home about contact travelog resepi bahasa jerman

Tanda-tanda Aku Dah Banyak Study Untuk Exam And Otak Tepu

Selalunya bila aku dah terlampau lama duduk berejam-rejam study je untuk satu2 subjek sebelum exam, sampai satu tahap otak aku dah tepu, ada beberapa benda pelik yang aku akan buat.


En Suami aku memang dah faham dah tabiat tak senonoh aku ni. Hahhahaha. Nak tahu tanda2 aku dah tepu otak? Cekidaut...!!


Aku dah start karaoke lagu rock kapak
Bila aku dah penat belajar, tiba2 segala ayat2 lirik2 lagu rock kapak mula keluar bertalu-talu dari mulut aku. Pernah jugak, aku study sampai pukul 4 pagi. Tiba2 pukul 4 pagi tuh, aku bantai nyanyi lagu rock kapak. Karaoke ikut youtube. Laki aku suruh aku senyap, sebab takut jiran2 marah pulak bising tengah2 malam. Sini, lepas pukul 10 malam dah kena senyap. Kalau bising, jiran boleh report kat polis. Naya sat gi. Hhahahha.



Haa kenapa aku suka karaoke lagu rock kapak? Haa ni nak cerita ni. Femli aku, especially abang second aku dulu2 suka giler karaoke lagu2 dari team macam Wings, Saleem, Ukays, Springs, Ekamatralah, apalah. Abang aku tuh perasan, muka dia macam Saleem Iklim. Siap cerita dekat aku dengan akak ipar aku, dia pergi bayar bil api, ada orang tanya dia, dia ni Saleem ke, nak autograph apa bagai. Hhahahahha.


Aku masa sekolah, dok layan je, setiap hari ahad camtuh, femli aku, hakak2 aku, abang2 aku kumpul ramai2, karaoke dekat rumah. Aku bekap singer je. Mana layak pegang mike. Hahhahaha.


Tapi sebabkan aku membesar banyak dengar lagu2 rock kapak ni, aku secara tak sengaja terhafal lirik2 dia. Haa, bolehlah nak join teka lirik kan. Hhahahhaha. Ekao Aisya, benda study susah hafal, benda lirik2 ni ekao laju je ek.


In weird way, lagu2 rock kapak ni mampu tenangkan aku bila aku kalut and tension study untuk exam. Ehmm sebenarnya nak cakap, lagi banyak aku study, lagi banyak aku rindu dekat femli aku kat tanahair. Walawehh, ayat aku. Hhahahah :D

Brader + Sister in Law! Beloved! :D

Aku akan kecoh pusing satu rumah cari makanan, sebab lapar yang amat sangat
Haa, ini pon satu tanda yang penting, menandakan aku dah cukup hadam subjek yang aku study. Hahahha. Aku ni sepanjang-panjang semester pemalas, macam bangkai bernyawa je aku ni. Hahahha. Bila time nak exam, seminggu sebelum exam tuh lah baru menggelabah nak digest segala hape yang aku belajar sepanjang satu sem. Dahlah bukan senang, bayangkan semuanya dalam bahasa jerman. Terseksa tau setiap kali nak exam. Mana nak digest languagenya, mana nak digest faktanya. Poning kuasa sembilan belas.



Bila dah lama sangat study tuh, otometik aku akan rasa lapar yang amat sangat. Kalaupun aku makan nasi 2 pinggan pukul 7 malam untuk dinner, still dalam pukul 11 dah lapar balik. Bila dah tepu study, confirm aku pusing satu rumah, pastuh aku kecoh, lapar, lapar, lapar.


Serius aku ni orang yang sangat annoying bila aku lapar. Hahhahah. I dont think anyone can stand my annoying-hasaeyo ni. Hahhahah.



Teori aku, konsentrasi memang hebat membakar kalori ataupon apa yang kita makan. Hahhahaha. Kalau korang nak turun berat badan, haa study banyak2. Lepas study full concentration, agak2 lepas 4 jam duduk melekat kat meja study, buntut kematu, belakang badan sakit, perut mesti lapar. Time tuh kalau berdiri, mesti flat jer perut. No more boroi2. Hhahahah. Tak caye, cubalah. Hhahahhaha.

That's it for now !
Thanx for reading !
Sekian ~
Muaah !

26 comments:

  1. akak dulu masa belajar gitu gak..tapi bukan dok dengar lagu rock kapak..suka layan hindustan.hahaha. cari makan pun ye jugak.kalau tak mengunyah mata ngantuk

    ReplyDelete
  2. hahahah... ciri2 akak same macam anis.. tapi suka dengar lagu rancak je.. rock kapak tak minat..lagi sakit jiwa..hahahah... bab kelaparan kita same..hahaha... sep sikt sebab banyak same..hahaha...

