home about contact travelog resepi bahasa jerman

[ROME, ITALY] Perasaan Sebagai Seorang Tourist

Entry ini adalah sambungan dari SINI

Kota Rome yang Makanannya Sedap Sekali
Walaupun aku pernah cerita dekat korang semua, kisah kitorang teruk kena tipu macam2 benda dekat kota Rome ni, tapi still, ada sedikit rasa dalam hati nak kembali ke kota Rome ni. Maybe rasa tuh datang dari kenangan makan makanan2 Italy yang mashaallah, sedap yang hamaaattt! 


Memang kalau ikutkan, taknaklah jejakkan kaki ke Rome lagi, sebab takut kena tipu ke hape lagi kan, tapi still tekak dan otak aku tak boleh lupakan, betapa sedapnya pizza, dan pasta yang kitorang makan sepanjang kitorang berada di kota Rome ni. Memang susah nak dilupakan.



Insyaallah, kalau ada masa terluang, nanti aku tuliskan entry tentang makanan2 halal di Rome. Ada banyak sebenarnya. Memang takde masalah nak cari. Senang sangat2.



The cheapest coffee I ever had in Europe is from Rome, Italy. Semurah 0,90€ boleh dapat minum secakap secawan kopi. Murah giler! Hahhahha :D Tapi sediakan aje duit, table cloth nanti kena bayar 3€. Nampak tak permainan dia? Haahhaha



Pembelian Roma Pass
Haa dekat Rome ni, ada ticket train, yang sekali dengan ticket untuk masuk kawasan2 attractions ataupun museum dekat Rome ni, kira pakejlah gtuh. Nama ticket tuh Roma Pass dan Roma Pass 48 Hours.  (Baca juga di SINI, by jindrisska.)


Nak tahu tak apendek paling penting korang kena tahu tentang Roma Pass ni? Nak beli dia, kalau dekat kaunter, susah yang hamaaattttt! Hahahha. Aku suggest, korang beli je online, selewat2nya sehari sebelum ke Rome.

Roma Pass: sumber http://www.turismoroma.it/

Kitorang macam nak mengamuk masa mula2 sampai Rome, dekat Roma Termini(Main Train Station Rome). Mula2 kitorang pergi Tourist Information dia. Kaunter ada banyak giler, tapi sikit je kaunter yang buka. Kena ambil nombor, and tunggu turn. 


Bila turn kita sampai, kita tak sempat lagi explain situasi kita, hotel blah3 camne semua, orang kaunter tuh akan straight potong cakap kita dan halakan kita ke orang di Platform No. 24. Katanya, dekat situh boleh beli Day Ticket. Day ticket ni kita boleh guna untuk naik train banyak2 kali, most of the time takde limit masa, ataupun station.



Pembelian Roma Pass hanya di Platform No. 24
Sampai je kitorang dekat Platform 24, orang dekat kaunter Platform 24 ni pulak, langsung takdelah nak explain Roma Pass ni apa kejadahnya. Dia simply cakap, "You have to decide for yourself, 2 day ticket or 3 day ticket"


Masalahnya bukan ticket untuk berapa hari yang kitorang nak tanyakan, kitorang nak tanya, apa2 tempat yang boleh masuk guna ticket tuh. Apa kelebihannya kalau beli ticket 2 hari, apa pulak kelebihannya kalau beli ticket 3 hari. Nasihat aku, sebelum datang Rome, baca siap2 pasal Roma Pass ni, ataupon, beli je dulu siap2, secara online.



Orang Rome takde attitude
Yang paling marah sekali, org kaunter dekat Platform 24 tuh hulur je pamplet, suruh kitorang baca sendiri pasal Roma Pass ni, dia sambil bercakap dengan kitorang, bolehlah pulak makan2, minum air, tukar baju siap depan kitorang. 


Langsung takde attitude. Geram giler kitorang, rasa nak lempang jer orang tuh. Kerja makan gaji buta. Tak habis banyak masa pon, kalau dia explain dekat kitorang pasal Roma Pass tuh. Malah kalau dia baik dengan kitorang, mungkin kitorang akan sebarkan cerita2 gembira kitorang dekat blog, dan kawan2. 


Disebabkan attitude diorang ni, akhirnya kitorang tak beli pon Roma Pass ni. Lagi berbaloi, beli tiket yang bukan day ticket. Kitorang beli ticket 1.50€ seorang, boleh guna dalam masa 90 minit. Tiket ni, mengikut pengiraan kitorang, jauh lagi berbaloi dari Roma Pass dan attitude orang2 Rome.

