home about contact travelog resepi bahasa jerman

Aktiviti Cuti Sekolah 1 : Makanan Kitorang Arini

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kawan2. Haa, aku dengan en Husband kan sekarang tengah cuti sem, bosan bebenornya duduk dekat rumah ni. Dia tengok muka aku, aku tengok muka dia. Penat tengok muka each other, kitorang pon buatlah benda2 nak hiburkan diri sendiri.


Nak tahu arini kitorang makan apa lunch tak? Kitorang makan...

Paris Day 3 : Paris City Attractions & Mr Eiffel, I'm in love!

Aku tengok cerita Mr. Bean's Holiday, otw Mr. Bean nak ke pulau Cannes, Mr. Bean ada lalu Paris, terus aku pon fefeeling macam dekat Paris balik. Seronok pulak menengok Mr. Bean ni holiday ye. 


Bandaraya cinta sweet muit muah2 Paris dilawati pada hari ketiga kitorang di Paris, bermakna selepas melawat Disneylandlah. Past dah simpan beg dalam locker dekat stesen Gare du Nord, kitorang mengorak langkah, nak menakluk kota Paris. Cewah ayat aku, mengorak langkah! Hahhaha. Tapi sebelum pape, isi perut dulu. Kang lapor di tengah jalan susah plak. 


Lepas makan, baru perjalanan lancar sikit. Udah2 ler membebel Aisya ooi! Orang nak menengok gambarlah. Heheheh. Silakan menengok. Semoga terhibur dan selamat beramal! (Ayat aku, ape pening sangat ni! Hahhah)

The Pyramid

The Louvre Palace, and the Louvre Pyramid


Autumn Teaser!

Arituh masa seminggu yang kitorang dok berjalan sana sini tuh, panas sangat2 negara yang kita pergi, muka memang kena sunburn. Tapi hah ambik kau, balik2 Germany semula, cuaca dia sejuk giler, memang dah takde dah musim panas dekat sini. So I guess, let us welcome MR AUTUMN!!



So apa benda yang best ek tentang Autumn ni?  Lemme tell u!
First thing, dedaun pokok mula bertukar menjadi kekuningan. Time nilah kalau tangkap gambar, rasa sesangat romantik you! Hehehehe. Boleh arr pergi kutip daun2 yang gugur, pastu tulis ayat2 cinta, pastuh letak atas meja encik Suami. Ala-ala cerita Mohabattein gtuh. Hehehhee. Kantoi, aku pernah buat tuh, tahun lepas. Hehehhee. Walaupon musimnya musim luruh, tapi dalam hati musim bunga2. Ke ke ke ke.

Sarangaeyo!

Haa apa lagi yang best tentang Autumn ye?
Bila musim luruh ni, kira pertukaran musimlah kan, dari musim yang panas giler, nak menjadi musim sejukkan. Pada masa pertukaran musim macam sekarang ni, paling best sekali adalah waktuh solat dia. Sebab waktuh solat dia hampir sama macam Malaysia! Yeeha! Dalam setahun ada 2 kali je timing perfect camnie tau. Seronok22!

Timing solat time musim luruh @ autumn in my heart! ehhehehe
Heaven sangat rasa bila subuh habis pukul 7 pagi macam dekat Msia!
Bolehlah pagi2 pergi jogging, kononnya healthy lifestyle la kan! Hhaha

Haa, kalau korang nak tau, sini waktu solat sepanjang tahun berubah-rubah dengan drastik tau, memang tak macam dekat Malaysia. Dekat sini time winter(musim sejuk) siang pendek. Siang pendek maksudnya waktuh solat cam kat bawah ni. Matahari terbit dalam pukul 8 pagi, sebelum pukul 8 pagi memang gelap gelita. And lepas pukul 430 petang dah gelap balik dah seluruh alam. Pendekkan siangnya?

Disebabkan siang pendek waktuh winter, memang best betul mengganti puasa time ni. Iyelah maghrib masuk pukul 430 petang. Syok! Nak ganti puasa 2 bulan straight pon bolehlah. Hahahhaa

Waktu solat time winter @ musim sejuk
Sumber: http://www.gebetszeiten.de/
Korang bayangkan, isyak masa winter masuk pukul 615 petang, time tuh memang dah gelap giler dekat luar. Hah, duduklah dalam rumah ontok2 study elok2. Kalau duduk luar rumah waktuh malam time winter, mahu beku agaknya. Ya Allah hai. Hahhaha

Haa kalau ada yang bertanya, 'Gebetszeiten' tuh apa kejadahnya tuh? 'Gebetszeiten' tuh dalam bahasa Melayu maksud dia adalah waktu solat. Gtuh translation dia.

