home about contact travelog resepi bahasa jerman

Feels like home

Aku tengah khusyuk memilih bawang puteh nak beli tadi masa dekat Netto, tiba-tiba somebody tegur aku, 

"Malaysia ke Indonesia?"

Bila aku menoleh, rupanya ada seorang makcik india Malaysian yang tengah bercakap dengan aku. Aku senyum je pada makcik tuh, and agak segan sebab makcik tuh cakap kuat. Habis semua orang lalu-lalang pandang kitorang. Kehkehkehkeh.


Aku pon bersalam, berlaga pipi, peluk cium dengan makcik tuh. Berborak beriya betul. Tapi aku memang kagum dengan makcik tuh, berusaha sangat2 untuk bercakap dalam bahasa Melayu dengan aku, walaupon dia ended up cakap campur2 bahasa Melayu, English and German. Aku tak kesah pon. Aku memang reply semua dalam bahasa Melayu, sebab English aku dah rosak habis. Nak susun ayat pon tak reti dah. 


Aku layan je makcik tuh excited nak berborak dengan aku. Dia kata, jumpa je orang Malaysia kat sini, it feels really like home, little Malaysia gtuh. Dia sebak sangat tadi, berkaca-kaca mata makcik tuh. Dia kata, dia rindu sangat2 nak balik Malaysia, tapi buat masa sekarang dia tak dapat nak balik, sebab suami dia sakit. Dia kahwin dengan German, dan dia dah duduk sini lebih 30 tahun, korang tau. Terpesona, bahasa German makcik tuh fasih giler2.






Makcik tuh ceritalah, sebelum ni die pernah 11 kali bawak suami dia datang Malaysia. Dia katalah, sedih mendengar berita flight MAS 2 kali this year berlaku masalah. Kesian dekat Malaysia Airlines. Biasanya dia kalau nak balik Malaysia, dia mesti naik flight MAS, sebab once langkah je kaki masuk dalam flight, terus rasa macam dah sampai Malaysia. 





Aku memang setuju 200% dengan makcik tuh. Memang betul. Korang bayangkan, bila duduk negara orang, nobody faham your language and its really suffocating to always speak bahasa orang. And bila naik flight MAS, semua flight attendants cakap bahasa Melayu dengan kita. Hilang segala rindu dendam dekat tanah air. Hilang segala rasa suffocating, sesak2 dada, semput dan lain-lain, sebab kena cakap bahasa orang selama ni. Bila cakap bahasa sendiri, serius rasa dia lain, hati jadi tenang and lapang dada.

Dahlah flight attendants MAS bagi layanan istimewa dekat Malaysians. Aku dulu, balik petang hari puasa last. Depa siap bungkuskan makanan, kacang2, coklat2 bagi aku bawak balik untuk femli beraya. Bagus sangat! Cincha!



Sometimes bila ada sikit je Malaysians macam dekat sini sekarang ni, kita lagi menghargai each other kan. Sebab kita tau, kita memang kelompok kecik je dekat negara orang plak tuh. People can do anything to us. Kitorang kalau jumpa Malaysian, memang excited tau. Memang begituhlah orang2 Malaysia dekat sini. Jumpa Malaysian yang sikit2 ni, terus je rasa depa macam femli sendiri. Tak tipu tau! :D




Tiba2 aku pon rasa sebak bila cerita2 ni, rasa macam nak balik Malaysia sekarang jugak. Kbai.
(**Nangis di suatu sudut.)

Sekian~
Thanks for reading this !

22 comments:

  1. kesiannya dia..sabarlah, tu dugaan menuntut ilmu.tapi memang setuju bab MAS tu.serius suka naik MAS, tapi biasalah mampu naik tambang murah je...semoga cepat-cepat habis belajar then boleh balik sini ye.

    ReplyDelete
  2. huwaaa. sabar yer sygg. kejap je tuu. nnti balik mesia okay. Iolls takkan kahwin selagi you tak balik mesia. hehe. Jaga diri sanaaaa

    muah muah muahh!

    ReplyDelete
  3. Sabar ya dik..akak pun ikut sebak baca entri ni..nanti balik Malaysia jga..apapun, take care.

