home about contact travelog resepi bahasa jerman

Segmen Blogwalking: When I was a Kid by Aina Akmal

Blog Aina Akmal KLIK


Aku terpengaruh nak join segmen ni, lepas baca akak CT Humairah dari blog Siti Yang Menaip cerita dekat blog dia. Sampai rasa nak jugak ceritalah. Excited! Macam best jugak kan kalau dapat cerita benda2 kuno yang aku buat masa aku kecik2 dulu. Cam bila pikir2 balik, lawak sangat. Rasa noob habis ar dulu2.


Aku anak bongsu dalam femli, akak aku yang atas aku, jarak umur 8 tahun dengan aku. So, masa aku kecik2, memang aku takde abang akak yang umur lebih kurang yang boleh main sama2. Masa tuh, aku ikut je mak dengan abah aku pergi mana2. 


Memang kalau naik motor, aku duduk depan, letak kaki dalam bakul. Aku benci kalau abah aku beli banyak barang letak dalam bakul, nanti kaki aku nak letak kat mana. Pastuh, bila bakul motor tuh penuh, kaki aku letak macam kat bawah gtuh, lenguh tau tak. Serius tak best feeling dia. Hahahha. Tapi rasanya kaki aku memanjang dengan sangat pantas. Masuk darjah dua, dah takleh dah duduk gedik2 dekat dalam bakul motor lagi. Officially, abah suruh aku duduk dekat belakang. 

Dari kiri, aku, mak, bamat(abg ngah aku), and arwah abah.
Hensemkan abah titew? Hihihih
Yang paling kecik sekali mestilah aku kan. 


Dulu, kitorang duduk Shah Alam Seksyen 26, masa aku kecik sampai umur 8 tahun. Tapi kitorang ada kebun dekat Kampung Padang Jawa, Klang(rumah mak aku sekarang). Aku takde kawan nak mainkan, so, aku selalu ikut abah pergi kebun. Abah memang tak kerja, sebab sakit. So, kitorang memang banyak spend masa sama2. 


Setiap kali nak pergi kebun, kitorang mesti naik motor. Abah aku bawak motor slow sangat2, memang lambat nak sampai kebun. Banyak kali aku tertidor atas motor, korang tau. Nasib baik, tak jatuh dari motor. Abah selalu bising2 bila aku tertidor, tapi nak buat camne kan, memang abah bawak motor slow sangat2, sampai aku boring. Hahahaha. Bila fikir balik sekarang, rasa nak lempang je budak kecik Aisya yang dulu2. Banyak sangat hal. Hahahahahah


Mak dengan abah dulu ada meniaga barang2 runcit dengan kedai makan gtuh. Masa aku umur lima tahun kot. Tak ingat sangat. Aku selalu ikut abah pergi beli barang2, and supply2 barang meniaga. Sampai sekarang aku ingat lagi kat mana kedai abah beli barang meniaga tuh. Sebabkan tuh, aku selalu jugak kecek2 abah, mintak abah belikan aku mainan. Dulu2 ingat lagi, kalau abah, abah memang kasi beli Jojo. Dulu2 Jojo kan mahal giler, Rm2 gtuh. Kalau dengan mak, mak kedekut sikit, dengan mak dapat beli Tora atau Dingdang jek. Aku paling suka sekali Jojo. Feveret forever!

Kredit


Masa kecil2, aku selalu jugak pergi camping dengan arwah abah. Abah aku sangat suka memancing. Aku dulu2 tak reti camne nak baling pancing(sampai sekarang on tak reti lagi), tapi abah macam protest, taknak tolong aku. Pernah sekali, aku baling pancing, mata kail tuh tersanggung dekat belakang tudung aku. Pastuh terus huru-hara hidup aku masa tuh. Tak tahu camne nak describe. Aku ingat lagi, abah gelakkan jek aku. Abah tak tolong pon. Hhahahaha. Lawak giler.



This was the guy, whom I spent my childhood with. He was born on August 31, 1936. He passed away when I was in Form 2, he was suffering from lungs cancer. I guess, thinking about my childhood, and hari merdeka, made me miss him alot more. Alfatihah to him. This year is the ninth year, he's not around to celebrate his birthday. Abah, I miss you with my whole heart. Thanks for teaching life to me. K bai~
(**menangis di suatu sudut)

The Only Open House We Attended This Year

Ini adalah entry tertangguh. Tak kesahlah dah berapa lama tertangguh, nak cerita jugak dekat korang semua. Assalamualaikum, and salam 1 Malaysia to all. Hihihi.