Kalau time summer pulak siang panjang yang hamat. Matahari cepat terbit pagi2, tapi lambat sangat matahari tenggelam semula. Kalau korang nak senang faham camne siang panjang tuh kan, cuba imagine korang keluar rumah pukul 5 pagi, tapi cerahnya dekat luar rumah tuh macam dah 10 pagi Malaysia. Malam pulak dalam pukul 10 still cerah dekat luar rumah. Weirdkan? Tapi tulah hakikatnya 4 musim. Hahahha.

Bayangkan kitorang puasa ramadhan masa summer(musim panas) dari pukul 2:59 pagi sampai 9:42 malam. Memang boleh turun berat badan, kak jah oi! Heheheh.

Waktu solat time summer @ musim panas
Sumber: http://www.gebetszeiten.de/
Suhu Autumn pulak camne?
Berbalik ke topik asal kita, iaitu Autumn. Time Autumn ni, suhu sekeliling antara 10 ke 20 degree. Suhu aircond gtuh. Kalau naik basikal, takdelah panas sampai berpeluh-peluh ketibas teruk sangat. Tapi takdelah sejuk sangat macam musim winter kan. Time sekarang ni tak perlu pakai baju tebal2 sangat. 


Hah normally musim winter memang jarang orang naik basikal, sebab sejuknya, Allah, sampai ke tulanglah kata. Haa kan. Sini memang setiap hari sebelum keluar rumah kena check suhu dulu, baru tahu nak pakai baju tebal ke, nak pakai nipis ke. Payung kena bawak ke tak. Ngee ngee.


Papepon, walau camne pelix pon timing solat and suhu sekeliling will be in winter and summer, tapi hidup tetap perlu diteruskan. Lets enjoy the autumn, until winter come to wrap us up in its lovely wools, ohh cut the crap aisya. Ciao dulu! k bai! :D



P/s: Kalau rajin jemputlah baca entry2 travelog baru2 ni ye! Jangan lupa komen tau!

Thanks for reading this !
Luv cha !

Paris Day 2: Disneyland Paris (Part 2)

(Ini adalah sambungan entri Disneyland Part 1)

======Park 1: Disneyland Park!======


Park 1 ni pulak adalah the main park, so dia sangat2 besar dan ada macam2 benda berkaitan Fairy Tale. Segala macam cerita Princess pon ada dekat sini. Park ni melambangkan the whole Disney World lah gtuh. Tak semestinya filem je. Yang paling best, dekat park ni dia pasang lagu ala-ala Fairy Tale kuat giler. Memang straight rasa excited gilerlah. Hahahah


Masuk2 park yang ni, mesti lalu Main Street dulu baru dapat pergi castle dekat belakang tuhnya. Dekat Main Street ni berlandak berlambak kedai jual souvenirs Disneyland dan restaurant. Sediakan ajelah duit di kocek. Hahahha. Btw, dekat Main Street ni lawa sangat2 kalau nak bergambar. Memang heaven! Superb!


Disebabkan masa tuh dah dekat pukul 3 petang, kitorang lapor giler, kitorang pon singgahlah restaurant dia untuk isi 'tangki' kitorang. Kitorang just makan pizza vege dengan roti tuna. Jadilah kan. Harga dia memang boleh buat terbatal selera kitorang. Rasa macam satu bite pon dah kenyanglah makan. Hahahah


See! I tolcha! 1 gigit pon dah burpp! Padahal sebelum tu kebuluq kemahen. Haha


Sesi mengisi tangki!


Sudah bertudungkah Marilyn Monroe? Ohh, ini bukan dia!

The Sleeping Beauty Castle! Dekat sinilah malam2 ada show antek2 awa! Heheheh

Eh, Jack and the beansprouts? Bukan2, Jack and the beanstalk-lah! Teehee



Me never tell lie

Mak gajah dengan anak2-nya! Dumbo the flying elephant!


