home about contact travelog resepi bahasa jerman

sikit-sikit, lama-lama jadi bukit: BERJIMAT sebelum habis

Assalamualaikum, kawan-kawan dan sedara-mara yang membaca. Hehehe.. Macam tau2 je siapa yang bacakan, Aisya. Xyah perasan. Hahaha. Ingat lagi dulu nk kahwin, beriya-iya simpan duit. Sampai kawan-kawan ajak travel pon, xdapat nak ikut. Xpe, lepas kahwin jalanlah puas-puas. 

Berbicara tentang beriya-nya Aisya menyimpan duit time nak kahwin, (hah berbicara kan... ayat sastera disituh), nak stori lah ni. Dulu-dulu aku ni boros yang hamat. Korang sila jangan ikut. Penyakit boros aku ni sangat-sangat MARABAHAYA dan mudah merebak ke org-org sekeliling. 

Dulu igt lagi, masa persediaan dekat Kolej Bandar Utama(KBU), masa tuh dok belajar alif ba ta dalam bahasa jerman kan, masa tuh boros xtau beli apa nya. Tahu-tahu memang duit da habis. Sungguh tidak elok. Bukankah membazir itu sahabat syaitonnn... Hahahaha. Masa mula-mula datang Jerman pon gtuh, duit aku mengalir macam air. Benda merepek-repek semua aku beli. Shopping bagai nak giler, baju xde pon macam stylo milo sangat pon. Pakai baju huduh jugak, ko kan aisya. Hahahaha.

Tapi lepas almost setahun menyimpan dan berjimat, akhirnya dapatlah kahwin tanpa masalah, Alhamdulillah. Dan selepas almost setahun berjimat tuh, aku skrg da dapat berubah, dulu-dulu, sebelum masuk elaun yang baru, duit yg lama selalunya tinggal ciput je, nak bayar sewa pon maybe xcukup. Tapi Alhamdulillah dengan latihan berjimat yang diajarkan oleh encik Suami, aku akhirnya dapat berubah. Skrg dapat la rolling duit berjimat tuh untuk buat modal meniaga sikit-sikit di Ebay. Hahahah

So aku di sini, secara umum nak menggalakkan korang yang baca belog ni, supaya berjimat dan mula menyimpan dari skrg. Janganlah buat macam aku dulu-dulu. Ingat berjimat sebelum habis. Duit yang ada, kita jimat-jimat. Buleh jadi esok-esok tiba2 ada emergency, duit tuh nnt buleh digunakan. Xgtuh? Memang betul, duit banyak xbuleh dibawak mati, tapi igt, hidup kita ni panjang lagi. Buleh jadi duit yg kita simpan tuh esok-esok, buleh membantu bukan kita je, manalah tau org sekeliling kita ke. 

Berjimat la walaupon sedikit. Simpan tepi kelepet-kelepet sikit. Untuk worst case situation. Ada kawan husband aku post di fesbuknya, percentage maximum dari gaji yang buleh disimpan, utk purata rakyat Msia, adalah 12%. So, aku cabar korang, saving lebih lagi dari 12 % ni. Mari sebarkan kempen, 

Berjimat membawa berkat!

Arwah abah aku selalu cakap dulu, ''Beringat sebelum kena''. Meh aku sambung, ''Berjimat sebelum habis''. Sekian!

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...