Arituh kan, kitorang penduduk-penduduk Bingen ada menerima dan memenuhi undangan orang tau untuk Open House. Korang ingat Nuffnang je ke ada open house? Kitorang yang Malaysian ciput2 kat sini pon ada open house ok. Gurau je. Hahahhah. Pegawai JPA yang buat open house tuh, rumah dia dekat Frankfurt.

Banyaknya pokok melekat pada rumah orang ni, abang?! Hahaha


Korang mesti tahukan, rumah kitorang dengan Frankfurt bukan dekat kan? So nak jimat duit ticket train, kitorang pergi ramai2, sebab boleh share beli groupticket. Groupticket ni biasanya up to 5 persons per ticket. Share2lah bayar gtuh. Jimat sikit.

Kitorang budget, dah bayar duit ticket kan, save-lah duit makan kiranya. Iyelah, pergi makan open house kan, orang hidang buffet, ko melantaklah banyak2, macam ko nak simpan makanan tuh dalam perut for the next 2 or 3 days. Sekali balik je dari open house ni, haa amek kau! Sakit perut, berebut-rebutlah laki bini mengejar toilet. Hai buruklah perangai. Hehehhe

Tulah Puan Aisya, pergi rumah orang, jaga adab sopan. Tak mati pon kalau makan biasa2 je kan. Jangan mengtekedarah teruk2 sangat. Malu haih kat orang. Fikir sikit dekat orang yang datang kemudian. Hehehhe. Cukuplah aku bersyarah, jemputlah tengok gambar-gambar sekitar aktiviti makan-makan kitorang.


Me & Kek Lapis Sarawak homemade, isteri pegawai JPA kitorang buatkan! Banyak jenis ada ni. Mai222!

One of the guests, my dear Kak Atie! Wink2x!


Banyak menu yang ada masa tuh. Ada rendang, satay, nasi impit, mee goreng, nasi goreng, ayam goreng. Dahlah sataynya guna daging lamb you, aku memang terlebih excitedlah! Suka sangat2 daging lamb. Kat sini macam tak berapa bau sangat daging lamb-nya. Sedap22!



Yang tengah mencedok tuhlah pegawai JPA kitorang. Selamba aku je bubuh dialog
kat Encik Syarqawi. Harap tak potong scholarship sebab mem-blog benda camnie ye. Hahahha

Ini orang kuat JPA, kak Ct namanya. Kak Ct ni yang proseskan dokumen2 kalau
ada student mohon extend.  Kak Ct luluskan ye, permohonan
I olls nak 7 sem scholarship penuh.

The girls!

Student yang datang sikit je, adalah dalam 10 orang jer. I olls terasa VVIP you, sebab sikit je students ada. Hehehehe. Maybe tak dapat invitation kot. Tak tahulah. Aku pon dapat tahu, sehari sebelum. Dan2 terus bersetuju kan! Nampak tak, aura makanan tuh memanggil2, memang mudah je buat orang setuju2 ni. Hahahhaha


Mr Husband with food!



Dari kiri: Me, Kak Atie, Mimi!!


Haa masa open house ni, jumpa orang Malaysia. Ini namanya, Mimi. Mimi ni anak saudara Konsulat General Malaysia ke Jerman. Ada lagi sorang yang kitorang berkenalan, Mira namanya. Tapi Mira tak masuk pulak dalam gambar. Mimi dengan Mira datang sini jalan2. Nanti diorang balik Malaysia balik, bila sem start. Sedih dapat jumpa kejab je, takpe nanti I olls balik Malaysia, kita dating ye! Yuhuu!

Kitorang yang student, ada 2 je girls yang datang, tu yang bila Mimi dengan Mira sampai, terus kitorang buat kawan. Umur pon lebih kurang jek. Nasib baik Mimi dengan Mira tak terkejut dengan keramahan extraordinary aku dengan kak Atie. Hehhehehe.



Lecturer kak Atie masa persediaan pon datang jugak tau.
Terkezut I olls tengok omputeh ni hah pakai baju kurung.
Terharu! Sedondong dengan suaminya. Bagus!

