home about contact travelog resepi bahasa jerman

sikit-sikit, lama-lama jadi bukit: BERJIMAT sebelum habis

Assalamualaikum, kawan-kawan dan sedara-mara yang membaca. Hehehe.. Macam tau2 je siapa yang bacakan, Aisya. Xyah perasan. Hahaha. Ingat lagi dulu nk kahwin, beriya-iya simpan duit. Sampai kawan-kawan ajak travel pon, xdapat nak ikut. Xpe, lepas kahwin jalanlah puas-puas. 

Berbicara tentang beriya-nya Aisya menyimpan duit time nak kahwin, (hah berbicara kan... ayat sastera disituh), nak stori lah ni. Dulu-dulu aku ni boros yang hamat. Korang sila jangan ikut. Penyakit boros aku ni sangat-sangat MARABAHAYA dan mudah merebak ke org-org sekeliling. 

Dulu igt lagi, masa persediaan dekat Kolej Bandar Utama(KBU), masa tuh dok belajar alif ba ta dalam bahasa jerman kan, masa tuh boros xtau beli apa nya. Tahu-tahu memang duit da habis. Sungguh tidak elok. Bukankah membazir itu sahabat syaitonnn... Hahahaha. Masa mula-mula datang Jerman pon gtuh, duit aku mengalir macam air. Benda merepek-repek semua aku beli. Shopping bagai nak giler, baju xde pon macam stylo milo sangat pon. Pakai baju huduh jugak, ko kan aisya. Hahahaha.

Tapi lepas almost setahun menyimpan dan berjimat, akhirnya dapatlah kahwin tanpa masalah, Alhamdulillah. Dan selepas almost setahun berjimat tuh, aku skrg da dapat berubah, dulu-dulu, sebelum masuk elaun yang baru, duit yg lama selalunya tinggal ciput je, nak bayar sewa pon maybe xcukup. Tapi Alhamdulillah dengan latihan berjimat yang diajarkan oleh encik Suami, aku akhirnya dapat berubah. Skrg dapat la rolling duit berjimat tuh untuk buat modal meniaga sikit-sikit di Ebay. Hahahah

So aku di sini, secara umum nak menggalakkan korang yang baca belog ni, supaya berjimat dan mula menyimpan dari skrg. Janganlah buat macam aku dulu-dulu. Ingat berjimat sebelum habis. Duit yang ada, kita jimat-jimat. Buleh jadi esok-esok tiba2 ada emergency, duit tuh nnt buleh digunakan. Xgtuh? Memang betul, duit banyak xbuleh dibawak mati, tapi igt, hidup kita ni panjang lagi. Buleh jadi duit yg kita simpan tuh esok-esok, buleh membantu bukan kita je, manalah tau org sekeliling kita ke. 

Berjimat la walaupon sedikit. Simpan tepi kelepet-kelepet sikit. Untuk worst case situation. Ada kawan husband aku post di fesbuknya, percentage maximum dari gaji yang buleh disimpan, utk purata rakyat Msia, adalah 12%. So, aku cabar korang, saving lebih lagi dari 12 % ni. Mari sebarkan kempen, 

Berjimat membawa berkat!

Arwah abah aku selalu cakap dulu, ''Beringat sebelum kena''. Meh aku sambung, ''Berjimat sebelum habis''. Sekian!

Tips utk Traveller Muslim : Makanan

Ok mari dengar cerita aku! Sepanjang belajar diperantauan, aku adalah travel sikit. Dalam negara dan luar negara. Dan semenjak berkahwin, baru travel 3 kali dgn encik Suami, first kami pergi ke Kota Cinta Prague, kemudian kami ke Bandaraya Tinggalan Holocaust Berlin, dan baru-baru ni kami ke Amsterdam meraikan musim bunga tulip berkembang.

Melawat Tulip-Tulip yang sudah mula berkembang di Bumi Holland


Dan setiap kali nak berjalan-jalan ni, aku ada satu tabiat. Encik Suami aku kata, ni tabiat mak-mak. Tapi aku peduli hape. So, nak dijadikan cerita, setiap kali nak travel, aku akan siapkan bekalan utk dimakan ketika dalam perjalanan. Selalunya bekalan yang aku siapkan bukanlah makanan ringan-ringan macam cikedis, sbb aku xsuka, cikedis xmengenyangkan. Camne nk bertahan, perjalanan memakan masa 4 5 jam. 

