home about contact travelog resepi bahasa jerman

Apa Salahnya Repeat Exam?!

Psst, psstt, meh nak bisik. Hehehehe. Kalau tulis dekat blog ni, takde maknanya bisik, Aisya oi! Hahhahahah :D Aku sebenarnya nak bercerita kepada dunia, tentang perihal seorang budak bernama Aisya yang suka repeat exam. Hhahaha, aku ler tuh, sila buat2 kenal yer.


Aku kan selalu sangat gebang dekat blog, cakap aku exam kan. Sebenarnya sebab aku ni selalu kena repeat exam. Haa, terukkan aku kan? Ceritanya camnie, dekat sini (Jerman), sistem dia, setiap subjek, kita boleh ambil maximum 3 atau 4 kali, depends pada universiti. Macam uni aku, FH Bingen, boleh ambil exam bertulis sampai max 3 kali, pastuh kalau fail lagi, exam lisan plak, dann kalau lisan pon fail, barulah kena buang uni. Haa, seram tak seram jugaklah kan.




Aku kadang2 macam down tau, kadang tuh subjek senang, semua orang ambil sekali jer lulus, tapi bila aku ambil, aku sorang jer dalam kelas yang fail. Pastuh aku jugak ler muka yang me-repeat-nya. Memang cikgu suka sangat gamaknya menengok muka aku yang tak berapa nak comel ni kan. Hahhahahha. Nak tahu tak, suami aku siap cakap:


"Aisya, kalu lepas ni fail lagi subjek ni, tolonglah jangan cakap dengan sesapa. 
Abang malu tau, semua orang ambil sekali jer lepas. 
Abg malu orang tahu, yang fail tuh bini abang"
Hahhahahha :D


Cess!!


Tapi!!
Haa, aku percaya, dalam dunia ni takde benda yang impossible 
dan aku pegang jugak satu kata pepatah orang2 Jerman:


Aller Anfang ist schwer.

Bermaksud:
Semua permulaan adalah susah.


Orang Jerman memang pegang sangat prinsip ni. Sebab tulah kot, tengok diorang ni sukses dalam banyak benda, maybe sebab diorang tak cepat giveup. Bila kita sanggup hadapi kesusahan masa mula2, kita akan nampak indahnya sesuatu benda tuh. Apa2 benda ponlah, tak semestinya exam jer.


Haa, mula2 jer susah, korang. Tapi kalau kita buat dua tiga kali, dia jadi semakin mudah. Betul tak? Mungkin pepatah ni kot yang menyebabkan aku suka sangat repeat exam. Aku sebenarnya syok jugak repeat-merepeat ni. Hhahaha. Nak tau kenapa?




Kalau kita fail exam kan, fail tuh maksudnya kita belum cukup faham, apa yang kita belajar, gtuh! Pastuh bila second time belajar, semua benda yang tak faham masa mula2, mesti jadi semakin faham-faham-faham. Haa terasa indah sangat bila semakin faham. Nampak nota pon bersinar-sinar! Hhahahahha Rasa macam nak peluk cikgu yang ajar tuh, aku berterima kasih sangat, sebab dia buat aku faham! Hhahahah :D


Dannn, selalunya aku bila ambil exam repeat ni, markah aku lebih dari markah suami aku! Yeyeh! Suami aku senior 2 tahun atas aku. Tapi kitorang kos sama, major yang sama, jadi subjek yang aku ambil, dia dah lepas dulu. Bila aku repeat plak, markah aku kalau lebih sikit pon dari dia, memang seminggu arr aku dok menganjing dia jer. Kehkehkehkeh. Itulah kuasa me-repeat! Hehhehe.


Johnny Oppa! Jangan lah tenung I lama2. I malu...! Ishhh! :D


Moral of the story:
Dalam dunia ni semua benda mula2 susah, Aller Anfang ist schwer, tapi bila kita ulang2, latih2 insyaallah akan jadi mudah. Percayalah! Just face the hardest beginning, barulah lepas tuh kita boleh buka minda dan jiwa kita untuk sesuatu yang baru sebenarnya. Haa kan ayat aku kan! Maksud aku kat sini, jangan takut nak mencuba, walaupun mula2 terasa susah giler. Sebab ingat mula2 kita belajar berjalan pun, kita banyak kali dah jatuh, baru kita reti berjalan kan.


