home about contact travelog resepi bahasa jerman

Paris Day 1: Departure & Arrival

Hello and assalamualaikum, everyone! How is everyone doing? Feeling good? I'm back from my wedding anniversary holiday, and now lets talk about my journey!


Haa, this time punye travel, first time ever kitorang travel beberapa tempat pada masa yang sama. Sebelum ni kalau pergi jalan, mesti balik rumah dulu, pastuh baru pergi jalan lagi. Tapi this time, kitorang pergi dalam seminggu direct dua negara. Eh silap, 3 negara. 


Kitorang bertolak hari Isnin petang, dari Germany naik train TGV (bullet train milik negara France) menuju ke Paris direct. Aku mula-mula ingatkan jauhlah si En Paris nya duduk. Rupanya sebelah rumah je. Perjalanan makan masa dalam 2 jam 45 min je. Macam drive kereta Selangor-Melaka plus-plus sikit je kan. Dekatlah tuh kiranya kan. Hehehehe



Inilah rupa train-nya. Kitorang dah book train ni lama, masa bulan 7 arituh lagi dah siap book train, hotel, ticket flight semua. Normally bila nak travel, kitorang manage sendiri segala booking tok nenek, kitorang tak melalui travel agent, sebab takut bazir duit dekat travel agent. Kitorang kalau boleh nak jimat sehabis boleh masa travel. Low cost travel je pon, ini je yang mampu buat masa sekarang. Hehehe

Le mari et la femme! Amboi speaking French stret! (Sila guna gugel translate french-eng ye!)




Patut 2 jam lebih je boleh sampai Paris. Tengok speed train dia. Ini yang en Husband aku
sempat snap. Ada je speed dia sampai 325 km/h.

Kitorang sampai di Kota Paris pukul 8:54 malam(detail gtuh!), dekat Main Train Station Paris Timur(Gare de l'Est dalam bahasa Perancis-nya). Macam biasa, backpackers memang kalau sampai-sampai, terus serbu Tourist Information. Tanya camne nak pergi hotel, nak beli ticket apa sepanjang duduk dekat situh, semestinya memang nak cari ticket paling murah sekali kan. Heheheh. Normally boleh jugak ambik map free dekat Tourist Information tuh.


Tapi Tourist Information(TI) Paris teruk yang hamat. Map free takde. Orang yang dekat TI tuh langsung tak boleh cakap English. Last-last kitorang main tunjuk-tunjuk je alamat hotel kitorang dekat orang TI tuh. Dia carikan bus untuk pergi hotel tuh. And sangat pelik, sebab tak boleh beli ticket dengan dia. Normally kitorang travel mana negara sekalipon, boleh beli ticket train dengan TI. Serius Paris is pelix(No offense sapa yang duduk Paris ye!). 


Ihsan Gugel

Selalunya, kitorang search dulu alamat hotel dekat google maps, sebelum bertolak, and tengok suggestion google maps, nak naik train apa, nak turun train stop yang mana. Tapi sebabkan Paris is pelix yang hamat, bila aku google, takde sebarang suggestion public transport yang dapat. Serius terkial-kial kitorang time tuh. Map apa semua takde. Memang berpeluh gaklah. Hahahha.


Compare to Germany, normally boleh bukak website dia, masukkan je alamat, dia suggest segala-segalanya. Dekat google maps pon ada suggestion public transport. Dan kalau kitorang berada dekat train station/stop dekat Germany, dekat mesin yang kita beli ticket tuh, kita boleh click2 cari transport untuk pergi satu-satu tempat. Bus nombor berapa, train nak naik dekat platform mana. Dekat Paris, everything is too manual. Kita kena paham sendiri connection bus or train dia dekat map train dia. Map dia bukan senang-senang boleh digest masuk hotak, dalam masa satu malam je. Nak tengok map train dia?


Susah untuk first-timer macam kitorang, tapi maybe untuk penduduk tempatan
atau orang yang selalu pergi Paris, mudah sikit kot nak faham







Tapi ini aku story untuk orang yang guna public transport macam kitorang. Maybe kalau orang datang Paris, and sewa kereta, senanglah sikit. Just picit-picit navigation, sampailah destinasi yang nak tuh. Naik kereta ofkos lah senang. Tapi mahallah sikit, compare dengan naik public transport. Hah, baru nampak betapa kedekutnya akak Aisya kan! Travel nak, keluar duit sikit, berkira! Hahahha


Haa sambung cerita perjalanan kitorang ke hotel. Kitorang naiklah bus yang TI tuh suggest. Masa dalam bus, kitorang nampak banyak giler KFC sepanjang jalan. Excited mak jah tau! Iyelah kan, dekat Germany, KFC semua tak halal. Dah berapa lama dah kitorang tak makan KFC. Dok bau je kat sini, kalau lalu depan KFC. Dekat France pulak semua KFC dia HALAL. Maka timbullah bintang-bintang di anak mata kitorang, menengok KFC bersepah di France. Excited22x!


Sampai stesen bus dekat-dekat dengan hotel kitorang, ada pulak KFC depan dia. Kitorang tapaw bawak balik hotel. Kitorang takde nak beli single2 menu, kitorang memang ambik bucket terus. Tamak haloba! Hahahaha. Sampai hotel, kitorang melantak KFC dulu, pastuh solat and tidur. A day is done!