Masa nak ke Berlin haritu, aku sediakan 2 Tupperware nasi goreng, dan 1 Tupperware bihun. Hah kan. Banyak yang hamat kan. Haah itu terlebih budget sebenarnya, utk dua perut boroi kami ni. Aku sebenarnya masa tuh cuak, sbb perjalanan dari tempat kami ke Berlin(kami naik bas) dijangka memakan masa 8 Jam. Aku menggelabah memikirkan, kalaupon bas berhenti di R&R, belum tentu jumpa makanan yang halalnya! hahaha

Tapi sebenarnya banyak je alternative utk masalah makanan halal di negara bukan Islam ni. Contohnya:


  1. Bawak bekal dari umah. Ni macam akulah kan. Aku suka tupperware2 yang berisi makan! Hahaha
  2. Makan roti yang di jual, sini banyak giler kedai roti, tapi beli roti yang berasaskan tepung, keju, dan butter sahaja. Ingat benda-benda tersebut masih duduk dalam kategori Halal. :) Makan-makanan lain yang berasaskan susu dan cheese pon buleh dimakan juga.
    Ini Tortelinni dengan Cream Cheese. Sodap2. Tapi lemak tepu disituh.
  3. Buleh juga makan roti yang disediakan dengan kepingan ikan didalamnya. Insyaallah buleh dimakan, tanpa ragu-ragu. 
  4. Makan di kedai sushi. Yelah sushi kan produkt laut, dan selalunya kedai sushi xde jual daging por*, yang sangat tabboo bagi masyarakat Melayu. Tapi berhati-hati ketika menggunakan kicap yang dihidangkan di kedai sushi, kadang-kadang ada Alkohol di dalamnya. 
    Sushi dan Mr. Algae kegemaran di situh.. Hahaha
  5. Makan pizza, ber-toppingkan tumbuh-tumbuhan atau sayuran. Tapi aku suka pizza bertopping kan keju string-stringy. Tarik panjang-panjang. Hahaha. Ini contoh yang mudah dan mengenyangkan. Pizza biasanya diadun(xpasti apa perkataan dia. maybe di leperkan kot) secara berasingan, kemudian diletakkan topping-nya lalu di bakar di dalam oven. Adunan pizza yang dileper secara berasingan mungkin memberi sedikit rasa yakin nak makan. Xdelah macam cuak-cuak sangat. 
    Ok, ni bukan contoh pizza sayuran. Ni pizza dengan daging kebab, dari kedai turki di sini. Sedap sgt2. Dimakan dengan sos bawang puteh. Memang menjilat jari ni.
  6. Google cari kedai halal. Haritu masa kami pergi Amsterdam, kami Google KFC Halal di Amsterdam. Sabab di tempat kami, KFC sudah tidak halal lagi. Cukuplah makan haritu bagi menghilangkan kempunan. Yelah planningnya this year xbalik Msia. Sedeyh.
  7. Beli daging dikedai daging halal, dan masak sendiri di rumah. Hahahah. Ini memang hampir semua student di sini buat kot( Kot lah, aku xtau life korang camne). Di sini ada banyak kedai orang-orang Turki yang menjual product ayam, daging, kambing dan lamb yang diyakini Halal. Kalau kita nak yakin, beli dikedai, dan masak mengikut tekak Melayu kita.
    Kalau nak idea-idea masakan yang baru, cuba tengok youtube channel ni KLIK. Aku suka sbb ada banyak contoh masakan, yang mudah dibuat. 
    Ni nugget, buat sendiri. Hihihi. sebab kt kedai jual nugget xsedap.
    Resepi nugget di sini KLIK . Itu je utk kali ni. Semoga korang xhadapi masalah da lepas ni, bila travel ye. K bubye! Sekian!

Pengurusan Sampah Di Sini

Duduk menghadap laptop, jeling ke kanan sedikit, nampak tuan rumah di luar jendela. Teringat masa baru-baru kahwin, pindah masuk rumah baru ni, kami tersalah buang sampah(di sini sampah diasing mengikut jenis), jadi tuan rumah pun tegur kami.

Ok Assalamualaikum. Semenjak tinggal di negara asing ni, jauh beribu batu merindukan tanah air, ofkos kita xbuleh lari dari keterpaksaan mengikut rutin dan gaya hidup orang di sini kan. Sebagai contoh, di sini, semua orang wajib melibatkan diri dalam pengasingan sampah, jadi kitorang pon terlibat sama. Takde pengecualian, semua orang wajib.

Kenapa aku kata, di sini wajib semua orang mengasingkan sampah? Sebab, sebenarnya semua rumah wajib MEMBAYAR ala2 tax setiap bulan(ada dalam bayaran sampingan sewa aka Nebenkosten) utk pungutan sampah pada kerajaan. Bayaran dikira ikut kepala bagi setiap isi rumah. Kami pon baru tahu masa kami pindah rumah baru, tuan rumah explainkan.