Janji jangan takut mencuba, jangan sesekali putus asa, dan jangan peduli apa orang lain kutuk kita. Semakin banyak kali kita ulang exam, semakin fahamlah kita. Barulah ilmu tuh betul2 masuk ke dalam dada, tersemat di hati gtuh. Ngee ngee :D


Klah, just nak bagitau korang, exam untuk winter sem hampir tiba. Doakan aku yer! First payy-perr 2 Feb 2015, pastuh 5 Feb. Semuanya paper repeat. Ada aku kesah! Hhahahaha :D


p/s: 
Entry ini ditulis dengan harapan, semua orang yang membaca mendapat semangat. 
Sila jangan anggap aku poyo! Kehkehkehek :D


Sekian~
Thanx alot for reading this !
Muah! :D
Anneyoung!

46 comments:

  1. good luck! subject aper ler yg kamu ambik tu dik oi..selamat me-repeat paper ookayy=))

    ReplyDelete
  2. Dalam dunia ni... Ada dua sebab kenapa orang berjaya dalam exam... Pertama kerana keupayaan menghafal membabi buta... Kedua kerana keupayaan kerana betul2 faham... Tahniah! Kerana anda berjaya kerana anda faham!

    ReplyDelete
  3. bagus repeat nie. sebab boleh naikkan markah. .hehe :)
    dan kita akan lebih faham apa yg dipelajari.
    gudluck sis. :D

    ReplyDelete
  4. Risau juga kalau fail sebab tak pernah. Tapi kalau Allah nak uji fail 1 paper exam yang lepas, saya terima dengan hati terbuka. Belajar dari kegagalan. :D Nice sharing sis.

    ReplyDelete
  5. Aisya, dulu akk x nak repeat paper sbb kene tambah sem. Kalo tambah sem duit pun kene tambah. Mmg x mampu la dik non sbb bljr u swasta. Apa2 pun all the best dlm exam. Baca surah an nashrah sblm jwb exam tau ^^

    ReplyDelete
  6. Tak ada masalah repeat paper sebenarnya, cuma persepsi orang sekeliling je yang buatkan perkara ni nampak teruk bebenar. All the best, Aisya. Break a leg!

    ReplyDelete
  7. Pertama kali saya tahu 'keindahan' repeat paper. Hahaha. Tapi banyak betulnya apa yang akak cakap.

    ReplyDelete
  8. saya dah dua kali repeat paper,, kali ketiga ni lewat sikit,, tak register lagi coz fobia kena repeat lagi hihii,,, dah lah sem last ,, sublek akhir plak tu.. klu tak teruskan memang sia-sia belaka pengorbanan selama ini,,,, "saya doakan saniah ahmad lulus subjek perakaunan kos,amin",, terima ksih mendoakan,, Allah sahaja yg dapat membalasnya :-)..

    ReplyDelete
  9. Steady..dont give up..learned from experience we had before

    ReplyDelete
  10. Never give up!! hehehe..jangan peduli pe orang kata yang nak belajarnya kita..repeat pun repeat la janji apa yang kita belajar..kita faham kan? :) Chaiyok2 Aisya :)

    ReplyDelete
  11. betul tu aisya..kak wana sokong sangat..jangan pikir sangat apa yang orang cakap/kutuk..jadikan ia sebagai satu semangat baru dalam diri.. aisya pasti boleh punya..kak wana yakin 200%..hihik..all the best ya..

    ReplyDelete
  12. pernah kena repeat paper masa sem last.. nasib lepas.. kalau tak, tak pasal2 kena repeat sem..

    ReplyDelete
  13. Dunia...kadang-kadang kita kat atas...but takpe la...be strong! Okay! Beat of luck baby sister! (≧∇≦)/

    ReplyDelete
    Replies
    1. repeat exam takpe...janji jangan extend semester..semput!

      Delete
  14. semangat anis bace entry akak.. kan bagus kalau ade org yg sentiasa positif.. anis pernah je repeat dulu.. mase kali kedua buat plak short sem.. memang faham betul ape yg kita belajar.. xsia2 belajar kali kedua..huhuhu..

    ReplyDelete
  15. entry ni bagus, memberi semangat. semoga berjaya kak! :D

    ReplyDelete
  16. entry ni bagus, memberi semangat. semoga berjaya kak! :D

    ReplyDelete
  17. betol tu kak. tapi lela paling takot kalau kena repeat paper . biasa la melayu kannn

    ReplyDelete
  18. BUDAK ENGINEERING MANA FUN KALAU TAK REPEAT? HHahahaha.

    Scha pun pernah je repeat. Rasa looser gilaaa. Lepas tu tobat taknak repeat dah. Nak grad on time org melayu kata. hahah

    ReplyDelete
  19. timm pun sama jugak..hehe..penah kna repeat smpai 2 kali..
    alhamdulillah, repeat tu mmbntu n dpt lebih lgi dr xpectation..hehe..

