home about contact travelog resepi bahasa jerman

Tips mengelak berjabat tangan

Aku biasa hadapi masalah bila orang-orang jerman lelaki hulur tangan nak bersalam. Waduh, gawat sih! Untuk pengetahuan korang semua, setiap kali 2 orang putih baru berkenalan, biasanya diorang akan berjabat tangan. Termasuklah jugak orang jerman, diorang pon sibuk nak shakehand dengan aku, ingat aku nak sangat ke shakehand! Huh. Tak hygiene hokeh!

Nasib baik aku tak buat macam Joachim Loew, korek hidung sebelum shake hand dengan CR lepas habis game Germany vs. Portugal. Hahahah. Memang thorbaiklah, kalau aku buat gtuh kan. Tapi aku takdelah jahat bebenornya.



Apa yang aku akan buat kalau orang lelaki jerman hulur tangan untuk bersalam?
Kalau di tempat public, berdasarkan sesetengah pendapat, kita sepatutnya kena menerima sahaja ajakan berjabat tangan, sebab kalau kita menolak, mungkin boleh menjatuhkan air muka orang tu kan. So most of the time, I have to jugaklah shake hands. 


Ada solution lain tak agaknya?
Yes, memang ada. Baru-baru ni, aku mengamalkan tunduk hormat(bow) ala-ala orang jepun dan korea, bila orang baru berkenalan dengan aku. Korang yang tengok drama korea dengan jepun mesti biasa tengok orang-orang dalam drama tu tunduk hormat kan?

Bagus sebenarnya guna cara bow, untuk mengelakkan bersalaman dengan lelaki. Tapi ingat, anda kena bow terlebih dahulu, cepat-cepat sebelum orang hulurkan tangan untuk bersalaman. U have to move first! Show the people, We're Asians, so we bow. Hahahah.


Korang tahu tak makna-makna bow yang berbeza angle ni?

Sumber: franchir-japan.co.jp

Bagi orang jepun:

  • Eshaku(bow 15 degree), biasanya dilakukan antara orang bersamaan status, contohnya macam rakan sekerja dll. Bow jenis ni paling sesuai jugak digunakan pada sesi perkenalan. So guna yang ni untuk elak handshake!
  • Keirei(bow 30 degree), adalah bow tanda hormat. Biasanya dilakukan untuk orang yang lebih tinggi status ataupun pangkat, contohnya cikgu dan boss.
  • Saikeirei(bow 45 degree), adalah deep respectful bow, digunakan ketika meminta pertolongan/bantuan. Digunakan juga, masa minta maaf, sbb menunjukkan rasa kesal yang hamat sangat. Hahahha
Sumber: korea.net

Bagi orang korea:

  • Kasual/Respectful bow(Bow bersahaja), korang buleh gunakan bila-bila je. Tanpa mengira status, senior junior semua hokeh. Bow ni paling biasa digunakan di Korea! U can never go wrong. Chacha!
  • "Belly-button" bow, biasanya cuma wanita korea yang kerja pakai uniform kemas-kemas je bow camnie. Contohnya, pramugari dan salesgurlzz. Caranya, letak tangan dekat atas pusat, ala macam tengah solat, dan bow. Sebab tuh name dia "belly-button" bow. Pusat tuh penting!
  • 90 Degrees bow pulak bow untuk menunjukkan rasa hormat yang terlampau. Hahaha. Biasanya untuk menunjukkan ketaatan, ataupon kesetiaan. Yang ni toksah nak guna sangatlah haih!
  • Big bow, yang ni lagi tak payah guna, ye anak-anak. Ini dah macam sujud pulak aku menengok. Orang korea bow mcm ni kalau ada majlis-majlis tertentu, contohnya wedding dan funeral.

Makanya sekarang udah tamat point yang guwe ingin bicaraken di sini. Harus teman-teman selepas ini bisa meng-apply-kan bow ini sekiranya mengalami kesulitan berjabat tangan ama yang bukan mahrom! Dah kenapa aku cakap indon tiba-tiba ni? Hahaha. Per-syaiton-kan saje.Yang penting, korang kalau ada masalah handshake, sila guna solution ini. Selamat berpuasa neway!