Sampahnya pulak dipungut mengikut jenis. Contohnya hari Isnin, lori sampah plastik sahaja datang. Selasa adalah hari untuk sampah kertas. Minggu seterusnya, sampah jenis lain plak. Setiap rumah akan diberi jadual pungutan sampah. Bagus tak korang rasa? Bagus kan! Sebab, sampah-sampah yang dah diasingkan sebenarnya lebih senang utk dikitar semula. Kan bagus utk alam sekitar kita jugak kan. 

Biasanya disini, secara umumnya ada 3 jenis tong sampah di setiap rumah.

  • Satu tong untuk Plastik 
  • satu tong untuk Kertas
  • satu tong utk sampah lain-lain jenis (General Waste, contoh macam makanan basi) 

============================================================
Tong Plastik
Secara am-nya tong ni utk semua jenis plastik, termasuk semua pembalut makanan, dan apa-apa pembalut la. Orang jerman panggil, Verpackung Tonne(Verpackung = Pembalut/Bungkusan/Pelastik; Tonne = Tong). Kalau kt umah aku ni, tong ni la yang paling cepat penuh.
Tong utk Plastik



============================================================
Tong Kertas
Tong ni sebenarnya sgt bermakna kepada dunia dan seisinya. Yelah kita kenalah kitar semula kertas kan, supaya pokok2 xdelah banyak sangat ditebang sbbkan kita kan. Kita bersalah sebenarnya dekat dunia, kalau kita mengabaikan alam ni. Ingat, kita khalifah di dunia ni, kita bertanggungjawab mengimarahkan dunia, dan menjaga keharmonian seisinya. Kalau da sampah menimbun-nimbun, pokok pon da xde, harmoni lagi ke? Ok serius plak aku tibe2. Hehehe.

Seingat aku, dulu masa rumah lama, dgn rumah baru, tong sampah kertas ada tulis dekat depan dia, apa benda yang buleh di-classify-kan sebagai sampah Kertas. Kena rajin la sikit baca. Aku xrajin, jangan ikut. Aku pakai agak-agak ja. Time aku betul xpasti, baru aku baca. 

Tong utk Kertas

============================================================
Tong sampah Lain-Lain
Buh la apa suka. Hahaha. Aku dulu terbuang metal dlm tong ni, pastu Tuan Rumah tegur, dia kata Metal/Besi dan seangkatannya kena dibuang dlm tong pelastik, nnt sampai kt tempat sampah, dyorang asingkan. Ok itu kerja orang atasan. Kita buat ja, ikut ja depa buat camne. Dalam ni boleh buang sisa-sisa makanan, ataupon benda yg kita rasa bukan plastik, ataupon kertas.
Tong utk Lain-Lain Sampah

============================================================
Tong Bio
Hahahha. Kalau rumah yang ada 4 tong, selalu akan ada tong ni, tong bio nama dia, untuk lebihan makanan, dan benda-benda yang bio-degradable(xpastilah betul ke x ejaan ni hah).

Tong sampah ni, sesuai kita buangkan sampah Biology sahaja, aku xpasti apa aku cuba ckp kt sini. Ala sampah macam tulang ayam, ikan, lebihan makan basi, ranting pokok, daun kering semua buang dalam ni. Tapi ingat, jangan sesekali bungkus sampah Bio di dalam beg pelastik yg xbio-degradable. Sbb nnt beg pelastik tuh xdicernakan oleh alam, nnt jadi pencemaran plak! Haih. Dan bagi rumah yang xda tong ni, buleh buang sampah makanan dalam tong Lain-Lain yg aku explain kat atas tadi. Hehehe 
Tong sampah Bio
============================================================
Tong untuk botol2 kaca, mengikut warna kaca
Tong untuk buang/derma baju-baju lama
Lupa cakap, utk sampah macam pakaian dan botol-botol kaca, ada tong lain, yang besar sgt2(tipu je, xdelah besar mana pon). Selalunya tong besar tuh untuk satu kawasan perumahan, ada 2, 3 tong. Kalau nak buang perabot pulak, ada dalam jadual buang sampah kami, setiap kali sebelum masuk musim bunga(aka Spring Cleaning). Dalam bulan 2 gtuh.

Kami suka time spring cleaning ni. Ada je org yg buang perabot yg still elok, jadi kami student-student Malaysia kat sini suka jugak kutip benda yg depa buang, contoh mcm almari utk dapur, kerusi study, meja jepun, dan macam2 lagi. Bukan kami je yg mengutip, org lain pon kutip jugak. Siap bawak lori pon ada. Selalunya org yang nak membuang perabot, dyorang akan buang sehari atau 2 hari sebelum lori sampah datang. Enough time utk kitorang kutip apa yg berguna! hahhaha. Jimat di situh! Xperlu beli!