Beautiful Restaurant in Rome, Italy

Sorry korang kena baca pulak luahan hati aku ni. Hahhahhaha. Aku just nak bagi korang raw idea, kalau korang pergi Rome ni, camne sistem dia. Memang paling teruk sekali dalam seluruh Europe, adalah Rome. 


Rome: Bandar Ramai Orang2 Terdesak


Rome ni cantik, ada banyak giler tinggalan2 sejarah untuk kita tengok dan lawati. Tapi tulah, sistem dalam negara ni kuranglah, kalau nak dibandingkan dengan negara macam Germany, France, England dan lain2 negara dalam Europe. 


Train dekat Rome pon, takdelah sebanyak train2 dekat negara yang aku sebut tadi tuh. Transportation dia kureng, orang2 dia suka tipu2 orang, penyeluk saku dan pencopet pon ramai giler. 

Rome Street

Kitorang pernah sekali tuh, duduk dalam train. Takde banyak tempat boleh duduk, so aku dengan suami aku duduk asing2. Tengah2 antara kitorang ada seorang budak perempuan, budak sangat lagi, umur dalam 9 ke 10 tahun gtuh. Tahu tak apa, masa dalam train tuh, telefon dia asyik berbunyi je. Bila bunyi je, dia cancelkan callnya.


Dan yang peliknya, dalam kocek seluar jeans budak tuh, ada 4 henfon, macam2 jenis. 2 dekat kocek kiri, 2 lagi dekat kocek kanan. Dalam beg dia ada lagi henfon. Dia kerja dok cancelkan call je. Tapi kalau tengok budak tuh, takde nampak macam kaya. 

Aku pandang budak tuh, suami aku pandang aku. Bukanlah nak berburuk sangka ke apa, tapi the only logical explaination, adalah henfon dia yang banyak dan asyik berdering je, dan dia cancelkan setiap kali tuh, aku tak rasa, semua henfon2 tuh dia punya pon sebenarnya.



Menurut senior aku, Rome ni bandar tourist. Bermaksud, hanya tourist sahaja yang bermalam di Rome ni. Orang2 lain, yang kita rasanya sebagai penduduk Rome sebenarnya tinggal di kawasan2 sekitar Rome, tapi bukan di kota Rome itu, itself. 


Sebabnya? Menurut senior aku, living cost di dalam Kota Rome terlalu tinggi, dan rakyat tak mampu menghadapi keadaan kehidupan, bila tax terlalu tinggi. Macam yang aku pernah cerita dulu di SINI, even tourist pon kena bayar tax untuk bermalam di kota Rome. Sekurang-kurangnya 3€, kalau duduk hostel, ataupun hotel yang kurang dari 3 bintang.



Aku terpikir, camnelah keadaan negara ni in the next 10 years. Sekarang pon dah nampak rakyat hidup dalam keadaan terdesak. Sanggup menipu duit tourist dengan apa cara sekalipon, just to survive living near Rome. Keadaan hidup yang mendesak nilah yang menyebabkan kadar jenayah negaranya meningkat, tapi ketamadunan dan attitude manusia menurun, sampai tak malu dah nak mencuri secara terang-terangan.


Camne keadaannya nanti2 pulak? Walluhualam. Kita doakanlah keadaan di Rome(dan doakan juga negara kita sama) akan jadi better in the future, sebab tempatnya bagus untuk tourist datang dan kenangkan, betapa hebatnya kerajaan Rome yang dulu. Di mana hilangnya kehebatan tuh? Ehhmm.


Sekian ~
Terima kasih kerana meluangkan masa membaca di sini~

30 comments:

  1. takutnya bila baca.. tak sangka, bahaya tempat ni

    ReplyDelete
  2. aah kan kak... harapnye malaysia tak jadi macam rome.. rome banyak tempat best2 tapi kes jenayah plak boleh tahan tinggi..huhu..

    ReplyDelete
  3. sayangnya..Rome ni cantik, one of my wishlist.takut nak gi kutip-kutip duit syiling kat fountain kalau perangai orang-orangnya mafia gitu.

    ReplyDelete
  4. sonoknya tgk aisya jln2 kat rome. takot pulak baca psl kena tipu2 smua hurmm

    ReplyDelete
  5. Kalo gini lah gayanya mmg x berani la nk p rome..nk p venice je la. Attitude dgn pick pocket tu x syok dgr. Tp kat malaysia pun apa kurangnya..smp kes ragut yg meragut nyawa..

