home about contact travelog resepi bahasa jerman

5 Sebab Duduk Di Malaysia Lagi Best!

Assalamualaikum dan salam sayang satu Msia! 
Kadang-kadang xberapa best dengar bila ada orang cakap, 
"Untunglah, kau duduk oversea.." 
Sebenarnya xperlu pon mulakan ayat dengan "Untunglah...blah blah blah.." 
bila kawan kita ada sesuatu yang lain dari kita
Kita semua diberi peluang merasa perkara yang berbeza-beza, 
dan semua perkara yang berlaku pada diri kita adalah 
apa yang dah memang tertulis di Luh Mahfuz
dan everything happens for a reason
mungkin dia dapat belajar di luar negara, tapi hidup dia... blah blah blah
mungkin aku cuma belajar di Malaysia, tapi Alhamdulillah study ku okayh dan 
aku bahagia duduk dekat dengan femliku

situasi yang berbeza meletakkan kita pada pengalaman yang berbeza
tapi, harus diingat setiap situasi ada pro dan kons nya
jangan main tenyeh je cakap
"ko bestlah duduk ober-c"
ok, let me tell you olls 5 reasons
kenapa duduk di ober-C xdelah mcm best sangat 
mcm yang aku imagine masa sebelum fly dulu



1) Panjang siang dan malam yang tidak sekata
Di Europe, USA dan sebahagian negara Asia ber-4-musim, biasanya bila winter, siang menjadi terlalu pendek. Bayangkan, subuh habis pukul 8 pagi, dan isyak masuk pukul 6:30 petang. Buleh imagine benda apa je yang boleh diachieve sepanjang hari yang pendek pada musim winter? Tapi bagus jugak, sebab malam yang panjang memberi masa lebih untuk study, dah siap solat isyak, buleh terus mengadap buku/komputer sampai jam 11 malam.

Dan di tempat yang sama, pada musim panasnya pulak, siang menjadi tidak terkawal panjangnya. Hah ayat aku kan. Hahahha. Maximum Subuh masuk pada pukul 2:30 pagi paling awal, dan pukul 9:30 malam baru matahari tenggelam. Dalam keadaan panas dan kering, camne nak bertahan dengan siang yang terlalu panjang. Bagaimana pula nak berehat di malam hari, bila malamnya cuma kurang dari 6 jam sahaja.



2) Puasa jadi lebih panjang dari di Malaysia
Anda di Malaysia, sila bersyukur. Anda cuma puasa max. 12-14 jam. Dan ada bazaar ramadhan di Malaysia. Kami di sini(Jerman) berpuasa pada musim panas(siangnya panjang, dan malam cuma 6 jam). Bayangkan kami berpuasa 18 jam setiap Ramadhan, dalam keadaan udara kering. Kalau nak kata panas, Malaysia pon panas jugak. Panas samalah. HehehEhe. Tapi Alhamdulillah berpeluang berpuasa 18jam, ada lebih masa nak baca Quran dan beribadah sebelum waktuh berbuka. Tapi walaubagaimanapon, tetap di sini xde bazaar ramadhan yang best mcm kt Malaysia. Hahahhaha

Kuih-muih kami kena buat sendiri, sebab xde jual disini, thrilling bukan?



3) Makanan Asia/Melayu sangat susah didapati
Kebiasaannya masaklah sendiri kalau nak makan Rendang, Pulut, Bubur Pulut Hitam. Di ober-C xde banyak kedai2 yang menjual makanan Melayu. Kalau ada pon, mahal dan xsesedap masakan ibu. Hahahha. Inilah part yang paling merunsingkan, dan menyebabkan saya selalu homesick, nak balik Malaysia sekarang jugak. Ini pon tengah homesick ni, sbb sakit. Hahhaha. Pasar malam jangan cakaplah, memang xde. Nak cari durian di Jerman, memang sosah sekali!
Guwe rindu tanah air ku. 2 menara berbentuk rebung itu turut terbayang dimata. 



