home about contact travelog resepi bahasa jerman

Clinique 3 Step : Review Produk

After reading reviews on Clinique 3 Step System, I thought, I want to give it a try. And I did! Hahahhahah. Todia introduction engko, Aisya! Hahaha. Semenjak dah beberapa tahun duduk Jerman ni, BI aku memang dah kelaut. Nak practise pun susah dekat sini. Kasilah can kan! Hehhehe.


Hari ni, aku nak review produk dari Clinique. Aku harap, review ni dapat membantu korang2 yang mungkin nanti2 nak baca2 sebelum membeli, senang, kita sama2 kongsi ilmu. Takleh la menonong je pergi belikan. Nanti nyesal. Heheheheh.


Apa itu Clinique 3 Step? 
Dia adalah produk penjagaan kulit (skin care) yang bermula dengan Step 1: Cleaning. Kemudian Step2: Exfoliating, dan last sekali Step 3: Moisturizing. Haa gtuh kan.



Pengalaman aku dengan Clinique ni:
Aku dulu memang ada masalah kulit berjerawat batu teruk giler. Pastuh aku pakai pencuci muka dari Avene. Dah 3 tahun pakai Avene, memang jerawat semua hilang. Nanti aku review Avene yer, insyaallah.




Tapi kulit still ada redness and blemish. And once aku bertukar ke Clinique, memang hilang semua merah2 dekat atas kulit aku. Kalau nak tengok gambar, aku takde banyak gambar yang boleh tunjuk beza dia tuh, tapi aku personally memang terasa beza dia. Muka rasa lebih bersih dan sehat dari dulu. And suami aku pon suruh beli lagi bila habis, maknanya comellah tuh bini dia sekarang. Hehehhehe.



Clinique 3 Step aku lain sikit dari normal:
Ingat tak dulu aku pernah tunjuk benda2 Clinique aku dekat sini?! Haa, yang aku punya Step 1: Cleanser tuh lain dari yang normal set 3 steps ni. Aku punya, orang kedai ni suggest special untuk kulit yang selalu tumbuh jerawat, dan macam berminyak2 sikit. Aku ni takdelah macam langsung takde jerawat tau. Kalau aku termakan seafood dengan kacang2, memang tumbuh jerawat. Bagus tau, pencuci muka ni, macam bantu bersihkan muka aku bila ada jerawat tuh.


Dah sudah bersihkan muka, pakai pulak Step 2: Exfoliating @ Toner dia tuh. Funktion dia untuk buang kulit2 mati, dan dalam masa yang sama dia macam boleh kawal bacteria dari merebak. Letak sikit atas cotton ball, pastuh just sapu kat seluruh muka. Dia ada cosmetic alkohol, untuk prevent bacteria dari jerawat merebak. Tapi sebab dia alkohol, rasa pedih sikit masa mula2 pakai. Orang kat kedai suggest, jangan sapu dekat satu tempat 2 kali. Kalau tersapu 2 kali, terasa pedih. Tapi aku ok je, lepas dah lama pakai, macam tak terasa pape pon. Hahahaha



Aku specially suka step 3 dia, iaitu Moisturizing.
Pengetahuan aku tentang jerawat: Cara paling mudah untuk matikan jerawat adalah guna pencuci muka yang keringkan kulit muka. Once kulit kering, jerawat akan mati, dan kulit akan cepat recover. So biasanya, bila pakai pencuci muka apapon untuk jerawat memang muka akan kering giler.


Aku suka moisturizer @ pelembab ni, sebab once jerawat dah baikkan, pakai je pelembab ni, memang kulit terus recover. Haa aku susah nak describe, tapi nak senang faham camnie: Kulit korang kering, bila pegang rasa kasar. Pakai pelembab dia ni, esoknya rasa balik dengan tangan, kulit dah mulus balik. Haa, tak caya pergi try. Hehhehe.


Tapi time takde masalah pape, aku tak pakai sangat pelembab ni, sebab muka aku berminyak jugak dekat T-zone. So kadang2 je aku pakai. Banyak lagi pelembab ni, aku tak beli baru lagi. Yang Step 1 dengan 2, dah beli second time. Hehehheeh.


Conclusion:
I seriously like it, and I will come back, and buy alot more!


