home about contact travelog resepi bahasa jerman

Rome Bandar Penipu!

Salam! Harini aku nak menyambung cerita stori-mori, kenapa arituh aku panggil Rome bandar penipu. Harap kerajaan Rome tak menyaman aku kerana label diorang macam tuh. Hahahha. Cuak jugak dalam hati ni. Hihihi.

So Rome is called bandar penipu, kenapakah? Berteraburnya ayat engko aisya! Hahhaha. Masa mula2 kitorang mendarat di bumi Rome, takde pon rasa negaranya banyak penipu ke hape. Semuanya ok je mula2. But as the days went by, macam2 benda berlaku dekat kitorang. Memang nak nangis mengingat balik semula. Takpelah pengalaman, katenye!




Ditipu ketika makan dikedai

Kalau korang happen to go to Rome, memang takkan terlepas dari tertipu masa makan dekat kedai. Memang harga yang diorang letak dalam menu nampak murah at first, but lepas dah makan, bayar apa semua, memang akan dapat duit baki kurang dari yang sepatotnya. Dan jangan terkejut, negara Rome memang tak menggunakan sistem resit bagai ni. Hahahhah.


Kedai first yang kitorang pergi masakannya sedap sangat2, lepas makan, kitorang bayar and terus blahh. Sampai aku tak perasan, diorang actually charge kitorang 3€ lebih dari harga yang sepatutnya bayar. 3€ tuh lebih kurang RM 12 ok. Bukan sikit. Hahhaha. But what to do. Dah mabuk sangat masa tuh, sebab excited makanannya sedap sangat2. Hahahha. Padan muka kau, Aisya!

Haa, 3€ ni baru satu kedai je, untuk sekali makan. Bayangkanlah berapa banyak kedai, berapa banyak kali kitorang makan masa dekat Rome ni. Berapa Euro agaknya duit kitorang terbang untuk hidden cost ni? Memang tak terkiralah kan.




Orang hotel tipu pasal Wifi

Hotel yang kitorang ambik tuh takde free wifi. Siapa nak guna wifi, kena bayar 7€(RM28) for 24 hours. Kitorang self traveller, memang takde tourist guide apa semua. Masa sampai dekat hotel tuh, memang memerlukan wifi untuk cari semua tempat2 nak dilawati masa dekat Rome. That's basically what we usually do, setiap kali kitorang travel.


So kitorang pon bayorlah 7€ dekat pihak hotel, dan dapatlah password wifi yang freshly generated. Aku pon keyin guna fon and went online. Sekali en Suami aku try enter password yang sama dekat tabs, sebab nak cari tempat menarik untuk lawat kan, password tuh dah tak valid.


Kitorang baca dekat belakang kertas password tuh, KECIK JE DIA TULIS: 'This password is for one device only'. Bodohkan kitorang pergi beli password mahal2, pastuh dapat login satu device jek. THOR-baik betul! Hotel people memang takkan bagitahu benda2 camnie. Kita sendiri yang kena alert. Seriusly. Hahhahah.



Ditipu ketika bergambar dengan 'Gladiator'

Masa otw nak ke Colloseum, kitorang berenti dekat traffic light pejalan kaki, tunggu lampu hijau. Masa tuh ada 2 orang lelaki pakai baju Gladiator approach kitorang ajak bergambar.


Suami aku tanyalah, 'Free ker?'. Tapi dalam Englishlah, of kroos. Heheheh. Ye2 orang tuh kata free of charge. After tangkap 4 gambar yang langsung tak cantik, kitorang nak geraklah masuk Colloseumnya. Diorang peras ugut kitorang mintak bayaran 20€. Muka diorang masa tuh macam nak tumbuk kitorang. Diorang kata, seorang dia charge 10 untuk bergambar. Ko giler, 20€ = RM80! Mahal giler.

Memanglah masa ni happy2, lepas habis bergambar, kelat muka sekor2.
Baik si payer, baik si pemeras ugut nya. Hahhahah

Tapi lelaki2 tuh besar badan dia, kitorang cuak nak lawan balik. Lagipon diorang ada kawan2 lagi dekat seberang jalan tuh. Last2 kitorang bayar je. Melayang duit kitorang. So sad. Serius hancur segala feeling2 excited nak pergi melawat Rome city. The best spoiler ever!

Termenung memikir duit yang terbang~~~~




Pihak hotel tipu kitorang city tax
Haa, ada certain2 bandar dalam Europe yang charge city tax ni, bila kita stay dekat hotel diorang. Charge ni ikut berapa malam kita stay dekat satu2 city tuh. Normally 3€ je per person, per night.


