home about contact travelog resepi bahasa jerman

Segmen Blogwalking: When I was a Kid by Aina Akmal

Blog Aina Akmal KLIK


Aku terpengaruh nak join segmen ni, lepas baca akak CT Humairah dari blog Siti Yang Menaip cerita dekat blog dia. Sampai rasa nak jugak ceritalah. Excited! Macam best jugak kan kalau dapat cerita benda2 kuno yang aku buat masa aku kecik2 dulu. Cam bila pikir2 balik, lawak sangat. Rasa noob habis ar dulu2.


Aku anak bongsu dalam femli, akak aku yang atas aku, jarak umur 8 tahun dengan aku. So, masa aku kecik2, memang aku takde abang akak yang umur lebih kurang yang boleh main sama2. Masa tuh, aku ikut je mak dengan abah aku pergi mana2. 


Memang kalau naik motor, aku duduk depan, letak kaki dalam bakul. Aku benci kalau abah aku beli banyak barang letak dalam bakul, nanti kaki aku nak letak kat mana. Pastuh, bila bakul motor tuh penuh, kaki aku letak macam kat bawah gtuh, lenguh tau tak. Serius tak best feeling dia. Hahahha. Tapi rasanya kaki aku memanjang dengan sangat pantas. Masuk darjah dua, dah takleh dah duduk gedik2 dekat dalam bakul motor lagi. Officially, abah suruh aku duduk dekat belakang. 

Dari kiri, aku, mak, bamat(abg ngah aku), and arwah abah.
Hensemkan abah titew? Hihihih
Yang paling kecik sekali mestilah aku kan. 


Dulu, kitorang duduk Shah Alam Seksyen 26, masa aku kecik sampai umur 8 tahun. Tapi kitorang ada kebun dekat Kampung Padang Jawa, Klang(rumah mak aku sekarang). Aku takde kawan nak mainkan, so, aku selalu ikut abah pergi kebun. Abah memang tak kerja, sebab sakit. So, kitorang memang banyak spend masa sama2. 


Setiap kali nak pergi kebun, kitorang mesti naik motor. Abah aku bawak motor slow sangat2, memang lambat nak sampai kebun. Banyak kali aku tertidor atas motor, korang tau. Nasib baik, tak jatuh dari motor. Abah selalu bising2 bila aku tertidor, tapi nak buat camne kan, memang abah bawak motor slow sangat2, sampai aku boring. Hahahaha. Bila fikir balik sekarang, rasa nak lempang je budak kecik Aisya yang dulu2. Banyak sangat hal. Hahahahahah


Mak dengan abah dulu ada meniaga barang2 runcit dengan kedai makan gtuh. Masa aku umur lima tahun kot. Tak ingat sangat. Aku selalu ikut abah pergi beli barang2, and supply2 barang meniaga. Sampai sekarang aku ingat lagi kat mana kedai abah beli barang meniaga tuh. Sebabkan tuh, aku selalu jugak kecek2 abah, mintak abah belikan aku mainan. Dulu2 ingat lagi, kalau abah, abah memang kasi beli Jojo. Dulu2 Jojo kan mahal giler, Rm2 gtuh. Kalau dengan mak, mak kedekut sikit, dengan mak dapat beli Tora atau Dingdang jek. Aku paling suka sekali Jojo. Feveret forever!

Kredit


Masa kecil2, aku selalu jugak pergi camping dengan arwah abah. Abah aku sangat suka memancing. Aku dulu2 tak reti camne nak baling pancing(sampai sekarang on tak reti lagi), tapi abah macam protest, taknak tolong aku. Pernah sekali, aku baling pancing, mata kail tuh tersanggung dekat belakang tudung aku. Pastuh terus huru-hara hidup aku masa tuh. Tak tahu camne nak describe. Aku ingat lagi, abah gelakkan jek aku. Abah tak tolong pon. Hhahahaha. Lawak giler.



This was the guy, whom I spent my childhood with. He was born on August 31, 1936. He passed away when I was in Form 2, he was suffering from lungs cancer. I guess, thinking about my childhood, and hari merdeka, made me miss him alot more. Alfatihah to him. This year is the ninth year, he's not around to celebrate his birthday. Abah, I miss you with my whole heart. Thanks for teaching life to me. K bai~
(**menangis di suatu sudut)

27 comments:

  1. ishhh ikot makayah je ekk?hehe kite pulak x habes2 ikot pakcik2 muda n adk laki. pangai ponn da macam laki., bila da besaq nampak jugak kasaqnyaa.. hehehe

    nadyya pon da join segmen ni. akak da baca lom ek?heheh

    nadyya tag akak http://loveneddy.blogspot.com/2014/08/segmen-biar-saya-tolong-cik-farra.html

    ReplyDelete

  2. Singgah dari segmen yang sama :)
    http://mellyareenza.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

    ReplyDelete
  3. Wah, seronok2..CikMimie dulu slalu ikut abah g kbun..ska kutip biji getah..best :-)

    Semoga arwah abah Aisya berada dikalangan org2 beriman..alfatihah..