Tipps untuk sesiapa yang nak pergi Paris:
  • Sebelum datang Paris, pergilah baca dekat Tripadvisor ke mana-mana website, dapatkan maklumat pasal train apa semua. Digest siap2 map train bercelaru depa tuh. Jangan jadi cam kitorang ni.
  • Kalau tak jumpa makanan halal, maybe boleh makan KFC kot. Cari dekat kawasan East Paris, memang ada banyak giler. Kalau nak senang, turun dekat bus/train station 'Republique'. Dekat stesen ni, ada 2-3 KFC. Hihihi.
  • Download kamus French masuk dalam fon, senang sikit nak berkomunikasi dengan orang. Takpon, belajarlah bahasa French sikit. Hehehehe. Aku memang takkanlah kan. Macam kitorang ok gaklah, ada jugak kitorang jumpa orang Paris yang boleh cakap bahasa German, so kitorang cakap bahasa German dengan diorang. Paris German kan sebelah2. Berjiran gtuh!
  • Beware of pickpockets!

Till then~
Nanti aku update lagi!
And: Day 3 Eiffel Tower Visit & Paris Attractions


26 comments:

  1. alaaa jeles nye . teringin nak travel kat sane :(

    ReplyDelete
  2. wahh akak honeymoon ye.. syok la jalan2.. story lagi kak..letak gambar banyak2.. suke tgk.. :)

    ReplyDelete
  3. Gitu! Wedding anniversary dekat Paris. Romantik habis! :)

    Baru tahu yang KFC dekat Perancis halal

    ReplyDelete
  4. bestnyaaa, nak pergi paris juga...
    tak sabar nk tggu next post...

    Kak Aisya telah di tag : http://amieznuown.blogspot.com/2014/09/24-liebster-award.html

    ReplyDelete
  5. fuyoooo pi parisssss! tersenarai tmpt yg nadyya teringin nak gi ni. alahaiii...

    sweet laaa awk berdua nii.. jelesss ittewwwww. *bila nak kawen ni =p

    ReplyDelete
  6. Celaru betul tngok map dia tu.hihi..thanks for info

    ReplyDelete
  7. Ohh..inilah teaser hari tu ek rupa nya ke Paris kota CINTA tuh..argghhbest jadi Aisya dapat belajar di obersea jadi anytie je nak jalan2 around europe..
    akak pun kalau travel cheapstake gak..suka naik public transport..bila dgr aisya stori camni ..susah lah sikit ek..terutama bila x pandai cakap english
    akak belum jejak kaki ke PAris so mmg excitred nk baca kisah sambungan ni

    Stay hotel mana?..nanti kongsi tau

    ReplyDelete
  8. Kota cinta di Paris..Romantik gila :)

    ReplyDelete
  9. pergh! bestnya.. bilalah mama nak jejak kaki ke sana ye..
    singgah menabung sekali

    ReplyDelete
  10. Bestnya... isnyaAllah nak ke sana satu hari nanti bersama travelmate...

    ReplyDelete
  11. sob sob.. uols tinggal iols kat malaysia and pi jalan jalan T.T sampai ati uols sob sob.. syok detim ngan hasben kat paris yeee hihiks. souvenir ada dak..?? mihmihmih..

    ReplyDelete
  12. malas baca laaaa...hahahaha...sakit hati tau dak...kita nak pi Paris tak sampai lagi ni...kekeke

    ReplyDelete
  13. detail baik punya :) jumpa malaysian x kat sana?

    ReplyDelete
  14. Akak pon teringin gak nak gi paris... angan2 jelah huhu..

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum...

    wahh... masalah gak nak berkomunikasi dengan diaorang nie kan.. sebb guna bahasa jerman . Diaorang faham x kalau komunikasi dalam bahasa english... susah gak nak berjalan tpt orang kalau tak pandai selain bahasa english.. kan.

    mselim3

    pls: dah follow sini... k.Menarik pasal percutian paris nie kan..

    ReplyDelete
  16. bestnye pergi paris..hehe. kalau nak join GA tu still sempat lagi.

    http://schazjohari.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. alaa bestnya, bila la nk pergi sana..:)

    ReplyDelete
  18. Mak oiii..lajunye.
    Bilalah akak nak sampai sana kan?

    ReplyDelete
  19. Woahh. Kejam jugak paris ni. Tapi, walaumacamanapun pelix Paris ni, ramai jugak yang still nak jejak kaki ke sana. MAcam scha. muahahaha

    ReplyDelete
  20. Haha rasanya kalau gini situation kat situ, in the future kalau nak pergi memang taklah pegi sorang2.. silap haribulan tak balik kang hahaha.. mesti nganga depan map punya.. pastu naik bas yang salah.. last2 semua duit yang bawa habis sebab naik bas banyak sangat.. berkampunglah dekat situ xD

    ReplyDelete
  21. waaahh.. tiga negara sekali rangkum tu kak.. awesome sangat2.. shad tak penah lagi jejak kaki ke sana.. hehe. teringinnya, some day maybe.. :D
    PS: Korea dah. Yeay.

    ReplyDelete
  22. Pening CN tgk map tu. hehe... mmg ssh nak digest sehari semalam mcm tu. hee..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...