home about contact travelog resepi bahasa jerman

[GIVEAWAY] Note Cards From Jasper

Assalamualaikum, and salam 2 hari raya to everyone! Hahhaha. Nak tengok gambar kami beraya di perantauan? Tunggu ye, dalam process cari idea nak menulisnya. Penat, sebab makan banyak sangat dua hari ni. Terkezut pelutz I!

Tadi aku BW, membalas kunjungan orang yg meninggalkan jejak kt blog apelah-sangat aku ni, aku terjumpa seorang blogger yang belajar kat Canada. Farah namanya. Terkesima tengok, cantek sangat tempat dia. I feel jeles, but, maybe one day I can go visit her there. Just thinking. Farah, berapa lama lagi duduk Kanada? Kalau akak jumpa tiket flight murah, nnt akak datang melawat awak ye. Insyaallah!

And Farah nak kasi giveaway note cards! Yang super santek. So I want to join-lah!




Korang3x! Lupa cakap, aku nak buat giveaway jugak, tapi tak jumpa lagi masa yang betul2 sesuai yang up-kan giveaway-nya. Harry Potter Postcards giveaway, from London. Aku pergi London bulan 5 arituh. Ekot rombongan uni. Tengok foto di sini, dan di sini. Masa tuh ada pergi kedai Harry Potter dekat Stesen Train King Cross, London. 





Korang please stay tuned, nnt insyaallah bila aku dah free2 sikit, aku buat giveaway ye. And also, nnt aku up-kan jugak post pasal kitorang beraya kat sini ye. Doakan aku banyak2 ye, Isnin 4/8/2014 ni first pay-perrr final exam sem 6 aku! Subjek, electrical power supply. Ketaqq lutut. Guguqq bulu ketiak. Hahahha. 

That's it! Annyeong!
Sekian~
Thanks for reading this !

Fefeeling isteri mithali

Na monjo waso! (I'm back!) Assalamualaikum korang. Seminggu dah tak update kat sini ye. Korang rindu aku tak? Ok, aisya, takyah perasan diri disayangi di sana sini. Hahahah

Aku tadi menyelongkar almari baju cari baju kurung yang buleh matchingkan dengan baju melayu suami aku. Raya kan dah dekat. Mesti korang nak cakap, "Kenapa tak pakai je baju nikah, mesti matching kan?". I izz segan, baju nikah kelihatan terlalu vogue untuk dipakai di hari raya, yang ofkos, kitorang beraya sehari je pon kat sini. (Alasan je tuh, sebenarnya baju nikah dah try tadi, ketat plak. Sedeh kan? Rasa berat dah turun 2 kg, kenapa ketat ni. Haishh.)

This is it! Kitorang nak pakai baju hijau tahun ni untuk raya! Yeay!


And aku terjumpa selonggok tudung dalam almari masa menyelongkar tadi. Ya Allah masyuknya. Ada siap tudung half moon, ada 2 colour. All izz well! Bolehlah beraya sakan ni. Hahahha

Suami aku kata, baju raya tuh kena basuh dulu sebelum pakai, sebab dah lama duduk dalam almari. Kot-kot ada tikus mati ke dalam baju tuh. Hahahaha. So, sebelum memulakan proses membasuh, mestilah kena pasang musik dulu sih!


Just letak je phone dalam mangkuk, bunyi dia memang kuat
bergegar satu rumah buleh dengar! Hahaha
Teknik ni aku belajar masa keja dekat Nandos dulu2.

Penat berpeluh, berair ketiak, ketibas, semua adalah. Punyalah lama tak membasuh kain. Kitorang basuh guna tangan je selalu, sebab takde mesin basuh. Kalau nak pergi basuh dekat bandar Mainz, kena naik train 30 min. Malaslah. Tapi basuh guna tangan ponek plak eden!


