home about contact travelog resepi bahasa jerman

Gambar-Gambar Lama Yang Dah Berkarat

Ku baru habis exam semalam, dan untuk lab petang ini hari, aku dah siap prepare. So sekarang aku dah free untuk melagho, dan mari kita berbual di laman ini. Apa dong yang ingin dibicarakan? Ku ga ada idee sih... Hahahah

Oklah, oklah. Meh kita semua menengok gambar-gambar lama yang dah berkarat duduk dalam laptop aku ni. Nanti kita tengoklah apa yang terbicaranya tuh.

***************

Oh lupa nak cakap, blog aku sekarang ada advertisement, kalau korang benci, sila letak Adblock dekat browser masing-masing. And siapa sayang aku, and nak bagi aku kaya cepat, silalah klik ads tuh banyak-banyak kali! I know, korang sayang aku! Hahahah. Poyo sangat aisya! Boo aisya. Boo.


***************
Ok gambar first kita ini hari adalah:

Moroccan Breakfast with Besties

Yang depan sekali warna kuning tuh nama dia Harcha. Diperbuat dari tepung suji. Suci je!

Aku tak pasti bila, rasa minggu lepas-lepas kot, kawan Morokko aku, Btissam jemput kitorang(kak Lisa, kak Atie and me) untuk bersarapan dekat rumah dia, sebab dia lulus exam yang susah giler nak mampuih. Yeay! Hahahah.  Btissam sediakan makanan morokko untuk kitorang, tapi we ended up merosakkan makanan orang morokko, sebab kitorang mix makanannya sesuka hati kitorang je, ikut taste orang melayu. Kesian Btissam. Hahahah. 

Tapi aku lupa sudah nama-nama makanannya. Ingat satu je, 'Harcha'. Ada jugak Btissam sediakan mozarella cheese, tomato, olive oil, basilikum leaves dan banyak lagi. Ada puding! Sarapan sekali dengan Lunch jadinya! Hahaha

Roti yang berrongga tuh nama dia 'Baghrir'

Because I think, my best friend Btisssam will be reading this too, I'd better write it in German, easy for her to understand. So korang, buleh skip this part, and siapa yang faham German, please ignore my grammar mistakes.

Ich weiß nicht genau wann, vielleicht ein Paar Woche vorbei, hat meine Beste Freundin uns(kak Lisa, kak Atie und ich) zum Frühstücken bei ihr zu Hause eingeladen. Btissam hat eine Klausur, die ganz super-super schwierig ist, bestanden. Yeay! Hahahah. Btissam hat für uns marokkanisches Essen vorbereitet, aber wir haben es ruiniert, in dem wir das Essen gemischt haben, damit es zu malaysischem Geschmack passt. Arme Btissam. Hahahaha. Aber schade habe ich die Namen des Essens vergessen, nur eins erinnere ich, Harcha. Btissam hat auch für uns mozarella Käse, Tomaten, Olivenöl, Basilikum Blätter und viel mehr vorbereitet. Puding war auch dabei! 

***************


Next!

List Soalan Past Years by Seniors and Super Seniors


WS maksudnya soalan yang thema tuh keluar masa exam Winter Semester. And ofkos lah SS tuh maksudnya Summer Semester. Aku terjumpa list ni masa itu hari kemas-kemas buku dengan nota lama-lama, sebab nak buang dah, aku dah sem last kan. 

Tak best betul feeling dia, kena buang nota semua. Tapi apakan daya, junior taknak masuk dah uni kami, ambil kos kami. Nak hangkut bawak balik Malaysia semua tuh pon tak mampu. Junior, korang bersalah! Hahaha. Jahat betul mulut kak aisya korang kan! Gurau je! Wink2!

Bagus betul senior dulu-dulu kan, rajin buat list ni. Serius berguna untuk junior pemalas macam aku ni. Senior, walaupon kita tak kenal each other, maybe korang tak kenal aku, tapi aku kenal korang. Tengkiu2. My great gratitude for each one of u guys!

***************

Gedik time facial mask!


Uish, siapa ni? Macam hantu pon ada ku menengok. Hahaha. Ini akulah. Kalau aku dilanda mood rajin and gedik, aku akan pakaikan muka aku mask. Kononnya nak membuang sel-sel kulit mati. Haktuih sangat. 