Till then, sekian~
Thanks for reading!

Bingen Jungle Trekking

Ingat dalam hidup ini, ada dua jalan. Jalan yang mana pilihan korang? Yang lurus ataupun yang berliku?

Assalamualaikum, cucu-cucu yang Nenda kasihi. Hukhukhuk. Arini Nenda Kebayan nak bercerita tentang perginya Nenda itu hari ke dalam hutan, untuk mencari kayu kayan. Heheheh. Tipu je! Aku itu hari masuk ke hutan bersama dengan Kak Lisa dan Kak Atie sebabkan nak jungle trekking, dan membakar lemak-lemak degil di badan. Mai Nenda nak tunjuk alam yang menghijau, untuk tatapan cucu-cucu Nenda sekalian.




Hijau kan? Ahaks, inilah nak tunjuk! Bukan setakat hijau je, malah bukit dan jungle yang kitorang kononnya trekking ini, sangatlah curam. Malu Nenda nak bercerita, Nenda mula-mula perjalanan dah tergelongsor jatuh. Koyak seluar Nenda. Ini cerita betul tau, Nenda korang tak tipu! Seluar koyak, lutut pon koyak. Sakit! Dah lama dah tak luka dekat lutut. Bersabar jelah. Hahaha


Tahap kecuraman hutan yang kami masuk ni berbeza-beza. Ada kawasan curam yang hamat, kena jalan slow. Ada tempat macam flat je, sempatlah nak tangkap-tangkap gambar gedik-gedik. Hahahaha. 


Lagi menyeramkan, ada tempat tu curam dan takde tempat pemegang. Memang scary. Aku jalan guna tongkat. Tongkat ini Kak Atielah carikan, sebab aku dah tergolek masa mula-mula tu. Cer tengok, curam tak? Korang berani ker? Hahaha.

Atok korang kata(en Suami akulah!), lain kali nak masuk hutan, ajak orang lelaki sekali. Bahaya kalau pergi perempuan-perempuan je. Aku terpikir, "kalau aku tergolek, larat ke laki aku nak angkat aku? Aku macam berat lagi je dari dia. Hahahaa"



Sambil nak turun bukit ni, dapat tengok sungai. Indah!
Seronok sangat kami membakar lemak. Aku mula-mula ingat hutan ni besarlah sangat nak di-trekking-nya tu. Tapi kecik je rupanya. Lebih kurang sejam, kami sampai ke penghujung perjalanan kami. 

Rehat-rehat, minum air dulu! Hahahaha

Itu sajelah cerita Nenda untuk anak-anak cucu buat waktu sekarang. Nanti Nenda pergi buat benda pelik-pelik lagi, Nenda story dekat korang ye. Stay tuned! And thanks for reading! Sekian~



Maleficent & Pengajarannya

Korang semua dah tengok cerita Maleficent? Ok aku lambat! Aku baru je tengok arini, sebab malas yang bertingkat-tingkat selama ni. Hari ni tak tahu kenapa, semua benda aku rajin nak buat. Ferasan sangat ayat titew kan...

Arini aku beriya-iya kemas rumah, kemas dapur, pastu kerah suami aku basuh karpet, jahat kan? Aku buat yang senang-senang aje, yang kena kerah tenaga macam sental-sental tu semua aku suruh en Suami aku buat. Iyelah dia kena menghormati aku, "sesungguhnya aku berpuasa..."

Yup, aku belum habis lagi mengganti puasaku! Itu tepat sekali sih. Aku rasa aku dah ganti banyak, tapi aku dah lupa berapa hari, so en Suami kata, "ganti lagi". Disebabkan itu, aku puasa semalam dengan arini. Chaca! 

*************
(u can skip this, if reading is too tiring, hihihi)

Nak cerita ni, arituh aku puasa. Sebulan yang lepas kot. Kat sini kalau summer, siangnya panjang, aku pernah ceritakan dulu. Antara terbit fajar, sampai ke dapat berbuka tu, dalam lebih kurang 18 jam jugaklah. Pastu aku macam dehydrated sangat-sangat, pastu tak tahu cmne, dalam pkol 530 petang tu rasa nak kencing, waktu buka dalam pukul 930 malam gtuh. Sakit sangat-sangat dekat pundi kencing. Eh, betul ke ayat aku ni? Haah, rasa sakitlah. 

