home about contact travelog resepi bahasa jerman

Paris Day 2: Disneyland Paris (Part 1)

Kan dalam post sebelum ni, hari first sampai Paris kitorang down sebab Tourist Information Paris yang macam hape kan, tapi walau bagaimanapon (cewah guna penanda wacanalah!), second day in Paris langsung tak mengecewakan, malah buat kitorang berdua excited terkinja-kinja lompat-lompat sampai bergoyang buah pinggang kitorang. Hahahha. (**Ok, aku tipu yang pasal kidney tuh). Because on the second day we went to Disneyland! Yeay! 

Sarapan dekat hotel. Kitorang terkezut berux bila dihidangkan 2 batang
roti baguette ni, tak tahu camne nak makan. Besar sangat2. Hahahah




Pagi second day tuh, awal-awal lagi kitorang checkout and sarapan dekat hotel sebelum bertolak. Makan Baguette you. Terasa French sangat. Aku sempat pekena kopi dua cawan. Hahahha.

Map Paris yang free kitorang ambik je dekat hotel. Tengok bersepah, macam takde orang nak je. Hotel kitorang dekat stesen metro 'Belleville', dari situh naik metro no. 2 ke 'Nation'. Dari 'Nation' ni ada train regional(Train RER, Line A) direct ke Disneyland. Yeay!

Kalau korang nak senang, tengok je map train ni, track yang warna merah terang tulah train ke Disneyland-nya. Senangkan?


Bulatan hitam tuh stesen 'Nation', bulatan biru tuh stesen 'Marne-la-Valle-Chesse' untuk
pergi Disneyland. Kalau pergi sini, kena hati-hati, jangan sampai tersalah train.
Sebab SATU TRAIN JE  yang lalu stesen Disneyland-nya






Kitorang beli ticket sehala, harga dia 7,50€ setiap makhluk. Hahaha. Kitorang mintak tolong train officer dekat metro tuh belikan tiket dekat mesin tiket.



Berduyun-duyun manusia dekat sini!


Sesampai je kitorang dekat Disneyland, kitorang simpan beg dalam locker, dekat stesen train. Locker dekat tingkat 1, bayaran just 5,50€ untuk 24 jam. Tapi locker room tuh tutup pukul 10 malam. Still kena datang ambik beg sebelum 10 malamlah jawabnya. Naya kalau terlupa. Tapi tak best jugaklah kena ambik beg sebelum pukul 10 ni. Sebab dia? Haa, itu nanti aku cerita!




Ticket nak masuk Disneyland? Sila tanya pakcik Gugel. Ticket yang murah untuk masuk Disneyland normally kena beli online, sekurang-kurangnya sehari sebelum hari nak melawat ke Disneyland. Ada faham? Meaning, kalau tak book ticket online, haa bersedialah untuk bayar harga mahal. Ke ke ke ke.



Le Husband

Disneyland ni ada 2 main park. Satu namanya Disneyland Park(Park 1), lagi satu Walt Disney Studios Park(Park 2). Mula2 kitorang excited sangat nak masuk Park 1 dulu, sebab ada bunyi-bunyi, macam fairy tale you! Tapi, ada pakcik check ticket masa nak masuk tuh suggestkan kitorang masuk Park 2 dulu. 

Haa sebabnya, kitorang beli ticket untuk both parks. Ramai orang biasanya beli ticket untuk satu park je. Depa semua berduyun-duyun masuk ke Park 1. So waktu pagi memang penuh giler Park 1 tuh. Plus aku pergi time cuti sekolah, kalau nak main pape roller coaster ke, kena beratur lama giler, maybe kena beratur dalam sejam sengah gtuh.

Ada lagi satu sebab kena pergi Park 1 kemudian. Continue reading to know ye! Jangan cekelat! Haip!

====== So lets talk about Park 2 dulu ye!======


Walt Disney Studios Park ni merupakan park yg berkaitan dengan movie2 Walt Disney. Contohnya macam Toy Stories, Finding Nemo, Ratatouille, Aladdin, and banyak lagi. Park ni memang sesuai ar untuk budak2 yang suka kartun. Macam aku. Eh! Dah nak jadi mak budak pon perasan lagi, Aisya!

Papepon, jom cekidaut!



Sebelum mulakan perjalanan masuk park2 yang besar giler ni, ada lebih baik ambik maps dulu. Maps ni dia kasi free dekat dengan entrance. Paling best dia dalam banyak2 bahasa. Ada jugak pamplet yang tulis event2 penting start pukul berapa. Cool kan?

(**En Husband aku poyo je ambik maps yang dalam bahasa Jerman. Tak kuasa aku baca bahasa Jerman. I rembat maps yang English. Sonang kojo den! Hahahah)

Btw, dekat maps dia, dia ada bagitahu setiap mainan/ride/roller coaster tuh bahaya ke tak. Sesuai tak untuk budak2. Senang je nak faham maps dia ni. Cincha! Haa, terlupa nak bagitahu, kalau dalam map tuh dia highlight 'Never Miss' , maksudnya best. So make sure tak miss ye!






