home about contact travelog resepi bahasa jerman

Pengurusan Sampah dan Sisa di Jerman

"Duduk menghadap laptop, jeling ke kanan sedikit, nampak tuan rumah di luar jendela. Teringat masa baru-baru kahwin, pindah masuk rumah baru ni, kami tersalah buang sampah (di sini sampah diasing mengikut jenis), jadi tuan rumah pun tegur kami."


Ok Assalamualaikum. Bila duduk dekat negara orang ni, memang tak lari tidak, memang kena ikut rutin dan gaya hidup orang dekat sini kan. Contohnya, kat sini, semua orang wajib melibatkan diri dalam pengasingan sampah, jadi kitorang pon terlibat sama. Takde pengecualian, semua orang wajib.


Kenapa aku kata, wajib semua orang mengasingkan sampah?

Sebab, sebenarnya semua rumah wajib MEMBAYAR macam tax setiap bulan (ada dalam bayaran sampingan sewa @ Nebenkosten) untuk pungutan sampah pada kerajaan. Bayaran dikira ikut kepala bagi setiap isi rumah. Kami pon baru tahu masa kami pindah rumah baru, tuan rumah explainkan. Habis kita dah bayar untuk pungutan sampah ni, takkan kita tak nak asing sampah kita kann, pastu buang jer suka-suka kan? Macam pelik pulak. Memang secara tak sengaja, kita terikut la sekali dengan system depa ni uruskan sampah. Gtuh.

Sampahnya pulak dipungut mengikut jenis, dan ada jadual pungutan

Contohnya hari Isnin, lori sampah plastik sahaja datang. Selasa datang pulak lori untuk sampah kertas. Minggu seterusnya, sampah jenis lain plak. Setiap rumah akan diberi jadual pungutan sampah. Jadual ni details untuk pungutan sampah sepanjang tahun. Sampah dipungut dua minggu sekali, kalau kat Bingen ni. 



Tong Plastik

Generally tong ni untuk semua jenis plastik, termasuk semua pembalut makanan, dan apa-apa pembalut la. Orang jerman panggil, Verpackungstonne (Verpackung = Pembalut/Bungkusan/Pelastik; Tonne = Tong). Kalau kat umah aku ni, tong ni la yang paling cepat penuh. Berebut-rebut dengan tuan rumah nak penuhkan tong sampah ni. Biasalah manusia zaman sekarang ni, semua benda guna plastik. Aku rasa, paling penting untuk alam sekitar, plastik kena asing elok-elok, dan kemudian kitar elok-elok. Sebab plastik ni yang paling mudarat dekat bumi kalau kita biarkan dia. Nyah kau plastik dari sini!  Watcha! *tiba-tiba jer, hehehehe*
Tong utk Plastik



SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST JAN - JUN 2016

Haa terasa lama betol tak update blog ni. Sehat ker semua rakyat marhaen? Dah makan ke semua orang? Heheheh. Arini na join satu segmen ni, sikit lagi nak habes, nasib baik sempat, lari-lari nak join. Nasib baik tak tertinggal bas, dapat join. Sape-sape yang sempat lagi, moh ler join sekali :D


Macam biasa, sape nak join, sila klik banner yer :D Syarat semua tiptop, senang aje. Memang boleh join punyala :D Kikiki :D Btw kakak empunya segmen, kita dah follow lama yer, tak ingat bila follow. Nanti free2 sikit, kita masukkan akk dlm bloglist kita yer :D 

Sekian, cau cin ciao!


Switzerland Travelogue : Iseltwald, Interlaken

Kepada semua yang baru jer datang baca kisah aku travel ke Swiss baru-baru ni, selamat datang!! Hihihi. Boleh baca dekat sini cerita sebelum ni LINK. Haa kalau korang nak tahu, kitorang cuma pergi ke Interlaken sahaja, masa berada di Switzerland. Sila jangan tanya aku tempat-tempat lain, hapah aku tak tau, sebab aku pernah pergi sini jer. Kehkehkeh.




Haa Interlaken yang kitorang pergi ni, tempat dia besar. Tempatnya ada bukit, ker gunung ek, entahlah, whatever u call it la kann, pastuh ada 2 tasik besar giler. Memang elok naik kereta, banding public transport. Kalau nak datang sini naik public transport, ok jugak, tapi seloknya dudukla bermalam bareng semalem duo. Ada hill train cantek tau boleh naik, tapi take time sikit kalau guna public transport.


Interlaken City :D *Romentik!*

Hill Train in Interlaken, Swiss.

Town Interlaken ni terletak dekat tengah-tengah antara 2 tasik ni. Tasik ni cantik weh. Air dia hijau. Mak ko hijau! *Tiba-tiba jer* Hhahahahha :D Tasik 1 nama dia Brienz, satu lagi nama dia Thun. Dua-dua hijau sangat air dia. Rasa nak minum, macam air Elken Spirulina pulak aku nengok. Tapi hijau la. Pastuh ada bukit bukau lagi. Memang nature habes.






Bertemu Blogger Dalam Real Life!! First Time! Hihihi

Akkkkkkkkkkkk, assalamualaikum semua! Kekekeke, aku sebenar-benarnya takde idea nak mulakan ayat, 10 hari tak menulis belog ni, terasa awkward jugaklah nak mulakan bicara tuh. Maafkan guwe deh! 