Ini cuma menggedik sahaja, anak-anak. Dah setahun aku beli, belum habis-habis lagi. Mud mask yang aku guna ni, nama dia LUSH, MASK OF MAGNAMINTY, sangatlah berasa mint-nya. Rasa macam nak menggelupas kulit aku. Pedih giler. Tapi bau dia best! Bau peppermint, kegemaran aku. 



***************

Shopaholic Reborn


Wow, sopannya, bini sape tuh? Hahaha. Ini belog aku, suka hati akulah nak cakap diri sendiri sopan kan. Kihkihkih. Ini gambar masa aku habis bershopping di Outlet Metzingen(Metzingen ni nama tempat). Disebabkan semua benda alah branded dijual dengan tersangat murah(ok, aku tipu! Ada jugak yang tak murah), laki aku sibuk suruh aku membeli. Aku beli banyak, tapi bayar sikit je. Yang lain-lain tuh, aku suruh laki aku bayar. Tak memasal aku dapat dompet baru. Yeay!

Siapa-siapa yang tak tahu Outlet tuh apa, kita geng! Aku pon tak tahu masa mula-mula. Rupanya Outlet ni tempat brand yang mahal jual barang diorang dengan murah, secara terus. Tak tahu camne, tapi ada orang bagitahu aku, outlet ni memang jual direct dari kilang dia. Sebab tuh murah. Kualiti pon ok, aku menengok.

Dekat Outlet Metzingen ni ada brand-brand ni: Levi's, Triumph, Esprit, Nike, Adidas, Prada, S.Oliver, Coach, and apentah lagi. Aku tak kenal brand, sebab aku penggila barang murah je. SO pasal brand-brand ni, pergilah tanya orang lain ye. Aku tak tahu menda. Noktah.


************

Dinner by Husbang!


Kelihatan lazat bukan? Bukan, bukan, bukan. Memang lazat. Ini air tangan laki aku, siapa yang dalam dunia ni tak tahu, laki aku memang pandai dan rajin masak. Infact, dia masak lagi sedap dari aku. Rasa nak lempang diri sendiri kan! Ini adalah masak lemak cili api ayam dengan rebung masam. 

Sedap dia, tak terkatalah, sampai nasi masak 4 pot pun memang tak cukup. Padahal makan berdua je. Ganas kan kitorang makan? Kadang-kadang je makan mcam orang giler ni. Hahaha. Kalau datang mood malas makan, tak makan sangat pon. Huh bila tuh masalahnya? Hahaha

***************

With our newly bought monopod! Puihh


Last but not least(oh man, thats too cliché!), ini kami! Laki bini. Bergambar menggunakan monopod baru kami! Yes u heard me, monopod baru kami! Padehal kami tipu je, kami mana ada monopod. Hahahah. Ini dalam train masa nak pergi bandar, sebab tuh gambarnya goyang. 

Selfie camne ni? Monopod ke? Oh tidak! Senior aku, kak Atie tolong tangkapkan gambarnya. Hahaha. Poyo jer kalau betul-betul guna monopod. Sibuk nak tunjuk dekat orang, kau ada monopod kan! Macam lah kau sorang je ada! Celupar ko aisya ye!

***************

Itu jer for this time. Seminggu dah aku tak menghupdate blog ye, exam katanya. Cukuplah sampai di sini dulu. Sekian~

Thanks for reading!

10 comments:

  1. opocot laki kau!!!!!!...... HANTU TOPUNG GOMAKKKKKK....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laki sayang ni hantu topung gomak nieh! hahahah

      Delete
  2. kat jerman ada jual rebung ke?.. biar betik...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ado... tapi jeruk lah...duduk dalam peket mcm orng beli asam jawa kt msia....

      Delete
  3. Replies
    1. semalam ade cube, tapi tak menjadi...nnt free sikit saya cuba lagi nak drop url dekat mister linkys tu ye.. saya suke blog akak... :D

      Delete
  4. Amboi *thumbs up* hahaha.. waa.. 0,0 gambar last tu pandai pose (tangan tu) macam pegang monopod :3

    ReplyDelete
  5. Dlm banyak2 gambar, yang masa pakai facial mask tu paling win :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...