Itu saja for this time, bubye! Semoga benda yang baik macam ni turut dibuat secare ''berleluasa'' di Malaysia satu hari nnt! 

Sekian!




Kahwin Student: Murah dan Jimat

Assalamualaikum. Arini kami2 sepatutnya da start kelas semula, lepas da cuti seminggu. Tapi aku belum lagi pergi ke kelas, kelas lambat lgi nak start. Jadi, mari kita berbual di sini. Setahu aku, org yg possible baca belog ni adalah kawan2 aku je, so, sudah tentu2lah mereka-mereka tu semua sudah pn tahu, aku dah kahwin.

Yes! Sudah! Sah2! Kahwin bulan 9, 2013, dengan budget kewangan ala-ala student katenya. Nak tau x, cmne nak buat majlis kahwin korang murah tapi still tip top meleTOP! Teruskanlah membaca ye! (**Harga mungkin berbeza mengikut kawasan kenduri kahwin nya ye!)

Paling penting mula2 mesti anda ketahui berapa budget ada dlm tangan utk kahwin tuh, lepas tuh barulah planning2 apa nak buat. Planning merangkumi:
  • Pelamin + Mak handam
  • Baju nikah + Mak handam
  • Makan + bilangan tetamu +Kek Perantin
  • Goody bags + candy/photobooth
  • Gubahan hantaran
  • Kompang and Audio Set
  • Inai
  • Kad Kahwin
Ok yg aku listkan kt atas ni, benda yg paling basic untuk satu-satu perkahwinan, kira mcm almost wajib la jugak. Dan kat bawah ni, cara aku dapatkan harga yg paling murah yg duduk comel2 dalam budget kecik aku.

Pelamin + Mak handam
Aku search dekat fesbuk untuk cari pelamin atau pon butik pengantin yang murah dan dekat dengan Klang(ate kami org Kelang katanya). Kalau nak murah, masa deal dengan orang butik pengantin, mintak mereka suggest harga untuk satu set sekali. Satu set meaning, ada pelamin + baju utk kedua perantin + mekap utk perantin gegurl.  Yang set selalunya lagi murah dri ala-cart ala-cart. Aku punya dulu cuma RM1500 utk satu set. And cakap la masa mula2 lagi dealing, korang bakal-bakal perantin muda yang still tgh study, and kalau buleh nak suggestion harga yang mampu untuk kewangan student ciput-ciput ni. Orang butik tuh xdelah kejam sangat, selalunya possible je dyorang akn kasi harga berpatutan. Hiasan dewan pon buleh jugak butik pelamin buatkan. Sembang-sembang, bodek-bodek siket, nnt dapat harga yg kita nak, insyaallah. And bijak sikit, compare2 harga dengan kedai lain. Ambik harga yang korang mampu, dengan set yg korang paling suka. Semua org nak nampak santek kan masa kahwin! Ahaks



Baju nikah + Mak handam
Baju nikah? aku xhambek dgn butik pengantin, aku nak lagi jimat. Masa bertunang tuh, encik Suami aku(dulu2 encik tunang la kan) belikan siap-siap kain yang cntik dekat Tangkak(korang buleh jugak tgok dekat Nilai), pastu anta tempah dengan tukang jahit, yg buleh buatkan dgn harga berpatutan. So untuk baju nikah, aku dapat save dalam seratus lebih, sbb kedai nak RM600. Aku buat sendiri(I mean, aku tempah sendiri) dapat dlm RM450 gtuh je. Duit yg ada lebih tuh buleh la guna utk benda lain plak. Ingat kita kena berjimat, sbb kita student. Mak handam nya akak aku, free of cas!

Makan + bilangan tetamu + Kek Perantin
Untuk caterer makanan pon sama mcm cara utk dapatkan pelamin. First of all, just search dekat fesbuk, pastu mintak suggestion harga, compare mana yang paling bersesuaian dengan taste harga korang, pastu tempah. Buleh jugak mintak keluarga/kawan2 suggestkan caterer yang ada kait-kaitan. Kadang-kadang dyorang buleh kasi harga femli/kawan kan. Buleh la berjimat siket. Yang penting sebelom berdealing dengan org, kenalah tau berapa ramai tetamu nak jemput and tarikh bila. Xbuleh main terjah je. Kalau Selangor, satu kepala kira harga RM 10 mcm murah da kot. Tanya betul-betul dgn caterer, harga ikot kepala yang dia kasi tuh makanan nya apa. Selalunya ada nasi, satu lauk daging, satu lauk ayam, satu lauk sayur, buah, air. Aku punya catering costs RM 7000. Kek aku tempah kat sedara kawan aku, dengan harga tip top, tuing2 murah yg hamat! kek sodap! Tapi perantin dpt makan sikit je, sbb ramai org nak bergambar. Sobs Sobs.