So as everyone already knows, it's winter over here in Germany. And Christmas is approaching! Jangan gundah, jangan risau, walaupun aku duduk sini dah bertahun, aku takdelah sambut Christmas, ko giler?! Hahhahaha. Aku just sambut cuti panjang yang datang setiap kali Christmas, biasanya kurang-kurang cuti 2-3 minggu, duduk berpeleseran dekat rumah, until your badan tumbuh cendawan. Oh damn, it's rhyme! Kekekkeke. Yek kan?! Hhahahha. 


And aku paling suka bila nak dekat Christmas ni, ada Christmas Market yang cantek giler. Sejuk-sejuk malam-malam winter-winter ni pon, aku sanggup kuar pergi Christmas Market ni, sebab best tau sejuk giler-giler, pastuh dapat makan makanan panas, yang freshly cooked. Ko akan rasa macam makanan tulah penyelamat ko dari terkena frozen bite segala alah tuh. Terasa macam makanan tulah heater, the only heater yang boleh panaskan badan masa sejuk giler-giler tuh. Best sangat feeling dia. 



And paling cantek tentang Christmas Market adalah, lampu-lampu-lampu yang berkedipan di sana sini. Winter ni season yang sangat gloomy, yang sangat jarang dapat tengok sang matahari tersenyum indah, tapi bila malam banyak lampu-lampu, cantek sangat. Hilang kejab gloomy, tak tau tinggal kat mana. Hhahhahahah.


Fitri Ananda & Me :D :D :D

Tujuan asal ke Pasar Christmas Ruedesheim kali ni, adalah nak bertemu dengan salah seorang sahabat baik aku dalam dunia blogging ni. Ya Allah, susah betol nak cari masa yang sesuai nak jumpa dengan Mek Fitri Ananda ni, akhirnya jumpa jugak. Alhamdulillah :D Fit ni blogger yang berasal dari rumpun yang sama dengan kita semua, dia dari Indonesia. Rumah dia dekat jer dengan Bingen, kalau naik train cuma 3 station jer bandar Ingelheim tuh, tapi Allah banyak kali merancang nak jumpa, tak terjumpa-jumpa. Baru laa ni jumpa. Meh la berkenalan dengan Blogger Fit ni, dia ni ramah dan manis orangnya :D




Disebabkan bandar Rüdesheim ni seberang sana Sungai Rhine dari Bingen, kitorang naik Ferry kecik untuk cross sungai. Ini kitorang dalam ferri :D Kawan-kawan kak Atie pon datang jugak, ada Kak Sopi (belajar dekat Nuremberg), dengan Kak Mashi (belajar dekat Stuttgart).


Pasar Christmas macam ni biasanya bukak sebulan sebelum menjelang Christmas. Haa skema kann ayat aku?! Pasar ni bukak dari pagi sampai ke malam, tapi biasanya orang akan pergi waktu malam, sebab cantek bila malam, lampu kedip-kedip. Heheheh. Apa aktiviti biasanya orang buat dekat pasar Christmas ni? Jawapan dia, makan! Dan minum! Ofkos, kalau makan je, tak minum-minum, kang tercekik dah parah. Hahhahah.


Makanan feveret aku dekat Christmas Market Ruedesheim ni adalah Cendawan masak berempah macam Makcik Deutsche ni tengah masak ni. Dia guna macam 3 seasoning je dengan cendawan, tak pasti apa, tapi memang halal semuanya. Lepas dia masak lama-lama macam jadi berkuah, pastu boleh makan dengan roti potong. Aku memang tau, orang kedai ni kedekut roti, biasa bagi roti sekeping je, pastu potong dua pulak tuh, so aku bawak bekal roti siap-siap dari rumah. Kelas kau, Maria! Hahhahaha

Pengumuman Pemenang Giveaway Poskad Jerman

Haa, lama engkorang menunggu yer? Sorry ler, ahkak saje nak bagi engkorang berdebor sikit. Kikikiki. So tanpa melengahkan masa, pemenangnya adalahhhhhh...

Peserta no. 12, 27, 34, 48

GIVEAWAY TAMAT!

Tau kann kat mana nak check nombor penyertaan masing-masing kann? Cepat tuntut hadiah tau, kalau tak, aku bagi kat orang lain. Kikikiki. Cara menuntut hadiah pulak, emailkan maklumat korang macam dekat bawah ni, ke siti.aisya.ibrahim@gmail.com sebelum 7 Disember 2015. Kalau lambat, hadiah korang terbang dekat peserta lain. Hihihihi. Takut tak? Hahhhaha. Maklumat kroang yang aku perlukan adalah:

Nama:
Alamat:
URL blog:
No penyertaan GA:


Sekian, wabillahi taufik wal hidayah,
Sampai kita bertemu lagi di GA yang akan datang! EH?!
Bui bui!
Muah!
Anneyoung!

Giveaway Poskad Vintage (Bahasa Jerman)

Hai kengkawan semua! Mari-mari tuan dengar ini cerita. Cerita berkisar tentang seorang budak yang suka merayap-rayap seperti seekor kutu di atas kepala. Dalam merayap-rayap tuh terjumpa la oleh si budak ni 4 keping poskad vintage dalam Bahasa Jerman. Dann tiba-tiba budak tuhbermurah hati nak kasi engkorang semua poskad-poskad tersebut, dengan syarat engkorang join giveaway si bodak rayap tuh. Rayap-rayap, macam kayap pulak aku mendengor. Hehehhehe. Mai join giveaway cheq, dijamin syarat mudah sahaja! Mai-mai-mai!



