home about contact travelog resepi bahasa jerman

Kegembiraan Mestilah Dikongsi Bersama!

Read this, while listening to my favourite playlist HERE
or, just listen to my favourite song HERE


Alhamdulillah, dua tiga hari ni dapat buat banyak benda yang berfaedah sepanjang cuti-cuti ni. Apa yer aku nak cakap dekat sini? Tadi masa sebelum bukak blog ingat, sekarang dah lupa balik dah. Hahhaha. 


Sebenarnya rasa bersyukur sangat tahun 2014 hampir melabuhkan tirainya, Alhamdulillah ada banyak kegembiraan dalam tahun ni. Ke-TAK-gembiraan pun ada, tapi yang tuh toksahlah kita kesahkan, ye dak. Yang penting, semua memory yang best2 mesti disimpan ketat2 dalam ingatan. Yang buruk2, biarkan berlalu. Susah takkan selamanya kan.



Haa aku nak cerita dekat korang sebenarnya, aku kan paling rasa bersyukur dalam dunia ni sebab aku ada banyak insan2 istimewa di sekeliling aku. Insan istimewa ni semua yang membantu aku bangun semula, setiap kali aku jatuh. Terima aku seadanya, tanpa perlu apa2 bayaran pon. Haa kan. Hehehehhe


Korang nak tau tak siapa insan yang istimewa disisi aku ni? Hahhaha, bukan en Suami aku sorang je tau. Aku ada ramai insan instimewa dalam hati aku ni. Aku bersyukur, sebab semua insan2 istimewa ni membuatkan perjalanan hidup yang perit terasa mudah, perkara yang susah menjadi mudah. Semuanya thanks to them olls. Seribu terima kasih pon kalau aku ucap, tak cukup untuk gambarkan betapa berterima kasihnya aku pada semua insan2 ni. Ahaks!




Insan istimewa pertama : 
Mak, Abah & En Suami




Insan istimewa kedua: 
Adik beradik, yang aku tahu dalam hati sayang sangat dekat aku. Takyah deny, I know what's in your heart. Teehee! :D Gambor takde, aku malas nak cari dalam CD masa kahwin dulu2. Hehheheh :D


Insan istimewa ketiga:
Bestfriends from Schools

Diorang ni temankan aku prepare untuk kawen dulu, setiap hari. Hantaran semua2 hasil air tangan diorang nilah :D 
Siap temankan gi hantar kad kawen dekat sekolah rendah. Minom milo cikgu belanja :D
Dari kiri: Nuraini, Alifah, Farah, Munawarah :D
Sedih, raya tahun ni tak dapat bersama2 dengan diorang semua

Dari kiri: Anis, Pai, Ika, Wanad, Baby :D

Insan istimewa seterusnya:
Semua2 yang membaca blog ni sekarang! Terima kasih banyak2 sebab menghulur tangan, memulakan persahabatan ni, in this newly found world. Dulu2 aku ingat, aku akan kesaorangan, tak berkawan, tak kenal siapa2 dalam dunia blogging ni, tapi korang semua yang bukak ruang, untuk kita berkenalan. Cewah! 


Yeay, bebeh, I love u olls! Memanglah kita just kenal di alam maya, tak pernah tengok muka each other depan2, tapi aku tahu friendship tuh ada di situh. Tacing arr tulis camnie. Nangis arrr! Hahhahahaha :D


Apapon, nak wish dekat korang semua, a very great life, and tak lupa jugak, goodluck in achieving any goals yang korang ada. Kalau azam 2014 tak tercapai lagi, macam aku ni, heheheh, jangan putus asa, bawak azam tuh ke tahun 2015. Janji, just dont stop! Keep going, 


YOU ARE DOING GREAT!


Frohes Neujahr!
Happy New Year!
Awal giler aku wish!
Kehkehkehk
Luv u olls! :D

p/s: Next entry adalah SEGMEN, jangan lupa join tau! :D

24 comments:

  1. Dah confuse balik, kita sebaya kan? Haha.

    Šťastný nový rok (happy new year) jugak! :D walaupun kita kena selalu update azam utk ke arah lebih baik setiap masa, but still mudah2an tahun baru ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya :D

    Teringin nak buat giveaway, segmen jugak. Boleh share pengalaman nak buat benda tu :D selalu nervous nak fikir apa yg nak kena buat.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  2. cakap pasal azam ni, memang kena postpone la tahun depan nampaknya, macam tak sempat nak tercapai ja. hehe

    anyway, wish you all the best! may all your wishes come true! hehe ^_^

    ReplyDelete
  3. awat so touchingggggg ni kak? sobss *sretttt*

    bace siap buukak fav playlist akak tauuuu

    nanti balik melesia jom lahh keluaq same, heee

    ReplyDelete
  4. AB baca pon tacink nii..sobss..sobss..terima kasih sudi jadi pengunjung blog AB, even AB ni sekali sekala je terjah blog Aisya..huhuhu..Selamat Tahun Baru jugak !!!