Kitorang diberitahu oleh Booking.com(website yang kitorang book segala hotel2 kitorang), city tax untuk Rome adalah 3€ sahaja gtuh. Masa dah checkin dekat hotel, ada macam pamplet2 dalam bilik hotel tuh. En Suami aku kata, dekat pamplet tuh ada tulis jugak city tax = 3€. But, at the time kitorang checkout, orang hotel tuh charge kitorang 6€ per person per night sebab katanya hotel 4 bintang. Tapi kenapa diorang tak cakap awal2, so that kitorang boleh prepare duit tuh. Diorang semua benda ada hidden price yang kita kena bayar. Inilah namanya penipu, mula2 cakap lain, pastu cakap lain pulak.


Pokai kuasa dua kitorang time tuh! But that's not the end yet!




Extra charge di Airport Rome

Kitorang ditipu paling teruk masa dekat airport. Masa nak check in, orang kaunter check in tuh bagitahu, kitorang WAJIB CHECKIN ONLINE, check dekat emel. Kalau tak, kitorang dua orang kena bayar €140/RM560 (70€ per person). Allah je tahu perasaan kitorang masa tuh. Rasa macam jantung kitorang jatuh kat tanah. Pastu kutip pasang balik semula. Hahahaha.


Lepas tuh, orang kaunter tuh cakap, kitorang boleh try guna internet airport dia untuk checkin online, tapi kena bayar 5€(RM20) for ONE HOUR ONLY. Dah bayar untuk internet airport tuh, kitorang online, dekat email, dia cakap memang dah tak boleh checkin. Checkin online mesti dibuat, selewat2-nya 2 jam sebelum flight (tapi kaunter tuh bukak 2 jam sebelum flight). See, orang kaunter pon nak menipu ni. Dia tahu, kita memang dah tak boleh check in online, tapi dia tipu, suruh pulak kita bayar untuk guna wifi dia, try checkin sendiri. Padahal terang-terangan dah tak sempat dah untuk check in online masa tuh.


Emel dia bagi pon memang betul2 hari last sebelum flight kitorang. Kitorang travel, dahlah internet pon susah nak dapat. Orang travel mana sempat nak check emel apa semua. Aku pon tak sempat blogging and blogwalking.


Dahlah subject yang dia bubuh dalam emel dia langsung tak catchy! Dia bukan tulis, 'Please checkin online' ke apa, yang dia tulisnya 'Customer Service'. Dalam emel pon, kecik giler dia tulis, 'kalau tak checkin online, kena bayar blah blah blah untuk dapatkan boarding pass'. Sakit tak hati, cuba korang bayangkan.


Nampak tak permainan diorang semua ni. Ini memang negara penipu dan pemutarbelit paling hebat di dunia. Diorang dapat duit kitorang for the wifi, diorang dapat duit lagi 140€ untuk checkin. Even kalau dapat check in online sekalipon, tapi tak print out ticket tuh sendiri, still kena bayar lagi 15€(RM60). Wahh, memang bagus penipuan dalam bandaraya Rome ni. Penipuan terancang. Sakit sangat hati masa tuh. Diorang memang dah siap sediakan kaunter khas(untuk bayar-membayar ni) untuk orang2 macam kitorang ni.


Kertas ni harga 140€ sehelai hokeyh. Menangis! Haa simpanlah kertas ni sampai ke tua. Jadikan artifak ye. haha

Evendoh Even though kitorang dapat priority seat masa tuh, sebab kena bayar tiket mahal (3 kali ganda dari harga asal), still sedih giler2. Tahu tak, semua orang yang dapat duduk priority seats masa tuh, muka sedih giler. Diorang tuh semua senasiblah dengan kitorang. Iyelah, kita booking tiket paling cibai sekali, timing teruk, sebab itu je harga paling murah kita boleh dapat, ikut kemampuan kita. Siap dah bayar masa booking online tuh. Alih2 kena bayar extra charge lagi 140€ masa dekat airport, semata-mata nak dapatkan boarding pass. Siapa yang suka?


Baik guwa balik naik Lufthansa ke Germanwings ke, selesa lagi! Ini naik flight pon teruk, kena bayar mahal giler. Siapa tak sedihkan. Haa sekarang pon rasa nak nangis lagi masa tulis ni, sedih sangat2. 140€ kena bayar time tuh sama banyak dengan duit makan rumah kitorang sebulan. Hahahaha. Duit memang terbang camtuh jek.


Dahlah kitorang time tuh dah pokai, takde duit cash pon dekat poket, tiba2 kena bayar 140€ lagi. Nasib baiklah en Suami aku ada kredit card. Cubalah bayangkan, kalau orang tuh memang bawak duit untuk travel cukup2 je. Hari last travel memang takde dah duit dekat poket. Lepas tuh takde credit card. Camne nak balik tuh.