Goody bags + candy/photobooth
Ok disebabkan aku arituh budget kecik, nak berjimat yg hamat, aku telah menggunakan sehabes mungkin khidmat dari para sahabat karib aku and femli tersayang. Kan, kesian dyorang aku suruh buat macam2. Paling kesian best fren I, sbb dyorang kena drivekan aku ke sana ke mari menguruskan persiapan kahwin aku, sbb aku mana ada lesen. So nak di jadikan cerita, goody bags dgn candy booth memang semua femli and bestfren guwe yang buatkan. Sangat jimat. Tapi kesian dyorang semua penat. Hehehe Tapi hasil kerja tangan bestfren I mmg sangat tip-top, santek and omey angat2!





Gubahan hantaran
Ini sudah tentulah aku xtempah dekat kedai, sabab mahal yang hamat. Dekat kedai, satu dulang dia nak rm50, ko giler! Aku pon, merujuk kepada bridemaids2 aka bestfren kuat usaha aku, utk gubahkan hantaran aku! Santek sgt! Sumpah aku rasa, aku je xkretip dalam dunia ni, org lain semua hebat sangat! Bunga beli pon murah, dulang pinjam dengan sedara aku! Idea nak menggubah buleh tanya chik gugel!



siap ada kereta kecik tau kat depan umah itew...hahahha


Kompang and Audio Set
Ini aku mintak abg aku seponser! so RM 0 la kiranya. Sebenarnya korang pon buleh je mintak abang/akak/ayah/mak/sepupu untuk sponsor benda2 sampingan, femli fahamlah kita student nak kahwin. Xdelah mampu nak kahwin grand2 macam retis! Benda yang possible utk mintak sponsor adalah: Kompang, Audio, Kad kahwin, Sewa dewan. Ala benda simple2 yang below RM1000.

Inai
Inai aku beli inai tube, satu singgit, aku beli 2 ke 3 entah masa tuh. Nak inai merah and kekal lama, campurkan dgn inai pokok, nasi, teh, and gambir. Pastu, utk design inai, aku dgn kawan aku search gmbr inai santek kt gugel, and kawan aku yg kreatip tolong lukis! Murah dan cepat, and santai sbb buleh lepak2 tengok tv. Kalau buat kt kedai, dia nak RM150 utk 2 tangan kecik molek aku ni, da giler ke hape, dah lah kat kedai xde tv, xde org suapkan makan, masa tgh pakai inai. Kan, manja sangat chik perantin masa tuh! 

Ada 4 org dalam gmbr ni, yg bersungguh-sungguh pakaikan aku inai, hahahah.. Rase princess sgt!


Kad Kahwin
Ini encik Suami aku dulu searchkan, kedai yang murah, yang online, buleh deal tanpa tengok muka each other. Hah kan, kitorang kan dekat Jerman, mcm mana lah nak jumpa org tempah kad kahwin ni fes-to-fes kan. Ni link nye, santek2 and banyak pilihan! And murah! and lagi satu, dyorang ni, ada banyak cawangan di seluruh Malaysia! korang buleh choose kt mana korang nak pickup kad korang, once da siap! Cool kan!

Last but not least, Orang-Orang Kuat Sepanjang Preparation Kahwin Aku, ada di bawah ini! Tanpa mereka, xmenjadi la kenduri kahwin aku! Thanks, besties!


Kepada mereka-mereka yang bakal melangkah ke alam rumah tangga, Good Luck! Semoga korang xpening2 masa prepare ye! Dan lagi satu mak aku selalu pesan, masa aku kecik, kita kena selalu pergi tolong kenduri-kendara orang, nnt besok2 bila kenduri kita, orang lain plak datang tolong kita. And aku percaya, this thing is so true. 

Dan lagi satu, ingat, selalu2lah bantu permudahkan jalan org lain, nnt insyaallah, Allah akan permudahkan jalan kita! Aku doakan semua orang yang da byk bantu aku, semoga Allah permudahkan semua urusan mereka-mereka, baik dari segi belajar mahupun kehidupan. I sayang U olls angat-angat!

Sekian!

berkahwin muda: MADE EASIER

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada sidang pembaca! Hahaha! tajuk tuh xnak kalahkan! Macam la senang sangat nak kawen kan. Okayh, kawen tuh senang, uruskan kawen pon senang insyaallah, kalau kena pada caranya. Wahh ayat budget matang betul la aku ni. Ekceli aku baca satu blog ni, check-it-out di sini.

aku tgok dia, si dia pemilik blog tuh, sopan santun, dah kahwin, ada anak comel plak tuh. Wahh aku pon berangan nak anak jugak la kan. Padehal aku pon xmatang lgi, camne nak dapat anak entah. Hahaha. Nak dijadikan cerita blogger tuh ada kasi tips2, cmne nak memelihara hubungan laki binik! aku suka bace ni! hahahah. Aku pon nak kasi tips jugak la. Hehehe. Maybe cara setiap org berbeza, tapi xsalah pon. Korang yg belum berumahtangga 7 tingkat mcm kitorang buleh baca, and belajar pelan2 ye!

