home about contact travelog resepi bahasa jerman

Cinta Nutella dan Bretzel

Haa arini nak cerita tentang kisah cinta rekaan aku sendiri, antara Nutella, Pretzel dan Orang Ketiga. Korang jangan tertipu tau, aku bukan seorang penulis novel tau, nak menulis dekat blog pon pening pikir, camne nak mulakan ayat, yo yo or jer aku nak tulis novel kan. Hahahahaha. 


Haa, kalau korang nak tahu, benda yang korang di Malaysia panggil sebagai 'Pretzel' adalah makanan yang berasal dari Germany. Dan di sini dia dipanggil Bretzel dalam bahasa Jerman. Lain sikit kan. Dan sebenarnya, Bretzel bukan hanya jajan yang kecik comel2 masin2 tuh jer tau, dekat sini Bretzel ni dalam bentuk roti pon ada, tapi keras, liat. Kalau makan, sakit gigi seminggu. Hahahhaha. 


Klah, taknak cerita pasal tuh pon sebenarnya. Aku nak kasi korang resepi sebenarnya. Resepi simple, cara nak menikmati Nutella, Bretzel dan orang ketiga iaitu Pisang. Hahhahaha. Encik Pisang sangat sinonim dibuat makan bersama dengan Nutella. Sedap tau rasa dia. Tak caye, cuba try. Hahhahah :D 


Resepi 1 : Pancake Pisang Sihat dengan Nutella


Bahan2:
2 pisang yang dah masak ranum
1 biji telur
sesudu kecil baking powder
tepung gandum (jika perlu)
sesudu makan nutella

Kegembiraan Mestilah Dikongsi Bersama!

Read this, while listening to my favourite playlist HERE
or, just listen to my favourite song HERE


Alhamdulillah, dua tiga hari ni dapat buat banyak benda yang berfaedah sepanjang cuti-cuti ni. Apa yer aku nak cakap dekat sini? Tadi masa sebelum bukak blog ingat, sekarang dah lupa balik dah. Hahhaha. 


Sebenarnya rasa bersyukur sangat tahun 2014 hampir melabuhkan tirainya, Alhamdulillah ada banyak kegembiraan dalam tahun ni. Ke-TAK-gembiraan pun ada, tapi yang tuh toksahlah kita kesahkan, ye dak. Yang penting, semua memory yang best2 mesti disimpan ketat2 dalam ingatan. Yang buruk2, biarkan berlalu. Susah takkan selamanya kan.



Haa aku nak cerita dekat korang sebenarnya, aku kan paling rasa bersyukur dalam dunia ni sebab aku ada banyak insan2 istimewa di sekeliling aku. Insan istimewa ni semua yang membantu aku bangun semula, setiap kali aku jatuh. Terima aku seadanya, tanpa perlu apa2 bayaran pon. Haa kan. Hehehehhe

Nak Request Hadiah Birthday Boleh?

Hahahaha, gtuh tajuk aku kan. Assalamualaikum dan salam sayang 1 Malaysia kepada semua yang membaca. Haa, aku nak kabor ni, birthday akak Aisya, iaitu pemilik dan penulis rasmi blog JINDRISSKA.blogspot.com ni bakal tiba tak lama lagi. Birthday aku jatuh pada 8 Januari 1991. Haa jangan jeles tau, birthday I olls sama dengan Elvis Presley! Korang cariklah jugak birthday korang sama dengan siapa, nnt kita story2 yer :D


Dan bersempena dengan birthday I olls ni, aku(hakak Aisya) dengan tak berapa malunya nak request hadiah birthday dari kekanda-kekanda dan adinda-adinda semua. Hahahhaha.


Jangan risau, aku takdelah nak mintak hadiah besar pon. Sebab aku nak request siapa yang sudi nak kasi hadiah, kasilah aku poskad. Kalau sesiapa baik, boleh hantar keropok lekor. Teringin sangat2. Heheheheh :D

[Germany] Rüdesheim Weihnachsmarkt (Christmas Market Rüdesheim)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua yang datang membaca di sini. Arituhkan aku gebang cakap jerman dah holidaylah apa bagai kan, sebenarnya takpon. Hehehehhe. Tak aku bukan tipu, tapi masa aku tulis 'Holiday has finally started in Germany' tuh, aku baru habis exam yang ke dua last untuk tahun ni. Pastu gap jauh nak ke exam yang nextnya, aku masa tuh happy sangat2 tak terkira, sebab rasa cam boleh holiday. Sampai aku tersalah2 cakap dekat blog. Sebenarnya official christmas holiday uni(FH) kitorang start sabtu ni. Cuti 2 minggu, insyaallah. 


