home about contact travelog resepi bahasa jerman

Grand Budapest Hotel Review + Bahasa Jerman #1


The Grand Budapest Hotel : Movie Review

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, bebeh2 dan ladies2 yang datang membaca di sini. Sorry sangat2, rasanya lama dah aku janji nak ajar korang bahasa jerman kan, tapi baru ni ada idea nak menulisnya. 


Sebenarnya, to be honest, bahasa jerman ni bukan mudah untuk dikuasai. Dann, disebabkan aku ni bukan orang dari bidang bahasa, nak mengajar bahasa2 sikit dekat blog ni pon, macam susah giler. Aku serius tak tahu camne nk mulakan, apa benda nak ajar tuh, takde hujung pangkal kalau aku nak ajar pon. Tapiii...


Haa ada tapi tau! Tapi baru2 ni aku ada streaming satu movie ni, movie ni dalam BI, tapi ada banyak jugak aku tengok dia guna perkataan2 Jerman dalam movie ni. Jadi... dengan berbesar hatinya, aku nak suggest korang tengok movie ni, dan at the same time, kita bolehlah belajar bahasa baru. How is this idea? Good or bad idea? If good, mari aku cerita serba sedikit pasal movie ni yer. 



Kenapa aku menonton cerita ni?
Aku ni memang selalulah tertinggal train, cerita ni dah keluar lama dah, baru sekarang aku menengoknya. Hahhaha. Mula2, en Suami aku nampak rating movie ni tinggi dekat imdb.com. Kitorang suka check2 rating movie sebelum kitorang tengok, takut rugi je masa, kalau movienya tak best kan. Imdb.com kata, movie ni layak dapat markah 8.2 dari 10. Ini kira tinggi tau. Sebab movie2 macam Transformers je boleh dapat rating setinggi ni dekat imdb.com

Nonton di sini ----> KLIK


So, aku pon menonton, tiba2 dah tertengok sampai 4 kali. Ayoyo, nampak bebenor sukanya. Aku jatuh cinta dekat background dia. Vintage habis!! Cantik sangat2. Tak tahu camne nak explain. Korang kena tengok dulu, baru faham fefeeling aku ni. Teehee.




Dan lagi satu, sepanjang2 movie ni ada banyak joke2 yang dia selit2, walaupon cerita ni sepatutnya macam serius je. Aku tengok banyak kali, sebab nak fahamkan apa yang dia cakap, dialog2 dia. Lawak tau kalau dengar betul2! Teehee


Cerita ni cerita-dalam-cerita tau. Mula2, dia tunjuk seorang perempuan ni, baca buku 'The Grand Budapest Hotel' ni. Dalam buku ni pulak, si author tu ceritakan dulu masa dia muda2, dia pergi ke Hotel Grand Budapest ni.



Si author ni (Jude Law) mendengar cerita dari pemilik hotel tuh sekarang, iaitu Mr Zero Mustapha (F. Murray Abraham), camne Mr Zero tuh boleh jadi pemilik hotel tuh. Hotel Grand Budapest ni dulu2 sangat popular, tapi sekarang dah tak popular dah. Sekarang dah tinggal sikit je orang datang ke hotel ni, tapi Mr Zero tuh still taknak jual hotelnya. Mr Zero ni ceritalah.

Jude Law: Young Writer
Mr Zero ni masa muda2 dia bekerja sebagai Lobby Boy dekat hotel ni. Mr Zero di-train oleh Concierge hotel ni, Monsiuer Gustave H. Monsiuer Gustave ni selalu bagi layanan istimewa pada tetamu2 hotel ni.

Zero: yang paling kanan sekali tuh.
 Dan kebanyakkan tetamu hotel ni adalah janda2 tua yang kaya tapi kurang kasih sayang. Dan disebabkan layanan istimewa M. Gustave nilah ramai orang datang ke Hotel Grand Budapest ni. Orang memang datang sebab sukakan M. Gustave ni.