So di sini ada sedikit tips2 mengharmonikan hubungan laki binik dalam sesebuah institusi keluarga. wahh ayat macam masa pegi kursus kahwin. So tips2 nya:

Sebelum berkahwin:

  1. Tetapkan niat yang betul. Berkahwin bukan sekadar suka2, atau sekadar ingin mencuba. Tapi berkahwin atas 3 sebab: 1 menyambung generasi Rasulullah saw, 2 dgn 3 aku xingat. Memory lemah. Tapi nnt kalau korang g kursus kahwin, insyaallah ada la kot ustaz2 yg akan ckpkan pasal ni. 3 sebab berkahwin. Aku serius xingat weh.
  2. Masa pergi kursus kahwin, dengar betul2 and catat isi penting, jangan jadi macam aku. Aku catat jugak, tpi buku catatan tuh tinggal dekat rumah mak aku kt msia. Bagus sebenarnya benda2 yg diajarkan masa kursus kahwin tuh.
  3. Mintak izin keluarga dengan cara yg betul, jangan lawan2 ckp mak ayah. Ingat, permulaan yg baik tuh penting. Redha and restu femli pon sangat2lah penting.
  4. Kalau femli membantah pada mulanya, berikan mereka keyakinan, suruh sang bakal pengantin lelaki tuh masuk meminang/merisik betul2. Bawak mak ayah dia sekali. Barulah mak ayah nampak anaknya serious tentang isu berkahwin ni. Kahwin bukan buleh buat main2.
  5. Istikhoroh and pilih pasangan yg bila korang tgok dyorang, hati xberdebar sgt. Ini rasanya Ustaz Fadillah Kamsah kot ada cakap. Berdebar tuh tanda kurang baik. Yelah, xkan nnt da kahwin pon berdebar2 lagi. Seumor hidup nnt berdebar nya.
Setelah berkahwin(sbg bini): 
  1. Give him space. Kalau dia suka main bola, atau memancing, dah memang hobi dia, jangan halang2. galakkan dia dgn hobinya, slagi hobinya baik dan xmemudharatkan. Yelah, sape yg dalam dunia ni suka, kalau ada org halang2 kita dari buat benda yg kita suka kan. Lagipon walaupon da berkahwin, masing2 still memerlukan masa bersendirian. Xsemestinya dia kena pandang kita je 24 hours. Jemu haih.  
  2. Berkomunikasi dan bertanya pendapat encik suami dan puan bini. Ok ini penting! Bila da kahwin, banyak keputusan perlu dibuat melalui perbincangan dan musyawarah. Wah ayat! hahaha Bagus sebenar, bila isteri nak beli baju membazir2, isteri tanya pada suami, suami cakap, "Xperlu pon sebenarnya beli baju baru". Jadi duit si isteri terselamatlah dri dibazirkan. Penting jugak berbincang, bertanya, keadaan satu sama lain, ada ke apa2 yg suami xberpuas hati, apa2 yg isteri xsetuju ke. Xbuleh la semua perkara main terjah je.
  3. Solat berjemaah bersama, setiap kali ada peluang. Lepas solat, mintak maaf pada suami. Yelah kita xtau masa bila kita ada menyakitkan hati dia. Seeloknya sebelum tidur malam pon mintak maaf pada suami. Takut2 tidur xbangun2 da esoknya. Hahhaha
  4. Cakap Lebiu atau pon IloveU! Yg ni tugas isteri ye. Suami mmg susah meluahkan. Normal la tu, diakan lelaki. Tapi percaya la, bila ckp romantik2 ni, heheheh, suami mesti senyum. Sedap telinga dia mendengar. 
  5. Bila merajuk, jangan lama2. Nnt takot jadi pergaduhan yg besar plak. Siket2 bolehlah. Lebih2, janganlah. Kalau suami da pujuk tuh, layan kan aje. Xyah degil2 sgt, xyah ego2 ke apa. Xperlu pon.
  6. Jangan buat bende yg suami xsuka. Contoh suami xsuka isteri nya bersiap lambat, smpai tertinggal bas(ok ini aku punye kes la ni). Isteri bersiap la lebih awl. Mandi awl2. Nak berbedak ke hape, pakai awl2. Contoh lain, kalau suami xsuka isteri naik2 suara, cuba la belajar ckp lemah-lembut. Orang lelaki suka tau org perempuan ni lemah-lembut, sopan-santun. Sebab mmg fitrah perempuan sepatutnya begituh!
  7. Jangan degil atau terlalu ego. Dalam institusi keluarga, kita yg perempuan kena igt, suami tu ketua keluarga. Kalau suami suruh apa2, ikutkan aja. dapat pahala tuh!
  8. Selalu2 la refresh hubungan, dgn cara makan dalam pinggan yang sama, suapkan suami time dia busy xsempat nak makan, keluar dating, jalan2 pegang tangan. Buat je semua benda yg buleh mengeratkan hubungan laki binik tuh, insyaallah tenang rasa hati! Keluarga pon bahagia! Pahala pon dapat lgi! hahahha.
  9. Kalau ada masa senggang, ajaklah suami baca Qur'an sama2. Best jugak sebenarnya, masa mula2 dengar depan2 suara org laki baca Qur'an. Hahaha. Selama ni pernah baca Qur'an dgn perempuan je. Hahaha. Aktivity ni bagus! Sebab buleh menambah ilmu bersama2. Suami mungkin ada ilmu yg kita mmg xtau. Kita mungkin jugak ada ilmu yg suami xtau. Masa baca Qur'an dan berbincang tentangnya, kita dapat tambah banyak pengetahuan! Percayalah!
Hahahha itu jelah kot tips untuk hari ni. Xde idea dah. Hehehe. Sebenarnya banyak je lagi tips2, yang mungkin orang lain amalkan, tpi aku xtau. setakat yg aku tau, da aku kongsikan di sini. Semoga bermanfaat!