    Psstt, Kak wana dah pos hadiah kemarin.:)

    ReplyDelete
  4. Rindu Malaysia juga! Betul tu kak Aisya. Kalau jumpa Malaysians dekat perantauan ni, rasa macam family je semua. Saya pun suka naik MAS sebab hospitality services diaroang bagus. Tapi, kenapa flight attendants diaorang tak pernah cakap BM dengan saya? Muka saya ni tak cukup Melayu ke? hehe.

    ReplyDelete
  5. belajar dekat Sarawak dapat naik belon pun dah rasa best..macam mana kalau belajar luar negara yer.. =)

    seronoknyermelukis

    ReplyDelete
  6. chill laa... skrang memang asek rase nak balik je... nanti esok dah balik malaysia.. rindu pulak nak balik sane tauuu... =D

    ReplyDelete
  7. Alololo sabr yee kak :)
    Akk kat sane sampai bile?

    ReplyDelete
  8. sabaq naa. takpa aisya bukan alone pun kat sana. hehe. ^_^

    ReplyDelete
  9. wah...seronok bc ksh awk.jauh perjlnn luas pemndngn..

    ReplyDelete
  10. Tak pe.. jauh perjalanan, luas pemandangan...

    pejam celik, pejam celik... nanti sekejap je... ^_^

    ReplyDelete
  11. alahai. sabar ye kak.. nanti balik la malaysia kan.. dapat la kite berdating! yeh yeh ^-^

    ReplyDelete
  12. saya pun rasa tersebak bila sis tulis untie tu berkaca mata... huhuhuhu

    ReplyDelete
  13. alahai kesian kak aisya.. nanti balik malaysia ye.. anis pon sebak bacenye.. lagi2 melibatkan MAS.. cepat2 habis study oke.. mmuahh from malaysia :)

    ReplyDelete
  14. Nanti balik Malaysia lagi ya? :) Biasanya cik oren pilih MAS, ikut ticket fare juga kalau murah. Lepas 2 kejadian tu, still lagi pilih MAS. Segalanya qada' & qadar.

    ReplyDelete
  15. Owh..macamtu ke perasannya?
    Dah pulak kena berbahasa German ye.
    Depa tu x reti.speaking English ke?
    Ishh..akak pun akak sesak.dada kalau dalam situasi Aisya.
    Seronok dapat jumpa auntie tu kan..
    At least dapat sikit pengubat rindu pada kg halaman.

    ReplyDelete
  16. hurmm tu la kan. sebak rasa baca apa yg aisya tulis ni.
    bila kat negara org, kena pulak ikot segala rules tmpt org,
    mmg rasa sesak dada segala kan.. tu la, moga2 slmt & bahagia
    semua Malaysians out there.. Proud to be Malaysians :')

    ReplyDelete
  17. betul sangat tu Aisya...kak sally yg g korea baru 11 hari pun dah macam..."bila aku nak blk KL ni"...
    almost crying when people don't understand and sometimes didn't want to help you either...
    May Allah bless you there dear!

    ReplyDelete
  18. Sabar ye Aisyah..InsyaAllah nanti dapatlah balik Malaysia :) *Sebak baca entry ni, dapat bayang kalau Cik Mimie dekat tempat Aisyah alang pergi luar dr negeri pun dah rindu umah..ni kan berbatu2 jauhnya T_T

    ReplyDelete
  19. faham perasaan itu walau x pernah rasa duduk jauh diluar negara. moga cepat habis dan cepat pulang :)

    ReplyDelete
  20. hujan emas di negara org hujan batu di negara sendiri lebih baik hujan baru dari hujan mas..ehh..betul pepatah ni hahaha..ofcoz lah kita rindu dan syg pada negara sendiri kan tempat tumpah darah kelahiran :-)

    ReplyDelete
  21. orang kata.. malaysians ni kat luar memang bersatu padu and boleh kamceng gila. dah balik mesia memasing ikut prangai lama. racist and so on. akak memula tanak percaya gak tapi dah witness sendiri kekeke. kelakar pun hado.. ajak la makcik tu mai rumah makan makan..

    ReplyDelete
  22. alamak, saya baca ni pun sebak. siannya mak cik tu... nk wat macam mana kan.. hmmm....

    memang terkebil kebil la saya kalau awal2 ke sana. haha.. xtahu nak menyebut nnya pun satu -.-

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...