Chacha! Dah siap basuh, jemur siap!
(Chacha is another way of saying Tata-tada! Hahaha)


Kak Esah siap sental kepala paip, bath tub semua. Takde plak gmbar bath tub nya.
Semangat nak raya lah katakan!
Berkilau silau kacau bilau tak mata korang menengok paip I olls? Jangan jeles. Kalau jeles, pergi sental paip korang, pastu post gambar balik kat kak Aisya ye. Aku dah penat, sekarang nak landing atas katil, buat bijih timah. Eh silap, buat tahi mata. Hahaha.


That's it! Annyeong!
Sekian~
Thanks for reading this !

Bahana bet memakan diri

Korang ingat tak aku pernah cakap, aku nak join giveaway kak SITI YANG MENAIP sebelum ni, sebab aku nak menang shawl yang kak Siti nak kasi tuh? Haah, that one. Aku tak bernasib baik nak menang. Tapi itu bukanlah big deal pon bagi aku. Aku suka-suka je join.




Tapi the big thing is, aku yakin aku akan menang shawl giveaway kak Siti tuh. Suami aku mati-mati kata aku takkan menang. Kitorang siap bet, kalau aku menang, aku buleh kentut tepat dekat muka suami aku. And kalau aku kalah, dia kentut plak kat muka aku.

The thing is, semalam kak Siti announce pemenangnya. And aku tak menang!! What's gonna happen to my face after kena kentut nanti???! Hahahaha. Aku tak mampu berfikir sekarang. Yang pasti, aku sekarang menunggu jelah muka aku di-kentut-kan. Cess. Hahahhah

Moral of the story:
Lain kali jangan nak yakin sangat! Bahana bet memakan diri tau! Hahahaha

Muka masing2 sebelum kahwin. Kurus. Sekarang?


p/s: It might sound disgusting to some people, but its fun to share. Hahahah

That's it! Annyeong!
Sekian~
Thanks for reading this !

Kagilaan Aku Dengan Cerita Korea

Korang suka drama korea? Kalau tak suka, sila jangan hentam aku. Sebab aku suka. Heheheh. Tapi disebabkan sem ni busy dengan lab yang teramat banyak, ibarat paku pakis tumbuh selepas hujan, aku cuma dapat tengok 1 drama sahaja throughout the semester. Sikit kan? Rasa nak pengsan2 tak percaya.

Big Man

Awal sem arituh, drama ni start. Kalau tak silap dalam bulan 4 kot. Pastu dia dah habis dah on air kt South Korea, aku still cant find time to watch it. Dulu-dulu macam sempat nak follow drama everyweek gtuh. Sekarang? Haih.

Since minggu lepas last kelas, dan berarti bermulanya study week, makanya, aku punya masa lebih sedikit untuk nonton. Kehkehkeh. Habis dah aku tengok semua episode-nya dengan rakusnya. 3 hari je habis dah. Meh nak buat sinopsis (konon2-nyalah) dengan review. Biar korang terpengaruh nak tengok jugak. Berjangkit fenyakit I olls kt U olls. Hahaha

Tonton di sini ye:
dramago
(stream online je, tak perlu download)

**************
rm
Tajuk: Big Man (Hangul빅맨RomanBig Maen)
Bilangan Episode: 16
Watak2 and Sinopsis:

Kim Ji Hyuk  KJH (dilakonkan oleh Kang Ji Hwan yang hensem giler2!) 
Dia ni anak terbuang. Dia tak kenal pon siapa mak ayah dia. Dia tinggal dan membesar dekat pasar tani, and dia kerja situh. Bagi dia, makcik pakcik dekat pasar tani tuh semua adalah mak ayah dia. 