Syarat-syarat giveaway kali ni:

1. Follow blog JINDRISSKA.blogspot.com
2. Komen beberapa entri, dengan tujuan nak membodek empunya blog. Kekeke
3. Buat satu entri tentang giveaway ni, letakkan banner, beserta backlink, kemudian publishkan.
4. TInggalkan URL blog engkorang di ruangan komen entri ini. Di sini, sini. Jangan paste tempat lain pulak. Babab kang! Hihihi 


Hadiah-hadiah yang disediakan adalah:

List Peserta Giveaway Poskad (Bahasa Jerman)

Hai kengkawan! 

Cheq tau, cheq faham, che sedia maklum. Engkorang semua suka blog walking kann. Sambel blogwalking boleh jugak cuci-cuci mata, tengok blog orang cantek-cantek kann. Aku la tuh, setiap kali blogwaking mesti terpegun tengok blog orang lain cantek. Pastuh terjeles. Memang kak Aisya, memang selalu camtuh. Babab jer elok. Hihihi. So dengan semangat ke-blogger-an, dann semangat ke-blogwaking-an (Ehhhh!), aku sediakan list ni, haa engkorang pergi ler bergumbira lawat-melawati, ziarah-menziarahi jiran tetangga, yang sama-sama join giveaway ni. Jangan dengki-dengki dekat blog orang macam kak Aisya sudahlah! Teehee :D


Memory to Ponder : Swizerland

Hai kengkawan!!! Ingat tak lagi aku cakap, masa praktikum arituh, aku kehilangan life. Terasa nak pengsan, rasa nak mati, takde life sangat bila tiap-tiap hari kena pergi kerja praktikal. Keluar pagi, balik malam. Hilang rasa indahnya berguling atas katil sampai matahari tegak kat langit. Hilang weh nikmat hidup muda-mudi ni. Nak manja-manja dengan laki den pun tak cukup-cukup masa. Kikiki. Tapi thanks to my Mr Cinta Sayang Cik Juwaily (<--- name baru ke tuh? hehehhe), arituh da penat bekerja seminggu, wikendnya Cik Juwaily bawak aku berjalan kejab. Ni masa praktikum arituh la, sekarang da abes da. Loga hati den sekarang ni haa. Hihihihi


Wikend somewhere in August maybe, kitorang pergi merantau kejab ke Swizerland. Kat sinun tuh semua benda mahal, hotel mahal, makanan mahal. Negara orang kayo! Cop money! Jadi kitorang yang tak berapa nak kayo ni, kitorang pack makanan dari rumah, pastuh pergi naik kereta sewa, balik hari. Tak mampu heh nak sewa hotel. Koyak poket laki den! Kitorang pergi beramai tau 10 orang, naik 2 kereta, share-share bayar. Kitorang ajak junior Malaysia yang datang sebagai exchange students kat Jerman ni, ikut sekali pergi berjalan.


Semua bawak makanan macam-macam. :D Ramai chef-chef professional yang masak. Mak takde dekat sini nak masakkan untuk kami, jadi kenalah buat sendiri-sendiri kan. A pat on my husband's shoulder. Thanks, husband! Dia yang masak, aku tukang merasa jer. Kikikiki :D


Interlaken we go! Aja!

Tat-ta-tara!! Welcome to Interlaken, Swizerland! Masa bercinta dulu-dulu sebelum kawen, inilah tempat yang Cik Juwaily yer-yer janji nak bawak aku pergi hanimun. Last-last hanimun kat PD jer. Kekekeke. Takpelah, akhirnya sampai jugak aku ke Interlaken ni haa. Punyalah Swizerland dengan Jerman berjiran jer, da 5 tahun duduk Jerman, baru laa ni sampai.

Teaser : Vintage German Postcards Giveaway

Baru-baru ni, aku tak ingat jalan dekat mana. Pastuh terjumpa beberapa poskad vintage yang cantek giler (bagi akulah). So macam biasa, ahkak Aisya tergoda, and terbeli. Kikiki. Anddd yang paling best adalah, quotes yang tertulis atas poskad tuh dalam bahasa Jerman!! Anyone excited nak join, kalau aku nak buat giveaway poskad-poskad vintage bahasa Jerman tak? Incase anyone interested, sila laungkan "Nak poskad vintage dalam bahasa Jerman" diruangan komen bawah ni!



Sebabkan aku baik kann *pujilah aku sikit, bodek-bodek dibenarkan untuk giveaway kali ni, hihihi*, aku akan take sometime, some of my very precious time dann translatekan kepada korang semua maksud perkataan yang tertulis di atas poskad yang bakal engkorang menangi ni. Haa baikkan aku kann? Kann, kann, kann. Hihihi *perasan giler, hehehehe*.



1. Aschenputtel: FYI, Aschenputtel ni german-version of Cinderella. Haa, kalau korang nak tahu, translation dia adalah: Cinderella is the best proof that a new pair of shoes can change your life!

Kelas Bhasa Jerman #8 : Title-less Thursday

Hallo, everybody! Hari ni secara rasminya aku membelog tanpa mengedit gambar. Ok la kot kann. Ahkak nak mengajor bahasa Jerman arini, engkorang nak tak ni belajor? Auraaa nak mengajor ni menusup masuk dalam hatiku, tak dapat lagi ku tahan-tahan. Hahahahahah. Mai kita learn a new thing today, nak? Hihihi *kalau taknak pon, cakap nak jugak, tak kira* Kalau tak, babab. Hahahahaha.



Neues kommt von Neugier
(Maksud : Something new always comes from the one, with curiousity)
Neues : Something new
Kommt : Comes
Von : From
Neugier : Orang yang curious.