    ReplyDelete
  20. Betul tu kak. Ena pun pernah juga kena repeat masa asasi dulu. Bila repeat tu rasa malu juga. Tapi lama kelamaan, ada hikmah semua ni. Apapun jangan pernah berhenti mencuba dan terus berusaha

    ReplyDelete
  21. kadang2 ada rasa sbb language barrier tak aisya? :) kita ni dah terbiasa final exam lisan, dah tak dapat nak bayang sangat kalau kena written. haha

    ReplyDelete
  22. All the best tau Aisya.
    Harap x repeat lagi sebab macam penat nak revise subjek sama.

    ReplyDelete
  23. All the best Aisya,
    Gagal tak selamanya gagal kan? Kaksha banyak sangat temui kegagalan dalam hidup termasuk kesihatan, pelajaran, kehidupan & sebagainya... Dan kaksha memang pegang kata2 jerman tu dari dulu, Setiap permulaan adalah susah :)

    ReplyDelete
  24. Saya tak pernah repeat exam lagi, tapi repeat subjects dah 2 kali. Macam kak Aisya cakap la, lepas kita repeat, makin kita faham

    ReplyDelete
  25. hahahaha....saya seronok baca nih...tapi saya tepeat exam..sbb tak pernah masuk university lagi.....huhuhuu..haru kan pokcik ni......

    ReplyDelete
  26. Salam... entry yang baik... saya pun pernah pegang dengan pepatah tu... bila buat sekali dan gagal tu lagi bagus dari buat terus berjaya... sesuatu pekerjaan tu memang susah dipermulaannya... nice quote....

    Salam singgah

    ReplyDelete
  27. nice motivation! hehe. betul la tu. gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. yang penting jangan putus asa. *dituju untuk diri sendiri. hehe. anyway,good luck! semoga dipermudahkan semua. ^_^

    ReplyDelete
  28. jgn ptos asa.. xpe repeat pon..
    =)

    ReplyDelete
  29. cn masa dekat u ada repeat 1 paper sebab fail, alhamdulilah, grade dgn result yg memuaskan..masih atas 3.00..hehe

    ReplyDelete
  30. kalau pass sebab mengahafal tu lagi la rugi dari repeater kan.huhu

    ReplyDelete
  31. Kalau repeat paper, tapi result lagi gempak, tak ada masalah pun.
    Ade kwn yg masa blaja kat uni, repeat 1 paper dari kitorang, tapi, end the end, eh, result keseluruhan dia lg canggih.

    ReplyDelete
  32. eeeyh dipandangan akak tak perlu nak rasa down kena repeat pun. its normal dan bukan satu kesalahan. cool saja and do your best okay.. you can do it \\^^//

    gud luck exam adik manish..

    ReplyDelete
  33. tak kiralah berapa kali repeat/sit for exam, yg penting always strive for the best. Moga Allah mudahkan..

    **alahaii Johnny Depp tu ;p

    ReplyDelete
  34. Aller Anfang ist schwer. Belajar quote germany pulak kali ni. Hehe. Aisya pasni boleh la kasi lagi quote2 sana. :)

    Repeat paper ni kalau dalam kalangan anak melayu yg belajar sesama kat malaysia ni mesti terasa dipandang rendah. Padahal rezeki ilmu terletak pada nasib memasing.

    Tapi aku suka dengan semangat yang kau ada aisya :)
    Good luck ^^

    ReplyDelete
  35. takpe..bersusah susah dahulu..berjaya jaya di kemudian hari..

    ReplyDelete
  36. Pinjam quotes jap jadik status wasap. Hehehhh. Gudluck!

    ReplyDelete
  37. kekadang takut orang mengata.. tu yang takut repeat tu.. jaga mulut orang kan..

    ReplyDelete
  38. dari kegagalan lah akan datangnya kejayaan..

    ReplyDelete
  39. thank you thank you thank you krna bgi semangat kpd student2 yg kena repeat paper ni. terubat sikit remuk hati kena repeat tu.. huhu

    ReplyDelete
  40. Hi kak aisya, we have the same name, nama saya pun aisyah but ada h di belakang, sy pun kena repeat paper menangis teruk sy, sebab yelah satu malu nanti apa kawan kata, kedua sedih sebab dah rosakkan harapan nak dpt dekan :p. tapi lepas baca blog akak, memang rasa motivate sgt!!! thank you kak! :D

    ReplyDelete
  41. Hi kak aisya, we have the same name, nama saya pun aisyah but ada h di belakang, sy pun kena repeat paper menangis teruk sy, sebab yelah satu malu nanti apa kawan kata, kedua sedih sebab dah rosakkan harapan nak dpt dekan :p. tapi lepas baca blog akak, memang rasa motivate sgt!!! thank you kak! :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...