Captain Hook's Pirate  Ship dekat dalam Adventure Isle








Indiana Jones lah konon2! Bagi chance sikit! Hehehe



Dalam entry part 1 sebelum ni, aku ada cakapkan kena pergi Park 2 dulu, petang baru pergi Park 1 kan. Haa, another advantage dia kalau pergi Park 1 lewat sikit, adalah sebab ada macam-macam event dekat Park 1 petang2. Yang paling penting kena tengok dekat Park 1 adalah:
  • Disney Magic on Parade (Park 1, dekat Main Street, starts at 530pm) KLIK
  • Disney Dreams (Park 1, dekat depan Sleeping Beauty Castle, starts at 930pm) KLIK

(Klik links kat atas tuh ye, kalau nak tengok. Tapi kalau dapat tengok dengan mata real2 lagi cantik. Subhanallah. Rasa macam fairy tale zaman kanak2 dulu comes alive!!)


Kat atas ni watak Frozen lalu dekat parade.





Ini antara gambar Disney Magic Parade-nya yang en Husband aku sempat snap. Disney Magic Parade ni adalah satu Parade, yang mana banyak2 watak kartun Disney duduk atas kereta tunda, and lalu depan kita. Watak2 kartunnya alive, diorang lambai2, goyang2, posing2, menari pon ada! 









Tahu tak budak pompuan besar kat atas ni siapa? Ini Alice in Wonderland tau!
Bukan Alice in Cheongdamdong pulak! Hehehehe

Ini pulak character2 dari Toys Stories. Mesti semua orang tahukan,
tuh Woody, and his friends! :D




Ni apa ek, Simba kot kan. Aku lemah memory, tak ingat sangat nama2 kartun character ni.
Yang aku suka satu je Ratatouille je! Hehehehe

























































Haa dekat Disneyland pon boleh belajar drive tau! Nama tempat drive kereta ni Autopia. Budak2 kecik pon boleh drive kereta. Aku malu, sebab aku je orang dewasa yang tak reti drive. Hahahah. Paling lawak sekali, bunyi kereta dia macam bunyi mesin rumput. Lucu! Kereta dia open air, pastuh colourful. Semua driver2 kecik2 hepi je drive. Memang tak stresslah belajar drive kt sini! Hihihi

Sekolah memandu Disneyland!

First time aku drive kereta in my life! Ke tepi ke tengah, nasib baik tak accident. Hahahha

Dah penat berjalan ke sana sini, tangkap gambar macam giler, kitorang pon carilah tempat yang buleh naik ride duduk2 je. Rehatkan kaki. Pastu tengok dekat Buzz Lightyear Laser Blast ni sikit orang beratur, straight kitorang tompang sekaki. Best rupanya! Sampai kitorang main dua kali dekat sini. Dia macam duduk je dalam ride, pastu dia bagi pistol laser, haa ko tembaklah alien. Dapat markah pulak tuh!




Dah habis main, time nak keluar kitorang tengok diorang ada tangkapkan gambar kitorang masa tengah beriya tembak alien, siapa nak print, bolehlah pergi dekat kaunter dia. Aku taknak, tahu je mahal. Aku snap aje guna fon. Kenang-kenangan gtuh! Hihihi


Mengango ekau jah! Excited masa ni, aku tengah nak fight markah husben aku. hehehe.
Atleast takdelah kalah memalukan sangat. Heeheheh



Last but not least, sebelum closing, ada Disney Dream Show, aku dah kabor dekat atas tadi kan. Haa, ramai sangat orang duduk bersila depan Sleeping Beauty Castle ni. Aku ingat, aku je yang perak, rupanya orang2 lain pon sama. Semua orang dok still excited lagi, walaupon dah 12 jam berada dekat Disneyland Park ni, dari pukul 10 pagi sampai dah dekat pukul 10 malam dah.

