home about contact travelog resepi bahasa jerman

Kelas Bahasa Jerman #2

Assalamualaikum dan salam Maulidur Rasul kepada semua yang membaca di sini. 


Ni nak cerita, 2 minggu lepas, kitorang penduduk Bingen, Germany telah pergi ke Airport Frankfurt untuk menghantar senior kitorang balik ke Malaysia for good. Perghh ayat aku ada ''telah'' la. Bangga cikgu BM den dekat sekolah dolu2 kalau dengar. Kehkehkeh.




Bui bui seniors, till we meet again, insyaallah :D


Dann... Airport Frankfurt telah memberi inspirasi kepada aku untuk share dengan korang beberapa perkataan dalam bahasa Jerman. Ini kira ala-ala kelas Bahasa Jerman tak berapa formal la yer. Ater aku ni idok ler bertauliah nak mengajor kome2 ni bahasa Jerman, tapi apalah salahnya berkongsi ilmu. Tak gtuh?


"Lho semua mahu nggak guwa ajarin Bahasa Jerman?"


Makanya kalau mahu, mari kita mulakan! Teehee. Aku pon tak tahu, kenapa aku tiba2 cakap macam ni. Btw, selamat belajar semua! Lets get started!




Aku first time ok jumpa benda alah ni, excited giler aku. First time jugak tengok duit dari macam2 negara dalam peti duit camni. Dann kalau korang nak tahu, dalam bahasa jerman


Spenden = Donation


Korang jangan plak fikir ''spenden'' benda lain plak tau. Kehkehkeh. Aku sendiri pon selalulah tersilap2 ingatkan ''Spenden'' ni macam English word ''Spend''. Tapi lain kan maksud dia kan.



Nampak tak muka budak excited kat atas ni? Aku jakun time ni. Hahhahahah :D



Links = Left
Rechts = Right
Gehen(sebut gay-yen) = Walking
Stehen(sebut ste-yen) = Standing


Haa dekat atas ni gambar tong sampah. Aku kan, habis tong sampah pon aku nak snap kan. Dah kenapa. Saje je. Dekat dalam Jerman ni aku tengok, rasanya memang wajib asingkan sampah macam dekat atas ni. Kalau dekat rumah kitorang, 


Tong kuning = Verpackung(sebut fer-pak-kung, maksud packaging) untuk segala jenis plastik dan pembalut makanan dan apa2 pembalut pon.


Tong Hitam = Papier(sebut pa-pi-yer, maksud paper) untuk segala benda yang berasaskan kertas dan kotak.


Tong Coklat = Biomüll(sebut bio-muell, maksud sampah bio) untuk semua sampah macam daun kering, rumput, makanan basi. Senang cerita untuk sampah yang bio-degradable(boleh dilupus secara bio/natural oleh alam sekitar)


Tong Hitam lain = Restmüll(sebut Rest-muell, maksud sampah lain2) untuk semua sampah yang tak termasuk dalam kategori2 dekat atas tadi. Dann, kalau dekat rumah katakanlah takde tong sampah Biomüll, sampah2 macam nasi basi, makanan basi boleh dibuang dalam tong yang ini. 


Faham ker aku cerita ni? Macam pening kan? Memang mula2 pening, tapi lepas sebulan 2, mesti dah masuk dah dengan sistem ni. Apa pendapat korang? Bagi aku, sistem ni bagus sangat untuk alam sekitar. Haa, aku excited sebenarnya, aku sangat suka benda2 kitar semula ni. Atleast ini kira usaha kecil kita untuk preserve bumi kita yang dah makin tua ni kan. Bagus sangat!


Btw, sampah macam kain baju dengan botol2 kaca, ada tong sampah lain. Biasanya dekat satu kawasan perumahan, ada 5 6 tong. Dann, perabot plak ada sekali dalam setahun lori datang angkut. Tarikhnya biasanya boleh check dekat dalam buku jadual pembuangan sampah. 


Excited tak, aku excited giler masa mula2 dapat buku jadual buang sampah tuh. Tapi pening jugak nak digest masa mula2. Kehkehkehkeh. Nanti bila2 aku story lagi yer pasal ni. Panjang sangat kalau nak cerita dekat sini semuanya :D


Maksud = we send chicken. Hungry? Then, blah blah blah. Susah plak nak translatenya. Ini iklan untuk galakan orang order makanan melalui website online, dekat website ni semua jenis makanan dia boleh delivery, kalau tak silap. Tak sure sangat. Teehee. :D


Hier wird Essen bestellt = Here, food is ordered


Perasan tak dekat tengah2 ayat, tiba2 Essen tuh 'E' dia huruf besar? Haa dalam bahasa Jerman, semua perkataan kata nama macam FOOD mesti dimulakan dengan huruf besar. Ya Allah masa aku mula2 belajar bahasa ni dulu, susah giler nak tulis huruf besar dekat tengah2 ayat. Kekok habis. Sekarang dah ok dah sikit. Teehheee :D


Klah, lain kali kita borak2 lagi yer. Aku ni sangat tak reti nak ajar2 orang ni. Harap perkongsian ilmu nan sedikit ni berguna untuk korang semua. Sekian~


Thanx for reading this !
Muahh !