Ala tapi tak kiralah cuti tak cuti, aku memang dalam hati everyday rasa macam tengah bercuti. Hehehe. Fefeeling tuh penting. Aku ada 2 kelas je dalam seminggu. So banyak free time, dan dalam free2 time ni, aku adalah pergi berdating, merendek dengan encik suami aku. 


Arituh kitorang pergi Weihnachtsmarkt Rüdesheim(sebut: Wai-nax-markt). Kalau korang nak tahu, Weihnachtsmarkt ni maksud dia, Pasar Christmas. Aku tak pasti negara2 omputeh yang lain camne Weihnachtsmarkt dia. Tapi dekat sini(jerman), rasanya semua bandar besar ada Weihnachstmarkt masing2, sebab tuh ada banyak Weihnachtsmarkt dekat Germany ni yang popular. 

Bergambar dulu sebelum naik Ferri. Kenalkan, ini Kak Atie! :D

Tapi disebabkan kitorang duduk dekat bandar Bingen yang tak berapa nak besar ni, kitorang kena ke Bandar Rüdesheim, sebab Weihnachtsmarkt Rüdesheim yang paling dekat dengan rumah kitorang. Teehee. 

Dari rumah, kitorang naik bus 10 min. Pastu jalan kaki, toik-toik-toik, sampai ke jeti, pastuh naik Ferri kecik untuk ke seberang sungai. Haa, bandar Rüdesheim ni dekat je dengan Bingen tempat kitorang, tapi terpisah dengan sungai bernama Rhein. Pastuh sini takde jambatan plak. Hehehe. sebab tuh kena naik mcm ferri gtuh. Hiihihi. Kalau sesape datang melawat aku kat sini, time summer boleh gi naik cable car dekat Rüdesheim ni. Sambil ambil2 angin sepoi2 bahasa. Best tau! :D



Grand Budapest Hotel Review + Bahasa Jerman #1


The Grand Budapest Hotel : Movie Review

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, bebeh2 dan ladies2 yang datang membaca di sini. Sorry sangat2, rasanya lama dah aku janji nak ajar korang bahasa jerman kan, tapi baru ni ada idea nak menulisnya. 


Sebenarnya, to be honest, bahasa jerman ni bukan mudah untuk dikuasai. Dann, disebabkan aku ni bukan orang dari bidang bahasa, nak mengajar bahasa2 sikit dekat blog ni pon, macam susah giler. Aku serius tak tahu camne nk mulakan, apa benda nak ajar tuh, takde hujung pangkal kalau aku nak ajar pon. Tapiii...


Haa ada tapi tau! Tapi baru2 ni aku ada streaming satu movie ni, movie ni dalam BI, tapi ada banyak jugak aku tengok dia guna perkataan2 Jerman dalam movie ni. Jadi... dengan berbesar hatinya, aku nak suggest korang tengok movie ni, dan at the same time, kita bolehlah belajar bahasa baru. How is this idea? Good or bad idea? If good, mari aku cerita serba sedikit pasal movie ni yer. 



Kenapa aku menonton cerita ni?
Aku ni memang selalulah tertinggal train, cerita ni dah keluar lama dah, baru sekarang aku menengoknya. Hahhaha. Mula2, en Suami aku nampak rating movie ni tinggi dekat imdb.com. Kitorang suka check2 rating movie sebelum kitorang tengok, takut rugi je masa, kalau movienya tak best kan. Imdb.com kata, movie ni layak dapat markah 8.2 dari 10. Ini kira tinggi tau. Sebab movie2 macam Transformers je boleh dapat rating setinggi ni dekat imdb.com

Nonton di sini ----> KLIK


So, aku pon menonton, tiba2 dah tertengok sampai 4 kali. Ayoyo, nampak bebenor sukanya. Aku jatuh cinta dekat background dia. Vintage habis!! Cantik sangat2. Tak tahu camne nak explain. Korang kena tengok dulu, baru faham fefeeling aku ni. Teehee.

[Segmen] Jom Jadi Sahabat Sejati!

Hehehhe, Sorry sangat2 dekat Hana. Satu sebab terlambat join segmen Hana, dan satu lagi sebab akak ubah sikit nama segmen tuh. Jangan marah yer, Hana.


Haa, assalamualaikum dan salam sayang 1 Malaysia kepada semua yang membaca, especially Hana. Sebenarnya akk tertarik nak join segmen ni, sebab akk suka orang mcm Hana ni, memang nak cari kawan baik, ataupun sahabat karib dalam dunia blogging ni. So kita same! Sep22! 