Dah penat main dekat sini, kitorang bergerak balik. Beli souvenirs mana yang termampu, ambik beg dekat locker, and stret kitorang menuju hotel. Kitorang tak sewa hotel Disneyland(ko giler, mahal nak mamp!), kitorang ambik hotel dekat Torcy. Selesa jugak. 

~~~~~~~~~~ That's how one day in Disneyland ended!! ~~~~~~~~~~
(Kalau nak tengok banyak lagi gambar, go to my flickr)

Tips & Tricks:
  • Kalau beli ticket untuk satu park je, better pergi Disneyland Park(Park 1), instead of Walt Disney Studios(Park 2), sebab Park 1 lagi besar & banyak mainan! Yeyeh! Takyahlah datang awal macam kitorang(pukul 10pagi dah tercegat depan Disneyland ni haa). Paling cun datang pukul 2, atau 3 petang lepas solat zuhur. Time ni orang dah penat. So banyak ride boleh naik tanpa beratur panjang sangat. 
  • Kalau beli ticket untuk 2 park, datang tepat pukul 10 pagi, serbu direct Park 2. Petang baru pergi Park 1. Ada paham?!
  • Checkin dulu hotel sebelum datang Disneyland, sebab sangat tak best bila kena bubuh beg dalam locker, yang locker room tuh tutup pukul 10 malam. Sebab, Disney Dream Show start pukul 930. Mesti nak tengokkan. Dia habis betul2 pukul 10. Hah camno nak ambik beg, lewat sikit, tak dapat ambik beg, hah tak mandilah sampai the next day. Barang2 penting macam booking hotel semua dalam locker. Camno tuh?
  • Sebelum mulakan journey dalam park tu, adalah lebih baik ambik map dulu. Sebab dalam map tu dia ada highlight tempat mana yang wajib pergi. so pergi yang wajib pergi jela ye. tak payah bazir masa pergi semua tempat ye dok?
  • Bawak je makanan banyak2 dalam beg. Bukannya dia check pon. And makanan yang depa jual mahai gila! Hang tau dak!

Anyway, thanks for reading this long-long entry!
Nnt aku pergi baca blog korang plak ye!
Luv cha!

Paris Day 2: Disneyland Paris (Part 1)

Kan dalam post sebelum ni, hari first sampai Paris kitorang down sebab Tourist Information Paris yang macam hape kan, tapi walau bagaimanapon (cewah guna penanda wacanalah!), second day in Paris langsung tak mengecewakan, malah buat kitorang berdua excited terkinja-kinja lompat-lompat sampai bergoyang buah pinggang kitorang. Hahahha. (**Ok, aku tipu yang pasal kidney tuh). Because on the second day we went to Disneyland! Yeay! 

Sarapan dekat hotel. Kitorang terkezut berux bila dihidangkan 2 batang
roti baguette ni, tak tahu camne nak makan. Besar sangat2. Hahahah




Pagi second day tuh, awal-awal lagi kitorang checkout and sarapan dekat hotel sebelum bertolak. Makan Baguette you. Terasa French sangat. Aku sempat pekena kopi dua cawan. Hahahha.

Map Paris yang free kitorang ambik je dekat hotel. Tengok bersepah, macam takde orang nak je. Hotel kitorang dekat stesen metro 'Belleville', dari situh naik metro no. 2 ke 'Nation'. Dari 'Nation' ni ada train regional(Train RER, Line A) direct ke Disneyland. Yeay!

Kalau korang nak senang, tengok je map train ni, track yang warna merah terang tulah train ke Disneyland-nya. Senangkan?


Bulatan hitam tuh stesen 'Nation', bulatan biru tuh stesen 'Marne-la-Valle-Chesse' untuk
pergi Disneyland. Kalau pergi sini, kena hati-hati, jangan sampai tersalah train.
Sebab SATU TRAIN JE  yang lalu stesen Disneyland-nya






Kitorang beli ticket sehala, harga dia 7,50€ setiap makhluk. Hahaha. Kitorang mintak tolong train officer dekat metro tuh belikan tiket dekat mesin tiket.



Berduyun-duyun manusia dekat sini!


Sesampai je kitorang dekat Disneyland, kitorang simpan beg dalam locker, dekat stesen train. Locker dekat tingkat 1, bayaran just 5,50€ untuk 24 jam. Tapi locker room tuh tutup pukul 10 malam. Still kena datang ambik beg sebelum 10 malamlah jawabnya. Naya kalau terlupa. Tapi tak best jugaklah kena ambik beg sebelum pukul 10 ni. Sebab dia? Haa, itu nanti aku cerita!