Sekali kencing aku berdarah. Cuak giler time tu. Aku macam ingatkan aku mengandung, sebab akak ipar aku kata, masa mengandung sebulan pertama maybe akan akan berlaku pendarahan. Aku manalah tau benda-benda alah BIO ni sangat. Tak pernah ku ambil peduli. Bila dah berlaku, menggelabah. Aku siap buat pregnancy test. Tapi negative pulak result dia. Kihkihkih.



Esoknya aku pon pergilah klinik, sebab sakit kat bahagian terbabit tu tak berkurangan. So, sampai kt dokter, aku cakaplah semalam aku tak makan dengan minum, almost 24 jam(kira sekali dengan hari sebelumnya). So macam yang aku expect, dokter marah aku. Mana boleh tak minum 24jam, bahaya tu. Korang ingat, kalau buka puasa, minum banyak-banyak air tau. Air sangat penting untuk badan berfungsi dengan baik. Ini dokter Aisya nak nasihat ni! Hahahaha

************

Kat mana perbualan kita mula-mula tadi? Tiba-tiba dah tersasar jauh ek. Ahh Maleficent... Sebut betul-betul, bunyi dia "Malay-ficent" tau!


Aku tak nak bagi komen ke apa pasal cerita ni, korang pon dah tengok sebelum aku lagi kan. Aku tertinggal train ek?Hahaha. Cumanya ada satu benda tentang Maleficent ni yang menarik di mata aku. Apakah?


Korang yang dah tengok maleficent, mesti tau kan, masa mula-mula memang Maleficent tu nak balas dendam, sebab tu dia curse Princess Aurora tu. Tapi till the end, dia akhirnya yang berusaha selamatkan Aurora. Sebab Aurora yang baik sangat-sangat dekat Maleficent, dah berjaya lembutkan hati Maleficent tu.

Hah gtuh summary cerita dia kan? Kalau belum tengok, aku takdelah nak kerah korang pergi tengok pon cerita ni, sebab penat jugak aku menunggu, "Bilalah nak habis cerita ni..." Tak macam cerita X-Men ke apa, penuh dengan action, tak sempat aku nak faham ceritanya dah habis dah. Hahaha

************

Aku just nak mereflect-lah diri sendiri. Dulu-dulu aku selalu macam judge orang, aku masa tuh tak matang lagi. So aku macam budget, aku je alim, orang lain semua salah. Sedangkan, kalau aku baik dengan orang, macam watak Aurora dalam cerita ni, maybe aku buleh lembutkan hati lagi ramai orang ke arah Islam. Aku just terpikirlah.

Aku rasa, kita tak patut pon macam rasa ibadah kita banyak, so kita better lah dari orang. "Pahala aku banyak ni, banyak ni." Siapa yang terkena atas batang hidung sendiri, nasiblah ye. Tapi betul tau, kita jangan rasa diri kita bagus. Besok-besok kita tak tahu camne kan. Maybe arini kawan kita nampak giler-giler, tak kesah langsung pasal Palestine ke hape, mungkin besok-besok dia terbuka hati, maybe dia jadi lagi better dari kita, camne. 

Kita pon tak tahu, kita rasa kita cukup bagus arini. Kita pandang slek je dekat orang-orang lain kan. Contoh kita solat sunat depan orang, rasa dalam hati, ooh aku better dari diorang-diorang yang melepak je dalam surau ni. Sedangkan kita tak tahu lagi, dapat ke idok kita ni mati dalam Husnul Khatimah. Ke kita nnt mati katak je? Ok tak lawak.  