Kang Dong Suk KDS  (by Choi Daniel)
seorang anak orang kaya giler(Chaebol) yang accident dan memerlukan jantung transplant. Dan jantung yang matching adalah jantung KJH. Sebabkan family KDS kaya, diorang hired orang untuk pukul KJH, sampai KJH di-announce-kan sebagai mati(brain dead), supaya boleh ambil je jantung dia. Tapi dia tak mati. Sebabkan dia tak mati, the story eventually becomes complicated and so on. (**aku kesian sangat2 tengok Kang Ji-Hwan kena belasah. Sob sob)

So Mi Ra SMR (by Lee Da Hee)
Awek kepada si kaya KDS, diorang almost nak kahwin dah. But then she found out yang family KDS mempergunakan nama arwah ayah dia(SMR) untuk cover penyelewengan duit syarikat, she turned her back, and nak balas dendam dekat family pakwe dia tuh. Later in the story, dia bergabung dengan KJH untuk balas dendam kat Family Kang yang kaya and jahat giler tak berhati perut. Eventually dia fall in love dengan hero. Standard lah tuh kan!


***************

Sinopsis:
Lepas KJH tak jadi mati, dia bangun semula dari koma, dia diberitahu bahawa parents dia adalah Keluarga Kang yang kaya giler2, ada syarikat besar bernama Hyun Sung Group. Dia di-treat baik oleh Family Kang, tapi semuanya lakonan.

On the other hand, KDS pulak dihantar ke China untuk bedah jantung dia kat sana, and dia balik semula sehat walafiat, like nothing ever happens to him. Dia pulak ada masalah sebab tak jelaskan tax syarikat. Masa pendakwaraya nak charge dia, dia kata KJH yang salah. KJH kena tangkap masuk lokap. Long story shorts, finally ter-reveal-lah yang KJH bukan Family Kang sebenarnya.



KJH marah giler sebab Family Kang main-main tentang family things. Tipu dia macam-macam. Jadikan dia kambing hitam untuk lari dari masalah penyelewengan dengan apentah lagi masalah depa. Dia nak balas dendam. Tapi dia ended up dipukul oleh sekumpulan samseng upahan, dan dia dicampak ke laut. But he survived! Hero kot, mana boleh mati awal2. Lek lu.

Later bila KJH recovered dari kesan kena belasah dengan samseng tuh, dia join ventured dengan seorang usahawan ni. Dengan bantuan usahawan tuh, dia akhirnya dapat balas dendam dekat Family Kang yang jahat sangat-sangat tuh. SMR helped him throughout the process.

In the end, Family Kang ditangkap. KDS bunuh diri. Happy Ending for Kim Ji Hyuk!


What I like about this drama:
Dia macam ceritakan strategi-strategi macam mana nak balas dendam dengan bijak, dari segi bisnes. So, macam cool giler. And inspirational! And the most important thing is, Kang Ji-Hwan adalah hero cerita ni. Tha story just flows beautifully because of his appearance. Hahaha. And and and, OST dia best sangat2!! Aku dengar ulang-ulang-ulang. Maybe sebab bunyi guitar dia sedap. 

What I hate about this drama:
Tak suka pilihan watak heroin dia. Muka bertepung and nampak plastic surgery sangat. Pakai skirt pendek sangat plak tuh. Tak best betul.



That's it! Annyeong!
Sekian~
Thanks for reading this !



Tadarus: Keep Calm & Read Qur'an



Kejab je dah masuk Ramadhan the 20th (**kitorang kat sini start puasa sabtu). Aku ingat lagi dulu masa sebelum fly, rasa takut giler nak datang study dekat Europe. Aku asyik pikir, "Habeslah aqidah aku lepas ni. Orang puteh suka party, social-social, minum mabuk semua. Azan apa semua pon takde dekat Europe. Matilah aku... Camne nie"


Bezakan muka aku sebelum dengan selepas fly? Fly je,
hilang jerawat aku. Nnt ada masa I bagi tips ye.

