home about contact travelog resepi bahasa jerman

Aliza Bridal : Butik Pelamin & Mekap MeleTOP

Assalamualaikum, semua. Masa majlis sambut menantu di Melaka, semua persiapan mak mentua eden yang siapkan. Dan ini butik pengantin Aliza Bridal pilihan mak mentua eden, memang meleTOP. Akak butik ni mekap santek sangat2. Dan harga pon berpatutan. Kawan-kawan di kawasan selatan, sila take note. 

Masa aku nak bersanding, macam yang semua sedia maklum, muka aku ni, xdelah berdahi licin comel-comel ala-ala Kak Siti Nurhaliza, muka aku ni banyak kesan kawah-kawah jerawat yang pernah meletus. Tapi alhamdulillah, lepas da mekap, xdelah nampak sangat kawah-kawah tersebut. Licin mulus tiba-tiba kulit aku, lepas dimekapkan. (Take note: Dalam gambar ni xcukur kening pon sebenarnya. Natural2). Mekap natural beauty pon buleh akak ni. Miracle! Lihat dahiku, licin kan!!
Ni aku, korang mesti kenal gigi tengah aku yg senget tuh kan. Ini akulah, jangan xpercaya plak.




Selain dari akak Liza ni mekap cantik yg amat, akak ni punya idea pelamin pon buleh tahan jugak. Kreatip2! Korang cakap je, nak letak pelamin kat mana, semua akak ni buleh buatkan. Nak pelamin dalam rumah, luar rumah, tepi rumah, bawah khemah, dalam hotel, u name it. Semua pon buleh! Nak berapa panel, satu, dua, tiga, semua bisa diatur! Nak double wedding pon buleh!

















Pilihan baju pon banyak jugak. Aku punya baju dulu warna biru tiffany. Aku xpandai colour2 ni, encik Suami yang matchingkan dengan colour kuning ala-ala royal gtuh. Juling jugak la mata aku menengok, sebaris baju macam-macam design, macam-macam colour, nak biru, pink, hijau, semua ada. Pilih je mana suka. Serius tip top! Gambar bawah ni yang paling besar ofkos la gambar aku kahwin. Korang kalau nak bubuh gambar besar-besar jugak, bubuh kt belog sendiri. Kihkihkih. Kalau korang teringin nak kahwin nostalgic2 ala-ala mak-mak kita dulu2, kak Liza pon ada sediakan baju songket macam-macam warna. Kelas kan kak Liza I ni!
Baju I ada effect mengurus disituh. Perantin nampak selim sikit. hihihi
Masa aku bersanding, aku mintak akak Liza pakaikan aku tudung Half Moon, supaya buleh labuhkan sikit tutup dada. And kak Liza tunaikan hajat hatiku! So korang yg nak bertudung menutup dada time sanding, buleh request2 dgn kak Liza. Kak Liza ni baik org nya. Senang berurusan. 
Baju ala-ala Frozen pon ada.

Nak yang ala-ala jubah abaya pon ada.

Sweet-sweet pink. Ahaks!

Baju jawa pon cantek kan!


Dalam ni, gambar baju yang aku pakai masa aku sanding. Indah!!
Sebenarnya banyak lagi gambar aku nak share, tapi macam da panjang berjela-jela pulak post kali ni. So, korang yang berminat, tengok sendiri gambar pelamin dgn mekap yang kak Liza ni buat di facebook kak Liza KLIK .

Yang paling penting, korang-korang/kawan-kawan yang berada di kawasan selatan, datang la melawat Butik Aliza Bridal ni, ada di Nyalas, Melaka. Akak ni buleh jugak buatkan mekap & pelamin utk kawasan sekitar macam Johor dan Negeri 9(memandai je aku ni, korang tanya akak Liza dulu ek). Harga insyaallah memang berpatutan. Service tip-top! Memang puas hati!

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Liza Andam (aka Kak Liza)
Medan Niaga Mara,
Jalan Besar Felda Bukit Senggeh,
77100 Nyalas, Jasin, Melaka.
013 6924070

Itu je utk kali ni. Tata. Sekian~



3 comments:

  1. ok, aku trnampak husband org (pakai spek hitam n jubah putih), sape tu ek?hahahaha...eh andaman akak ni boleh dtg johor x?aku rse xjauh sgt umah aku ngn nyalas ni

    ReplyDelete
  2. aku xkenal tuh sape, tuh org yg akak liza ni penah mekap kan... ala ko dekat muor je, mesti la buleh kak liza ddatang...

    ReplyDelete
  3. i org melaka mix nogori sombilan..hihi.. cantik2 semua.. hampir tak kenal kak aisya tadi.. cantikk :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...