home about contact travelog resepi bahasa jerman

Kehidupan Kami di Rantau Ini

Assalamualaikum, semua. Hhihihi. Harini rasa nak tulis tentang kehidupan kami di sini. 
Tapi macam tak tau sangat nak tulis apa, 
rasa macam lame je hidup kami,
 iye-iye je nak sharekan dengan orang kan. Hhahaha. 
Tak kesah, some might bother, some might not. But, who cares. 
Those who bother, you olls buleh lah sambung membaca. Hahahah.

Rhineland-Palatinate


lokasi kami?
kami tinggal di Bingen am Rhein, yang terletak di negeri Rhineland-Palatinate
Berada di barat Germany, kebawah sedikit. Sila gugel search untuk maklumat lanjut ye! Di tempat kami tinggal ni ada 2 sungai, satu Rhein, satu lagi Nahe. Sungguh indah pemandangan di tepi sungai kampung kami ni! Xcaye meh datang sini, tengok sendiri. Hihhihi


Bingen am Rhein


Kami di sini, tinggal di sebuah rumah sewa, bejirankan Tuan Rumah kami, bernama Keluarga Klingels. Dyorang ni baik dan setiap sabtu pagi, Mr Klingels akan basuh kereta dia depan rumah kami. Diorang ni kaya jugak kot, aku tengok kereta pon mewah2. Xtaulah aku, malas nak busy body sgt. Hehehe. 
Enough said, about rumah dan lokasi kami!!


(sebabkan aku belum lagi kemas rumah aku elok2, utk bergambar, so, gambar dalam rumah xde lagi buat masa skrg ye!! teruskan membaca belog ini jika anda ingin lihat hiasan dalaman rumah kami!)




Aktiviti harian kami di sini?
kami kan student, mestilah setiap hari menjengah ke University kami. Uni kami terletak 600 meter dari rumah kami, kalau jalan kaki dalam 8 min, hehehe.

Dan bila di rumah biasanya, kami lepak2 je tengok tv, main internet. hehehehe, korang jangan ikut pulak.


dan kami suka mencari-cari lubang mencari uwang barang se-EURO dua Kami ada uruskan bisnes di Ebay, dan kami selalu jugak menjual barangan terpakai, selalunya barang2 kami dapat bila ada senior nak pindah balik Malaysia, ataupon barang yang kami kutip masa ''Spring Cleaning''. kami jual Online, ramai jugak orang yang membeli. jual murah2 aje, hehehe


selain dari uruskan meniaga, kami biasanya duduk2 je, masak2, makan2, study xsangat melainkan waktuh musim exam atau preparation sebelum masuk lab, memang kami bangun pagi mengadap buku terus, ahhahah.




Tempat kami membeli barangan makanan? 
Supermarket?


Inilah supermarket kegemaran kami haruslah mesti murah dan menyediakan segala keperluan kami. Netto ni macam Tesco, ada jual barang2 makan, apa segala semuanya adalah.





Kami suka Netto sebab ada jual ayam halal, dalam paket2, sepaket berharga cuma 2,50 Euro(lebih kurang rm 10). setiap paket 1 kilo. walaupon cuma bahagian peha yang dijual dalam paket ni, tapi cukuplah sekadar nak makan protein dari binatang, mungkin bahagian dada ayamnya diorang process jadi sosej dan sebagainya kot.








Dan kalau cakap pasal Supermarket feveret kami ni, 
haruslah kami nak tunjuk brand kegemaran kami!
Caca!
Brand ''Leichter Genuss'' kegemaran!!

kami suka brand ni, sebab
satu murah, paling murah sekali antara produkt tenusu
dua sesuai untuk kami, sebab kandungan lemak yang rendah
berbanding brand lain
dan xmengganggu perut kami yang Lactose Intolerant ni!
Hahahhaha

Ok, itu je for this time!
Nnt lain kami I post gambar rumah I cantek-cantek ye!
enaf for now! Bubye!
Sekian!
(suami da bising2 suruh buat benda lain, lain kali kita sembang lagi ye!!)



2 comments:

  1. oke jugak tempat akak banyak makanan halal.. tu banyak resepi best2 kat blog masak akak tu..heheheh..

    ReplyDelete
  2. tak sabarnya nak ke sana....

    sudikah akak menjadi tourist guide saya andai saya ke sana?
    *kak, lempang sikit budak ni kak...asyik memuja german aje kerja dia...*

    t saya sambung lagi .esok monday...gi opislah kita...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...