasanya disini, secara umumnya ada 3 jenis tong sampah di setiap rumah.

  • Satu tong untuk Plastik 
  • satu tong untuk Kertas
  • satu tong utk sampah lain-lain jenis (General Waste, contoh macam makanan basi) 

============================================================
Tong Plastik
Secara am-nya tong ni utk semua jenis plastik, termasuk semua pembalut makanan, dan apa-apa pembalut la. Orang jerman panggil, Verpackung Tonne(Verpackung = Pembalut/Bungkusan/Pelastik; Tonne = Tong). Kalau kt umah aku ni, tong ni la yang paling cepat penuh.
Tong utk Plastik



============================================================
Tong Kertas
Tong ni sebenarnya sgt bermakna kepada dunia dan seisinya. Yelah kita kenalah kitar semula kertas kan, supaya pokok2 xdelah banyak sangat ditebang sbbkan kita kan. Kita bersalah sebenarnya dekat dunia, kalau kita mengabaikan alam ni. Ingat, kita khalifah di dunia ni, kita bertanggungjawab mengimarahkan dunia, dan menjaga keharmonian seisinya. Kalau da sampah menimbun-nimbun, pokok pon da xde, harmoni lagi ke? Ok serius plak aku tibe2. Hehehe.

Seingat aku, dulu masa rumah lama, dgn rumah baru, tong sampah kertas ada tulis dekat depan dia, apa benda yang buleh di-classify-kan sebagai sampah Kertas. Kena rajin la sikit baca. Aku xrajin, jangan ikut. Aku pakai agak-agak ja. Time aku betul xpasti, baru aku baca. 

Tong utk Kertas

============================================================
Tong sampah Lain-Lain
Buh la apa suka. Hahaha. Aku dulu terbuang metal dlm tong ni, pastu Tuan Rumah tegur, dia kata Metal/Besi dan seangkatannya kena dibuang dlm tong pelastik, nnt sampai kt tempat sampah, dyorang asingkan. Ok itu kerja orang atasan. Kita buat ja, ikut ja depa buat camne. Dalam ni boleh buang sisa-sisa makanan, ataupon benda yg kita rasa bukan plastik, ataupon kertas.
Tong utk Lain-Lain Sampah

============================================================
Tong Bio
Hahahha. Kalau rumah yang ada 4 tong, selalu akan ada tong ni, tong bio nama dia, untuk lebihan makanan, dan benda-benda yang bio-degradable(xpastilah betul ke x ejaan ni hah).

Tong sampah ni, sesuai kita buangkan sampah Biology sahaja, aku xpasti apa aku cuba ckp kt sini. Ala sampah macam tulang ayam, ikan, lebihan makan basi, ranting pokok, daun kering semua buang dalam ni. Tapi ingat, jangan sesekali bungkus sampah Bio di dalam beg pelastik yg xbio-degradable. Sbb nnt beg pelastik tuh xdicernakan oleh alam, nnt jadi pencemaran plak! Haih. Dan bagi rumah yang xda tong ni, buleh buang sampah makanan dalam tong Lain-Lain yg aku explain kat atas tadi. Hehehe 
Tong sampah Bio
============================================================
Tong untuk botol2 kaca, mengikut warna kaca
Tong untuk buang/derma baju-baju lama
Lupa cakap, utk sampah macam pakaian dan botol-botol kaca, ada tong lain, yang besar sgt2(tipu je, xdelah besar mana pon). Selalunya tong besar tuh untuk satu kawasan perumahan, ada 2, 3 tong. Kalau nak buang perabot pulak, ada dalam jadual buang sampah kami, setiap kali sebelum masuk musim bunga(aka Spring Cleaning). Dalam bulan 2 gtuh.

Kami suka time spring cleaning ni. Ada je org yg buang perabot yg still elok, jadi kami student-student Malaysia kat sini suka jugak kutip benda yg depa buang, contoh mcm almari utk dapur, kerusi study, meja jepun, dan macam2 lagi. Bukan kami je yg mengutip, org lain pon kutip jugak. Siap bawak lori pon ada. Selalunya org yang nak membuang perabot, dyorang akan buang sehari atau 2 hari sebelum lori sampah datang. Enough time utk kitorang kutip apa yg berguna! hahhaha. Jimat di situh! Xperlu beli!

Itu saja for this time, bubye! Semoga benda yang baik macam ni turut dibuat secare ''berleluasa'' di Malaysia satu hari nnt! 

Sekian!




3 comments:

  1. wuuu.. banyak tongg. berjenis pulak tuu. best best !

    ReplyDelete
  2. woww.. kalau kat malaysia punye sistem macam nie kan bagus :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann best kann...bagus untuk alam sekitar kita :D

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...