home about contact travelog resepi bahasa jerman

9 Perkara Orang yang Berjaya Lakukan dgn Cara Berbeza

Assalamualaikum dan salam jumaat semua. Esok cuti weekend, yeay! Arini aku nak sharing something yang berguna kepada masyarakat, nusa dan bangsa. Hehehe. Kalau korang nak start kerja/sekolah Isnin nanti takde mood ke apa, jom kita lift up kan mood tuh ye. Twink2x!

Menurut sumber yang aku baca, orang yang berjaya ada beberapa sifat yang sama. Dan buleh jadi sifat ni adalah pendorong kepada kejayaan dalam pape bentuk pon. Contohnya berjaya dalam study ke, berjaya dalam kerjaya ke, berjaya dalam hidup ke kan. Jom kita tengok apa sifat-sifat ni, kalau belum ada, yuk terapkan dalam diri ye. Chaiyok2x!

9 things successful people do differently to reach their dreams:

1. Mereka tidak memberi alasan.
Pepatah Melayu yang paling common kita biasa dengar, "Hendak 1000 daya, taknak 1000 dalih". Kalau nak berjaya, kita tak boleh berdalih. Kita kena fikir, takde apa benda pon boleh menjadi penghalang antara kita dengan matlamat kita tuh. Haa, camno tuh nak buat? First sekali, ubah pandangan kita tentang matlamat dan cita-cita kita tuh. Always pikir, takde apa yang impossible untuk dicapai.



2. Mereka bekerja keras.
Orang yang berjaya biasa akan berusaha keras nak capai apa yang diorang nak. Diorang sanggup keluarkan tenaga dan masa dalam proses nak mencapai satu-satu kejayaan. Iyelah kan, kejayaan takkan datang bergolek. Kejayaan datang berdebuk, rasa macam batu jatuh atas kita, rasa macam nak patah pinggang usahakan untuk kejayaan tuh kan. Memang itulah resam dia. Yang susah nak dapat tulah, bila dah dapat, kita akan hargai sangat-sangat. Trust me. Hehehhe


3. Mereka kekal sehat.
Menurut sumber yang aku baca tuh, dia kata, orang yang berjaya mesti cuba kekalkan kesehatan. Mula-mula, aku pon wonder, apahal pulak kan? Sebab dia, kalau kita jatuh sakit, lambatlah kita capai kejayaan kan. Logikkan? Contoh kalau kt sekolah demam, mesti susah nak study untuk exam kan. Ini aku pon kena cuba. Sebab selalu sangat aku pura-pura sakit bila exam. Biasalah tuh. Teehee


4. Mereka berpegang kepada prinsip.
Nak berjaya mesti kena ada prinsip. Prinsip ni yang define siapa kita, dan kenapa kita nak capai matlamat kita untuk berjaya. Kita je yang tahu prinsip kita ni. Orang-orang sekeliling yang nak mengata dan sebagainya, abaikan je. Hehehe. Senangkan?







5. Mereka tidak mengaku kalah.
Logik je, kalau kita quit, siapa nak tolong capaikan cita-cita kita kan. Takkan jiran sebelah rumah kan? So dont quit! Kalau Thomas Edison quit dulu2, mesti tak tercipta mentol yang kita guna sampai arini kan.




6. Mereka sanggup mengambil risiko.
Ingat, you want to succeed, you have to take risk. Its like give and take situation. You give yourself to risk, in exchange u might 'get' success in return. Wahh, lama dah guwa tak cakap English, abaikan je grammar I olls yang ke laut tuh ye.


7. Mereka meletakkan matlamat yang realistik.
Haa ini aku rasa memang betul habis. Sebelum memulakan usaha kita ke arah kejayaan atau satu-satu cita, kita kena make sure, benda yang nak capai tuh, boleh dicapai, dalam lingkungan keupayaan kita. Tapi bukan maknanya kita letak alasan yang halang kita berjaya. Tak3x. Contoh mudah untuk faham ek: Aku nak jadi dokter, tapi ambil aliran sastera masa sekolah. Cita-cita nak jadi dokter tuh kurang realistiklah dengan keadaan kan. Gtuh lah. Hahahha. But, no offense ek. Aku just nak tunjuk perbezaan bidang je.