    ReplyDelete
  6. Banyak juga ya benda negative pasal Rome ni.

    ReplyDelete
  7. Wah, bestnye jenjalan kat Rome :)

    ReplyDelete
  8. Terok jgk ek org Rome...contoh mcm org Malaysia if jumpa tourist still ada manners lagi..siap tlog lagi..beza sungguh kan...

    ReplyDelete
  9. comelnya restoran yang ada payung tu. unik. makan kat tempat ori mesti lagi sedap. untungnyaa. hehe.
    rome ni cantik dah tapi sayang pulak customer service hampeh. nak melancong pun mesti kurang senang kan sebab jenayah merata2. ni la orang kata indah khabar dari rupa. huhu

    ReplyDelete
  10. pehhh makanan nya je da buat kite terliur ni kak. hadoiii..

    ReplyDelete
  11. takut pulak nk ke sana.. hurmmm harap2 ada restoran sejibik mcm rome di malaysia. attitide takda susah la. bak kata takda sivik punya olang. hhaaa

    ReplyDelete
  12. wohaaaa...mcm seronok je sis..paling tk boleh tahan tgok pizza tu >.<

    btw, salam ukhuwah sis :) #333

    ReplyDelete
  13. Okay, research penting. noted! :)

    Best nye akak kannn~ travel. Sedut pengalaman dekat negara orang--

    ReplyDelete
  14. comel jer kerusi yag siap ada payung 2... hahaha

    ReplyDelete
  15. Adoyaiii. Minum kopi kena bayar tablecloth sekali yg tak larat tuh! Memang kena betul2 berjaga-jaga kalau nak ke Rome nampak gayanya...

    ReplyDelete
  16. dasyat gak ek? CN lagi prefer ke german..pergh! bila la tabung nak penuh yer ;)

    ReplyDelete
  17. malaysia tak lama lagi cemtu la bila harga semua naik mencekik. get ready sajalah apa yang mampu.. haaaa entry cemni yes ye i looooike. akak pun tak minat rome sebenarnya. tapi kalo dah ke europe and tengah kaya raya haruslah jejak kaki jugak kan. kang tak lengkap pulak rasanya.

    eeyh coffee kat pasar tani ams 50sen euro aje hehehe.. asal lalu kami beli. murah nak mam and sedap..!! each time minum bajet gaya tu tourist sangat hehe..

    ReplyDelete
  18. Teruk juga Rom. Bersyukur sangat duduk kat Malaysia. Alhamdullilah.

    ReplyDelete
  19. teringin sgt nk pegi rome tpi bila baca entry ni rasa mcm takut je nk pegi... tpi tulah, bandar rome ni terkenal dgn kesedapan makanan dn pemandangan yg cntik.. x sangka org2 dia cmtu eh

    ReplyDelete
  20. Rome memg best..teringin nak pergi...tp bila baca entry aisyah kena ati2 la lpas nih

    ReplyDelete
  21. setiap negara tu ada pro and cons dia kan...hmmm...but still kak sally nak g Europe jugak sekali... :)

    ReplyDelete
  22. rome sebuah kerajaan yang sangat hebat suatu masa dulu. wau.. bila terbaca luahan seorang yang dah sampai rome rasa menakutkan.

    Kita juga kena doakan agar negara kita tak macam tu. Dijauhkan dari pemimpin yang rasuah dan gilakan kekayaan

    ReplyDelete
  23. bila agaknya turn sis JM ke sana pulak :-)

    ReplyDelete
  24. mungkin sebab sistem pemerintahan dorang kot sampai rakyat jadi terdesak nak teruskan hidup.

    pizzeria tu pernah tengok dalam rancangan jetlag. suka tengok iedil jalan2 kat sana. hehe.

    ReplyDelete
  25. nmpk mcm best dh tapi sistem dan masyarakat sana plak mcm xbest

    ReplyDelete
  26. malas lah nak g Rome. ceh, macam ada bajet je.. hahaha. tapi xde pun dalam bucket list. so, x berharap nak ke sana. hahaha.... apalah kerja gaji buta an.. x ikhlas betul. OMG! table cloth pun kena bayar? serious -.-

    ReplyDelete
  27. sian dgr citer kamu kena tipu. take care di tempat org!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...