home about contact travelog resepi bahasa jerman

Hadiah Kahwin Yang Berguna!

Hah kan, korang kalau nak kasi hadiah kat orang kahwin, bagi benda-benda alah yang berguna. Kotak untuk letak hadiah tu pun biar yang boleh guna semula. Memang berlipat-lipat darab-darab pahala korang dapat. Hahaha

Ni nak story, masa aku baru balik ke Jerman, lepas menikah arituh, aku dapat satu hadiah ni dari seorang senior. Sangat ber-GUNA you olls hadiah ni. Lemme show u...

Ni set tea for two. Comel kan?
Romantikkan minum berdua dengan suami guna teko comel-comel ni? Cawan dia satu laki, satu perempuan. Sweet sangat! Boleh high-tea2 dengan en Suami kan. Teko untuk teh ni kitorang pernah guna sekali dua je, sebab comel sangat, takut rosak. Comelkan pilihan hadiah senior aku ni? Kotak dia pun comel jugak. Ada rama-ramalah! Hahahah

Sambil-sambil memasak, aku menengok dalam kabinet dapur aku bersepah, ada banyak sangat perencah mak nenek semua. Diorang kalau duduk sopan dalam barisan takpe. Masalahnya diorang duduk bersepah, suka-suka dia je. Aku terus terpikir, time ni lah nak manfaatkan kotak hadiah yang cantik awa yang senior aku kasi ni. Boleh susun segala rempah ni dalam kotak rama-rama iteww. Hahahah

Inilah anak-anak mama, yang nakal. Selalu sepah-sepah. Xmoh duduk diam kan.

Aku ambil semua tok nenek rempah ratus ni, aku letak dalam kotak hadiah yang dapat tu. Dengan tutup dia sekali aku guna. Dah siap menyusun dalam bekas comel ada rama-rama ni, aku kena label ni semua. Karang en Suami aku masak, pening dia nak mencari rempah segala ni. 

Berguna jugak akhirnya kertas label2 yag cik kak beli last week..

Dah siap label! Yuhuu

Dah ada label, boleh lah campak kotak comel ni dalam kabinet balik. Seriusly dengan cara simpan dalam kotak camni, memang dapat jimat space. Dulu guna 2 bahagian kabinet untuk semua barang-barang mengarut ni, sekarang aku guna satu bahagian je. Best betul mata makcik menengok, kabinet kemas berseri-seri.



Kepada senior yang bagi hadiah berguna ni masa kitorang kahwin, tenchu tenchu tenchu! Kumawo, senpai! Hah kan gabung siap bahasa korea dengan jepun! Pandai-pandailah buat-buat faham ye. Kalau korang tak faham, abaikan je ye!

Sekian~



2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...