**************

Dan aku berharap jugak, kita sebagai Malay, yang Islam, jangan terlalu skeptikel pada bangsa lain. Sebenarnya diorang baik je. Dan bila kita pon buat baik dan bersangka baik pada orang, insyaallah jalan dakwah tuh akan jadi lebih mudah. Atleast maybe diorang akan berminat nak mengenali Islam, aku tak kate korang boleh terus bawak orang masuk Islam. That one, kinda depends on Allah's hidayah given to a person. 

Ok aku takdelah bertauliah sangat nak cakap panjang pasal isu dakwah ni tapi just aku berharap, kita semua akan treat orang-orang lain yang berlainan agama dengan lebih baik in future. Aku tahu jalan dakwah bukanlah mudah. Tapi atleast be Qudwatul Hasanah(contoh teladan yang baik). Macam Rasulullah saw, Rasulullah tak pernah mengutuk atau mengeji orang lain agama, malah Rasulullah buat baik lagi pada diorang kan. Itu yang kita mahukan!


Ingat Tuhan tak suka kita hidup bermusuh-musuhan. Berbaik-baiklah ye!
Sekian~
Thanks for reading this till the very end!


Hadiah Kahwin Yang Berguna!

Hah kan, korang kalau nak kasi hadiah kat orang kahwin, bagi benda-benda alah yang berguna. Kotak untuk letak hadiah tu pun biar yang boleh guna semula. Memang berlipat-lipat darab-darab pahala korang dapat. Hahaha

Ni nak story, masa aku baru balik ke Jerman, lepas menikah arituh, aku dapat satu hadiah ni dari seorang senior. Sangat ber-GUNA you olls hadiah ni. Lemme show u...

Ni set tea for two. Comel kan?
Romantikkan minum berdua dengan suami guna teko comel-comel ni? Cawan dia satu laki, satu perempuan. Sweet sangat! Boleh high-tea2 dengan en Suami kan. Teko untuk teh ni kitorang pernah guna sekali dua je, sebab comel sangat, takut rosak. Comelkan pilihan hadiah senior aku ni? Kotak dia pun comel jugak. Ada rama-ramalah! Hahahah

Sambil-sambil memasak, aku menengok dalam kabinet dapur aku bersepah, ada banyak sangat perencah mak nenek semua. Diorang kalau duduk sopan dalam barisan takpe. Masalahnya diorang duduk bersepah, suka-suka dia je. Aku terus terpikir, time ni lah nak manfaatkan kotak hadiah yang cantik awa yang senior aku kasi ni. Boleh susun segala rempah ni dalam kotak rama-rama iteww. Hahahah

Inilah anak-anak mama, yang nakal. Selalu sepah-sepah. Xmoh duduk diam kan.

Aku ambil semua tok nenek rempah ratus ni, aku letak dalam kotak hadiah yang dapat tu. Dengan tutup dia sekali aku guna. Dah siap menyusun dalam bekas comel ada rama-rama ni, aku kena label ni semua. Karang en Suami aku masak, pening dia nak mencari rempah segala ni. 

Berguna jugak akhirnya kertas label2 yag cik kak beli last week..

Dah siap label! Yuhuu

Dah ada label, boleh lah campak kotak comel ni dalam kabinet balik. Seriusly dengan cara simpan dalam kotak camni, memang dapat jimat space. Dulu guna 2 bahagian kabinet untuk semua barang-barang mengarut ni, sekarang aku guna satu bahagian je. Best betul mata makcik menengok, kabinet kemas berseri-seri.



Kepada senior yang bagi hadiah berguna ni masa kitorang kahwin, tenchu tenchu tenchu! Kumawo, senpai! Hah kan gabung siap bahasa korea dengan jepun! Pandai-pandailah buat-buat faham ye. Kalau korang tak faham, abaikan je ye!

Sekian~



Only know you love her, when you let her go


Hahaha. Sambil-sambil online, kita dengar lagu dari satu playlist dekat youtube ini. Kita seriously tak tahu siapa tuan punya playlist itu, tapi setiap kali dia add lagu dalam playlist tu, memang kena dengan taste kita. Kita siap bookmark-kan playlist tu dekat browser kita. Suka sangat kan! Hahaha.