Lepas dah kenyang makan2, kitorang solat and mintak diri. Baliknya, kitorang singgah Primark dekat Frankfurt. Tengkiu to kak Atie sebab berjaya buat my Husband realized, how inexpensive things sold in Primark kan, sampai suami I olls cakap, lain kali nak datang lagi membeli dekat sinun. Kan, dulu guwe bilang ngak mau percaya. Now you know! I get myself a parka raincoat, sekarang Germany ni asyik hujan jek. Hihhi. Ada love2 banyak2 tau kat baju hujan titeww! :D Lain kali titew tunjuk ye! K bai!






















That's it for now !
Thank for reading !
Sekian~

Pemenang Giveaway Harry Potter by JINDRISSKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sidang pembaca. Sebelum aku laungkan nama-nama pemenang giveaway aku ni, aku nak ucapkan thousand of thanks dekat korang semua yang dah menyertai, dan me-support giveaway aku yang first di abad ini. Tanpa korang, mesti tak meriahlah giveaway I olls kan. So, tenchu tenchu tenchu! :D

Gambar sekadar hiasan, takde kaitan: Saje nak buat korang terliur.
Aku pon sama je padehal. Hahahha


Kalau korang nak tengok senarai nama, ada dekat sini ye KLIK. Hah sorry arituh terlambat aku senaraikan pesertanya. Tapi rasa semua dah di-informkan. Ok lah tuh ye. Haa, nak bagitahu cara pemilihan pemenang kita ye. Aku randomkan aje, guna random.org, and then check syarat2, siapa yang memenuhi syarat, straight away menang. Yeay!

Ikutkan aku, memang semua orang aku nak kasi hadiah ni. Tapi benda pon terhad. Jadi terpaksalah pilih guna cara ni ye. Dan pemenang giveaway JINDRISSKA buat kali pertama jatuh kepada(**drum rolls), peserta bernombor:

4, 28, 48, 11, 61, 33, 51, 10, 21, 57,40


Clap, clap, clap!! Tahniah kepada yang menang ye. Yang belum bernasib baik, stay tuned tau, insyaallah ada giveaway lagi di lain hari!

siti.aisya.ibrahim@gmail.com

Kepada yang menang, emel-lah I olls kalau nak menuntut hadiah ye! Sila emel sebelum 21 September 2014 tau, siapa lambat, I olls kasi hadiah korang dekat orang lain. Hehehehhe. Anyway, I need your details:

Nama:
Alamat:
No Tel (optional):
Link Blog:

Cau cin cau!

The Versatile Blogger Award

Assalamualaikum and a very good day to everyone. I'm really happy to be tagged on an award! Hohoho. My very first for many more to come. Hehehe. Poyo jer cakap English2, Menglish ni. Marilah kita berbahasa Melayu ye!



TQVM kepada blogger kesayangan aku(ada banyak tau, ni salah seorang je! Korang jangan jeles2, PHD semua plak! Haip) Scha Nazri yang tag/nominate aku dekat award ni. Tengkiu2!

Simple rules to receive the award are as follows:

  • Thank the person who nominated you. In this case, thank you Scha Nazri & Kak Cik Siti!
  • Provide a link to the person's blog. Here it is:  Scha Nazri & Kak Cik Siti 
  • Write 7 facts about yourself. Continue reading. 
  • Nominate 15 bloggers of your own and tell them. Don't be surprised if I name u! Hihihi.
Ada orang cakap, gambar ni innocent sangat,
macam mintak pelempang pon ader, hahahah


7 things one should know about me
(kalau korang belum kenal aku langsung, jemput baca sini ye KLIK)

1- Sangat mengkagumi underdog musicians. 
To be exact, street musicians and orang yang busking dalam train. Kalau terjumpa, memang aku kasi duit dekat diorang, sebab diorang berusaha. Musik diorang pon bagus. Kita janganlah just support musician yang mampu menyanyi di pentas je. Tak gtuh?!

Anyone who can play music on the street, is AWESOME!!!


