home about contact travelog resepi bahasa jerman

Liebster Award dari Cik Mimie

Assalamualaikum korang semua! Kalau korang semua pernah tag aku dekat LA ni, tapi aku tak jawab, sorry sangat2 tau. Aku ni cuak nak jawab2 soalan orang, sebab aku takut sangat jawapan aku lari dari topik perbualan sebenar. Haa camno tuh? Camtulah.

Tapi masa aku blogwalking tadi, aku tertarik tengok soalan2 yang cik mimie ajukan dekat LA dekat blog dia, sampaikan sekarang tiba2 aku rasa nak menjawab2 soalan ni. Teehee. Wink2x!



1. Dalam sehari, berapa entry diupdate?
Ehhmm, susah giler nak jawab. Aku kadang2 seminggu nak up satu entry pon susah. Sebab kekangan masa dan idea. Hehehhe. So jawapan aku: seminggu 1 ke 2 entry je. Kalau bernasib baik, 3 entry dalam seminggu :D


2. Biasa online di mana?
Aku normally online dekat rumah, sebab internet lagi laju dan stable, dari internet dekat fon. I olls guna internet sifut sendu! Hahahahha


3. Dah berapa lama join dunia blogging ni?
Baru lagi, belum pon sampai setahun. Start officially bulan 5/2014.


4. Kenapa memilih utk menjadi blogger?
Haa, ini nak cerita ni. Aku dulu ada blog, tapi atas sebab2 sekeliling, aku terpaksa stop aktiviti menaip di belog, dan just jadi invisible person for few years. 



[DIY] Happy Food for Happy Stomach!

Hahahhaha. Haa kenapa akak Aisya gelak start2 ni? Aku terdengar dialog Bell dekat Maharaja Lawak Mega, yang dia buat2 macam commentator football tuh. Ada satu part tuh kelakor. Hahhahah. Korang pergilah tengok, klakor beb! I like it! :D Hahhahaha


Arini aku happy, happy and happy sebab dah dapat call femli aku di Malaysia, and dah dapat settlekan hal2 pasal giveaway Paris arituh. Ya Allah susah giler nak cari post yang paling berpatutan dengan student cam aku ni. Fuhh bila dah setel, lega you!


And bersesuaian dengan ke-happy-yan arini, aku nak share satu resepi, makanan yang buat aku happy selalu, sebab dia sangat sehat and good for stomach too. Iaitu, Overnight Oatmeal! Ya Allah best giler, aku fall in love you. Hahhaha. 


Pardon my awkward sentences, because I dah lama tak tulis post disini kan, rasa awkward bila nak tulis. Teehee. And i really miss everyone of you, sebab tuh aku tulis panjang2 ni. Sila bersabar yer! :D


So, untuk buat Overnight Oatmeal ni, korang perlukan:

Oat, Susu Segar, Yogurt, Madu Honey, Epal, 2 cups yang ad penutup

Holiday Season has finally started in Germany!!!

jindrisska.blogspot.com

Hahahhahah, happy nya tak terkira. Exam dah lepas semalam, lagi satu pay-perrr lambat lagi. So, it's holi-holiday time! Yeyeh! Apa yer nak buat untuk holiday nan sekejab ni? 


Arghh, I got so many things to settle, barang2 giveaway korang pon belum post2 lagi. Sorry tau, aku busy sangat dengan exam. Tengok jelah kat blog pon, post benda2 lama. Asyik2 repost jer. Aisya, people need something new and fresh, bebeh. Ya, ya I know. I'll try to find something more refresshing untuk korang semua yer. Sabar tau. Heheheh.


Planning aku:
Aku ni suka memasak, and aku tengok2 dekat Bingen ni ada satu kedai restaurant Asia, orang Vietnam kot. Haa, aku terpikir, apa kata, aku buat kueh2 Malaysia like kueh lapis ke, karipap ke, kueh talam ke, hantar sample dekat orang kedai tuh. Kalau dia suka, boleh letak kueh-mueh air tangan aku dekat kedai tuh. Kasilah dia komisen seposen dua. Ini idea aku tau, copy right reserved, jangan sesape curi. Kalau curi, potong tangan. Hahahhahah. 