DILEMA

Hati meronta-ronta nak menulis belog secara aktif balik. Tapi aku sendiri memberi beribu-ribu alasan yang aku sendiri cannot brain. Bermacam alasan tuh termasuklah kononnya aku takde masa, padehal masa yang ada, aku gunakan sebaiknya untuk tidur-tidur-tidur. Alasan lain aku pulak, nak edit gambar, website FOTOR selow macam sifut sedut semput, maka aku malas mengedit gambar. Habes kisah travel aku ke Italy dan Swizerland ku biarkan lapok menunggu basi. Eh eh! 


Alasan yang terakhir yang aku sering berikan kepada diri sendiri, sebagai escape reason tak menulis di belog ini adalah, aku benci keyboard laptop ku. Ada sebutir beras tersangkut dibelakang huruf  "V" sampaikan terasa menaip menjadi begituh susah, sampai perlu ku apply begituh banyak force ketika menaip. Aku penat, tanganku lenguh, kau tahu! Jangan sampai aku beli laptop baru kang! *Duit ade ker masalahnya?!*





Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 5)

Ya Allah, tak sampai sejam lagi giveaway ni nak habes, tiba-tiba aku teringat belum join lagi. Kak Sally, I almost terlupa nak join. Almaklumlah, sekarang jarak masa Malaysia-Jerman da jadi 7 jam, susah betul nak pikir time kat Malaysia pukul berapa.


Nasib baik sempat lagi kan nak join gieaway ni! Mai, mai, mai lagi berapa minit lagi giveaway ni nak habes dah, mai cepat join, and kepada yang dah join, goodluck semua orang yer :D




Rasanya kak Sally sayang pilih Taiwan sebagai destinasi travel this time sebab kak Sally tak pergi lagi kot Taiwan, kita tak pasti, just main teka-teka jer, harap betol la. Hihihihi :D


And based pada apa yang kita search, rasanya ada beberapa tempat ni wajib dilawati kalau dah berada di Taiwan.


1) Taipei, sebab ada menara yang tinggi tuh dekat situh. Apa nama dia, Menara Taipei 101 ek? Haa yang tuh lah. Kalau tempat kita, kita dah tak heran dah dengan Menara Berkembar KLCC kann, tapi percayalah sebagai tourist, mesti benda camnie yang kena lawat. Sebab bukan ada banyak pon dalam dunia ni, menara-menara camnie nie kann.



2) Elephant Mountain, Taipei. Ataupun nama lain dia, Nangang District Hiking Trail. Sambil-sambil hiking tengok nature, hirup udara segar, bila sampai kat atas puncak tuh, buleh pandang ke bawah, dann akan nampak the whole bandar Taipei. Macam menarik kann? Kita memang suka hiking2 ni kak Sally, hihihi :D

Kenapa Pakai Tudung?

Arini sepatutnya aku nak publish entri konon-kononnya teaser giveaway, tapi sebab gambor tak habes edit lagi, maka kita cerita hal lain la di blog pagi ni yer. *kat sini pagi lagi, baru pkol 8:47 masa aku menaip ni haa, hihihihih*


Last week aku demam, so seminggu tak pergi kerja, so arini dengan penuh semangat aku datang ke tempat kerja. Bukan senang nak sentiasa ada moti-basi tau bila engko kerja negara orang, pastuh takde kawan sape-sape dekat tempat kerja. Pergi balik kerja sorang-sorang, makan tengahari pon sorang-sorang. Sob sobss. Hihihi. Aku selalu jer ada moti-basi tuh, sebab aku memang jenis tak pandang kiri-kanan, orang tak bercakap dengan aku, satu opis tak cakap dengan aku pon, aku ok jer. Heheheh.



Nak jadikan cerita masa dalam train otw nak pergi kerja tadi, ada sorang makcik Jerman duduk dekat dengan aku, jadi kami pon boraklah. Dari borak isu kerja apa, belajar apa, tinggal mana, sampailah tiba-tiba terborak pasal Religion. Benda ni macam sensitip isu, orang Jerman selalunya tak stori sangat pasal agama-agama ni. Makcik tuh tanya I olls soalan sentap, haa terkedu aku kejab, tak tahu nak jawab apa. Dia tanya camnie,


''Warum tragen Sie Kopftuch?"
(Maksud: Kenapa kamu pakai tudung?)

I'm so in love with Wam-Pi-Ray

Hahahaha. Wam-Pi-Ray adalah sebutan baru untuk vampire yer, anak-anak! Aku baru habes streaming drama 'Scholar who walks the night'. Ya Allah, in love sangat dengan abang vampire dia! Mainly ada 2 orang abang vampire dalam drama ni, dua-dua hensem sangat-sangat!!!! Dah habes tengok dramanya pon still rasa tertinggal lagi aku ni dalam Joseon Era. Hahhahhaha. Pardon me, I still live there! Hihi

scholar who walks the night


(Halwa telinga sambel-sambel membaca : LINK)
Mehh aku stori serba sedikit, sebelum aku paksa engkorang semua pergi tengok cerita ni yer. Drama ni dia berkisar tentang seorang lelaki ni (Kim Sung Yeol, KSY), dia pembantu seorang Putera Mahkota (Crown Prince JungHyun CPJ) pada zaman Joseon. Yang CPJ ni pulak suka macam tulis novel tentang percintaan vampire dengan rakyat biasa, dan dia gunakan nama pena Lustful Student. 