2- Mudah berasa annoyed, bila orang cakap sesuatu berulang kali. 
Orang yang rapat dengan aku kadang2, saje je buat aku annoyed, sebab bila dah annoyed, aku akan ikut je apa orang suruh/nak. For me, orang cakap 2 kali pon dah max dah. Please dont tell me again. I might get angry! (Ganas tak? Hahahha)


3- Aku suka berpeluh! 
Bila aku bosan, aku akan buat yoga yang susah2, ataupon dancing to workout. Bagi aku, badan rasa ringan bila kita dapat berpeluh. Dulu2 aku pergi gym sebelum kahwin, sebab nak turunkan berat badan. Tapi aku tak dapat pon capai berat badan yang aku nak tuh. Heheheheh. Idola aku? Suami aku, and Kim Jong Kook from Running Man! 





4- Aku penggila, penggemar, peminum tegar kopi. 
Sehari tanpa kopi, terasa sunyi hidup aku. Untuk pengetahuan korang, aku bukan minum kopi untuk stay turgid, ataupon taknak mengantuk masa study or anything, aku memang minum kopi. Macam korang minum air puteh. Coffee ist my bloodtype. Teehee




5- Cerewet bila di dapur. 
Aku agak particular bila aku masak, so kawan2 perempuan tak berapa gemar menolong aku di dapur. Aku jugak sangat kesah pasal kebersihan sinki. Habislah menantu aku nanti! Ceh, padehal anak pon belum ado lagi! Beranganlah ko sya.


6- Suka membaca kata-kata pujangga, qoutes atau website yang memberi semangat. 
Biasanya bila aku down, aku akan gugel search "How to be happy" untuk cari benda untuk lift-up kan mood aku! Yeay! Tahukah anda, kek Tiramisu, yeap perkataan 'Tiramisu' itu membawa maksud apa? Maksud dia, lift me up! Ada sorang pakcik chef from Italy told me. How cool is that?!



7- Facebook page kegemaran aku yang selalu lift-up mood aku adalah Aunty Acid
Aunty acid ni ada banyak quotes yang cool and funny at the same time. Aunty Acid ni sangat cool, dan langsung tak kesah apa orang cakap pasal dia. Dia tak kesah dia gemuk, etc. She is super cool! And she loves coffee too! Unfortunately she hates exercising. Sobs. Hahahaha





15 bloggers yang aku pulak nominate untuk this award:
(sedihnya kenapa 15 je, I nak letak byk lagi tau!)





p/s: Kepada yang belum join giveaway HARRY POTTER POSTCARD dari aku, jemput2lah join ye. Giveaway akan tamat dalam masa kurang dari 3 hari! So, cepat2, try your luck! Kepada yang dah join, ingat ye, 28hb insyaallah I olls announce-kan nama2 pemenang. Tak pasti lagi pukul berapa nak announce-nya tuh. Hahahaha. Make sure korang check tau, kot2 korang lah antara 11 orang yang bertuah tuh! 

Poskadnya akan diterbangkan dari Germany to Malaysia with lots of love.... Muah!

Sekian~
Thanks for reading this !

Travelogue Heidelberg



Hello2, and Assalamualaikum! Korang sehat? Akak Aisya nak bercerita panjang ni. Siap sediakan mata korang untuk membaca panjang lebar ye, kopi pekat secawan di tangan kanan. Agak-agak nak terlelap tuh, cepat2 lempang diri sendiri laju-laju guna tangan kiri tau, nanti confirm terbangun balik. Segar bugar, macam kena jirus dengan air perigi yang sejuk giler di pagi hari. Hahhahah

Aku sebenarnya ada banyak travelog yang perlu ditulis, tapi aku pemalas nak menaip, so memang nak buat satu pon sangatlah susah. Korang bersabar ye! Kalau aku update travelog, jemput2lah baca ye, dah baca2 pengalaman I olls, jemputlah klik iklan2 yang ada ye. Akak Aisya tak mintak lebih der. Kehkehkehk.

Gambar lokasi Heidelberg dalam peta Jerman
Kalau korang semua nak tahu, rumah kitorang terletak dekat Rhine Valley tuh. Journey dari rumah kitorang ke Heidelberg makan masa lebih kurang, tambah tolak, adalah dalam 2 jam 20 min. 2 jam je sepatutnya dari main train station Bingen ke Heidelberg, tapi tambah 20 min sebab dari rumah kena naik bus pergi tempat train. Lupa cakap, kitorang naik train ayam, sebab tuh makan masa sampai 2 jam nak ke Heidelberg, kalau bullet train yang berdesup tuh maybe lagi cepat sampai. 