Anyway, kita tadi dengar satu lagu ini, dari Passenger, bertajuk 'Let her go'. Selalunya kita dengar je lagu, tapi tak peduli tajuk lagu tu apa. Tapi arini sebab kita dengar lirik lagu 'Let her go' LINK ini mendalam betul maksud dia, kita terus pergi search lirik dia, baca satu-satu. Hah kan!

Liriknya berbunyi begini:

Lagu ini pernah di-cover jugak oleh seorang penyanyi muda dari London, bernama Jasmine Thompson. Sedap sangat-sangat suara dia!



Kita paling suka 2 rangkap yang first itu. Sebab sangat related dengan life kita semua sebagai human being. Sangat selalu dalam life kita, kita tak menghargai satu-satu benda, sampai bila benda itu hilang dari kita, baru kita sedar atau cari-carikan. Mesti semua orang pon sama macam kita kan? Bukan kita soranglah yang rasa macam ini kan? Hahaha.

Sedangkan kita sepatutnya hargai sesuatu/seseorang itu, selagi dia ada dengan kita. Contoh macam family kita, kita kena hargai Mak, Abah, kakak2, abang2 & adik2 dari sekarang. Dont wait until you lose everything, then only you'll admit that you love them. 

Love needs to be shown! Hargailah semua yang ada di sekeliling anda sekarang. kita tak tahu panjang mana usia kita ini. Kalau bukan diorang yang pergi dulu meninggalkan kita, mungkin kita yang pergi dulu kan. Everything you touch surely dies. Even you yourself.


Ingatlah, dalam hidup manusia selalunya datang 5 perkara sebelum 5 perkara, salah satunya, hidup sebelum mati. dan mati itu pasti. Sekadar peringatan kepada korang yang membaca dan diri sendiri yang menulis. 

Sekian~



3 hari tanpa kopi

Wahh, cik kak rasa lemah badan-badan semua, kelmarin, semalam dengan arini langsung tak menegok sebarang minuman bercaffein masuk ke tekak. Takpe esok kita pergi havoc-kan mesin gedegang, biar dia bancuhkan my favourite coffee for me.



Orang-orang yang memang kenal kita, memang sepatutnya tahu kita memang sangat-sangat addicted dengan kopi. Siapa tak tahu, sila sepak diri sendiri ye. Sehari hidup tanpa kopi terasa hidup kita sunyi yang terhamat sangat! So inilah sebabnya post semalam dengan arini ayat kita agak terlalu lame. Sori ye.

So far my favourite since 2011 has been 'Chocolate Cappuccino'. Sebab? Perlu ke bagi sebab? Sometimes we just love something for no reasons. Macam contohnya jatuh cinta. I dont think, we should give reasons, why we fall in love into someone or something, we just love them all!

Me and my favourite cup of coffee


Hahahaha. Sebenarnya pendapat kitalah, kita suka Hot Choc, tapi terlalu kuat rasa coklatnya and a bit too sweet. And kita suka jugak coffee, but does not mean I like Espresso. So, kita suka tengah-tengah antara Espesso dengan Hot Choc. To be safe, I choose 'Chocolate Cappuccino'. And why cappucinno plak? Because I like coffee with milk. Hahahaha

Aduh, korang mesti pening baca ayat kita nak explainkan, why I like it that way. Itulah, kita dah cakap, kalau suka satu benda tu, tak payah pun bagi-bagi reason ke hape. Just go with it! Itu yang kita mahukan! Hahahah. If you fall in love into someone and you give reasons for that, I dont think, you're sincere enough. Love doesn't need reason.


Thanks for reading!
Sekian~



Demam Bola Bermula!

Assalamualaikum, dan Salam gulai 5-1.. Hahaha, siapa-siapa yang tengok game antara Netherland dengan Spain semalam, mesti tahu kan, Spain tak semena-mena tumpas di tangan Netherland. Kan! Kita pon tak sangka Netherland boleh menang, walaupun mula-mula tuh Spain gol dulu.