Ticket nak masuk Disneyland? Sila tanya pakcik Gugel. Ticket yang murah untuk masuk Disneyland normally kena beli online, sekurang-kurangnya sehari sebelum hari nak melawat ke Disneyland. Ada faham? Meaning, kalau tak book ticket online, haa bersedialah untuk bayar harga mahal. Ke ke ke ke.



Le Husband

Disneyland ni ada 2 main park. Satu namanya Disneyland Park(Park 1), lagi satu Walt Disney Studios Park(Park 2). Mula2 kitorang excited sangat nak masuk Park 1 dulu, sebab ada bunyi-bunyi, macam fairy tale you! Tapi, ada pakcik check ticket masa nak masuk tuh suggestkan kitorang masuk Park 2 dulu. 

Haa sebabnya, kitorang beli ticket untuk both parks. Ramai orang biasanya beli ticket untuk satu park je. Depa semua berduyun-duyun masuk ke Park 1. So waktu pagi memang penuh giler Park 1 tuh. Plus aku pergi time cuti sekolah, kalau nak main pape roller coaster ke, kena beratur lama giler, maybe kena beratur dalam sejam sengah gtuh.

Ada lagi satu sebab kena pergi Park 1 kemudian. Continue reading to know ye! Jangan cekelat! Haip!

====== So lets talk about Park 2 dulu ye!======


Walt Disney Studios Park ni merupakan park yg berkaitan dengan movie2 Walt Disney. Contohnya macam Toy Stories, Finding Nemo, Ratatouille, Aladdin, and banyak lagi. Park ni memang sesuai ar untuk budak2 yang suka kartun. Macam aku. Eh! Dah nak jadi mak budak pon perasan lagi, Aisya!

Papepon, jom cekidaut!



Sebelum mulakan perjalanan masuk park2 yang besar giler ni, ada lebih baik ambik maps dulu. Maps ni dia kasi free dekat dengan entrance. Paling best dia dalam banyak2 bahasa. Ada jugak pamplet yang tulis event2 penting start pukul berapa. Cool kan?

(**En Husband aku poyo je ambik maps yang dalam bahasa Jerman. Tak kuasa aku baca bahasa Jerman. I rembat maps yang English. Sonang kojo den! Hahahah)

Btw, dekat maps dia, dia ada bagitahu setiap mainan/ride/roller coaster tuh bahaya ke tak. Sesuai tak untuk budak2. Senang je nak faham maps dia ni. Cincha! Haa, terlupa nak bagitahu, kalau dalam map tuh dia highlight 'Never Miss' , maksudnya best. So make sure tak miss ye!






Flying Carperts, Aladdin-din-din. Hehehe.



 Plan, plan, plan. Mana dulu nak pergi nie?



Atas ni my en Husband 10 years from now. Bahu dia kecik je, perut dia. Omaigad! 


Eh2x, anak omputeh mana menyelit bergambar sama ni? Bolehlah dik ye. Satu gambar 2 hinggit!
Tengok, panjang giler kan kena beratur? Ini sangat normal dekat Disneyland. Sebab berduyun-duyun orang datang sini everyday. Mesti kaya pemilik Disneyland ni kan! (**Jeles kuasa tiga belas ratus! )



Ini masa beratur nak masuk Ratatouille Ride. Serius berbaloi beratur lama nak main ride ni. Sebab memang effect dia vogue sangat! Dia dudukkan kita dalam ride yang bentuk tikus, pastu dia bubuh screen depan kita, konon2-nya kita tikus yang lari2 bawah meja, yang manusia tengah dok kejar2 nak pukul. 

Paling best sekali masa ending dia, tutup botol wine tercabut, air-nya macam terpancut ke depan. Pastuh kitorang macam rasa air percik kat kitorang. Lalu bawah dapur, kitorang rasa panas. Coolest ever! 




Muka berseri-seri after one great ride! Senyum sampai telinga. Iyelah aku kan peminat tegar cerita Ratatouille, haruslah gumbira yang hamat. Hahahaha. Anyway, kalau korang nak tengok, KLIK sini ye.



Eh, Buzz Lightyear pakai baju kotak2?? 










Kitorang try2 naik mainan yang dia tak highlight-kan as 'Never Miss' tuh. Sekali menyesal giler. Inilah ride paling bosan sekali dalam seluruh Disneyland. Kitorang badluck masa tuh, effect terbakar2 yang diorang nak buat ada masalah technikal. Memang naik ride kosong jer. Ehhmm



======Park 1: Disneyland Park!======

Park 1 ni pulak ada...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...