Train ayam maksudnya train yang slow, yang connect antara region2 dalam Jerman ni. So macam kena banyak kali transit. Tapi normally train ayam murah lah dari train bullet. Bullet train kan laju. Train ayam standard laju dia macam train yang pergi airport KLIA tuh, apentah nama dia. Aku lupa. Aku pernah naik sekali je yang tuh.

Selain dari Rüdesheim, memang Heidelberg nilah tempat pelancongan paling dekat dengan tempat kitorang. Hah pasal Rüdesheim nnt I olls cerita dalam post lain ye. Hihihi. Bawak bertenang ye, semua kanak-kanak. Teehee.


Fefeeling Korean nama Gwang Soo ye bro?
Ada misai and makan nasi pakai chopstick besi!
Eh poodah!

Sebelum naik bukit untuk sampai Castle Heidelberg, kitorang makan2 dulu! Kitorang makan restaurant Korea! Excited anak2! Sekali terkejut tekak kami, makanan Korea ni banyak guna cuka. So rasa pedih tekak bila makan. Hahahhaha. Menu pilihan kitorang semuanya vegan2 + seafood. 

Ada je kedai makan Melayu dekat sini, tapi kitorang baca review dekat online, kedainya mahal. So kitorang tak pergi pon kedai tuh. Kata en Husband aku memang mahal sikit, dia pernah makan situh dulu masa muda-mudi. Hihihi. Harga yang dia kenakan, tak sesuai dengan portion makanannya tuh. 5 cucuk satay harga lebih kurang 50 hengget gtuh, pengsan kau! Rasa taknak berak lepas makan! Hahhaha

Heidelberg Castle dari bawah. Castle ni buat dari red bricks u olls!

Lepas makan, kitorang gerak ke stesen train bukit(dalam bahasa Jerman dia: Bergbahn), nak naik menuju ke Castle Heidelberg tuh. Ticket Bergbahn ni murah je. Rasanya 4€ je kot untuk student and kids. Orang dewasa maybe 8€ kot. Tak ingat sangat. Station dia terletak di alamat:

Bergbahnstation Kornmarkt, Zwingerstraße 20, 69117 Heidelberg


The Bergbahn: Seramkan tengok, dia condong! Haku naik kecut2 perut. Hehehe
Heidelberg Castle from above.
Ini kitoranglah! Dekat depan castle! Belakang ni rumah kitorang!
(Tipu jek! Hehehhe)

Kalau masuk castle ni, ada a few things yang boleh ditengok2:
  • Muzium Ubat-Ubatan, 
  • Great barrel of Heidelberg Castle
  • Astronomical Clock
  • Castle Garden

===Muzium Ubat-Ubatan===
Muzium ubat-ubatan ni terletak di bawah Heidelberg Castle. Kitorang tinjau2, tengok2, tak paham hapah pon. Paracetamol lah, Listerine lah. Hahahha. Bukan bidang kitorang, katanya!





===Great Barrel of Heidelberg Castle===
Great barrel ini adalah bekas arak yang besar giler2. Maybe kalau tinggi orang Melayu biasa, Great Barrel ni sama tinggi dengan 2.5 orang lelaki Melayu. Korang boleh bayang tak tinggi dia? Aku rasa, aku ada bergambar dengan Great Barrel ni arituh, tapi sebab henfon en Husband rosak, tak dapat restore semua gambar2. Sorry tawan2. Ini gambar ihsan Mr Gugel, yg hensem and ohsem!



===Astronomical Clock===
Menurut en Husband aku(dia memang tourist guide permanent dekat Heidelberg ni, dia dah pergi 5 kali sini, Heidelberg ni kampung main guli dia je, heheheheh), ni adalah jam matahari. Camne dia kira2 waktuh tuh, aku pon tak tau. Hehehehe





===Heidelberg Castle Garden===
Kat taman ni bolehlah fefeeling Cinderella sekejab. Hihihi. Tunggu putera raja datang bawak kasut kaca u! Pakai2 kasut kacanya, praapp pecah! Dah kaki kau besar macam gajah! (No offense, gurau je!)






