home about contact travelog resepi bahasa jerman

Paris Day 2: Disneyland Paris (Part 2)

(Ini adalah sambungan entri Disneyland Part 1)

======Park 1: Disneyland Park!======


Park 1 ni pulak adalah the main park, so dia sangat2 besar dan ada macam2 benda berkaitan Fairy Tale. Segala macam cerita Princess pon ada dekat sini. Park ni melambangkan the whole Disney World lah gtuh. Tak semestinya filem je. Yang paling best, dekat park ni dia pasang lagu ala-ala Fairy Tale kuat giler. Memang straight rasa excited gilerlah. Hahahah


Masuk2 park yang ni, mesti lalu Main Street dulu baru dapat pergi castle dekat belakang tuhnya. Dekat Main Street ni berlandak berlambak kedai jual souvenirs Disneyland dan restaurant. Sediakan ajelah duit di kocek. Hahahha. Btw, dekat Main Street ni lawa sangat2 kalau nak bergambar. Memang heaven! Superb!


Disebabkan masa tuh dah dekat pukul 3 petang, kitorang lapor giler, kitorang pon singgahlah restaurant dia untuk isi 'tangki' kitorang. Kitorang just makan pizza vege dengan roti tuna. Jadilah kan. Harga dia memang boleh buat terbatal selera kitorang. Rasa macam satu bite pon dah kenyanglah makan. Hahahah


See! I tolcha! 1 gigit pon dah burpp! Padahal sebelum tu kebuluq kemahen. Haha


Sesi mengisi tangki!


Sudah bertudungkah Marilyn Monroe? Ohh, ini bukan dia!

The Sleeping Beauty Castle! Dekat sinilah malam2 ada show antek2 awa! Heheheh

Eh, Jack and the beansprouts? Bukan2, Jack and the beanstalk-lah! Teehee



Me never tell lie

Mak gajah dengan anak2-nya! Dumbo the flying elephant!


Captain Hook's Pirate  Ship dekat dalam Adventure Isle








Indiana Jones lah konon2! Bagi chance sikit! Hehehe



Dalam entry part 1 sebelum ni, aku ada cakapkan kena pergi Park 2 dulu, petang baru pergi Park 1 kan. Haa, another advantage dia kalau pergi Park 1 lewat sikit, adalah sebab ada macam-macam event dekat Park 1 petang2. Yang paling penting kena tengok dekat Park 1 adalah:
  • Disney Magic on Parade (Park 1, dekat Main Street, starts at 530pm) KLIK
  • Disney Dreams (Park 1, dekat depan Sleeping Beauty Castle, starts at 930pm) KLIK

(Klik links kat atas tuh ye, kalau nak tengok. Tapi kalau dapat tengok dengan mata real2 lagi cantik. Subhanallah. Rasa macam fairy tale zaman kanak2 dulu comes alive!!)


Kat atas ni watak Frozen lalu dekat parade.





Ini antara gambar Disney Magic Parade-nya yang en Husband aku sempat snap. Disney Magic Parade ni adalah satu Parade, yang mana banyak2 watak kartun Disney duduk atas kereta tunda, and lalu depan kita. Watak2 kartunnya alive, diorang lambai2, goyang2, posing2, menari pon ada! 









Tahu tak budak pompuan besar kat atas ni siapa? Ini Alice in Wonderland tau!
Bukan Alice in Cheongdamdong pulak! Hehehehe

Ini pulak character2 dari Toys Stories. Mesti semua orang tahukan,
tuh Woody, and his friends! :D




Ni apa ek, Simba kot kan. Aku lemah memory, tak ingat sangat nama2 kartun character ni.
Yang aku suka satu je Ratatouille je! Hehehehe

























































Haa dekat Disneyland pon boleh belajar drive tau! Nama tempat drive kereta ni Autopia. Budak2 kecik pon boleh drive kereta. Aku malu, sebab aku je orang dewasa yang tak reti drive. Hahahah. Paling lawak sekali, bunyi kereta dia macam bunyi mesin rumput. Lucu! Kereta dia open air, pastuh colourful. Semua driver2 kecik2 hepi je drive. Memang tak stresslah belajar drive kt sini! Hihihi

Sekolah memandu Disneyland!

First time aku drive kereta in my life! Ke tepi ke tengah, nasib baik tak accident. Hahahha

Dah penat berjalan ke sana sini, tangkap gambar macam giler, kitorang pon carilah tempat yang buleh naik ride duduk2 je. Rehatkan kaki. Pastu tengok dekat Buzz Lightyear Laser Blast ni sikit orang beratur, straight kitorang tompang sekaki. Best rupanya! Sampai kitorang main dua kali dekat sini. Dia macam duduk je dalam ride, pastu dia bagi pistol laser, haa ko tembaklah alien. Dapat markah pulak tuh!




Dah habis main, time nak keluar kitorang tengok diorang ada tangkapkan gambar kitorang masa tengah beriya tembak alien, siapa nak print, bolehlah pergi dekat kaunter dia. Aku taknak, tahu je mahal. Aku snap aje guna fon. Kenang-kenangan gtuh! Hihihi


Mengango ekau jah! Excited masa ni, aku tengah nak fight markah husben aku. hehehe.
Atleast takdelah kalah memalukan sangat. Heeheheh



Last but not least, sebelum closing, ada Disney Dream Show, aku dah kabor dekat atas tadi kan. Haa, ramai sangat orang duduk bersila depan Sleeping Beauty Castle ni. Aku ingat, aku je yang perak, rupanya orang2 lain pon sama. Semua orang dok still excited lagi, walaupon dah 12 jam berada dekat Disneyland Park ni, dari pukul 10 pagi sampai dah dekat pukul 10 malam dah.

