home about contact travelog resepi bahasa jerman

The Only Open House We Attended This Year

Ini adalah entry tertangguh. Tak kesahlah dah berapa lama tertangguh, nak cerita jugak dekat korang semua. Assalamualaikum, and salam 1 Malaysia to all. Hihihi.

Arituh kan, kitorang penduduk-penduduk Bingen ada menerima dan memenuhi undangan orang tau untuk Open House. Korang ingat Nuffnang je ke ada open house? Kitorang yang Malaysian ciput2 kat sini pon ada open house ok. Gurau je. Hahahhah. Pegawai JPA yang buat open house tuh, rumah dia dekat Frankfurt.

Banyaknya pokok melekat pada rumah orang ni, abang?! Hahaha


Korang mesti tahukan, rumah kitorang dengan Frankfurt bukan dekat kan? So nak jimat duit ticket train, kitorang pergi ramai2, sebab boleh share beli groupticket. Groupticket ni biasanya up to 5 persons per ticket. Share2lah bayar gtuh. Jimat sikit.

Kitorang budget, dah bayar duit ticket kan, save-lah duit makan kiranya. Iyelah, pergi makan open house kan, orang hidang buffet, ko melantaklah banyak2, macam ko nak simpan makanan tuh dalam perut for the next 2 or 3 days. Sekali balik je dari open house ni, haa amek kau! Sakit perut, berebut-rebutlah laki bini mengejar toilet. Hai buruklah perangai. Hehehhe

Tulah Puan Aisya, pergi rumah orang, jaga adab sopan. Tak mati pon kalau makan biasa2 je kan. Jangan mengtekedarah teruk2 sangat. Malu haih kat orang. Fikir sikit dekat orang yang datang kemudian. Hehehhe. Cukuplah aku bersyarah, jemputlah tengok gambar-gambar sekitar aktiviti makan-makan kitorang.


Me & Kek Lapis Sarawak homemade, isteri pegawai JPA kitorang buatkan! Banyak jenis ada ni. Mai222!

One of the guests, my dear Kak Atie! Wink2x!


Banyak menu yang ada masa tuh. Ada rendang, satay, nasi impit, mee goreng, nasi goreng, ayam goreng. Dahlah sataynya guna daging lamb you, aku memang terlebih excitedlah! Suka sangat2 daging lamb. Kat sini macam tak berapa bau sangat daging lamb-nya. Sedap22!



Yang tengah mencedok tuhlah pegawai JPA kitorang. Selamba aku je bubuh dialog
kat Encik Syarqawi. Harap tak potong scholarship sebab mem-blog benda camnie ye. Hahahha

Ini orang kuat JPA, kak Ct namanya. Kak Ct ni yang proseskan dokumen2 kalau
ada student mohon extend.  Kak Ct luluskan ye, permohonan
I olls nak 7 sem scholarship penuh.

The girls!

Student yang datang sikit je, adalah dalam 10 orang jer. I olls terasa VVIP you, sebab sikit je students ada. Hehehehe. Maybe tak dapat invitation kot. Tak tahulah. Aku pon dapat tahu, sehari sebelum. Dan2 terus bersetuju kan! Nampak tak, aura makanan tuh memanggil2, memang mudah je buat orang setuju2 ni. Hahahhaha


Mr Husband with food!



Dari kiri: Me, Kak Atie, Mimi!!


Haa masa open house ni, jumpa orang Malaysia. Ini namanya, Mimi. Mimi ni anak saudara Konsulat General Malaysia ke Jerman. Ada lagi sorang yang kitorang berkenalan, Mira namanya. Tapi Mira tak masuk pulak dalam gambar. Mimi dengan Mira datang sini jalan2. Nanti diorang balik Malaysia balik, bila sem start. Sedih dapat jumpa kejab je, takpe nanti I olls balik Malaysia, kita dating ye! Yuhuu!

Kitorang yang student, ada 2 je girls yang datang, tu yang bila Mimi dengan Mira sampai, terus kitorang buat kawan. Umur pon lebih kurang jek. Nasib baik Mimi dengan Mira tak terkejut dengan keramahan extraordinary aku dengan kak Atie. Hehhehehe.



Lecturer kak Atie masa persediaan pon datang jugak tau.
Terkezut I olls tengok omputeh ni hah pakai baju kurung.
Terharu! Sedondong dengan suaminya. Bagus!

Lepas dah kenyang makan2, kitorang solat and mintak diri. Baliknya, kitorang singgah Primark dekat Frankfurt. Tengkiu to kak Atie sebab berjaya buat my Husband realized, how inexpensive things sold in Primark kan, sampai suami I olls cakap, lain kali nak datang lagi membeli dekat sinun. Kan, dulu guwe bilang ngak mau percaya. Now you know! I get myself a parka raincoat, sekarang Germany ni asyik hujan jek. Hihhi. Ada love2 banyak2 tau kat baju hujan titeww! :D Lain kali titew tunjuk ye! K bai!






















That's it for now !
Thank for reading !
Sekian~

19 comments:

  1. Amboi. Bestnya makan and shopping. Haha.

    ReplyDelete
  2. Cantiknyaaaa yang lecturer tu. Ayu betul. Saja nak spam komen. kekeke

    ReplyDelete
  3. pehhhhh sodap2 makannnyaaaa! ehh ehh mimi tuu comel la kak macam campuran cina je.. comel!comel!

    hah! lecturer tuu pon alahaii ayu nyaaa :)

    ReplyDelete
  4. Cantiknya lecturer tu pakai baju kurung! teringin nak gi Jerman sejak follow blog Aisya ni...hehe

    ReplyDelete
  5. oiii la haiii...makan sedap gilaaa...hahahaha.....kekeke...satu je ke open house nya??

    ReplyDelete
  6. Huaaaa sedap sedap semuanyaa.. ya Allah meriah sungguh....

    ReplyDelete
  7. Open house satu je tp makanan mcm cover utk 5 open house je. Hehe. Best tgk gmbr mknn. Lecturer tu beli kt mana ea baju kurung tu? Zalora eh? Haha. Cantik r baju kurung dia.

    ReplyDelete
  8. bestnya korang !! i is jelessssssssss...... bilalah kaksha nak merasa semua ni.... meriah tau !!

    ReplyDelete
  9. Seronok sangat tengok gambar-gambar open house ni. Saya tahun ni, raya macam tak raya je.

    ReplyDelete
  10. meriah jugak beraya di sana kan.. btw umur brape?baru nak tnye.. nt jawab kat shoutbox k..hihihi...

    ReplyDelete
  11. bestnya..bestnya..wlaupun open house di obersea rasay seperti d msia kan..argghh..jeles dng mereka yang bijak leh belajar kat obersea spt aisya ni..akak ni berangna je la..dh x de peluang tu. Kat opis ni pun ada sorang baru berangkat UK utk sambung master mggu lepas

    ReplyDelete
  12. Wah bestnye...sedap2 menunye..tetamu pun comey2 :-) eh..eh..ada mimi la :p

    ReplyDelete
  13. meriah juga open house kat sana.mknn tu terliur la.hehe

    ReplyDelete
  14. ooooemgi. selain tergodaaa dengan satay kambing awak tu.. akak lagi tergoda dengan gambar last skali.. primak..!!

    ReplyDelete
  15. Cantik orang putih pakai baju kurung kakk. Nampak sopan gituuu

    ReplyDelete
  16. oh myyyyy, kat frankfurt ada primark???! dah takyah aim ke london nye dah. czech takde primark ni T_T

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...