Tipps & Tricks:
  • No high heels at all! Sebab Heidelberg Castle Garden ni besar sangat2. Tak tipu. And jauh nak kena jalan dari Main Train Station ke Bergbahn. Nasihat guwe, pakailah sport shoes. Tak percaya, meh datang tengok sendiri ye, anak2!
  • Ticket Bergbahn jangan risau, boleh beli dekat kaunter. Tak semestinya kena beli online hari sebelum ke hape. 
  • Kalau ada student card, sila bawak, dapat harga 4€ je. Murah kan! Yabedabedu!
P/s: Aku nak buat survey, korang suka aku bubuh gambar besar gedabak macam mula2 sekali tuh ke, atau korang suka gambar saiz sedang2 elok je? Aku suka gambar besar2, sebab dapat tengok, cantik! Tapi kesian plak dekat korang, sebab gambarnya lambat load. So please tell me your preference ye!

============Giveaway: Saya Nak Poskad Dari Moscow===========

Klik Banner! Ini satu paksaan!

Hai Eva! Akak join ye giveaway awak. Jemputlah join giveaway akak jugak ye KLIK. Salam perkenalan dan persahabatan! Tags: Scha NazriNadya ShafiqaSiti Humairah

Sekian~
Thanks for reading this !

Aku teringin sangat nak tempah, tapi..

Belum ada rezeki lagi.

Aku nak ngadu kat korang ni, aku sedih bila scroll2 instagram, banyak je benda aku nak beli, angkut bawak balik rumah, susun cantek2 atas almari, pastuh tersenyum riang! Tapi disebabkan akaun bank aku kat Malaysia dipenuhi dengan angka 0 tak henti2, kalau ada duit pon, kurang dari rm10 kot, aku memang patut buang je angan2 nak membeli aku tuh dalam tong sampah recycle! Tak payah dah aku pikir2 panjang. Lagipon susahkan depa nak post pada aku, aku duduk jauh. Sobs sobs.

Tapi naluri perempuan, biasalah kan. Tak dapat beli pon, tetap nak renung lama2. Hehehhe. Aku pon macam tuh jugaklah, walaupon beberapa kali aku berlagak tough di mata korang. Hehehe. Nak tau tak benda yang aku paling nak beli sekali sekarang ni? Haa, korang mesti tak tahu, biar akak aisya bagitahu. Tadaa!



Sebenarnya kan, aku suka sangat2 satu insta-shop ni, diorang buat design atas totebag! (kalau taktau gi gugel search ye! aku pon baru tau totebag ni apekejadahnye!) Totebag dari insta-shop FINGERTOTE ni, design dekat depan beg-nya, kita boleh pilih sendiri, atau design sendiri! Nak tulis qoutes best2 atas dia pon boleh jugak. Nanti depa tolong lukiskan, tuliskan. Cool kan! Semua lukisan2 dengan tulisan atas bag ni dibuat dengan tangan tau! Excited mak!

Cair jugaklah menengok insta diorang! Rasa nak beli semua sekali. Dahlah kedai dia dekat dengan rumah aku kat Malaysia, kedainya dekat Seksyen 7, Shah Alam rasanya. Kalau aku ada dekat Malaysia sekarang, memang aku pergi direct beli berkoyan-koyan, kau tau! Papepon, moh kita terjah insta-shop ni KLIK


Aku berangan, kalau aku ada dekat Malaysia sekarang ni, aku tempah lima ke enam totebag ni dengan depa, pastuh mintak depa tulis kata-kata semangat ataupon quotes yang aku suka, gambaq pon pilih yang cool2, pastuh aku buat giveaway, kasi kat hangpa semua! Nanti hangpa semua dapatlah pakai beg yang cool giler ni! Baikkan aku! Hihihihi. Tapi aku takde dekat Malaysia sekarang. Then how ar?

Koranglah buat giveaway guna totebag ni, nnt aku join! Hihihi! Korang jamulah mata dulu naa. Nanti aku kasi tau details pasal depa ni. Harga aku tak tau, korang kena pergi tanya tuan kedai sendiri naa!











Gambaq semua aku cilok dari instagramm depalah! Hah lupa cakap. Selain dari totebag, depa jugak menerima tempahan design pillow case, pencil case dan pouch! Bolehlah pasni pouch untuk letak barang mekap bubuh nama sendiri kan! Serius aku rasa nak pengsan sekarang. Tensionlah cerita kt korang, tapi aku sendiri tak dapat beli! Korang pergilah terjah instagramm depa sendiri, kalau korang beli, habaq mai kat cheq naa. Nak jugak tau! 

Instagramm FINGERTOTE
Whatsapp 013 246 6908























Sekian~
Thanks for reading!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...