Dah penat main dekat sini, kitorang bergerak balik. Beli souvenirs mana yang termampu, ambik beg dekat locker, and stret kitorang menuju hotel. Kitorang tak sewa hotel Disneyland(ko giler, mahal nak mamp!), kitorang ambik hotel dekat Torcy. Selesa jugak. 

~~~~~~~~~~ That's how one day in Disneyland ended!! ~~~~~~~~~~
(Kalau nak tengok banyak lagi gambar, go to my flickr)

Tips & Tricks:
  • Kalau beli ticket untuk satu park je, better pergi Disneyland Park(Park 1), instead of Walt Disney Studios(Park 2), sebab Park 1 lagi besar & banyak mainan! Yeyeh! Takyahlah datang awal macam kitorang(pukul 10pagi dah tercegat depan Disneyland ni haa). Paling cun datang pukul 2, atau 3 petang lepas solat zuhur. Time ni orang dah penat. So banyak ride boleh naik tanpa beratur panjang sangat. 
  • Kalau beli ticket untuk 2 park, datang tepat pukul 10 pagi, serbu direct Park 2. Petang baru pergi Park 1. Ada paham?!
  • Checkin dulu hotel sebelum datang Disneyland, sebab sangat tak best bila kena bubuh beg dalam locker, yang locker room tuh tutup pukul 10 malam. Sebab, Disney Dream Show start pukul 930. Mesti nak tengokkan. Dia habis betul2 pukul 10. Hah camno nak ambik beg, lewat sikit, tak dapat ambik beg, hah tak mandilah sampai the next day. Barang2 penting macam booking hotel semua dalam locker. Camno tuh?
  • Sebelum mulakan journey dalam park tu, adalah lebih baik ambik map dulu. Sebab dalam map tu dia ada highlight tempat mana yang wajib pergi. so pergi yang wajib pergi jela ye. tak payah bazir masa pergi semua tempat ye dok?
  • Bawak je makanan banyak2 dalam beg. Bukannya dia check pon. And makanan yang depa jual mahai gila! Hang tau dak!

Anyway, thanks for reading this long-long entry!
Nnt aku pergi baca blog korang plak ye!
Luv cha!

22 comments:

  1. yg pic last tuh akak suke sbb kale pink...hahaha..larikkk

    ReplyDelete
  2. perghhh.. bestttt... byk tmpt2 cntik... seronokk

    ReplyDelete
  3. Ramai gila orang kat Disneyland. Bersesak-sesak la ni?

    ReplyDelete
  4. Bestnyaa. Uhuk. menjeles dah ni. ehehe. ;3

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum...

    pertama kali mselim3 visit sini dan komen kat sini.... menarik sesangat entry nie. Pasal percutian di Paris part 2... terbaik. Jeles mselim3... teringin nak gi...

    mselim3

    ReplyDelete
  6. seronok tengok gambar. hehe.
    kite lagi tua dari kak aisya ye? hehe. takpe2.
    nah kite tag aisya :)

    http://rainfallasleep.blogspot.com/2014/09/the-liebster-award-by-budak.html

    ReplyDelete
  7. dunia kayangan kanak2 yang mampu tengok dalam tv aja..bertuahnya badan dapat p sana..

    ReplyDelete
  8. best gilaaa! kak sally tgk gambar yang masa bos g Disneyland kat Hong Kong pun dah stress! hahahaha...ni tambah stress..kbai...

    ReplyDelete
  9. looks fun! hope so one day dapat pi disneyland. =)

    ReplyDelete
  10. Good entry Aisyaa! hihi. SUkaa2. Nak pergiiii

    ReplyDelete
  11. beeeestnyaaa adik ooi.. huhu. jangan balik malaysia lagi please. tnggu akak kaya bawak pi jalan sini. tapi akak takot nak naik rides wakaka

    ReplyDelete
  12. ok! sentap tgk gambar ini semua ....hahaha

    ReplyDelete
  13. kiranya kat sin itak der roller coaster eh..akak mmg minat nk naik wlaupun takut sebenarnya

    ReplyDelete
  14. JACK THE GIAN SLAYERS.. HEHEHE... Sleeping Beauty Castle tu cantik sangat.. :D

    ReplyDelete
  15. Waa!! Bestnya!! Nak pegi juga :3 Roller coaster and pirate ship ride yillek.. ^^" Huhahuha.. masuk dalam to go list siap-siap :p

    ReplyDelete
  16. best teramat la akak... rambang terus mata ni hah! hahahaa. fina paling suka pic akak yg first sekali, sesuai sangat dengan background castle tuh... best baca pengalaman kakak nih, terbuka pandangan.. :D

    ReplyDelete
  17. Tengok Disneyland nie rasa macam di alam fantasi gitu ^-^

    ReplyDelete
  18. ok..sekarang jeles teramat dah ni..kak aisya........take me with you T_T

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...