Banner ni cantik sangat2. Cubalah klik! :D

Akk pon personally suka sangat bila dapat ramai kawan baru dalam dunia blogging ni. Kalau nak namakan satu-satu memang panjanglah list akak, tapi yang akak boleh cakap, Hana, you are most welcome to become my new best friend in this blogging world! Muah! Teehee


10 Fakta tentang diri sendiri
Akk ni berumur 23 tahun this year, tapi feeling dalam hati macam 18 je baru.
Akk dah berkahwin masa berumur 22 tahun, suami masih 1. Hehehe
Akk suka bercakap dengan orang.
Akk sangat suka DIY(Do It Yourself), tapi akk takde banyak kelapangan masa.
Akk mudah maafkan orang.
Akk sangat suka berkawan, dan ada ramai sangat kawan.
Akk suka warna hijau dan pink.
Lagu kegemaran akk adalah Shake It Off, Taylor Swift.
Akk sangat suka jugak quotes, especially yang memberi semangat.
Akk admire orang yang baik hati di sekeliling akak. :D
Plus! Akk suka minum kopi! Teehee


3 Tabiat Buruk
Akk suka menangguh kerja. Hehehe
Akk terlampau suka berangan, tapi sikit jer yang tercapai.
Akk degil, dan tak suka orang suruh2 akk banyak2 kali. Akk marah nnt.
hehehehehe.


Btw, akk tak kesah pon kalau tak tersenarai dalam senarai peserta segmen Hana ni. Sebab akak memang dah lambat sangat nak join. But just so you know, akk suka berkawan, insyaallah ada masa free, akk terjah2 blog hana dan komen yer.


Salam persahabatan! :D
Kak Aisya,
Malaysian blogger, currently studying and living in Germany. 
:D

[Germany] Rüdesheimer Weihnachtsmarkt @ Christmas Market Teaser

Assalamualaikum dan salam sayang 1 Malaysia! Semua orang sehat? Ya Allah, aku rindu sangat nak menulis panjang2 dekat sini, nampak macam dah berhabuk blog kita ni yer. Entry2 sebelum ni pon pre-scheduled entries, takde pon yang tulis on the spot. Hahhaha.


Tapi apakan daya, khamis ni ada satu lagi payy-per, jadi kenalah jauhkan diri dari blog sekejab. "Blog mama, jangan sedih tau! Nanti mama habis exam, berlambak mama tulis sini yer." Teehee.



Ohh yer, sebenarnya arini nak buat teaser je untuk korang semua. Haa, baru2 ni kitorang ada pergi Christmas Market dekat Rüdesheim, Germany. Dekat jer dengan rumah kitorang. Kalau korang nak tahu, Christmas Market Rüdesheim ni antara must-see kalau datang Germany time winter tau. 


Since ni just teaser jer, aku nak belanja 2 gambar dulu. Nanti dah habis exam, aku cerita panjang2 lebar yer pasal Weihnachtsmarkt ni yer. Tunggu tau! Ciao cin cao~~~

Thankx for reading this !
Till next time yer !
Muahh !

[ROME, ITALY] Perasaan Sebagai Seorang Tourist

Entry ini adalah sambungan dari SINI

Kota Rome yang Makanannya Sedap Sekali
Walaupun aku pernah cerita dekat korang semua, kisah kitorang teruk kena tipu macam2 benda dekat kota Rome ni, tapi still, ada sedikit rasa dalam hati nak kembali ke kota Rome ni. Maybe rasa tuh datang dari kenangan makan makanan2 Italy yang mashaallah, sedap yang hamaaattt! 


Memang kalau ikutkan, taknaklah jejakkan kaki ke Rome lagi, sebab takut kena tipu ke hape lagi kan, tapi still tekak dan otak aku tak boleh lupakan, betapa sedapnya pizza, dan pasta yang kitorang makan sepanjang kitorang berada di kota Rome ni. Memang susah nak dilupakan.



Insyaallah, kalau ada masa terluang, nanti aku tuliskan entry tentang makanan2 halal di Rome. Ada banyak sebenarnya. Memang takde masalah nak cari. Senang sangat2.

[ROME, ITALY] Cerita yang Tertunda

Haa, macam yang korang semua sedia maklum, aku takdelah fancy sangat suka kota Rome ni(sebabnya baca di sini), kalau nak dibandingkan dengan kota Paris, yang aku gila2 kan tuh. Tapi apalah salahnya kalau kita berkongsi gambar kenang-kenangan barang sehelai dua kan.


Alang2 dah pergi melawat tempat orang, meh aku abadikan gambar2nya di sini. Besok2 boleh tunjuk dekat anak cucu, 

"Cu, cu, ini gambar nenek dengan atok dulu2, masa muda remaja. 
Comelkan nenek dulu2." Ahaks!


Btw, kepada yang belum tahu, aku and en Suami aku ke kota Rome pada awal September harituh, masa tuh kitorang tengah cuti sem. Dari Germany ke Paris, kemudian ke Rome.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...