home about contact travelog resepi bahasa jerman

Demam Bola Bermula!

Assalamualaikum, dan Salam gulai 5-1.. Hahaha, siapa-siapa yang tengok game antara Netherland dengan Spain semalam, mesti tahu kan, Spain tak semena-mena tumpas di tangan Netherland. Kan! Kita pon tak sangka Netherland boleh menang, walaupun mula-mula tuh Spain gol dulu.



Ok enough football talk! Sebenarnya memang nak talk about football pon arini. Iyelah orang lelaki seluruh dunia sekarang tengah demam-demam melantak tengok bola kan. Laki kita pon tak terkecuali. Semalam kita menemankan dia menengoklah tuh, sampai kita pon tersasul- terjerit GOOLLL, masa gol kelima bolos ke gawang gol Spain. Kesian. Hahahah. 

So arini saje je nak share, satu-satunya benda yang kita suka tentang sukan bola sepak ini. Kita paling suka... Ehmmm... Kita paling suka sekali tengok muka player bila dapat jaringkan gol! Hah pelik ker? Tak peliklah! 

Best sebenarnya tengok muka diorang happy giler-giler lepas dapat masukkan satu-satu gol. Nampak betapa puasnya, dapat masukkan gol, lepas berpenat lelah berusaha. Tak caye? Cuba tengok ini.




Sekarang korang percaya kan, memang best kan tengok muka orang meraikan gol! Memang kalau korang tengok camne Robin van Persie terbang semalam nak tanduk bola ke gol, dia jatuh lepas dia tanduk itu. 

Memang nampak menyakitkan jatuh macam itu, tapi kepuasan dapat golkan tuh, sampai dia bangun and terus lari and 'give me 5' dengan coach Netherland. Hilang segala-gala sakit jatuh ituh lah, sebabkan dapat capai matlamat. Semangat macam itu yang kita mahukan!


Gambar atas ini, en Suami kita jumpa dekat Facebook. Mesti perit Spain untuk menerima kenyataan ini kan. Tapi takpe. Sometimes you win, sometimes you learn kan! Now that you've learnt, wake up, move your butt, and do something. Make sure pasni takde dah tumpas-tumpas lagi. That's how a winner stays a winner! Go go, bebeh!

That's it for now! Demam bola demam jugak, jangan lupa pulak Ramadhan dah dekat. Cepat-cepatlah mengganti puasa, untuk yang belum habis mengganti itu ye! Peringatan untuk diri sendiri.

Bubye! Sekian~

2 comments:

  1. wahhh .. tapi ana minat bola kalau harimau malaya yang main ja . hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...