home about contact travelog resepi bahasa jerman

Tips utk Traveller Muslim : Makanan

Ok mari dengar cerita aku! Sepanjang belajar diperantauan, aku adalah travel sikit. Dalam negara dan luar negara. Dan semenjak berkahwin, baru travel 3 kali dgn encik Suami, first kami pergi ke Kota Cinta Prague, kemudian kami ke Bandaraya Tinggalan Holocaust Berlin, dan baru-baru ni kami ke Amsterdam meraikan musim bunga tulip berkembang.

Melawat Tulip-Tulip yang sudah mula berkembang di Bumi Holland


Dan setiap kali nak berjalan-jalan ni, aku ada satu tabiat. Encik Suami aku kata, ni tabiat mak-mak. Tapi aku peduli hape. So, nak dijadikan cerita, setiap kali nak travel, aku akan siapkan bekalan utk dimakan ketika dalam perjalanan. Selalunya bekalan yang aku siapkan bukanlah makanan ringan-ringan macam cikedis, sbb aku xsuka, cikedis xmengenyangkan. Camne nk bertahan, perjalanan memakan masa 4 5 jam. 

Masa nak ke Berlin haritu, aku sediakan 2 Tupperware nasi goreng, dan 1 Tupperware bihun. Hah kan. Banyak yang hamat kan. Haah itu terlebih budget sebenarnya, utk dua perut boroi kami ni. Aku sebenarnya masa tuh cuak, sbb perjalanan dari tempat kami ke Berlin(kami naik bas) dijangka memakan masa 8 Jam. Aku menggelabah memikirkan, kalaupon bas berhenti di R&R, belum tentu jumpa makanan yang halalnya! hahaha

Tapi sebenarnya banyak je alternative utk masalah makanan halal di negara bukan Islam ni. Contohnya:


  1. Bawak bekal dari umah. Ni macam akulah kan. Aku suka tupperware2 yang berisi makan! Hahaha
  2. Makan roti yang di jual, sini banyak giler kedai roti, tapi beli roti yang berasaskan tepung, keju, dan butter sahaja. Ingat benda-benda tersebut masih duduk dalam kategori Halal. :) Makan-makanan lain yang berasaskan susu dan cheese pon buleh dimakan juga.
    Ini Tortelinni dengan Cream Cheese. Sodap2. Tapi lemak tepu disituh.
  3. Buleh juga makan roti yang disediakan dengan kepingan ikan didalamnya. Insyaallah buleh dimakan, tanpa ragu-ragu. 
  4. Makan di kedai sushi. Yelah sushi kan produkt laut, dan selalunya kedai sushi xde jual daging por*, yang sangat tabboo bagi masyarakat Melayu. Tapi berhati-hati ketika menggunakan kicap yang dihidangkan di kedai sushi, kadang-kadang ada Alkohol di dalamnya. 
    Sushi dan Mr. Algae kegemaran di situh.. Hahaha
  5. Makan pizza, ber-toppingkan tumbuh-tumbuhan atau sayuran. Tapi aku suka pizza bertopping kan keju string-stringy. Tarik panjang-panjang. Hahaha. Ini contoh yang mudah dan mengenyangkan. Pizza biasanya diadun(xpasti apa perkataan dia. maybe di leperkan kot) secara berasingan, kemudian diletakkan topping-nya lalu di bakar di dalam oven. Adunan pizza yang dileper secara berasingan mungkin memberi sedikit rasa yakin nak makan. Xdelah macam cuak-cuak sangat. 
    Ok, ni bukan contoh pizza sayuran. Ni pizza dengan daging kebab, dari kedai turki di sini. Sedap sgt2. Dimakan dengan sos bawang puteh. Memang menjilat jari ni.
  6. Google cari kedai halal. Haritu masa kami pergi Amsterdam, kami Google KFC Halal di Amsterdam. Sabab di tempat kami, KFC sudah tidak halal lagi. Cukuplah makan haritu bagi menghilangkan kempunan. Yelah planningnya this year xbalik Msia. Sedeyh.
  7. Beli daging dikedai daging halal, dan masak sendiri di rumah. Hahahah. Ini memang hampir semua student di sini buat kot( Kot lah, aku xtau life korang camne). Di sini ada banyak kedai orang-orang Turki yang menjual product ayam, daging, kambing dan lamb yang diyakini Halal. Kalau kita nak yakin, beli dikedai, dan masak mengikut tekak Melayu kita.
    Kalau nak idea-idea masakan yang baru, cuba tengok youtube channel ni KLIK. Aku suka sbb ada banyak contoh masakan, yang mudah dibuat. 
    Ni nugget, buat sendiri. Hihihi. sebab kt kedai jual nugget xsedap.
    Resepi nugget di sini KLIK . Itu je utk kali ni. Semoga korang xhadapi masalah da lepas ni, bila travel ye. K bubye! Sekian!

4 comments:

  1. wahh .. banyaknya tips . ok la tu kak .. bawak bekal sendirii ~

    ReplyDelete
  2. anis pegi mane2 mesti bawak air kosong satu.. rase tak lengkap kalau tak bawak makanan :) btw, nice tips..

    ReplyDelete
  3. tips yg menarik..aspek halal haram perlu kita titik beratkan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...