M. Gustave H
Haa dekat part ni, M.Gustave ada cakap 'Abfahren'. Maksudnya 'bertolak'.

Haa, kalau korang nak tahu, cerita sebenarnya bermula, bila salah seorang perempuan kaya ni meninggal. Dan M. Gustave dituduh membunuh dia. Perempuan yang mati tuh kaya sangat2. Rumah banglo dia dinamakan 'Schloss Lutz'. Lutz tuh nama tempat. 'Schloss' tuh bahasa Jerman tau, maksud dia 'Istana'. Haa, kayer kan? Dia duduk dalam istana, beb! Hahahaha.


Haa, cerita ni mula menarik lepas M. Gustave ni kena tangkap, sebab dituduh membunuh. Aku taknak spoilkan cerita ni, korang tengok dulu, nanti korang mesti tertunggu2 last sekali tuh siapa yang betul2 bunuh perempuan kaya tuh. 


Haa mari kita belajor bahasa Jerman sikit yer... :D
Kunst = Art
Museum = Muzium
Gabel = Garfu
Halt = Stop
Haa, kalau korang nak tahu camne nk pronounce perkataan2 dalam bahasa Jerman kan. Senang jer. Korang eja aje macam bahasa Melayu kita. Sama jer sebutan dia. 


Cuma! Haa, cuma kalau huruf 's' sebut dia macam huruf 'z'. And huruf 'z' plak sebut dia 'ts'. 'Sch' sebut dia 'sha' ataupon 'sya'. Haa, macam nama Scha Nazri plak yer. Dann huruf 'j' mesti disebut macam huruf 'y'. Contohnya:


Dalam bahasa Jerman, kalau nama orang 'Joseph', sebut dia 'Yo-sef'. Haa kiranya, Scarlett Johannson kalau datang Germany, nama dia Scarlett Yohannson la kiranya. Haa. Teehee.


Sebutan2 untuk perkataan2 kat atas ni yer:
Ha-lo
Gu-te---Nakht
En-syul-di-gung
Gut
Sye-lecht
Ya
Dang-ke
Vill-ko-men


Cukuplah sampai sini dulu. Nanti aku ada idea, aku ajar lagi yer. Heehehe. Sorry kalau korang penat baca, panjang bebenor akak Aisya tulis yer. Btw, insyaallah esok malam aku nak pergi Christmas Market Rüdesheim sekali lagi, pukul gambar cantik2, nanti aku update yer. Korang tunggu tau! Till then, lebiu <3 <3 <3

Thanks for reading !

27 comments:

  1. Danke, Aisya =)
    Akak nak tengoklah citer ni. Baca review Aisya memang rasa berbaloi utk ditonton ,..

    ReplyDelete
  2. Hari tu, dalam flight teringin juga nak tengok cerita ni. Tapi, penat sangat, saya tidur je. Terima kasih sebab recommended kan cerita ni kak Aisya ^_^

    ReplyDelete
  3. okay, boleh try tengok :)
    poster dia lawa ^^

    danke aisya :)

    ReplyDelete
  4. rase macam pernah tengok.. tapi nak tengok gak la.. jalan cerita macam best.. danke kak aisya.. hihi.. err sorry dalam bahase german tu macam susah je nak sebut.. sampai tergeliat lidah den..hahah.. siap kena tegur dengan mak anis sebab cakap bahase pelik depan laptop..hahah.. maluuuu... ngehehe... okeeeee... waiting gambar cecantik!!! :)

    ReplyDelete
  5. sy ada classmates from germany, memang bahasa german ni perlukan cara cakap forcing anak tekak ea? err camne nak cakap eh, cuma rasa macam 'terseksa' tekak je bunyi bahasa german ni. ke tak sebenarnya? haha.

    maap kalau tak faham T_T hehe

    Danke, aisya :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  6. Heee best crite ni! tgk pun bnyk kli. Lawak yg cool ^.^


