home about contact travelog resepi bahasa jerman

Tips mengelak berjabat tangan

Aku biasa hadapi masalah bila orang-orang jerman lelaki hulur tangan nak bersalam. Waduh, gawat sih! Untuk pengetahuan korang semua, setiap kali 2 orang putih baru berkenalan, biasanya diorang akan berjabat tangan. Termasuklah jugak orang jerman, diorang pon sibuk nak shakehand dengan aku, ingat aku nak sangat ke shakehand! Huh. Tak hygiene hokeh!

Nasib baik aku tak buat macam Joachim Loew, korek hidung sebelum shake hand dengan CR lepas habis game Germany vs. Portugal. Hahahah. Memang thorbaiklah, kalau aku buat gtuh kan. Tapi aku takdelah jahat bebenornya.



Apa yang aku akan buat kalau orang lelaki jerman hulur tangan untuk bersalam?
Kalau di tempat public, berdasarkan sesetengah pendapat, kita sepatutnya kena menerima sahaja ajakan berjabat tangan, sebab kalau kita menolak, mungkin boleh menjatuhkan air muka orang tu kan. So most of the time, I have to jugaklah shake hands. 


Ada solution lain tak agaknya?
Yes, memang ada. Baru-baru ni, aku mengamalkan tunduk hormat(bow) ala-ala orang jepun dan korea, bila orang baru berkenalan dengan aku. Korang yang tengok drama korea dengan jepun mesti biasa tengok orang-orang dalam drama tu tunduk hormat kan?

Bagus sebenarnya guna cara bow, untuk mengelakkan bersalaman dengan lelaki. Tapi ingat, anda kena bow terlebih dahulu, cepat-cepat sebelum orang hulurkan tangan untuk bersalaman. U have to move first! Show the people, We're Asians, so we bow. Hahahah.


Korang tahu tak makna-makna bow yang berbeza angle ni?

Sumber: franchir-japan.co.jp

Bagi orang jepun:

  • Eshaku(bow 15 degree), biasanya dilakukan antara orang bersamaan status, contohnya macam rakan sekerja dll. Bow jenis ni paling sesuai jugak digunakan pada sesi perkenalan. So guna yang ni untuk elak handshake!
  • Keirei(bow 30 degree), adalah bow tanda hormat. Biasanya dilakukan untuk orang yang lebih tinggi status ataupun pangkat, contohnya cikgu dan boss.
  • Saikeirei(bow 45 degree), adalah deep respectful bow, digunakan ketika meminta pertolongan/bantuan. Digunakan juga, masa minta maaf, sbb menunjukkan rasa kesal yang hamat sangat. Hahahha
Sumber: korea.net

Bagi orang korea:

  • Kasual/Respectful bow(Bow bersahaja), korang buleh gunakan bila-bila je. Tanpa mengira status, senior junior semua hokeh. Bow ni paling biasa digunakan di Korea! U can never go wrong. Chacha!
  • "Belly-button" bow, biasanya cuma wanita korea yang kerja pakai uniform kemas-kemas je bow camnie. Contohnya, pramugari dan salesgurlzz. Caranya, letak tangan dekat atas pusat, ala macam tengah solat, dan bow. Sebab tuh name dia "belly-button" bow. Pusat tuh penting!
  • 90 Degrees bow pulak bow untuk menunjukkan rasa hormat yang terlampau. Hahaha. Biasanya untuk menunjukkan ketaatan, ataupon kesetiaan. Yang ni toksah nak guna sangatlah haih!
  • Big bow, yang ni lagi tak payah guna, ye anak-anak. Ini dah macam sujud pulak aku menengok. Orang korea bow mcm ni kalau ada majlis-majlis tertentu, contohnya wedding dan funeral.

Makanya sekarang udah tamat point yang guwe ingin bicaraken di sini. Harus teman-teman selepas ini bisa meng-apply-kan bow ini sekiranya mengalami kesulitan berjabat tangan ama yang bukan mahrom! Dah kenapa aku cakap indon tiba-tiba ni? Hahaha. Per-syaiton-kan saje.Yang penting, korang kalau ada masalah handshake, sila guna solution ini. Selamat berpuasa neway!


Till then, sekian~
Thanks for reading!

5 comments:

  1. risau gak dulu cara nak elak shake hand dr org laki..cara lain sy senyum n tarik tangan ke blkg.kdg tunduk gak.tp yg pastinye detail pasal bow2 ni tak pernah tau.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. care senyum tuh pon boleh gune jugak.... haah :D

      Delete
  2. ana pun selalu gak hadapi masalah ini. susa kann .. kalau tinggal kat jepun korea best. xyah salam salam. bow bow jaa. bhahahaa

    ReplyDelete
  3. Haha.. boleh apply ni :D Nice sharing ^^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...