[Repost] Ini Universiti Kami!

[Blog Repost: Entry Bulan April]

Disebabkan kita sem ni berada di sem 6, dah jarang jugaklah kita pergi ke Uni. Semalam dengan kelmarin ada exam dengan lab, so kerap la sikit pergi mengulang ke Uni kita, yang duduk 800m dari rumah kitorang. 


Meh nak tunjuk tempat kami belajar! Ini Universiti kami! Universiti of Applied Science Bingen, Germany. Kami belajar elektrical engineering. Ini fakulti kami. Uni kami ini kecik je, so fakulti kami cuma satu building je. Hehehe. The whole uni cuma ada 4 bangunan utama je, kalau tak silap. Malas nak kira. Hhehehe.


Bahagia cik kak berbasikal depan fakulti ye!

Feels like home

Aku tengah khusyuk memilih bawang puteh nak beli tadi masa dekat Netto, tiba-tiba somebody tegur aku, 

"Malaysia ke Indonesia?"

Bila aku menoleh, rupanya ada seorang makcik india Malaysian yang tengah bercakap dengan aku. Aku senyum je pada makcik tuh, and agak segan sebab makcik tuh cakap kuat. Habis semua orang lalu-lalang pandang kitorang. Kehkehkehkeh.


Aku pon bersalam, berlaga pipi, peluk cium dengan makcik tuh. Berborak beriya betul. Tapi aku memang kagum dengan makcik tuh, berusaha sangat2 untuk bercakap dalam bahasa Melayu dengan aku, walaupon dia ended up cakap campur2 bahasa Melayu, English and German. Aku tak kesah pon. Aku memang reply semua dalam bahasa Melayu, sebab English aku dah rosak habis. Nak susun ayat pon tak reti dah. 


Aku layan je makcik tuh excited nak berborak dengan aku. Dia kata, jumpa je orang Malaysia kat sini, it feels really like home, little Malaysia gtuh. Dia sebak sangat tadi, berkaca-kaca mata makcik tuh. Dia kata, dia rindu sangat2 nak balik Malaysia, tapi buat masa sekarang dia tak dapat nak balik, sebab suami dia sakit. Dia kahwin dengan German, dan dia dah duduk sini lebih 30 tahun, korang tau. Terpesona, bahasa German makcik tuh fasih giler2.



Clinique 3 Step : Review Produk

After reading reviews on Clinique 3 Step System, I thought, I want to give it a try. And I did! Hahahhahah. Todia introduction engko, Aisya! Hahaha. Semenjak dah beberapa tahun duduk Jerman ni, BI aku memang dah kelaut. Nak practise pun susah dekat sini. Kasilah can kan! Hehhehe.


Hari ni, aku nak review produk dari Clinique. Aku harap, review ni dapat membantu korang2 yang mungkin nanti2 nak baca2 sebelum membeli, senang, kita sama2 kongsi ilmu. Takleh la menonong je pergi belikan. Nanti nyesal. Heheheheh.


Apa itu Clinique 3 Step? 
Dia adalah produk penjagaan kulit (skin care) yang bermula dengan Step 1: Cleaning. Kemudian Step2: Exfoliating, dan last sekali Step 3: Moisturizing. Haa gtuh kan.



Pengalaman aku dengan Clinique ni:
Aku dulu memang ada masalah kulit berjerawat batu teruk giler. Pastuh aku pakai pencuci muka dari Avene. Dah 3 tahun pakai Avene, memang jerawat semua hilang. Nanti aku review Avene yer, insyaallah.


[Germany] Bad Münster am Stein : Part 2

Assalamualaikum dan salam sayang satu Malaysia, korang semua. Sehat ke? Dah makan? Haa, hari ni nak sambung cerita kita yang tak habis arituh. Ini cerita masa summer arituh tau, sekarang dah masuk winter, baru nak cerita. Sorry terlambat update. Lambat bebenornya.