Ok enough football talk! Sebenarnya memang nak talk about football pon arini. Iyelah orang lelaki seluruh dunia sekarang tengah demam-demam melantak tengok bola kan. Laki kita pon tak terkecuali. Semalam kita menemankan dia menengoklah tuh, sampai kita pon tersasul- terjerit GOOLLL, masa gol kelima bolos ke gawang gol Spain. Kesian. Hahahah. 

So arini saje je nak share, satu-satunya benda yang kita suka tentang sukan bola sepak ini. Kita paling suka... Ehmmm... Kita paling suka sekali tengok muka player bila dapat jaringkan gol! Hah pelik ker? Tak peliklah! 

Best sebenarnya tengok muka diorang happy giler-giler lepas dapat masukkan satu-satu gol. Nampak betapa puasnya, dapat masukkan gol, lepas berpenat lelah berusaha. Tak caye? Cuba tengok ini.




Sekarang korang percaya kan, memang best kan tengok muka orang meraikan gol! Memang kalau korang tengok camne Robin van Persie terbang semalam nak tanduk bola ke gol, dia jatuh lepas dia tanduk itu. 

Memang nampak menyakitkan jatuh macam itu, tapi kepuasan dapat golkan tuh, sampai dia bangun and terus lari and 'give me 5' dengan coach Netherland. Hilang segala-gala sakit jatuh ituh lah, sebabkan dapat capai matlamat. Semangat macam itu yang kita mahukan!


Gambar atas ini, en Suami kita jumpa dekat Facebook. Mesti perit Spain untuk menerima kenyataan ini kan. Tapi takpe. Sometimes you win, sometimes you learn kan! Now that you've learnt, wake up, move your butt, and do something. Make sure pasni takde dah tumpas-tumpas lagi. That's how a winner stays a winner! Go go, bebeh!

That's it for now! Demam bola demam jugak, jangan lupa pulak Ramadhan dah dekat. Cepat-cepatlah mengganti puasa, untuk yang belum habis mengganti itu ye! Peringatan untuk diri sendiri.

Bubye! Sekian~

Candle Light Dinner at Tuk Din Restaurant, London

Arituhkan kitorang pergi London ikut trip yang university kitorang handlekan kan, kita ada cerita kt sini KLIK. Kebetulan hari first dekat London adalah birthday  en Suami kita, so macam naklah cari restaurant cantik nak makan candle light dinnerlah konon2, sambut birthday si dianya. Padahal takde pon candlenya. Hihihi.



So kitorang makan dekat satu restaurant melayu ni, namanya Restaurant Tuk Din. Allah best betul, masuk2 kedai, waiter dengan waitressnya org Melayu!! Excited kami2! Yelah kitorang dekat german takde banyak orang melayu, bila terjumpa je orang melayu, excited, rasa macam sedara!


Masa dinner itu kita order nasi minyak, pajeri nenas, ayam masak merah, dengan teh ais. Cik Akak ambil menu mcm ini sebab teringin sangatnya nak makan nasi kenduri, semenjak duduk jauh ini, selalu terlepas jemputan kahwin orang. Sedih sangat kita. Kita suka pergi kenduri-kendara ini. Kalau korang buat kenduri tak jemput kita, siaplah! Hahaha. Tak kira nak datang jugak!(**Buat muka tak malu)



En Suami pulak order kuey tiau goreng dengan ais sirap bandung cincau. Memang terubat segala rindu dendam dekat makanan Malaysianya. Sebabnya susah betul nak jumpa kuey tiau basah dekat jerman. Kalau jumpa mesti yang kering mcm bihun sebelum masak. Tension! Kuey tiau tak original langsung dekat sini. Ini yang buat homesick rindu Malaysia ini.

Iklan jab. Ini Bingen tempat kami tinggal. Read more KLIK

Meh nak komen menu-menu yang kami order ini dekat Restaurant Tuk Din London ini:
  • Nasi minyak – Oklah, not bad sedap. Tapi boleh improve lagi kot, kita rasa!
  • Pajeri nenas – Memang menjadi! Puas hati makan!
  • Ayam masak merah – kureng sikitlah. Maybe kalau en Suami kita masakkan lagi sedap kot! Hahaha
  •  Teh ais – Sedapp! Terlerai rindu setahun kita dekat teh ais! Thorbaik sangat!
  • Kuey Teow Goreng – kureng sikit, sebab ada rasa belacan, peliks! Plus, dia guna sotong segera/tak fresh. Tapi overall ada rasa hangus2 sikit, memang thorbaik!
  •  Air sirap bandung cincau – Sedap! Ini je komen en Suami, bila kita tanya. Hehehe.