    My Blog
    ASDY Dimension.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. arghh berbelit lidah nk sebut.. rasa mcm penah baca kisah hotel ni tp lupa. mesti cantik2 suasana krismas kt sana

    ReplyDelete
  8. errr, rasa terbelit lidah nk sebut perkataan german ni..hehehe..mcm mana la Aisyah beh sebut kan..hikhik

    ReplyDelete
  9. ha'aa bebelit lidah nak menyebutnyaaa tapi macam bestt :) malam nnti nak try tengok laa ^^. danke kak asiya , muachh

    ReplyDelete
  10. seronok x2ally belajar bahasa asing.. masa study dulu ada ambik subjek bahasa perancis.. memang seronok belajar.. siap dalam 1 semester tu boleh laa nak speaking bahasa french dgn kawan.. skrg dah lupa.. muahahaha..rugi betul.. nak cakap dengan sapa kannn..

    ReplyDelete
  11. macam best je cerita ni! Pastu The Grand Budapest Hotel tu cantik gilaaa...

    ReplyDelete
  12. best jgj belajar bahasa asing ni...

    ReplyDelete
  13. akan dilihat movie ni lepas exam! hahahaha...KIV dulu! muahahahaha

    akak mmg surrender la nak belajar bhs german!

    ReplyDelete
  14. tgk kak aisya review mcm sonok je cite nih. ana pnh dgr Gu-te---Nakht tu masa iklan philips haritu ada dgr hehe

    ReplyDelete
  15. tengah downloadd! Hehehe

    Yang sorry tu awat panjang benor nak nyebutnya. hahaha.

    danke aisya!

    ReplyDelete
  16. yeah! hahaha. ada juga member yang tengok movie tapi kena tgk rating kat IMDb dulu! saya pun buat macam tu. senang... tapi tnggi gak ratingnya eh. x pernah dengar lak.. tajuk macam x menarik perhatian. tapi ada Jude Law. omg! my favorite! :D

    ReplyDelete
  17. citer Escape plan pun ade selit bahasa jerman sikit2, time si Arnold brdoa dlm jerman. Bestlah baca blog nie, mengimbau zaman Lisa belajar Jerman!Personally, Jerman memang bahasa paling susah, tapi kalau ada minat mendalam insyallah dapat menguasainya. Macam Lisa dulu kena paksa belajar Jerman. Menangis bukan main, sebab I know nothing about germany. Tapi lepas belajar, rasa macam seronok, sebab bunyinya baku dan tak lari mana dengan english. Cuma bahasa dia terlalu detail dan explain benda itu mengikut sifat. Anyway..good luck kat Jerman//^^

    ReplyDelete
  18. danke je tau dari dulu bahahha..
    kalo dengan kawan akak kat rusia dulu converse pakai google translate aje.. gelak2 dia mentang2 bahasa google translate kan skema ayam..

    ReplyDelete
  19. sis JM ingat review berkenaan hotel tu...ingatkan Aisya pernah stay kat hotel ni rupanya salah...Movie Review rupanya ahaksss

    ReplyDelete
  20. syok dapat belajar perkataan baru kat sini :) hihi. cerita tu tak pernah tengok. maklumlah, jarang-jarang tengok..

    ReplyDelete
  21. serious tak pernah tengok cerita Jerman. tapi bila baca review, macam nak tengok sekaranggg

    ReplyDelete
  22. Watch here:
    http://www.alluc.com/stream/the+grand+budapest+hotel

    ReplyDelete
  23. emmm cam best ni... asyik layan korean movie je, jap g kite layan yg ni plak hu3

    ReplyDelete
  24. I use this site to watch movies..http://www.bestfreestreaming.com/

    ReplyDelete
  25. Hi kak Aisya... follow back blog saya ya Noviaalfaqih.blogspot.com
    Btw salam kenal dari Indonesia

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...