Peneman @ Hobi Baru

Tak perasan sejak bila, aku macam melekat tiba-tiba suka baca buku novel. Baru lagi rasanya. Sebab Nabila (kawan baru kat Bingen) suggested 1 novel ni untuk aku baca, aku terus terjatuh cinta dengan amalan membaca ni. Hihihi :D Dah umur 24 baru nak amalkan amalan mulia macam ni kan, ko Aisya! Takpe, people say, better late than never kot! Kikiki


Sekarang setiap kali dalam train, ada 10 min otw nak pergi kerja pun, sempat nak selak-selak buku baca beberapa helai. Tu pon rasa tak puas, rasa macam nak baca lagi, baca lagi. 


(Halwa telinga sambil membaca :D LINK)

Serius best buku ni. Ending cerita ni memang totally out of expectation.
Aku sendiri rasa, penulisnya berjaya fool me.
Serius tak sangka pembunuhnya siapa. Best! Best! Best!

2015 Hijab Fashion

Nowadays hijab is one of the most popular head accessories worn by women who embrace Islam. There are plenty of 2015 hijab fashion tips online that do not have to cost much either! Apart from the hijab tips below, you can also get inspiration from your favourite celebrities who wear tudung like Dato Siti Nurhaliza, Yuna, Hana Tajima and Shila Amzah.




Over the past years, we can see a growing community of Muslimah fashion bloggers and hijabnista in Malaysia. This has totally changed the idea of how to infuse the modern lifestyle into the core of what it means to be a Muslimah. The media used to potray Muslimah as shrouded in pitch black robes and full covered from head to toe, feeding the stereotype idea that modern lifestyle, fashion and religion itself could not mix.



Kelas Bahasa Jerman #7 : Scheinfrei Like A Diamond!!

Yeah! Finally lepas 4 tahun belajar dengan penuh susah payah dekat negara orang ni, finally, finally, finally 26 Oktober 2015 aku lulus semua subjek & lab test. Yeah! Alhamdulillah! :D Kelmarin dapat tahu lulus semua exam, cikgu salam tangan, cakap tahniah, tak tahu nak feeling camne. Hihihi :D Mampu senyum jer masa balik dari Uni. Btw,


Scheinfrei
(sebut: Syain-frai)
(bermaksud lulus semua exam)



How to survive belajar dekat Germany ni?
Aku pon tak tahu. Usahalah sekuat hati, setabah yang mampu. Bila semua subjek dalam bahasa jerman, kuliah, exam semua dalam bahasa hak-hak-haktuih, macam nk terkeluor kahak cakap bahasa tuh. Bila semuanya dalam bahasa Jerman, hadapi jelah. Susah pon hadapi! Hihihi. Dongibab, kipidap! Kann orang kata,




Masa nak balik dari Uni, tengah jalan nak pergi bustop, tiba-tiba rasa, canteknya alam ni. Tiba-tiba la aku fefeeling sensorang nak tengah-tengah Uni tuh. Mesti orang pandang aku pelik, kikiki. Takpelah, orang lain bukan faham pon kita tengah happy, hati bunga-bunga bila habes semua exam kann. Tapi biarkan mereka dengan sedara-sedara mereka. Hihihi :D


Autumn has always made me fall in love with it again and again! Never failed!

That Day When I Gave My Mom A Call

I dont usually ring my mom. Meaning, maybe once in 2 months, or maybe longer, baru aku tiba-tiba ada perasaan nak call mak aku. Pernah jugak macam 1 sem aku tak telefon mak aku. Masa praktikel dulu, one of my Mitarbeiter (kawan sekerja dalam bahasa Jerman) asked me, 


"When was the last time I ringed my mom? "


Hahahha. Tough soalan dia, aku memang susah nak jawab. "It's not that I have problems ke apa with my mom tau, just it's my personality." Haa gtuh jawapan aku dekat si Deutsche (read : German) tuh haa. Aku pun tak tahu kenapa aku macam ni. 


Aku ingat jer kat mak aku, bukan aku lupa. Just that I know, even kalau aku tak call pun, my mom is ok. Mak aku pun dua kali lima macam aku jugak. Kekekeke. Mak aku pon ok jer, aku tak call ke apa. Dari dekat sekolah dulu camtuh.



Peminat Drama Korea Sudah Kembali :D :D :D

Hey, you!!!! Yes, you! Tell the world, I'm back to this writing-me-writing world. Ahkak da habis praktikum, so I'm officially free right now. Yeyeh, bolehlah tulis blog pagi-petang siang-malam. *ko ingat, aku takde benda lain nak buat ker haa?* hahahahahah.


Da free sikit ni, apa lagi, terus aku bukak website sana, website sini. Tengok drama la, apa lagi. Hihihi, melepas geram, katanya. Drama terbaru aku suka sekarang adalah "She was Pretty". Mula-mula sebelum start streaming, aku pergi baca review. Yelah internet telefon aku ni slow, dalam train pergi-balik kerja, kalau nak tengok drama dari telefon, memang tak dapat la. Aku just dapat baca je review org pasal drama-drama yang tengah hot sekarang ni. Nampak tak betapa komitednya ahkak dekat drama korea ni? Hihihi.


She Was Pretty
(Halwa telinga, sambil membaca KLIK)

Germany-Holland: Solo-Not-So-Solo Trip

You know, people say, when you always have someone besides u, it's hard to stay alone anymore. Ini yang aku dok alami, minggu lepas. My husband, Cik Juwaily, he had something to do somewhere else, and I had to stay at home all alone by myself. 


Aku rasa, aku boleh pengsan, *pastu bangun balik, pengsan lagi* sebab boring sangat-sangat takde kawan nak bercakap. Jadi aku pon go online, tempah tiket bus, and went for my very first solo trip, since I got married!!!! *Solo dalam bas jer tau, past past tuh da ada kawan balik!* Yeah!