Kalau yang terlepas cerita dating kitorang di Bad Münster am Stein ni, bolehlah membaca di SINI. Karang kalau aku tiba-tiba naik sheikh cerita part 2, pening pulak korang kan, tak faham hujung pangkal cerita. Pergi terjah situh dulu kalau belum tahu apende yang aku cerita arituh tuh yer. Hahahhaa. :D

Haa cerita arituh sampai mana? Ingat lagi tak? Haa, lepas kitorang pusing2 naik bot itik kitorang, snap sana, snap sini, makanya tamatlah masa 30 minit. Botnya sewa untuk 30 minit je. Kenalah kembali ke darat. Seperti dua ekor buaya darat. (**Haip! kelain plak cerita ko, Aisya!) Hahhaha.



Parking bot baik punya. Hahaha. Siap parking, kitorang pon jalan, pusing2. Ater dalam bahasa hindustannya, kitorang merendek. Hahahha. Rendek tuh dalam bahasa india maksud dia 2. So, merendek bermaksud, berjalan berdua. Kalau dah kahwin takpe. Kalau belum, sila control diri anda. Hehehhe.

Tanda-tanda Aku Dah Banyak Study Untuk Exam And Otak Tepu

Selalunya bila aku dah terlampau lama duduk berejam-rejam study je untuk satu2 subjek sebelum exam, sampai satu tahap otak aku dah tepu, ada beberapa benda pelik yang aku akan buat.


En Suami aku memang dah faham dah tabiat tak senonoh aku ni. Hahhahaha. Nak tahu tanda2 aku dah tepu otak? Cekidaut...!!


Aku dah start karaoke lagu rock kapak
Bila aku dah penat belajar, tiba2 segala ayat2 lirik2 lagu rock kapak mula keluar bertalu-talu dari mulut aku. Pernah jugak, aku study sampai pukul 4 pagi. Tiba2 pukul 4 pagi tuh, aku bantai nyanyi lagu rock kapak. Karaoke ikut youtube. Laki aku suruh aku senyap, sebab takut jiran2 marah pulak bising tengah2 malam. Sini, lepas pukul 10 malam dah kena senyap. Kalau bising, jiran boleh report kat polis. Naya sat gi. Hhahahha.

[DIY] We grow our own taugeh !!

Hehehehe. Btw, aku dah lama tak blogwalking and posting anything dekat blog ni, sebab aku ada exam. Yeay, I just did my exam! Yeay! Merdeka kejab! Hujung bulan ni ada exam lagi satu payyper, tengah bulan doblas nanti pon ada exam lagi. So, sila korang semua doakan aku yer. Kalau dah doa, muuahh.

So, sepanjang aku menghilangkan diri dari dunia cyber-nara ni(iyelah, nara kan maksudnya 'city' dalam bahasa korea, kira matchinglah word I olls tuh), sambil2 study untuk exam, aku telah menanam taugeh sendiri dekat rumah ni, secara hydroponik. 

Kalau ikutkan, boleh je nak beli taugeh kat kedai kan. Tapi sebenarnya kalau kita tanam sendiri, modal dia sen-sen je. Yang jual dekat kedai tuh, maybe 5 atau 6 kali ganda lagi mahal dari modal nak buat dia. Sebab tuh aku rasa nak cuba tanam sendiri. Berganda lagi jimat, and sihat, kita tahu apa yang ada dalam makanan kita. Yakin sikit kan. :D Plus, video ni jugak jadi inspirasi aku untuk cuba. Hehehhe. :D Selalu ingat, everything dalam dunia ni kita boleh cuba. :D



Nak tau tak camne? Meh I olls tunjuk kat korang, step-by-step yer.

[DIY] Macaroons Phone Cover !!


Hellow November! How are u?

Assalamualaikum dan salam sayang satu Malaysia semua kawan2. Aku excited sangat nak cerita, aku DIY(DIY = do it yourself) sendiri cover phone aku! And it has MACAROONS on it!!! Yeay yeah! Korang jangan jelly2 yer, sebab korang pon boleh buat jugak. Super senang giler nak buat. Hahahahha. Meh akak Aisya ajar yer.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...