Aku rasa, semua orang pon fikir, fly Europe ke Oversea mesti akidah terpesong. Balik Malaysia rambut merah, tak reti dah cakap Melayu. Hahahah. Tak macam tuh pon sebenarnya. Tak semua orang pergi Europe terpengaruh. Bagi akulah, kalau kita tak join orang puteh pergi pub, minum-minum, takde sebab akan terpengaruh. Orang yang cakap, "Aku ni rosak sebab pengaruh orang puteh lah..", itu semua penipu. Selagi diri sendiri jaga solat and jaga aurat, tak terpengaruh lah. Cayalah cakap aku. Aku ada pengalaman.


Ini aku yang tengah fefeeling bangga kulit dah licin sikit. Teehee.
Makin berusia, makin terasa diri sendiri comel.
Cmno nieh?

Even kat sini setiap kali Ramadhan, akan ada senior yang mengajak aku tadarus sama-sama. Bagus kan? Bulan puasakan gedung pahala. Sama-sama kutip pahala. Korang masuk bulan puasa je, ingat gedung-gedung jual baju raya.  Kita tengah cakap pasal gedung pahala ye sekarang. Korang tak aci tau, akak Aisya tak shopping raya pon tau. Nak exam lagi plak lepas raya ni. (**Tension)


Ini skype group aku untuk tadarus. Kalau sikit orang datang, sikitlah kotak empat segi dalam skype ni.
Setakat ni aku baru ponteng tadarus 3 hari! Aku tertido lepas asar, sebab penat sangat puasa.

Disebabkan orang Melayu Islam kat Deutschland ni sikit and scattered2 seluruh Jerman, kami cuma dapat tadarus ikut skype je. Nasib baik ada skype kan! Kalau tak? hahaha.

Group tadarus aku biasanya start tadarus tepat pukul 7:15 petang, sampai 8:15 petang. Maghrib time summer ni lambat masuk, dalam 9:35 malam baru boleh berbuka. Bersabar je kitorang puasa dari pukul 3 pagi, sampai 9:30 malam. Terasa tabah sangat diri sendiri. Hahahah.


Kenalah pakai headphones, kalau tak laki aku dengar suara merdu anak-anak dara lain baca Qur'an.
Kang tak memasal dapat madu I olls. Mintak simpang jauh-jauh. Hahahah

Feeling tadarus kat sini memang tak sama macam tadarus masa aku kt MRSM dulu. Dulu-dulu duduk bertemu lutut time tadarus Ramadhan. Sekarang cakap sorang-sorang depan komputer je. Tapi jadilah kan. Tercapai jugak matlamat nak tadarus tuh, atleast.

Inilah rupa bertadarus di perantauan. Alhamdulillah nasib baik ada orang cipta internet, komputer, and skype. Kalau tak camnelah kitorang ni nak mengutip pahala dalam bulan penuh barakah ni kan. 


Kat sini zakat tahun ni satu kepala 7€ = Rm 28

Selain dari tadarus online, bayar zakat pon kitorang bayar online. Kitorang arituh laki-bini first time nak bayar zakat sendiri kan, yelah sebelum ni parents yang bayarkan masa sebelum kahwin kan. Gigih kitorang pikir camne nak bayar zakat. Kat masjid sini takde pulak amil ke apa duduk kutip zakat macam kat Malaysia. 

Last2 dapat satu surat ni dari Muslimehelfen, tabung bantuan muslim. Diorang kata dalam suratnya, boleh bayar zakat pada diorang dan diorang kasi sekali details bank diorang untuk money transfer. Cool isn't it?

Kami dh tunaikan kewajipan zakat kami. Anda bila lagi?
Sekian~
Thanks for reading this !


Aiskrim dan World Cup

Kaitannya? Takde. Hahaha. Assalamualaikum, semua. Korang semua tahu siapa menang WC baru ni? Yeay, you're right bebeh. Germany. Masa Götze sumbat masuk gol penentu tuh, kitorang penduduk Melayu (+1 Morokko) kat sini tengok live kat tibi gemuk kami. Kebetulan kitorang laki bini nak buat makan-makan buka puasa, jemput kawan-kawan rapat masa malam Final WC tuh.