So during the wikend, that I was not at home, I visited one of my old buddies, she's staying near Germany-Holland boarder, so alang-alang melawat dia, boleh la pergi singgah jengahkan batang hidung ni ke negara Holland tu haa. Hihihihi :D Btw, kawan-kawan aku yang lain pon datang sekali during that wikend. Hihihi :D


(Listen to this song as you read :D LINK)


Laika & Ayu ku sayang!
Laika yang tudung biru :D
Ayu yang tudung merah :D

4 days staying in Münster, these 2 people are the most important people, among all. Yang sorang tukang masak, yang sorang lagi tukang basuh pinggan. Bakal menantu pilihan ni! Ouch! :D

Saturday morning in Münster, Germany.
Aku sampai Münster on Friday night, makan-makan apa semua, terus tido. Penat sangat Jumaat tuh stuck dalam traffic jam. Perjalanan ke Münster yang sepatutnya 6 jam je, jadi 9 jam. Kematu pungkuk duduk dalam bas. Hahhahahha :D

Studentlife : Bila Ada Yang Pulang Meninggalkan Kita

Semenjak dapat 2 orang adik junior dekat Universiti sini (FH Bingen, Germany) terasa diri sendiri macam dah tua. Terasa macam, wahhh diorang 4-5 tahun lagi muda dari aku. Aku pun tak lama dah nak habis belajar jugak, insyaAllah. Tua-nya diri sendiri sebab nak habis belajar dah. Boleh?! Habis belajar = tua. Apende Aisya! Hahhahahah


Baru-baru ni kami hantar kak Lisa balik Malaysia. Kami hantar dekat Airport Frankfurt jer, bukan hantar sampai Malaysia tau. Kau, kalau kitorang hantar kak Lisa sampai Malaysia kann, memang cheq tak balik Jerman balik semula, nak duduk bawah ketiak mak cheq lama-lama. Wahh rindu bau ketiak mak guwe! Waduh!




Memang dah jadi tradisi student Malaysia dekat sini, bila ada orang habis belajar nak balik Malaysia for good, mesti ramai yang sudi hantar dekat Airport. Mesti semua yang hantar pun dalam hati pikir,


„InsyaAllah tak lama lagi, aku pun balik macem ni jugak“

Alhamdulillah :D

Merenungi luar jendela,
Mengagumi kebesaran yang Maha Esa,
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza,
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa.
Mahukan harta yang mampu beli satu semesta,
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan,
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan,
Hantaran jamuan nafsu tidak berkekalan,
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan.



Pangkat dikurnia jangan disalah guna,
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma,
Guna kelebihan untuk hikmah bersama,
Jagalah nama, hidup penuh pementasan & drama.



Ada yang buta, hanya bila sudah kaya,
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,
Boleh hilang dalam sekelip mata,
Ucaplah Alhamdulillah, bukannya sukar.




Kerna semana kaya atau besar

Tetap Allahuakbar




[Germany] Bingen-Rüdesheim Ring Tour

Assalamualaikum and hye!

Pernah tak korang rasa, korang duduk dekat-dekat dengan kawasan pelancongan, tapi korang sendiri tak pernah pun nak explore bendalah pelancongan tuh. Pastu dalam masa beberapa bulan lagi, korang akan balik ke Malaysia, meninggalkan semua kenangan yang korang ada dekat sini, tapi kenangan nak tinggalkan tuh pun takdelah banyak mana. Haa camno tuh?!


Aku rasa camtuh baru-baru ni. Aku macam pikir, aku dah tak lama nak duduk Jerman ni haa, tapi Bingen dengan kawasan sekitar pon tak habis explore lagi. Bagaimana nak ku pulang ke tanah air, tanpa membawa seribu kenangan untuk kuceritakan kepada anak cucu cicit ku nanti, semuanya sebab salah diri sendiri yang taknak mencipta kenangan tuh. I should give myself ONE BIG SLAP! Watcha! Ok, that one is one big kick, not slap. Hahhahaha.


Bingen am Rhein
Rüdesheim am Rhein, Germany (13 Sept 2015)

Jadi disebabkan masa di sini dah tinggal bulan-bulan sahaja, takde lagi perkataan setahun dua tahun lagi, eloklah masa yang ada ni kita isi dengan mencipta kenangan kann. Gtuh you! Kenangan terindah! Ouch! Lagipun tak lama lagi dah masuk winter, kalau masuk winter ni, banyak aktiviti tak dapat nak buat. Cable car pun tak jalan masa winter-winter nanti. Meh sangat kan!


Rüdesheim Town
Rüdesheim ni cantik tau. Tapi harituh nak rushing pergi naik cablecar,
jadi tak sempat nak pukl gambar comel-comel. Takpe, nanti habes praktikel
cheq datang lagi naa :D :D :D InsyaAllah :D

Jadi baru-baru ni tercipta ler kenangan baru di Rüdesheim (bandar berdekatan Bingen tempat aku duduk sekarang). Rüdesheim ni tersenarai dalam must-see, if you come to visit Germany. Old town, classic, cantik. 4 perkataan mampu describe the whole thing. Kalau datang masa summer, boleh naik cablecar. Tapi masa winter cablecar ni tak available. But no worry bebeh-bebeh sekalian, masa winter ada Christmas Market cantek giler-giler kat Rüdesheim ni :D Tak caya, cer tengok sini ---> LINK