Flying Carperts, Aladdin-din-din. Hehehe.



 Plan, plan, plan. Mana dulu nak pergi nie?



Atas ni my en Husband 10 years from now. Bahu dia kecik je, perut dia. Omaigad! 


Eh2x, anak omputeh mana menyelit bergambar sama ni? Bolehlah dik ye. Satu gambar 2 hinggit!
Tengok, panjang giler kan kena beratur? Ini sangat normal dekat Disneyland. Sebab berduyun-duyun orang datang sini everyday. Mesti kaya pemilik Disneyland ni kan! (**Jeles kuasa tiga belas ratus! )



Ini masa beratur nak masuk Ratatouille Ride. Serius berbaloi beratur lama nak main ride ni. Sebab memang effect dia vogue sangat! Dia dudukkan kita dalam ride yang bentuk tikus, pastu dia bubuh screen depan kita, konon2-nya kita tikus yang lari2 bawah meja, yang manusia tengah dok kejar2 nak pukul. 

Paling best sekali masa ending dia, tutup botol wine tercabut, air-nya macam terpancut ke depan. Pastuh kitorang macam rasa air percik kat kitorang. Lalu bawah dapur, kitorang rasa panas. Coolest ever! 




Muka berseri-seri after one great ride! Senyum sampai telinga. Iyelah aku kan peminat tegar cerita Ratatouille, haruslah gumbira yang hamat. Hahahaha. Anyway, kalau korang nak tengok, KLIK sini ye.



Eh, Buzz Lightyear pakai baju kotak2?? 










Kitorang try2 naik mainan yang dia tak highlight-kan as 'Never Miss' tuh. Sekali menyesal giler. Inilah ride paling bosan sekali dalam seluruh Disneyland. Kitorang badluck masa tuh, effect terbakar2 yang diorang nak buat ada masalah technikal. Memang naik ride kosong jer. Ehhmm



======Park 1: Disneyland Park!======

Park 1 ni pulak ada...



23 comments:

  1. Wow bestnya dia jenjalan... ni kalau bawak anak2 ni bestnya...

    ReplyDelete
  2. bestnyee..cantik2 semua tempat tu kak.. cerita la lagiiii... :D

    ReplyDelete
  3. ha..jeles jeles sesangat nih!teringin nak gi Disneyland n Paris.or either one..haha

    ReplyDelete
  4. Pehh best nye kak. jeles ahhhhh! Btw, nak jd mak budak dah? hew hew bile tuuu

    ReplyDelete
  5. bestnya kehidupan korang :)
    hopefully, dapat jugak kesana satu hari nanti....

    ReplyDelete
  6. Bestnya! Teringin nak pergi Disneyland ni tapi macam mahal je. Kena kerja kuat supaya dapat pergi ni.

    ReplyDelete
  7. seronokkknyaaa dik oooi T.T nangis di suatu ceruk di dalam bilik sob sob sob..
    kelakarlah makan roti keras tu hahaha.. cicah air teh aje :p

    Anda ditag penuh kasih sayang :D
    --> Liebster Award By Siti Yang Menaip

    ReplyDelete
  8. wah disneyland!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!uwaaaaaaaaaaaa jelessssssssss.. nak pegi jugak!! *nanges guling guling*

    licinnya muka akak :o

    ReplyDelete
  9. waaaaaaaaaaaaaa....seronokkkknyeeeeeeee... cantik2 pula tu tempat ambil gambar2 nye...sangattttttt jeles tau.... tahniah korang dah jejak kaki ke sini...doakan sayapula tau... nak jugaaaa... hihih..

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum...

    best nyer jejalan bawak anak2 ... seronok tgk tempat 'mat salleh' cantik dan bersih...

    mselim3

    ReplyDelete
  11. seronok nya PAris.. teringin ~~~~

    ReplyDelete
  12. Magadddddd. Aisyaaaa. Jeleessss! Aaaaaa

    ReplyDelete
  13. syoknye bljr kat oversea.smbil study bila free jln2 kt tmpt menarik >_<

    ReplyDelete
  14. Aisyah~~ Cik Mimie dah jeles da ni tau!! hahahaha..bestnye..

    ReplyDelete
  15. arghh..bila turn akak pulak ni :-)

    ReplyDelete
  16. woahhh.. best sangat2 lah kak... saya memula minat France semasa menonton movie "the smurfs" , cantik sgt view dia ..hehe.. nih tgk akak posing2 ambil pic dgn suami kakak, jeles nyaa tgk, nak juga ke Disneyland :P ..

    btw akak naik ta roller coaster aladdin tuh?? kekeke

    Soalan: knp budak tuh tetiba menyelit? akak ajak eh?? hikhikhik ;p

    ReplyDelete
  17. Zumal baru datang nak baca pasal Disneyland Paris nie, seronoknya kalau dapat berkunjung ke sana ^-^

    ReplyDelete
  18. bestnya kak aisya..muda2 lagi dah jalan merata tempat >_<

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...