8. Mereka sentiasa positive.
Ini rasanya paling penting antara semua. Sebab dengan cara stay positive nilah, kita akan teruskan usaha kita untuk capai cita-cita kita. Kalau kita down, mesti kita rasa nak give upkan. So, korang ingat tau, setiap kali korang down, cepat-cepat cari cara untuk lift-up-kan semula semangat dalam diri tuh. Chaiyok!


9. Mereka sanggup berkorban.
Lepas ciri ke-8 tuh, ini yang second aku rasa paling penting. Kadang-kadang nak capai kejayaan ni, kita kena korban masa, tenaga, keringat. Tapi memang lumrah dia gtuh. Tapi jangan risau. Memang dah dijanjikan, selepas kesusahan, akan ada kesenangan. Usaha je, just dont give up ye! Himnae! Hihihi

Selamat berusaha ke arah kejayaan korang!
And thanks for reading this !

p/s:
Ohh lupa cakap. Edisi "Throwback Thursday" yang aku cakap nak buat dulu tuh terpaksa dihentikan ye. Sebab aku rasa, aku tak reti cerita, nnt semua jadi lame, dan boleh menyebabkan korang terlelap, berdengkur, air liur basi meleleh masa baca. So I guess, memang pasni takde dah kot throwback2. We're gonna move forward, ye tawan2, instead of looking back. Huhuhu.

36 comments:

  1. Saya belum ada semua sifat ni lagi. Sebab tu, masih berada di takuk yang lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe farah, jom kite same2 berubah...it never too late lah... just give it a try! :D

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih dtg singgah... nnt kite dtg melawat plak ye... :D

      Delete
  3. indeed! Trueeeeee,,, sokongg! thanks for the sharing dearr

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn kite pon rase... mase kite bce dekat online, kite macam, 'haah lah...'... heheheh

      Delete
  4. Terima kasih kongsi entri ni. Entri ni beri saya semangat untuk berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Goodluck2222! Semoga cepat2 berjaya ye! igt jangan putus asa tau, walau sesusah mane pon....! :D

      Delete
  5. no 1 tu..kalau takde mmg semua jadi terbalik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, setuju sgt...ape benda pon buat, jangan beralasan...kalau buh alasan, memang tak menjadilah kan.... :D

      Delete
  6. pokok pangkalnya kena ada semangat, disiplin dan bersungguh2 :)
    nice sharing...

    ReplyDelete
  7. Aaaa, perlukan motivasiii! Need it. Thanks Aisyaaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. scha, takmoh down222 tau.... nnt kalau ade mase, kite tulis entry 'how to be happy' nak? kalau kite lambat tulis, scha lah tulis...heheheheh :D

      Delete
  8. nice sharing kak ^^ kene try dr skg ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai nadyya! sila2 try...akak pon nak try jugak.... akak banyak tabiat buruk nak kna ubah.... hahahah :D

      Delete
  9. Thanx, dik.
    Sangat impressive.
    Shared this in my FB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih akak share dekat fb.... suke222! :D

      Delete
  10. nice sahring ! alngkah dapat buat semua perkara2 ni sekali gus. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...tapi kite akn manusia kan....xpe, kalau xboleh buat semua sekaligus, cube buat satu2 perlahan2...insyaallah nnt kite dpt gapai apepon cita2 kite...selalulah ingat, Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka sendiri berusaha mengubahnya... ingat, Allah menengok effort kite nak cube tuh! anyway, all the best to u ye!

      Delete
  11. alamak..akak ada sikap ni tapi x semua huhuhuh..sbb tu x berjaya sepenuhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe akak, on the way lah tuh...kire ok lah! :D

      Delete
  12. betul betul betul. Nasib Thomas Edison ta berenti mencuba kan. Apa apa pun.. BERUSAHA !

    ReplyDelete
  13. Alahai, serba tak lengkap ni. Macam takde je ciri-ciri yang kat atas ni. Alahai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe, kite same2 usaha ye...akak pon byk lagi nak kena usaha ni... gudluck ye!

      Delete
  14. perlu semai semua ni dlm diri slow2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom same2...kite pon tengah berusaha lgi ni... :D

      Delete
  15. Suka baca tips2 ni., tq for sharing ya sis

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...