31 comments:

  1. tong sampah je dah macam meja kat kaunter pertanyaan..
    canggih2..
    ihiks

    ReplyDelete
  2. spenden tadi tersebut lain plak..errr...hihihi.. maaf cikgu.. ngeheheh... aah la memang macam rase tersekat dekat tekak bila cuba cakap..hihi... unik2.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm 'spender' lak kikiki =D

      Delete
    2. hahah... betul2.. anis xberani sebut.. kih3... :P

      Delete
  3. hahhaha.... eh.. tabong spenden tu boleh je eh dorang letak tengah jalan dengan lutsinar macam tu.. tak kne curik eh? hahhaa.. paling last skali.. sempat jadik duta ayam.. hahaha.. pape pon... tengkiu ajar kiteorang bahese jermen.. nanti bukak kelas lagi tau! =D

    ReplyDelete
  4. wah...i learn a new words today...wakakaka..susah jugak eh....

    ReplyDelete
  5. Huhu. thanks for sharing. :)
    Saya pun suka dengan sistem macam recycle macam gitu. Tak delah membahayakan bumi sangat. ehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun suka suka suka! Green lifestyle :)

      Delete
  6. susah nak menyebut perkataan tu. hihihi

    ReplyDelete
  7. Susah betul sebutan bahasa Jerman nih.. huhuhu.. bila dah biasa, in shaa Allah ok jer kan..

    ReplyDelete
  8. tbh, German is my favourite langs, bg fina sbtn dia byk bunyi 'hushhush' haha.. nice entri kak Aisya :D

    ReplyDelete
  9. nice info! ^^ bahasa german ni, ejaan lain tapi sebut lain sikit kan. jenuh berbelit lidah. haha.

    ReplyDelete
  10. SUSAH NYA NAK PRONOUNCE! HAHHAHA

    Tapi mcm dh jatuh cinta dengan Jerman sbb tngok the grand budapest haritu.

    ada suggestion cerita romantic comedy versi german or english/german takk?

    ReplyDelete
  11. Adesss, tergeliat lidah mak nok..nak sebut semua perkataan tu..senang sebut spenden je..hahaha dgn links :) hahahaha

    ReplyDelete
  12. wah, kak wana pun teruja la tengok donation box yang ada macam2 matawang pelbagai negara..spenden..ok, tq kak wana belajar beberapa perkataan baru hari ni.. :)

    ReplyDelete
  13. Terbelit-belit lidah nk sebut mende ni. Bahasa jerman mmng susah sikit ya sebutannya.. Btw tong sampah tu unik gila bentuk dia : D

    ReplyDelete
  14. terima kasih cikgu ajarkan bahasa jerman... hehehe

    ReplyDelete
  15. alamak, rasa macam dah post comment td. tapi takde pulak T_T

    ReplyDelete
  16. Susah juga nak sebut bahasa German ni ye... Lidah keras. hihi.. :P

    ReplyDelete
  17. dari awal lg dorang dah train asingkan sampah kan. memudahkan kerja. mcm kt jepun pon sama gak kot konsepnye. bagus betol part sampah asing2 siap2 nih..

    byk bljr word baru ni. TQ Aisya! hehe

    pstt~ ada sikit psl Germany kat sini. mohon respon Aisya hehe :
    http://ana-mizu.blogspot.com/2015/01/jambatan-iblis.html

    ReplyDelete
  18. Saya dari dulu kalau nampak perkataan Jerman, saya mampu tengok sahaja sebab nak cuba baca atau sebut, takut tergeliat pula lidahnya nanti.

    ReplyDelete
  19. Links Gehen dengan Rechts Stehen... time pergi korea dulu pun macam tu gak lebey kurang..
    sebab org2 ngra luar kan pentingkan masa, so nak rushing. they let the other side of escalator for thos
    yang tgh hurry.. kalau kat malaysia lah.. mmg tak adanya macam tu.. hehe :D

    ReplyDelete
  20. ahaha da macam mencarut da bunyinya aisya oi hahah.. kalo akak reti cakap mesti gelak2 dulu.. weeeeh duit tabung tu akak pun jakun.. maak aaaih.. bayangkan dalam tu semu euro okay la pound hahaha

    ReplyDelete
  21. nice sharing...tapi agak tergeliat lidah nak sebut kan..

    ReplyDelete
  22. Terkehel dagu dah akak cuba baca. Kiranya food kat sana ala2 kata nama khas la yea.
    Akak suka tong sampah tu! Jerman antara negara yg lebih advanced dgn konsep kitar semula berbanding kita di Malaysia.

    ReplyDelete
  23. Kilang bmw dekat tak dengan bingen? Hehe. Seronok baca sebutan dia ^.^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...