home about contact travelog resepi bahasa jerman

Maleficent & Pengajarannya

Korang semua dah tengok cerita Maleficent? Ok aku lambat! Aku baru je tengok arini, sebab malas yang bertingkat-tingkat selama ni. Hari ni tak tahu kenapa, semua benda aku rajin nak buat. Ferasan sangat ayat titew kan...

Arini aku beriya-iya kemas rumah, kemas dapur, pastu kerah suami aku basuh karpet, jahat kan? Aku buat yang senang-senang aje, yang kena kerah tenaga macam sental-sental tu semua aku suruh en Suami aku buat. Iyelah dia kena menghormati aku, "sesungguhnya aku berpuasa..."

Yup, aku belum habis lagi mengganti puasaku! Itu tepat sekali sih. Aku rasa aku dah ganti banyak, tapi aku dah lupa berapa hari, so en Suami kata, "ganti lagi". Disebabkan itu, aku puasa semalam dengan arini. Chaca! 

*************
(u can skip this, if reading is too tiring, hihihi)

Nak cerita ni, arituh aku puasa. Sebulan yang lepas kot. Kat sini kalau summer, siangnya panjang, aku pernah ceritakan dulu. Antara terbit fajar, sampai ke dapat berbuka tu, dalam lebih kurang 18 jam jugaklah. Pastu aku macam dehydrated sangat-sangat, pastu tak tahu cmne, dalam pkol 530 petang tu rasa nak kencing, waktu buka dalam pukul 930 malam gtuh. Sakit sangat-sangat dekat pundi kencing. Eh, betul ke ayat aku ni? Haah, rasa sakitlah. 

Sekali kencing aku berdarah. Cuak giler time tu. Aku macam ingatkan aku mengandung, sebab akak ipar aku kata, masa mengandung sebulan pertama maybe akan akan berlaku pendarahan. Aku manalah tau benda-benda alah BIO ni sangat. Tak pernah ku ambil peduli. Bila dah berlaku, menggelabah. Aku siap buat pregnancy test. Tapi negative pulak result dia. Kihkihkih.



Esoknya aku pon pergilah klinik, sebab sakit kat bahagian terbabit tu tak berkurangan. So, sampai kt dokter, aku cakaplah semalam aku tak makan dengan minum, almost 24 jam(kira sekali dengan hari sebelumnya). So macam yang aku expect, dokter marah aku. Mana boleh tak minum 24jam, bahaya tu. Korang ingat, kalau buka puasa, minum banyak-banyak air tau. Air sangat penting untuk badan berfungsi dengan baik. Ini dokter Aisya nak nasihat ni! Hahahaha

************

Kat mana perbualan kita mula-mula tadi? Tiba-tiba dah tersasar jauh ek. Ahh Maleficent... Sebut betul-betul, bunyi dia "Malay-ficent" tau!


Aku tak nak bagi komen ke apa pasal cerita ni, korang pon dah tengok sebelum aku lagi kan. Aku tertinggal train ek?Hahaha. Cumanya ada satu benda tentang Maleficent ni yang menarik di mata aku. Apakah?


Korang yang dah tengok maleficent, mesti tau kan, masa mula-mula memang Maleficent tu nak balas dendam, sebab tu dia curse Princess Aurora tu. Tapi till the end, dia akhirnya yang berusaha selamatkan Aurora. Sebab Aurora yang baik sangat-sangat dekat Maleficent, dah berjaya lembutkan hati Maleficent tu.

Hah gtuh summary cerita dia kan? Kalau belum tengok, aku takdelah nak kerah korang pergi tengok pon cerita ni, sebab penat jugak aku menunggu, "Bilalah nak habis cerita ni..." Tak macam cerita X-Men ke apa, penuh dengan action, tak sempat aku nak faham ceritanya dah habis dah. Hahaha

************

Aku just nak mereflect-lah diri sendiri. Dulu-dulu aku selalu macam judge orang, aku masa tuh tak matang lagi. So aku macam budget, aku je alim, orang lain semua salah. Sedangkan, kalau aku baik dengan orang, macam watak Aurora dalam cerita ni, maybe aku buleh lembutkan hati lagi ramai orang ke arah Islam. Aku just terpikirlah.

Aku rasa, kita tak patut pon macam rasa ibadah kita banyak, so kita better lah dari orang. "Pahala aku banyak ni, banyak ni." Siapa yang terkena atas batang hidung sendiri, nasiblah ye. Tapi betul tau, kita jangan rasa diri kita bagus. Besok-besok kita tak tahu camne kan. Maybe arini kawan kita nampak giler-giler, tak kesah langsung pasal Palestine ke hape, mungkin besok-besok dia terbuka hati, maybe dia jadi lagi better dari kita, camne. 

Kita pon tak tahu, kita rasa kita cukup bagus arini. Kita pandang slek je dekat orang-orang lain kan. Contoh kita solat sunat depan orang, rasa dalam hati, ooh aku better dari diorang-diorang yang melepak je dalam surau ni. Sedangkan kita tak tahu lagi, dapat ke idok kita ni mati dalam Husnul Khatimah. Ke kita nnt mati katak je? Ok tak lawak.  

**************

Dan aku berharap jugak, kita sebagai Malay, yang Islam, jangan terlalu skeptikel pada bangsa lain. Sebenarnya diorang baik je. Dan bila kita pon buat baik dan bersangka baik pada orang, insyaallah jalan dakwah tuh akan jadi lebih mudah. Atleast maybe diorang akan berminat nak mengenali Islam, aku tak kate korang boleh terus bawak orang masuk Islam. That one, kinda depends on Allah's hidayah given to a person. 

Ok aku takdelah bertauliah sangat nak cakap panjang pasal isu dakwah ni tapi just aku berharap, kita semua akan treat orang-orang lain yang berlainan agama dengan lebih baik in future. Aku tahu jalan dakwah bukanlah mudah. Tapi atleast be Qudwatul Hasanah(contoh teladan yang baik). Macam Rasulullah saw, Rasulullah tak pernah mengutuk atau mengeji orang lain agama, malah Rasulullah buat baik lagi pada diorang kan. Itu yang kita mahukan!


Ingat Tuhan tak suka kita hidup bermusuh-musuhan. Berbaik-baiklah ye!
Sekian~
Thanks for reading this till the very end!


5 comments:

  1. loqlaq puasa lmbat gila ganti hahaha

    ReplyDelete
  2. betul betul .. mesti contohi rasulullah ..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Nice entry, kak. Kite pun baru je tengok citer ni. Terbabas kereta api betul. Haha. Kite tak perlu la nak judge orang lain sedangkan diri kite ni bukannya baik mcm malaikat pun. Hihi :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...