Kami tak menyesal sokong Germany dari mula WC lagi. Sebab kami bukan lalang!

Masa makan buka puasa tuh, jerit-jerit kitorang tension tengok bola. Sebenarnya macam peliklah, normally game bola start pukul 10pm waktu Jerman(Msia pukul 4am), tapi hari final tuh game start awal sejam. Nasib baik laki aku dah masak awal untuk buka. Buka puasa dalam pukul 0935 pm gtuh.

Yes bebeh, u heard me. Husband aku yang masak semua-semua. Sila jangan kutuk kak Aisya. Tak moh. Tak moh. Ada ayam masak lemak chili api, mee goreng mamak, telur dadar, and kueh. Kueh seri muka, aku yang buat. Tapi tersilap tengok resepi, lembik pulak. Tulah padahnya terlalu percaya resepi yang orang bubuh kat online. Patutnya belajarlah dengan orang-orang terdahulu, berguru dengan kitab memang mudah sesat! Ok melalut dah.


Nafsu je semua ni, nak buka puasa. Tak habis pon. Hahaha


The day before, husband aku ada buat aiskrim popsicles guna strawberry, kiwi dengan energy drinks. So far homemade aiskrim yang pernah buat, ini yang paling sedap rasa dia. Refreshing giler wa cakap. Muchacha!

Bekas untuk buat aiskrimnya kitorang beli murah-murah je. Benda ni kat Msia pon ada rasanya, kat Ikea. Arituh nampak sedara post dekat Facebook gambar aiskrim homemade ni. Kalau takde, korang nak kirim dekat aku pon boleh rasanya. Teehee.


Girlfriends with Icecream!

One side strawberry... Teehee

Another side kiwi, bukan timun tau! Teehee

Bahan2 untuk buat aiskrim. Simple je kan?


Akhir kata, football and food should always come together. What ever that means, I tak kesah! Hahahaha

Sebutan: god-zai-dang
p/s: Nanti lain kali, kalau aku rajin, kita belajar bahasa Jerman pulak ye. Insyaallah. So stay tuned!


Sekian~
Thanks for reading this !

Repost: Summer telah tiba di bumi Bingen

Assalamualaikum. Entry ni adalah entry yang agak panjang, sbb aku nak repost entry dulu tentang Bingen. Bingen ni nama tempat kitorang tinggal dekat sini, Germany. 

Tapi fyi, kami tak tinggal dekat bandar besar macam Berlin, Bremen or Hamburg yang memang fofuler, instead kami cuma tinggal di perkampungan kecil di barat Germany, yang ada banyak bukit-bukit dan ladang anggur. Semoga terhibur membaca entry ni ye.

************


Kantoi cik kak duduk atas kerusi banyak taik burung! Hahaha. Xkesahlah.


Assalamualaikum, dan salam 1 Malaysia! 

Alhamdulillah, arini boleh makan dinner banyak-banyak tak ingat dunia, sebab kejab tadi dah mendaki bukit kat sini. Terbakar, terbakar, terbakar lemak-lemak I ollls! Berkurang sikit rasa bersalah dalam hati kalau melantak makan. Hahahah

Bukit yang kita maksudkan kat sini terletak dekat je dengan rumah kami. Naik basikal 5 min, pastu parking, and panjatlah bukitnya. Kita pernah tunjuk gambar bukitnya dalam post sebelum ini KLIK.

Perjalanan kitorang nak panjat bukit ini makan masa 40 min untuk naik, dan lagi 40 min untuk turun. But who cares. The view up there is breath-taking. Tak percaya, mari kita tengok...








Macam Cameron Highland tak? Indahkan deretan pokok-pokok anggur ini? Ahaks! Tapi tempat kami lagi cantik, ada sungai siap! Teruja cik kak kan! Heheheh  Saje je.

Nampak tak sungai kat belakang ituh? Indah! Ini kami belum sampai puncak bukit lagi! Tunggu ye!