Kalau dah takde duit, haa menangislah kau kena tinggal dengan flight kan. Even masa aku tengah tunggu flight pon, ada sorang makcik ni, kad dia kena telan dengan mesin ATM. Kesian makcik tuh nangis2 takde duit. Nampak tak, mesin ATM dekat Rome pon jahat macam orang2 dia. Senang cite semua bendalah dekat Rome ni jahat. Hahhaha.




Beli kopi pon, sama jugak kena tipu. Tengok harga, quite affordable, 1,50€. Tapi bila dah dapat, air dia setengah cawan pon tak sampai. Yang lebihnya buih. Jual buih ker, bang? Dapat minum 2-3 teguk je, dah habis. Redho jelah. Hahahahah. Aku tak faham, kenapa orang negara ni desperate sangat dengan duit. Tak boleh hidup kalau tak menipu orang ke haa??!

Penat aku hirup buih dia, lambat betul nak dapat sampai ke air kopinya. Hahahha
Ini cawan kecik ni, bukan besar mana pon. Hahahaha

Dahlah, penat dah kak Aisya meluahkan perasaan kat sini. Sorrylah ye, entry kali ni ter-emo pulak yer. Hehehehe.


Nasihat aku:
Kalau korang pergi ke Rome, berhati-hatilah dan silalah bawak duit lebih dari budget. Memang belanja di Rome akan lebih dari yang kita boleh jangka. And beware of pickpockets. Nasib baik kitorang tak kena dengan pickpockets. Kawan kitorang ada pernah kena, duit hilang 1000€, kamera lagi. Hai macam2. Kalau nak beli makanan ringan2 ke, beli dekat supermarket, sebab ada resit, so orang tak boleh nak tipu. Hahahaha. :D


p/s:
Maybe lepas ni, akak Aisya nak pause kejab dari travelling kejadah ni sebab tengah pokai. Hahhahahha! Doakan akak Aisya cepat kaya yer. Nak travel lagi dengan Husband! :D

That's it for now !
Thanks for reading !
Sekian~

36 comments:

  1. seronok baca entri awak dear, melayang kepala mama ke sana...

    ReplyDelete
  2. banyak nye kena tipu . memang melayang habes duit . kalau nak pegi, ambik tourist guide ok la kot noh .

    ReplyDelete
  3. memang takkan g rome lpas ni..reject from list

    ReplyDelete
  4. kesian kak aisya.. :( anis doakan poket doraemon kak aisya ade duit banyak2 keyh.. :) hihi..

    ReplyDelete
  5. alahai....mmg banyak gila benda kena tipu...tapi xpe...lesson learned...okay? Next time you should be extra careful.. :)

    ReplyDelete
  6. selamat pagi
    singgah sekejap x sempat nak komen banyak2
    bz day

    ReplyDelete
  7. sabar ye..yelah diorang tengok orang luar dtg..masa tu la nak menipu...
    sama la macam orang kita disini...tengok foreigner je..harga charge double...

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan.

    Terima kasih kongsi info. Rasa hilang mood nak pergi sana.

    ReplyDelete
  9. Giler la..bayak betul hidden cost and service yang kena bayar..hohoho..kena fikir pnjang nak pergi sana..hehehhe..

    ReplyDelete
  10. eiii, ye ke? menyampahnya nak g Rome macam tu. nasib baik xde dalam bucket list. kalau x, musnah dah harapan. thanks kak for the info!

    tu lah, kita orang malaysia ni dah la kecik2 je. nak lawan, kalau reti, xpe... ini dah lah negara diorang. kang kita yang kena. hmmmm....

    ReplyDelete
  11. tudiaa, cekik darah jugak rome ni. jenuh la kalau semua benda pun nak charge lebih.

    ReplyDelete
  12. Bila baca entri kak aisya ni saya taubat tak nak pergi Rome. Kalau pergi pun mesti kena ada tour guide. Tak nak kena tipu. Kurang ajar punya mat saleh. Cekik duit orang Islam.

    ReplyDelete
  13. eee teroknyee. Macam taknak je pergi rome! HAHA
    Tengok gambar dari akk jelah. Masukkan bnyak2 dlam blog kak, teheee

    ReplyDelete
  14. baru tau rome bandar penipu..nmpaknya xkan travel ke sini lah..mybe kalau dah kaya nnti bru msukkan rome dlm list travel..hehe..

    ReplyDelete
  15. pengalaman yang berharga.kalau tak tempuh,kita pun tak tau..thanks for sharing..semoga lebih berhati-hati bila nak ke sana.hehe

    ReplyDelete
  16. Mashaallah.
    Kuang ajonye penduduk negara ROME ni.
    Macam-macam depa kenakan orang luar.
    Banyak gila hidden charges.
    Lepas tu info lain tapi charge lain.
    Grrrrr...jangan harap aku nak pergi negara ko!
    Nak pesan2 ni kat kawan-kawan & sedara-mara jugak.