Selamat beramal! Sekian.

Sebelum berpisah, tatapin gamber kami, hari tu kitorang keluar dating2, makan pizza. Puan bini nya suka makan pizza, nak wat camne.


perniagaan melalui ebay dan paypal: pro & cons

Assalamualaikum and hellow, everyone! wahh, dah hari ahad da arini. Sekejab je cuti easter seminggu berlalu. Next week, a new week, a new challenge! Yeah! Dalam cuti seminggu ni, aku adelah spend mase 3 hari nak relax kejab, and kami(laki bini, hahahah) pon melawat la ke Amsterdam! hah melawat kan! kasi gambar siket, utk korang tatap. Nak the real long berjela-jela punya post, tunggu ye! Nnt aku post.




Bile da pegi berjalan ni, mmg bisnes online aku tergendala la sekejab. Takpe2, terpaksa. Demi mereleasekan segala stress-stress ketika study. Aku xdelah macam bisnes besar-besar sangat pon, just meniaga SHISEIDO MASK je, dekat ebay Germany. Sini susah nak meniage ekot facebook, insta, atau pon blog, mcm kt Msia, kt sini org membeli dri EBAY, AMAZON, adalah banyak lagi, aku xberape igt sangat. So disebabkan org sini nak beli gune Ebay, aku pon meniagalah guna Ebay dan menggunakan saluran PAYPAL(nak tahu lebih lanjut, baca post ini KLIK) dan Bank Transfer utk senangkan org bayar pada aku. Ni nak kongsi siket, kelebihan and kekurangan bila berurus niaga melalui Ebay:



~~Daripada point of view seorang 'PENIAGA'~~
Kelebihan(PRO):

  1. Senang dpt tengok list of customer, dgn benda apa yg dyorang order, dgn bilangan
  2. Pastu boleh tandakan kalau barang da post
  3. Kalau stock xade, atau ada masalah, buleh contact customer personally
  4. And kalau customer berpuas ati dgn service kita, customer buleh tulis comment, comment ni nnt customer2 yg baru buleh la tengok, sbg panduan sblm dyorang berurusan dgn kita(product review)
  5. bila da settle segala urus niaga, customer pon da kasi review positive pd kita, kita buleh la delete transaction tu dri list kita, da xpayah tgok2 lagi da
  6. kita buleh menetapkan pilihan cara bayaran, sama ada kredit card, PAYPAL, atau transfer.