That's it for now !
Thanx for reading this !
Muah !
Sekian ~

30 comments:

  1. Clinique ni mahal sikit daripada produk biasa kan kak Aisya?

    ReplyDelete
  2. Clinique antara jenama kosmetik yg terunggul..

    ReplyDelete
  3. bagusnya review aisya ni..produk ni mahal sikit kan tapi sangat berbaloi sebab berkesan..:)

    ReplyDelete
  4. bagus productnye, terima kasih atas perkongsian Aisyah :)

    ReplyDelete
  5. mampu pakai safi je. teringin jga nak cuba Clinique tapi tunggu dah kaya.hehe

    ReplyDelete
  6. kita pakai nanowhite ja, macam mahal ja clinique ni. tunggu dah kerja nanti boleh la cuba try pulak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanowhite pun mahal okaaay. jom la kita pakai yang nature aje.. timun lenyek lenyek then tepek :P

      Delete
  7. salam aisya..

    tahniah terpilih sebagai salah sorang pemenang simple ga akak. sila beri details di blog kak wana ya..
    http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/11/pengumuman-senarai-nama-pemenang-simple.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. huyooo kak aisya menang brooch cincin tu..weewit... hihi... cepat tebus kalau x, anis ambik..hahah..*gelak jahat*

      Delete
  8. hai akak , lame tak singgah sini. hari tu bizi sangat . btw nice sharing .

    ReplyDelete
  9. wahh..kat sane murah sikit dari malaysia kan harganye ? ke lagi mahal..hihi.. byk org review tp xmampu nak beli lagi..huhu

    ReplyDelete
  10. kat malaysia ada jual ke?mahal ke? kite pon muka salu kua jerawat batu, risau jugek. wuuu

    #ritu kat fb akak ckp nak cerita. akak tk cerita pon.. trtunggu2 gak. huuu

    ReplyDelete
  11. ku tak mampu nk pakai jenama ini ..huhu ..tgk aje org pakai... >_<

    ReplyDelete
  12. huahuahua.. mampu tengok saja dulu. masih setia dengan hadalabo pong pong hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT!! .akak pernah gak try Hadalabo lepas dpt recommendation dari SPA yg akak pegi..seklai balik try x sesuai so skrg ni masih setia dgn Royal Expert

      Delete
    2. akak ni saya bace SPA tu as Skim Penjawat Awam hahaha.. Eh skin ke namanya..? Hahaha ke sektor..? ada ritu en akak citer. tapi losyen muka dia mmg iols very the fall in love kak..

      Delete
  13. Nampaknya kulik Aisya mmg sesuai dgn produk ni coz sis JM pernah cuba x sesuai sbb kulit makin berminyak huhuh

    ReplyDelete
  14. woahhh.. saya suka2x ! thanks for review kak... dari dulu lagi saya asyik perhatikan produk Clinique nih, ramai yg berpuas hati, tapi harga dia memang mahal (tp worth it la beli) .. insyaallah ada money boleh beli. ceh! hekhek..

    ReplyDelete
  15. kat German, produk Eucerin murah tak? *soalan lari tajuk*

    ReplyDelete
  16. Nasib baik bahasa Melayu x hancuss.
    Tak bestnya kena cakap bahasa orang.

    ReplyDelete
  17. wahhhh. Nanti nak trylah clinique pula.

    ReplyDelete
  18. Bg sy product clinique harga berbaloi dari product jenama mahal yg lain.. rm106 utk set travel.
    Eah item beli asing2 utk step 1 & 2 hanya rm89 each get 200ml. Ada lg size ml yg byk mahal cikit la.
    Step 3 saja harga ada mahal cikit sbb nice ar..
    Blh beli kt website krkadang ada offer code , get brg percuma , berbaloi la..

    ReplyDelete
  19. Set travel dia berbaloi la size packaging mcm blh pkai tahan lama juga.. tgk mcm mana cara pakai..

    ReplyDelete
  20. Set travel dia berbaloi la size packaging mcm blh pkai tahan lama juga.. tgk mcm mana cara pakai..

    ReplyDelete
  21. salam saya nak letgo Clinique 3 step type 3 (oily) set besar RM200, ada 5 barang , whatsapp 0139802429 (ida)

    ReplyDelete
  22. Saya dh cb produk clinique ni....mgkin x sesuai dgn saya...kulit muka semakin kusam..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...