PENGUMUMAN: Senarai Pemenang Giveaway Souvenirs Europe

Assalamualaikum dan salam sayang 1 Malaysia. Hye semua! Terima kasih banyak sebab sudi join giveaway ahkak yang syaratnya macam giler arituh yer. Meh nak umumkan pemenang, semua ynag bertuah, tahniah. Kepada yang belum bernasib baik, insyaAllah nanti ada giveaway lagi. Jangan risau tau :D Btw, sini boleh check no penyertaan masing-masing yer CLICK

GIVEAWAY CONTEST : SOUVENIRS dari EUROPE

Dari GERMANY:
Keychain Rüdesheim : 30 Fatin Syaherah
Magnet Set Germany : 14 Nur Zulaiha Aziz
Fridge Magnet Loreley : 35 Umi Kalsom


Dari CZECH REPUBLIC:
Fridge Magnet Prague 1 : 9 Kak Lya

Fridge Magnet Prague 2 : 17 Ana Halim @ Ana Jingga

Dari HOLLAND:
Keychain Wooden Clog 1 : 28 Fitri Ananda

Keychain Wooden Clog 2 : 10 Maisarah Sidi
Keychain Wooden Clog 3 : 26 Fatin najuwa bt yusuff
Keychain Wooden Clog 4 : 13 Kak Bbwana

Dari ITALY:
Fridge Magnet : 3 Cik Mimie

Fridge Magnet : 1 Ikhwan Yusuff
Keychain : 5 Nenot
Opera Mask from Venice : 29 Juraidah Rahman
Jadi pemenang dah di pilih. Mai emel cheq untuk tuntut hadiah : siti.aisya.ibrahim@gmail.com. Selewat-lewatnya 30 September 2015. Details yang diperlukan:

Nama:
Alamat:
No Penyertaan:
URL Blog:
Menang hadiah apa:



P/s: Menaip masa tengah kerja ni, rasa bersalah giler. Kalau boss nampak ni, mampos! Hhahahah

PENGUMUMAN: Senarai Peserta & Hadiah Giveaway Souvenirs Europe

Haa lama bebenor aku senyap yer lepas dah launching giveaway arituh. Ater senarai nama peserta pun baru sekarang nak update. Sorry korang semua, yang menunggu *Masalah dia, ada ke yang menunggu tuh?! Kekeke* Meh aku kasi korang tengok dulu hadiah-hadiah yang aku sediakan untuk giveaway contest kali ni. Mai cuci-cuci mata sekejab, sebelum cheq updatekan senarai peserta dengan buat pengumuman kecil yer :D :D :D Teehee :D


Dari GERMANY:
Keychain Rüdesheim, Magnet Set Germany, & Fridge Magnet Loreley

Dari CZECH REPUBLIC:
Fridge Magnet Prague 2X

Dari HOLLAND:
Keychain Wooden Clog 4X

Dari ITALY:
Fridge Magnet 2X, Keychain & Opera Mask from Venice

Terharu Kuasa Enam Belas Ratus :D

Dah 2 tahun kahwin, dari bercinta dulu tak pernah dapat bunga. Sekali anniversary second year kahwin, dapat bunga nan sekuntum. Ya Allah, happynya!!! Seriuosly aku terjakun sekejab. Macam awkward masa nak sambut cik Juwaily kasi bunga ros nak sekuntum kusayang tuh. Dalam hati berbunga-bunga. Kahkahkahkah.

Bunga ros pertama dalam hidup ni, tak pernah pun dapat sebelum ni :D


Sampai-sampai rumah lepas balik praktikum, macam pelik sebab cik Juwaily cepat-cepat suruh aku mandilah bersiaplah apalah. Masa aku mandi, aku dok pikir, 


'Kenapalah laki aku pelik bebenor arini ni? Mesti dia plan pelik-pelik ni'


Aku siap pikir, entah-entah dia suruh aku mandi sebab dia nak sorok hadiah anniversary dalam peti ais kot. Agaknya lepas aku mandi, dia suruh aku masak, pastuh terjumpa hadiah anniversary masa cari barang dalam peti ais. Merepek giler benda yang aku pikir. Noob habes. That day, lepas mandi tuh, cik Juwaily suruh aku pakai cantik-cantik. Dia cakap nak pergi makan kebab kat kedai restaurant Turki. Aku macam, 


'Yek, makan kedai Turki je ke. Anniversary kot. Come on la!'

Kopi: Tabiat Orang Jerman, Serba Sedikit

There was one time, I told my friend.... Amboi speaking London ahkak Aisya yer! Kekekeke. Takdelah gurau jer. Aku pernah arr borak dengan kawan kerja sini, orang Jerman. Aku cakap, aku rasa nak reduce coffee intake aku. dulu macam banyak arr minum kopi. Aku nak reduce jadi 3 CAWAN jer sehari. Pastuh kawan aku si Jerman alah ni pon cakap, dia pon nak reduce jugak coffee intake dia, jadi 7 CAWAN sehari. I was like, whattttt....??!! 7 cawan tuh kau dah reduce dah, habis kalau belum reduce berapa tuh kau minum sehari? Is coffee you blood type or what? Hahhahaha. Minum kopi tak hengat donya betul ni.



Tapi somehow bila dipikirkan balik semula, logiklah kenapa diorang minum kopi banyak sangat-sangat. Sebab orang Jerman ni sangat fokus bila buat kerja. Kalau menguap, memang pelik arr. Aku tak pernah tengok kawan Jerman aku menguap. Haa dahsyat kan. Pastuh diorang ni memang pentingkan efficiency bila kerja. So untuk stay fokus masa kerja, diorang bukan takat minum kopi jer. Malah diorang tidur awal setiap hari. Kalau kat perumahan aku kan, lepas pukul 9 malam, dah sunyi gila. Sume rumah dah tutup lampu weh. Diorang sume tidur awal, supaya esoknya tak mengantuk kat tempat kerja.