Dalam perjalanan kami mendaki naik bukit ini, macam-macam benda kami dapat tengok. Antaranya adalah putik buah anggur and buah pear. Tak sangka dapat tengok pokok pear. Selama ini makan je, tak pikir pon pokok dia rupa macam mana. Hahahaha.

Inilah rupa putik buah anggur. Sekarang baru nak mula musim panas, anggur pun berputik indah! Hahaha

Ini pulak pokok buah pear yang kami jumpa, masa otw nak naik atas bukit ini! First time tengok! Tuink2!


Setibanya kami kat puncak bukit ini, ada hutan kecil kat atas bukit ini. Cantik! Hijau! Nyaman mata eden menengok! Tenang sekejab otak yang bercelaru! Hahahah




Sebenarnya hutan ini terletak dekat depan satu church besar. Tapi kami tak berminat pun dengan church itu, kami nak meninjau hutan kecil ini je. TENANG! Just one word to describe our whole feeling! Hahaha

Kamilah kanak-kanak comel yang dah berjaya menakluki bukit ini! Ini kami!
And last but not least, the most important thing untuk tengok bila dah sampai puncak bukit ini adalah...

Sungai yang sangat indah! Dan langit yang terbentang luas!  Belum tercemar lagi, nasib baik!

Besarnya sungai dan bukit yang Allah ciptakan, Subhanallah.
(Iaitu) orang2 yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi(sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."

Al-Qur'an: 03:191

Siapa-siapa yang nak datang Bingen, Germany, nak tengok sendiri keindahan alam macam ini, korang akan mendapat service TOURIST GUIDE percuma dari pihak kami di Bingen ini, kalau kitorang tak balik Malaysia lagi lah. Hehehe.

Insyaallah nanti kami masak sedap-sedap kalau korang datang! But please let us know in advance!

Thanks for reading! Assalamualaikum! Sekian~

Saluran-saluran untuk Menderma Palestine dan Lain-Lain

Assalamualaikum, dan selamat bersahur sahabat-sahabat di Germany. Dan salam berpuasa untuk sahabat-sahabat di Malaysia. Just a quick update, di sini aku letakkan link-link saluran (bank details untuk transfer) untuk siapa-siapa yang berminat nak bersedekah di bulan Ramadhan ni membantu saudara kita di Palestine dan lain-lain. 



Apalah salahnya hulurkan bantuan seringgit dua, takkan habis harta orang yang bersedekah, tak gtuh! so lets do it now! (**mungkin ada banyak lagi saluran lain untuk bersedekah, aku just kongsikan apa yang aku tahu je, harap membantuh)

Bagi yang berada di Jerman:
Melalui saluran Aqsa Syariff

Melalui saluran Islamicrelief
Bagi yang berada di Malaysia:







Dan secara general, buleh jugak menderma menggunakan PAYPAL untuk Rohingya di sini KLIK .

Semoga Allah membalas yang baik-baik belaka kepada anda semua! Selamat beramal!
Sekian~
Thanks for reading this !

Life Student Elektrik

Masa aku dekat kelas tadi, suami aku cakap, aku tak hantar Lab Report untuk lab Photovoltaic kitorang. Sebab suami aku check dekat sent item emel aku, emelnya takde attachment. Udah, kaget aku. 

Sebab cikgu subject Photovoltaic tuh garang, and mesti-mesti-mesti kena hantar Lab Report dia dalam tempoh 14 hari lepas lab-nya. Siapa yang hantar pukul 00:01 hari ke-15 tuh, memang cikgu tuh akan fail-kan. Menggelabahnya aku time tuh jangan cakaplah. Kalau fail, bukan aku sorang je, dengan team2 aku semua sekali fail. Aku taknak dipertanggungjawabkan. No-no-no, I hate responsibility! Hahaha


Macam ginilah hidup sebagai student elektrik, hidup memang bergelumang dengan Lab-Lab-Lab. Kadang-kadang rasa nak muntahlah, asyik lab je. Kalaulah lab tuh boleh pergi je tanpa preparation, pastuh tak payah buat report, memang aku boleh lab hari2. 