4) Makanan halal susah didapati
Yes, ini memang betul sama sekali. Kalau ada yang bernasib baik, seperti kami di sini ada ramai orang Turkey yang berhijrah dan tinggal di Jerman, mereka ada lah supply makanan2 halal ni. Ada la jugak kedai kebab buleh makan. Tapi mungkin berbeza pengalaman bagi orang yang di negara lain. Ok aku xtau, korang jangan tanya aku. Gi tanya kawan korang. Hehehehe



5)Terpaksa membayar cukai
Anda di Malaysia komplen tentang Gst? Kami datang2 sini 2011 memang dah ada GST, tapi namanya sahaja yang berbeza. Di sini di panggil MwSt, MehrwertSteuer. Sebanyak 19% kalau xsilap. Memang setiap pembelian, akan dicharge 19% MwSt. Xde siapa-siapa pon yang terkecuali. Once beli barang, straight dia charge. Harga yang di-display di kedai/supermarket memang dah termasuk MwSt ni.

Dan lebih best lagi, dyorang ada cukai untuk talian Television dan Radio. Dulu2, cukai Television dan Radio ni dikira mengikut bilang TV, Radio, ataupon alatan mudah alih, seperti Handset. Tapi mulai 2013 kot, cukai mesti dibayar oleh semua orang, tanpa pengecualian, setiap rumah sekurang-kurangnya seorang membayar pada kerajaan cukai ini. Bestkan?

Kami student pon xterkecuali. Aku da 2 kali anta surat, mintak pelepasan cukai ni, tapi dyorang balas surat cintaku, dengan mengatakan, "Anda bukan berada di bawah scholarship kerajaan Jerman, dan anda tidak tinggal bersama parents, bererti sekurang-kurangnya ada seorang dalam rumah kamu yang menampung perbelanjaan". Dalam ayat mudah, korang bayar jelah, xyah cakap banyak. Hahhahaha. Kami pon give up, dan akhirnya bayar jelah. Terbang duet kami. Sobs. Sobs.

Walaupon keadaannya berbeza di sini, kami redha je. Demi segulung ijazah/master. 
Semoga segala rintangan ni mendewasakan kami.

Sabda nabi Muhammad sollahu 'alaihi wasssalm: Sesungguhnya besarnya balasan itu sesuai dgn besarnya ujian, dan sesungguhnya Allah jika mencintai suatu kaum maka Ia akan mengujinya, barangsiapa yg redho dgn ujian itu, maka baginya keridhaan Allah, dan barang siapa yg benci(marah) terhadap ujian tersebut, maka baginya kemurkaan Allah.
( Hadis Hasan menurut imam Tirmidzi) 

Kitab Tauhid



Sekian~ 
Opps, sebelom berpisah korang try la maen kuiz kareer kat bawah ni, 
kot2 jumpa bidang yang sesuai dengan korang. 
Aku dapat karier sebagai "Penulis". 
Maybe sebab aku malas nak keluar rumah, nak duduk buat kerja dari rumah je. 
HEhehe. Enjoy it! And Thanks for reading! Bubye!

http://stuffhappens.us/quiz-what-career-should-you-actually-have-12282/

7 comments:

  1. tapi rakyat malaysia masih ada yg tak puas hati... den cadangkan rakyat malaysia yg tak puas pasal kerajaan ni hanta dorang duduk kat sana.. biar dorang rasa seksanya..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah...sini seksa, makanan xbest...eden rindu kampung halaman den! hahaha

      Delete
  2. laaaa, memang asyik rindu kg halaman jela kann..

    taktahu la gaya sy duk oversea cmne.. dahnya sy nih jeniss kalau stdy jauh skit pon asyik nak balik kg je. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak mase mula2 susah gak nak adapt...tapi lepas 4 tahun, hadapi jelah... mmg rindu...pastu tension nak tepon msia, sbb time lain2... kite bagun tidur, org msia dah g keje...kite baru petang, kt msia dah malam...susah lah sebenarnya... :D

      Delete
  3. kita kena banyak bersyukur..baru rase nikmatnya.. Allah mesti mudahkan urusan org yang selalu bersyukur nie.. :)

    ReplyDelete
  4. wow.. banyak jugak dugaan duduk ober-C ni yer.. igtkan best dapat melancong je.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. #malaysiamasihaman

    "hujan emas dinegeri, hujan batu negeri sendiri..."

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...