Overall “Nora kasi 4 Bintang!!”, dari 5 bintanglah. Hehehehe. Makanannya sedap, tapi masih boleh diimprove lagi. Nanti jangan lupa, suruh waiter dengan waitress senyum lebih sikit ye! Senyum itu kann sedekah.

Kalau korang berpeluang ke London, singgahlah restaurant ini ye! Best! Alamatnya:
41 Craven Road,
London W2 3BX,
United Kingdom
(Subway Station: Paddington)

Thanks for reading!
Sekian~



Summer telah tiba di bumi Bingen

Kantoi cik kak duduk atas kerusi banyak taik burung! Hahaha. Xkesahlah.


Assalamualaikum, dan salam 1 Malaysia! 

Alhamdulillah, arini boleh makan dinner banyak-banyak tak ingat dunia, sebab kejab tadi dah mendaki bukit kat sini. Terbakar, terbakar, terbakar lemak-lemak I ollls! Berkurang sikit rasa bersalah dalam hati kalau melantak makan. Hahahah

Bukit yang kita maksudkan kat sini terletak dekat je dengan rumah kami. Naik basikal 5 min, pastu parking, and panjatlah bukitnya. Kita pernah tunjuk gambar bukitnya dalam post sebelum ini KLIK.

Perjalanan kitorang nak panjat bukit ini makan masa 40 min untuk naik, dan lagi 40 min untuk turun. But who cares, the view up there is breath-taking. Tak percaya, mari kita tengok...








Macam Cameron Highland tak? Indahkan deretan pokok-pokok anggur ini? Ahaks! Tapi tempat kami lagi cantik, ada sungai siap! Bangga cik kak kan! Heheheh  Saje je.

Nampak tak sungai kat belakang ituh? Indah! Ini kami belum sampai puncak bukit lagi! Tunggu ye!

Dalam perjalanan kami mendaki naik bukit ini, macam-macam benda kami dapat tengok. Antaranya adalah putik buah anggur and buah pear. Tak sangka dapat tengok pokok pear. Selama ini makan je, tak pikir pon pokok dia rupa macam mana. Hahahaha.

Inilah rupa putik buah anggur. Sekarang baru nak mula musim panas, anggur pun berputik indah! Hahaha

Ini pulak pokok buah pear yang kami jumpa, masa otw nak naik atas bukit ini! First time tengok! Tuink2!


Setibanya kami kat puncak bukit ini, ada hutan kecil kat atas bukit ini. Cantik! Hijau! Nyaman mata eden menengok! Tenang sekejab otak yang bercelaru! Hahahah




Sebenarnya hutan ini terletak dekat depan satu church besar. Tapi kami tak berminat pun dengan church itu, kami nak meninjau hutan kecil ini je. TENANG! Just one word to describe our whole feeling! Hahaha

Kamilah kanak-kanak comel yang dah berjaya menakluki bukit ini! Ini kami!
And last but not least, the most important thing untuk tengok bila dah sampai puncak bukit ini adalah...

Sungai yang sangat indah! Dan langit yang terbentang luas!  Belum tercemar lagi, nasib baik!

Besarnya sungai dan bukit yang Allah ciptakan, Subhanallah.
(Iaitu) orang2 yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi(sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."

Al-Qur'an: 03:191

Siapa-siapa yang nak datang Bingen, Germany, nak tengok sendiri keindahan alam macam ini, korang akan mendapat service TOURIST GUIDE percuma dari pihak kami di Bingen ini, kalau kitorang tak balik Malaysia lagi lah. Hehehe.

Insyaallah nanti kami masak sedap-sedap kalau korang datang! But please let us know in advanced!

Thanks for reading! Assalamualaikum! Sekian~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...