My Boss

Dekat tempat aku praktikel ni kan, aku kerja bawah sorang boss ni. Boss aku ni, hebat giler programming. Aku memang tengok dia, sentiasa rasa kagum. Ok, tipulah kalau kata ''sentiasa'' tu kan. Kadang-kadang rasa nak lempang muka dia, bila dia buat lawak sinis dekat aku. Kadang-kadang jer sebenarnya aku kagum dengan kehebatan dia programming tuh. Keh keh keh. 


Pastuh last week, kitorang(aku dengan kawan China aku) setiap hari buat test dekat luar bangunan bawah terik matahari, sebab nak check reaction sensor dalam kereta BMW dengan panas dari matahari. Sunburn aku, korang tahu. Setiap hari 5-6 jam duduk bawah panas matahari. Takutlah kena cancer kulit pulak kang. Scary you know! Pastu lepas dah buat banyak giler buat test, tak mampu la jugak nak analisa satu-satu data kan. Datanyer panjang berjela-jela pulak tuh. Boleh terkeluor biji mato den kalau nak kena analyse satu-satu. Kekeke


Jadi boss aku tuliskan satu programm ni, kalau kitorang tekan 'RUN', dia terus siapkan analisa semua comel-comel simpan dalam komputer dalam bentuk EXCEL. Aku tengok boss aku buat, woopp terus terkagum kuasa 16 belas ratus! Kekeke. Tapi, bila boss aku kasi programm tuh dekat aku pulak, aku sendiri try nak buat ala-ala boss aku kan, **nak try test power diri sendiri**, tiba-tiba programmnya taknak jadi pulak.




Eh eh!! Raya Dah Habes Ker?!

Hahahaha. Start-start ketawa dah. Ke ke ke. Perasan tak perasan, dah habes dah bulan raya. Liplap-liplap sekejab betul masa berlalu. Tapi tak tahulah kenapa, feeling-feeling gembira raya aku belum habes. Dalam hati stil berbunga-bunga, setiap hari rasa macam hari raya. 


Aku terjumpa satu video yang junior aku rakam, suasana raya arituh masa dekat Konsulat Malaysia di Frankfurt. Harituh aku ada cerita pengalaman raya diperantauan kan. KLIK SINI. Kali ni share video pulak, kasi korang tengok. Have fun watching!! See if u could spot me :D Hihihi :D



Tips & Idea Bijak Beli Kereta by Ezaz Wealth

Assalamualaikum dan hye semua!! Cik Juwaily terjumpa bendalah ni dekat Facebook. Bagus bendalah ni, yuk la kita sharing-sharing yer :D Besok-besok aku sendiri nak beli kereta boleh jugak refer. Bagus tips orang ni :D


IDEA 1 : Alang-alang beli kereta, beli 2biji terus

Rasional:
1. Mesti beli dengan pembiayaan, bukan tunai.
2. Satu dipakai, satu disewa.
3. Pendapatan daripada sewa kereta bayar untuk dua-dua kereta.
4. Anda tidak langsung bayar kereta anda, malahan pendapatan sewa kereta itu yang membayar komitmen bulanan anda.
5. Selain menyewakan sendiri, boleh jugak dipajak kepada peniaga kereta sewa.

Nak buat giveaway ke tak?

Hye semua! Rasanya macam lama pulak aku Missing In Action (MIA). Belog pun dah berdaki dah ni! Hehehehe. Isnin lepas baru exam last paper, paper yang susah yang amat. Dalam sepanjang-panjang Bachelor dekat Jerman ni, inilah satu-satunya exam yang 2 jam setengah. Exam lain semua sejam setengah jer. First time la dalam hidup aku, nak exam, aku tutup semua benda. Deactivate Facebook, logout Instagram, macam-macam lagilah, sebab nak fokus exam yang ni. Blog pun pandang sipi-sipi jer. InsyaAllah lepas ni akan free sikit, barulah boleh up story macam-macam dekat blog. Maybe nak buat Giveaway Contest kot. Tengoklah camne.


Haa nak cite. Masa exam tuh ada 6 soalan, aku dapat buat adalah dalam 5 soalan. Tapi balik rumah check-check, ada satu soalan tuh memang salah pengiraan aku. Cuak! Janganlah sebab satu soalan ni, aku fail lagi sekali. Korang semua doakan aku lulus yer! Ohh please, tolonglah jangan suruh aku amek exam lagi dah. Tak sanggup mak! 



I have been thinking about my future lately, what next apa semua. Still couldnt come out dengan satu jawapan, nak settledown lepas habes belajar nanti camne. Lepas balik Malaysia nak buat apa? Should I just kerja Engineer ke, should I just stay at home and babysit my daughter or son ke(kalau adalah Cik Juwaily Junior nanti :D), should I sambung master ke. Blah blah blah. 


Baru faham bila dah exam yang last, praktikel pon dah halfway through, kita akan start fikir what to do in the future. Aku sebenarnya takut kalau aku tak plan, tiba-tiba huru-hara dikemudian hari. Ehhmm. Korang tolong kasi cadangan, aku penatlah pikir. Ke ke ke :D




P/s: 
Pasni nak pergi travel kejab. Harap-harap best! :D *Aku ada simpan banyak souvenirs sepanjang travel Europe, ada macam-macam negara* Hihihi. Korang nak tak aku buat giveaway? Nak giveaway start bila? Leave me a comment! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...