    ReplyDelete
  5. wah sedihnya... mcm pghargaan buat insan2 yg disayangi...

    ReplyDelete
  6. Terharu sangat :) Selamat tahun baru juga Aisyah..semoga tercapai apa yang diimpikan di tahun2 akan datang...hehe..Azam Cik Mimie tak tertunai lagi ni..hohoho

    psst : Tak sabar nak join segmen Aisyah :)

    ReplyDelete
  7. Moga kak Aisya sentiasa happy untuk tahun-tahun yang mendatang.

    ReplyDelete
  8. oh tq2, terharu :')
    kak aisya pon yg teristimewa jugak dekat blog lela . anyway hargailah orang2 yang tersayang disekeliling kita kan .
    tanak wish new year lagi, sbb awal sngt akak wish . hahaha

    ReplyDelete
  9. haaaaaai darling ^^ im here im here.. finally dapat post entry baru and blogwalking sikit. sehat ke..? i noe u miss me kan kan hehehe..

    ReplyDelete
  10. Yelah awal sangat wish tu.
    Tapi oklah..takut terlupa pulak nanti.

    ReplyDelete
  11. Samalah adik-adik akak pun banyak membantu masa prepare hantaran n semua hal kawen. Akak bagi duit je untuk beli apa x cukup. So dorang yang setelkan.

    ReplyDelete
  12. Cantik lah baju kawan awak yang tudung hijau kot tu..

    ReplyDelete
  13. Happy new year my dear :)
    maaf ye kaksha lama tak singgah.... penat sangat....
    cantik aisya waktu kawin.... suka sangat...

    ReplyDelete
  14. ala, ayat... saya pun nak menangis jugalah. hahahhaha...

    adik beradik, gaduhlah hari2 pun, tapi ikatan tu tetap kuat berbanding dengan kawan2. and kawan2 baik tu, tak mudah nak cari tapi bila dah ada, janganlah abaikan diorang kan. ^^,

    semoga satu hari nanti kita dapat berjumpa kak :)

    ReplyDelete
  15. alamak touching la pulak. wuuu

    smoga kite bjumpa ye kak.. rindu akak ketat2 :)

    ReplyDelete
  16. perghh banyak bawang anis potong.. berair dah mata nie.. sedihhh laaa akakkk aissyaaa... huwaaaa... T___T lebiu kakak.. sesape yang lebih tua dari anis, selalu anis anggap sbgai kakak sendiri sebab anis xde kakak... huhu...

    ReplyDelete
  17. semoga akak bahagia selalu dan hidup sentiasa di berkati Allah..

    ReplyDelete
  18. tsk tsk tskk

    Rasa berssyukur sangat dpt kenal dgn Aisya and perangai kita lebih kurang je rupanya.

    Thanks for everything Aisyaa!

    Lebiuuuu!

    ReplyDelete
  19. Aisya juga antara insan istimewa di hati sis JM tau :-)

    ReplyDelete
  20. sonoknye ada BFF yg sudi ada spnjg hari2 majlis nk kawen aisya tu.
    tu la TQ jugak Aisya sbb jadi kwn blogger kiteww hehe

    ReplyDelete
  21. Semoga sentiasa ceria di samping insan2 tersayang.

    ReplyDelete
  22. anis singgah bace lagi entry nie.. tacinkk.. :(

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah, ada yang menyayangi kita kan :) kena hargai selagi mereka ada di sisi kita :)

    ReplyDelete
  24. Kite pn tak sangka dpt kwn dgn aisya yg jauh disana. Kalau x sempat jumpa di dunia, kita jumpa disana :)

    Aisya, happy belated birthday. Sorry lambat wish. Moga panjang umur murah rezeki dipermudahkan exam dan bahagia selalu :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...