    ReplyDelete
  3. ehhh baru perasan gambar kawen akak la.. alolo...comelnyee..pink pink gittew.. awww... hikhik...

    ReplyDelete
  4. saya pun macam tu jugak kadang2. mulalah benda2 tak sepatutnya akan dilakukan.. tapi.. dalam hal sis.. lagi parah kot.. hahaha

    ReplyDelete
  5. boleh tu... kuatkan semangat.. . chaiyukkk

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  6. fuhhh dahsyat akak ni..hahaha..
    part makan tuu.. fuhhh.. nadyya pon gituu gak law da nak exam. nak makan saje. wuuu

    jemput baca kak ;)
    http://loveneddy.blogspot.com/2014/11/thanks-akak-berdua-tersayang.html

    ReplyDelete
  7. apa..lepas dah tepu tu boleh pulak nyanyi lagu rock..kalau sis JMrisau je apa yg di baca hilang camtu je ahaha...sbb tu lepas study duduk tenag diam2...kalau boleh xnk cakap ngan org risau apa yg dh baca tu hilang..teruk tak ahaha

    apa2 pun akak doalan Aisya dapat menjawab dgn tenang dengan jaya nya..aminnn

    ReplyDelete
  8. Betull tuu akak ! Study buat kita rasa lapar even baru berapa jam lpas makan . Tapi kalau lapar time pepagi buta memang saya tahan jea , tak makan dah ! hahahak . Jaga badan kononnya , cehh >..<

    ReplyDelete
  9. Pernah jugak study sampai otak tepu.. pening jugak nak okey kan kepala otak..

    ReplyDelete
  10. hahahhaaah!!! same lah kite!! kalau stress ke tepu ke mesti nyanyi dengan makan! bukan time study je.. skrg dah keje pon same! eh tapi kan... kalo time study dlu 2 3 4 pagi... dlm tgh nyanyi tu kengkadang terdetik gak kang ade lak suare yang meneman.. terus bukak surah yasin.. insaf sekejap.. hihi.. =D

    ReplyDelete
  11. rock kapak?sempoi jugak aisya ni ya. cikfafa pulak kalau dah tepu otak study, suka karaoke lagu jiwang ja. haha.
    cantik your wedding. baby blue+pink gitu. hehe

    ReplyDelete
  12. Tak sangka lah kak Aisya layan lagu rock kapak!

    ReplyDelete
  13. HAHA mmg student sangat! Akk, kite pun layan jugak lagu cenggini. Tapi tak panggil rock kapak. Panggil lagu jiwang. kah kah

    Study sambil kudap2 best kak. haha lepastu tak ingat study ape sbb fokusnye pd makanan. haha

    ReplyDelete
  14. peeeergh layan rock kapak. kalau akak kul 4 pagi ade housemate memekak memang kena sound jugak la :P tapi bagusnya diorang tak memekak sebab dalam rumah tu akak paling senior. jadi diorang control sikit. bab makan tu kita sama je aisya. kalau study mesti kena makan. tapi tak jem ke kepala sminggu bru nak pulun ? isk isk..

    ReplyDelete
  15. Wowww...
    Tak sangka suka lagu rock kapak.
    Hehe..
    Nampak lemah-lembut orangnya.
    Owh... Sampai gitu ea kalau bising lebih pukul 10mlm.

    ReplyDelete
  16. Bab makan tu sama...dulu2 masa study week, akak rasa lagi banyak makan dari blaja hihihi

    ReplyDelete
  17. amboi, lagu nur nilam sari ha. hahahaha... saya belajar lagu lama pula dari kawan-kawan kat mrsm dulu... mula-mula x mnat, tapi dah sellau dengar. adoi...

    makan tu wajib ler... asyik nak mengunyah je. time ni kompem berat naik. haha

    ReplyDelete
  18. follow blog bihah balik http://inibelognabihah.blogspot.com terima kasih
    dan like facebook blog bihah

    ReplyDelete
  19. gudluck ! bahasa jerman susuahkan... hehee. kalau study mesti perut mintak makan mcm2. haih

    ReplyDelete
  20. hehe... aisya, btl la masa study la senang nak kurus kan :D
    busy study, kenyang dgn ilmu2. hehe...

    ReplyDelete
  21. fuhhh... rock lah akak nih haha..

    ReplyDelete
  22. kak aisya yang rock. hehe. encik suami jela yang tahan bila tgk aisya lapo. hehe

    ReplyDelete
  23. memang gitu kan? bila dh tepu sgt, mulalah perut mintak isi. lepas tu stay up melayan diri sorang2 dengar lagu ke, award ke hape kan. haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...