Tapi masalah dia, preparation kena rapi. Kalau masuk lab, kalau tak boleh jawab cikgu tanya soalan yang ada kaitan dengan benda-benda yang nak di-experiment-kan tuh, memang 5 min jelah lab. Pastu kena halau keluar. Dah sudah lab, kena buat report. Kalau senang takpe.

Tapi nak buat camne, memang lumrah hidup student, memang kena hadapi je semua ni. Kalau cikgu halau keluar lab, takpe, sem akan datang repeat-lah. Senang je kan? Tapi seriously student engineering memang haruslah tersangat busy.(*no offense budak kos lain). So kalau rumah sepah, seminggu sekali baru dapat nak kemas, memang normallah tuh. Aku ni pon, dah sem last baru lega sikit, sempat lah jugak nak ber-blog. 

So korang yang baru nak kenal student engine, kalau nampak diorang selekeh, tak perlu pon cakap macam ni kan, dah memang kitorang busy.

Before you say anything, seek first to know, then only you'll understand.

Sekian~
Thank for reading this !

Jemputan Berbuka Puasa di Restaurant Turki


"Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga"
(HR Tarmidzi)

************

Assalamualaikum, semua! Huh sebenarnya dah lama dah, tapi nak cerita jugak dekat sini. Biasanya bila bulan ramadhan, makcik kedai makan Turki dekat dengan rumah kitorang akan jemput kitorang makan buka puasa FREE OF CHARGE dekat kedai dia. 

Seingat akulah, dah 3 tahun aku duduk dekat Bingen ni, tak pernah miss lagi makan dekat kedai makcik Turki tuh setiap kali Ramadhan. Cool kan makcik tuh?! Tahun ni awal sikit kitorang dapat jemputan makan, hari ke-4 Ramadhan this year.

Sebelum makcik tuh hidangkan kami makanan, dia kasi kitorang kurma dulu untuk berbuka.
Kurma dia besar dan so far paling sedap yang aku pernah makan in my entire life!

Kitorang dok comparekan kurma kitorang bawak sendiri, dengan kurma makcik tuh.
Berganda lagi besar kurma makcik tuh.

Biasanya tahun-tahun sebelum ni, kitorang datang and kitorang pilih je dari menu dia nak makan apa. Makan and tak perlu bayar. Siap makan, give me five je makcik tuh, pastuh boleh balik! Hahahah (*ok, part give me 5 tuh aku tipu). 

Tapi tahun ni, makcik tuh tak suruh kitorang pilih pon makanan dari menu yang ada dekat kedai dia, dia memang sediakan makanan paling mahal sekali dalam menu dia. Bagus giler wa cakap lu!

Inilah menu paling mahal sekali dekat kedai dia, namanya Döner Teller.
Döner=Daging kebab, Teller=Pinggan
Le side dish, roti kebab, salad and drinks.


Manisan orang Turki, Baklava. Sedap22!
The girlfriends with food! Lapar giler time ni. 18 jam setengah menahan lapar.

My boyfriend with food! Makan tak pandang kiri kanan langsung.
Returning the favor, aku siapkan 2 jenis kueh melayu yang mudah and simple je, and kasi pada makcik Turki yang permurah sangat2 tuh! Aku buat kueh bom, dengan kueh sagu.



Apelah sangat kueh yang aku buat ni, kalau nak dibandingkan dengan juadah yang makcik ni sediakan untuk kitorang. Setiap tahun pulak tuh makcik ni jemput kami makan di kedai dia. Semoga Allah membalas dia dengan kebaikan. Moral of the story, selalu-selalulah berbuat baik pada orang. 

Sekian~
Thanks for reading !


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...