home about contact travelog resepi bahasa jerman

Intoleransi Laktosa

Laktosa adalah gula di dalam susu, yang dicernakan oleh enzim bernama Laktes di dalam perut. Biasanya badan mamalia berhenti menghasilkan enzim ini apabila putus susu. Tetapi badan manusia berbeza, badan manusia masih menghasilkan enzim tersebut sepanjang kitaran hidup. Akan tetapi badan manusia yang menghasilkan sedikit/tidak cukup enzim ini, menyebabkan sebahagiannya menghadapi ketidakselesaan perut setelah pengambilan produk tenusu. Ini dipanggil Intoleransi Laktosa, aka Lactose Intorence.

Sumber: Internet


Hah introduction Iolls kan! Hahahaha. Sebenarnya aku ni lactose intolerant, saja nak cerita. Hehehe. Berikutan dari makan cheese beberapa hari lepas, sakit perut ang tidak menentu pon datang, sehingga terhasillah idea menulis di belog ini. Hahaha. Apa yang korang semua akan baca selanjutnya dalam post ini, adalah berdasarkan kajian singkat@ringkas yang aku buat tentang Lactose Intolerant ataupon nama glamournya Intoleransi Laktosa dalam bahasa Melayu. Kalau ada sebarang fakta yang salah, pejam mata sebelah ye. Hihihi. Maafkan aku, aku bukan student biology atau medicine. 

Ingat keyword-keyword penting ini, kang sesat masa baca post ni pulak. Hihihi:

  • Laktosa: Gula/Karbohidrat yang terdapat di dalam susu.
  • Laktes:   Enzim untuk mencernakan Laktosa.


Apakah itu Intoleransi Laktosa??
Perut orang yang mempunyai masalah Intoleransi Laktosa, biasanya tidak berupaya mencernakan gula dalam produk tenusu(gula bernama Laktosa). Simptom-simptom intoleransi laktosa boleh dilihat selepas seseorang mengambil makanan/minuman mengandungi susu, dan kemudiannya sakit perut atau melepaskan gas, atau lebih teruk lagi cirit-birit.

Macam mana berlaku Intoleransi Laktosa, sebetulnya??
Laktosa sepatutnya perlu dicernakan di dalam usus kecil dan seterusnya diserap masuk ke dalam sistem badan. Tetapi kekurangan enzim Laktes, menyebabkan Laktosa yang tak dicernakan xdapat diserap ke dalam sistem, lalu masuk ke dalam usus besar(lepas dah lalu usus kecil). Di dalam usus besar pulak, terdapat bakteria yang mengaktifkan Laktosa, menyebabkan Laktosa melalui proses penapaian(peram/fermentation) dan akhirnya melepaskan gas dalam jumlah yang besar. Gas yang terhasil adalah: Hydrogen, CO2, dan Methana(kalau time kentut tuh bubuh lighter kt punggung, kena gas Methana, boleh berapi. Jangan buat main, terbakar nnt rumah apa semua. Hahaha)
Sumber: Internet


Apakah simptom-simptom Intoleransi Laktosa??

  • Kembung perut
  • Kejang di bahagian abdomen
  • Cirit-birit
  • Melepaskan gas dengan lebih kerap aka terkentut-kentut
Sumber: Internet


Apa kaitan enzim dan gula dalam susu??
Enzim dan gula di dalam susu ini ibarat Mangga dengan Kuncinya(searchlah sendiri Enzyme Lock and Key, hihihi). Konsepnya, hanya kunci yang betul sahaja mampu buka mangga yang betul. So hanya enzim tertentu sahaja mampu cernakan jenis-jenis makanan yang diambil. Tanpa enzim yang cukup, akan berlakulah apa-apa yang pelik lepas makan tuh nnt. Hahahha. So dalam situasi Lactose Intolerant ini, hanya enzim Laktes buleh cernakan Laktosa. Yang lain tak boleh. Sebab tuh ada side effects lepas makan produk tenusu. Begituh lah.
Sumber: Internet


Fakta Statistik:
Enzim Laktes(diperlukan untuk mencerna susu) memang wujud di dalam badan semua manusia, berdasarkan kajian saintis kesihatan di USA pada 1960-an. Akan tetapi kajian susulan menunjukkan, secara general 75% penduduk dunia(manusia) kehilangan enzim ini selepas mereka putus susu. Jadi disebabkan 75% ini lebih dari separuh penduduk dunia mempunyai masalah ini, mereka yang ''Lactose Intolerant'' dianggap golongan normal, dan kelompok yang mampu mencernakan susu(abnormal) di panggil ''Lactase Persistent''. Yeay! Aku normal! Kalau anda ada simpton-simpton di atas selepas pengambilan produk tenusu, jangan risau, anda NORMAL! Yeah!

Intoleransi Laktosa pada bayi:
Lebih kurang 2 daripada setiap 3 orang bayi mempunyai masalah kekurangan enzim Laktes pada awal kelahiran. Bagaimanapon, ini tidaklah berbahaya kepada bayi tersebut. Susu ibu secara amnya mempunyai 7% kandungan Laktosa di dalamnya. Dan yang paling penting, kandungan Laktosa di dalam susu ibu TIDAK DIPENGARUHI oleh diet si ibu. (So xde maknanya kalau si ibu minum banyak susu, susu ibu tuh pon akan banyak Laktosa. Xsemestinya hokeyh!)

Bagaimana nak menghadapi masalah Intoleransi Laktosa ini??

  • Ganti susu biasa dengan susu soya
  • Ganti sumber calcium(susu kaya calcium kan), dengan mengambil sayuran/makanan lain tanpa Laktosa, tetapi masih berkalsium tinggi. Contoh: Brocolli, Kekacang, Tauhu, Kismis dan cereal(oat, muesli)
  • Berjumpalah dengan doktor, minta pandangan doktor. Jangan minta pandangan aku, aku pon rabun. Hahhaah
  • Kalau nak makan sangat produk tenusu, cari yang 'Lactose-free'. Or makan je produk tenusu biasa2, and just suffer in silence! Hahaha.

Sekian~

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...