Kekurangan(CONS):
  1. Ebay menetap charge utk barang yg kita jual, sbb kita kan meniaga dlm ''shopping mall'' dia, mestilah kene bayar sewa tapak siket. Rasa dlm 10% dri harga kita jual barang, harga post xdiambil kira. Setiap bulan, Ebay akan kirakan berapa yg korang dpt jual melalui Ebay(yg terjual sahaja akan dikira), dan Ebay akan anta bil. Tapi xmahal pon, dlm 1, 2 hinggit je, sbb aku jual pon SHISEIDO MASK, so harga berape je. Korang kira dari harga biasa mask tuh, darab dgn 10%.
  2. Jika customer membayar menggunakan PAYPAL, Paypal pula akan mengambil service caj sebanyak 9%. so, sbg peniaga, kenalah bijak congak2, jangan sampai xbalik modal plak nnt. 
  3. Jika customer membayar menggunakan Transfer plak, ini bagus, xde kena tarik service caj pape pon, cuma kt sini(Jerman), kita buleh tgok duit tu masuk cuma selepas 3 hari. So customer kena bersabar la sikit. Hahaha
  4. Dan lgi satu, waktu utk kita post barang2 kita dekat Ebay pon kena la jaga2, sbb sometimes Ebay ada kenakan caj untuk mengepost barang ke public(online). Tapi setakat aku ni, nak jimat kaw2, aku tunggu masa Ebay ckp xde caj untuk post, time tu aku post banyak2. Melalui Ebay, max buleh post brg utk sebulan. Dgn cara ni, customer berebut-rebut la nak beli, sbb dyorang takot after sebulan tu, dyorang xdapat da harga paling murah yg kita tawarkan. Cewah ayat aku! Di sini, semua org nak harga yg paling murah dyorang buleh dpt. Dyorang akan compare2 harga dgn peniaga lain. So tipy utk menonjol antara peniaga2 matang(jelah kita2 ni baru peniaga jagung2 muda je pon kan), korang buat dekat name barang yg korang post tuh, letak 'SALE', 'DISCOUNT WAITING', dan sbg nya. Nnt berduyun la org dtg beli kt kedai Ebay korang tuh.
Ok itu je setakat ni aku mampu pikir, utk PRO and CONS nya, dari maa seorang PENIAGA, kecil-kecilan la baru. 

~~Daripada point of view seorang 'PEMBELI'~~
Kelebihan(PRO):
  1. Ada peluang meng'compare' harga dan kualiti brg dgn peniaga lain yg menjual product yg sama. Sbb buleh tgok product review. Dan ada juga product description yg lengkap dan bergambar, pada setiap barangan yg peniaga postkan.
  2. Mudah jika dpt membayar melalui PAYPAL, sbb peniaga Ebay buleh mengepost barang dgn cepat, berbanding jika membayar menggunakan Transfer(kena tunggu 3 hari, baru duet masuk pada peniaga)
  3. Mudah jika dpt membayar melalui PAYPAL, sbb xperlu login online banking, klik satu2 untuk transfeer duit. Melalui PAYPAL, duit akan di hantar oleh PAYPAL, sbb PAYPAL ada detail bank kita(pembeli) dgn details bank peniaga. PAYPAL yg akan uruskan semuanya. Tpi dgn syarat, pembeli dan peniaga, keduanya memilik akaun PAYPAL. alah xsusah pon nak buat, free plak tuh nak buat akaun nya. Mcm buat fesbuk je. Hehehe. Utk mencuba akaun PAYPAL, klik
  4. Sekiranya tersalah pembelian, pembeli buleh menghubungi peniaga secara terus, melalui 'MESSENGER' Ebay. Email address dan nama peniaga dan pembeli akan dilindungi oleh pihak Ebay. So, xdelah nnt dpt email spam ke hape ke.
  5. Selamat utk pembeli. Alamat pembeli cuma akan ditunjukkan ke peniaga, setelah bayaran dibuat. Dan selepas brgn mendapat review dri pembeli(meaning transaction da berjaya sepenuhnya, customer da dpt brg dyorang), alamat pembeli akan hilang dri pandangan peniaga. Peniaga xbuleh da nak tgok alamat tu. So korang selamat la! Hahahha
  6. Sebarang masalah akan diselesaikan oleh pihak Ebay. Sbg contoh, kita beli barang, da bayar, barang xsampai2. Kita buleh report kepada Ebay, dan duit kita akan dikembalikan. So kira hak pengguna dipelihara la kan! Ahaks!
  7. Sekiranya pembeli tidak berpuas hati dgn product, jangan risau, buleh pulangkan semula kepada peniaga. tapi... sila baca kt bawah ni..

Kekurangan(CONS):
  1. Cuma sesetengah peniaga yg nak menerima, kalau kita nak pulangkan balik barang dyorang. Sesetengah yg lain, xnak terima balik. Once sold, xbuleh da nak patah2 balik. So kena berhati2. Baca betul2 description yg ada pada Product Description, dan tgok2 jugak dekat review, kot2 ada org ckp peniaga tuh jahat ke apa. Kita buleh la cri peniaga lain, yg banyak mendapat review POSITIVE!! cha cha!
Ok aku penat dah pikir, aku cuma buleh come out dgn 1 je CONS utk msa skrg, xmampu da nak pikir lagi. Cukup la maklumat setakat ni. Harap korang enjoy membaca post panjang lebar aku ni! sekian! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...