    ReplyDelete
  17. Menakutkan cerita Aisya tu... Kes penipuan nie tak leh bawa ke tengah ke?

    ReplyDelete
  18. Banyak kali kena tipu. Sedihnya. Kalau saya, mahu meraung dah. Ish ish ish Rome ni. Mengambil kesempatan betul >.<

    Btw, terima kasih kak Aisya for the postcard! Terkejut sangat masa check mailbox hari tu. Cantik tulisan kak Aisya :D

    ReplyDelete
  19. wahhh terus tak teringin ke sane kak aisya
    doakan ayu jugak dpt g trvel..
    tapi xmo la asyik kene tipu...
    kene pergi dgn org biase nie..
    ishh kalau bawak due ngam2 mesti mengis

    ReplyDelete
  20. Faux gladiator tu memang sudah tersohor suka minta uang. Soal gladiator ni ada di Lonely Planet dan forum2 traveller macam trip advisor. Saya singgah di Roma selama 5 hari dan tak sekalipun kena scam kerana sudah membaca infonya sebelum berlepas ke sana.

    Lain waktu, saya kena tipu Calesa di Manila kerana tak sempat mencari info mengenai scam di kota itu.

    Terima kasih sudah sharing agar kejadian yang sama tidak menimpa kami. Semoga kejadian ini tak terulang lagi di kemudian hari :D

    ReplyDelete
  21. mmm mmg stress la klu macam tu...semua benda ada hidden charges...pengalaman berguna dan good info sape2 yang nak travel ke sana....

    ReplyDelete
  22. eee..scary pulak bila baca..asyik nk menipu je dorang nih haihhh
    Nasib baik asiya kongsi kat sini at leat leh jadi guide nanti supaya lebih carefull

    ReplyDelete
  23. perggh. kena tipuu memanjangg. dashsyatt benoo perangainye/ T_T siann akak and husben. pokai kalau kena macam terus... mogaa akak cepat kayaa~ *doa* Hehehe.

    ReplyDelete
  24. aduhai..banyaknya kejadian menipu.. memang penuh dengan penipuanlah kat situ.. eee tka dapt bayangkan kalau takde duit masa nak naik flight tu. huhu. habis tu, tak boleh nak balik! huhuhu

    ReplyDelete
  25. alaa kesiannya dengan korang... bila baca macam ni scary nk pergi rome.. mmg bandar penipulah.. maknanya kita kena bijak supaya tak ditipu... nasib baik ada extra money.. klu tak, terduduk jugaklah kat airport klu mcm tu.. kenapa tak buat aduan kat airport? atau masukkan dlm paper? jd propa sikit haha..

    ReplyDelete
  26. fuhh.. byk btl krugian nih.. sgt2 myeramkan rome nih.. awal2 kene skip pi rome ni.. yg penting nak pi paris je.. mesti lagi syok.. hihi

    ReplyDelete
  27. teringat dulu makan dekat milan, semua kedai kitorang pegi die charge extra 2euro per head. bile tanye untuk ape, katenye for table cloth. like whattttt?........same lah ade member tu die makan ikan, harga dekat menu murah je siap tanye banyak2 kali sekali sampai besar gedabak ikan and as expected, mahal gile lah rupenye harge display tu for 100g. mamma mia italiano~~~

    ReplyDelete
  28. Huaghhh! Rasa nak menangis sama je baca entri ni. Xbaik tau Rome kapur orang camni! Dah la korang berdua belajar lagi,...

    ReplyDelete
  29. Sabar jela aisya. Tak yah g sana dah pasni. Kumpul duit p haji pulak. Hehe

    ReplyDelete
  30. oh my. dah la memang teringin nak pergi sana. thanks for the warning!

    ReplyDelete
  31. Rome dah la msuk wish list..aisya dh cerita nih boleh prepare sblm kena tipu

    ReplyDelete
  32. okayyy.. jangan masukkan Rome dalam list. Eeee stressnya macam ni!!! Tak mau tak mau!! Rome tak best.. tipu tipu!

    ReplyDelete
  33. uikss.... rome kota penipu? er.. tengkiu Aisya.. at least kteorng yang belum pegi ni.. aware la sikit pasal ni.....

    ReplyDelete
  34. tu diaaaa. memang scary bila nampak perkataan rome lepas ni T___T. kak asiya pergi bandar lain jugak tak? sy tak sampai lagi itali, tapi rasa macam nak naik bas je kot ke sana T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  35. Haha.... jauh perjalanan luas pengalaman ye.... pandai-pandai lah en suami pergi Itali bulan November nanti... huhu....

    ReplyDelete
  36. nak melancong pun sush ye..kna tipu plak...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...