    ReplyDelete
  4. Wah, Ding Dang, Tora dan Jojo! Rindu. :D Samalah kita, suka Jojo. Sebab ada mainan~ :p
    Alfatihah untuk arwah abah..

    Membalas kunjungan dari segmen yang sama~ ^^

    ReplyDelete
  5. Aaaa, sedihnya baca ni. Takpe. Kenangan itu ada kan? Simpan kemas2 dalam fikiran.

    Be strong okay Aisya? :)

    ReplyDelete
  6. amiez dulu-dulu suka gak beli Ding Dang, Tora dan Jojo setiap kali ada pasar malam kat rumah...
    suka makan biskut coklat + dapat mainan lagi.

    Semoga arwah abah Aisya ditempatkan dikalangan org beriman.

    amiez balas kunjungan + singgah dari segmen yang sama. :)

    ReplyDelete
  7. walking down the memory lane.. sweet je tapi last sekali tu rasa sebak pulak.. huhu

    semoga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman.. amin..

    ReplyDelete
  8. Jarang main tora dingdong n jojo kecik2 dulu sebab mahal. Kite pon suka ikot bapak kite p kebun sebab tolong kutip bijik sawit. Naik motor duk depan pon selalu jugak pastu dh drjh 1 kena duk belakang.

    Blogwalking dari segmen yang sama :)
    Segmen Blogwalking When I Was A Kid by Aina Akmal

    ReplyDelete
  9. Aina pun rapat dengan ayah aina juga.

    al fatihah untuk ayah akak. Stay strong akak. :)

    http://nurainahanis.blogspot.com/2013/08/senarai-peserta-segmen-blogwalking-when.html

    ReplyDelete
  10. ain sempat lagi zaman Tora dan Ding Dang ni. kumpul koleksi.hehe

    ReplyDelete
  11. Salam aisya, sedih pulak bila basah kecik2 dulu

    ReplyDelete
  12. salam... singgah dari segmen yg sama.. Good luck!

    http://miamorzafirah.blogspot.com/2014/09/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. al fatihah untuk arwah ayah.. semoga ditempatkan dikalangan org beriman..

      Delete
  13. Al fatihah untuk arwah abah Aisya ye

    ReplyDelete
  14. Al-Fatihah untuk arwah ayah Aisya..dan semoga berjaya...

    ReplyDelete
  15. favorite jugak jojo dengan tora tu. hehe.

    ReplyDelete
  16. Al Fatihah utk arwah ayah.

    *Ding dang & Tora pujaan hati :)

    ReplyDelete
  17. alfatihah untuk arwah abah.. Allah has replaced him literally with the presence of ur hasben untuk jaga and protect u.. macam akaklah aisya ni sebab close ngan ayah. tapi akak tak suka naik motor. sampai sekarang ! gayat. mengaade kan. nak nakk kete aje hahaha..

    bestnyaa ade kebun. dulu kecik kecik ade ikut arwah atuk p kebun coco tapi entah tak tahu apa jadi kat kebun tu dah.

    ReplyDelete
  18. all the best aisya...
    al fatihah utk arwah abah

    ReplyDelete
  19. Al-Fatihah untuk arwah abah awak.

    Mmg mainan2 tu popular sangat dulu2. Iklan pun asyik itu je. Nak beli mahal. Sekarang budak2 ada banyak pilihan. Dan mahal2 pula tu.

    ReplyDelete
  20. alfatihah buat arwah ye..sebak rase..
    sorry aisyah singgah lambat sbb line yg terrok n bz with life..papepon..gambar mase kecik tu cuteeee ommmmnononom!! ^0^

    ReplyDelete
  21. alfatihah buat arwah ayah.. sedihnya citer ni.. throw back..

    ReplyDelete
  22. Cerita yang sangat menarik untuk dikongsi bersama... Jemput untuk singgah ke blog saya juga.. Jalalboy

    ReplyDelete
  23. Aisyaaa :) mesti kita rasa something bila tiba 31 ogos tahun ni T_T anak merdeka! :)

    playground kita masa kecik, kawasan sekolah T_T grow up masa kecik2 kat rumah guru, takde pagar pulak tu dgn sekolah. pokok jambu, rambutan tepi tandas sekolah tu lah tempat kita bergayut petang2. :) even sampah2 sekolah pun, kita selalu tolong ayah bakarkan kat lubang sampah tepi rumah T_T

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...