home about contact travelog resepi bahasa jerman

9 Tips Keluarga Harmoni, Hidup Bahagia


Aku ni suka dengar Dr FK cakap, sedap jer telinga ni kalau kena bebel dengan Dr FK. Tapi kalau mak aku bebel, malas aku nak dengar. Tak bagus, Aisya, tak bagus! Hahhahahha.


Sila imagine korang dengar talk dari Dr FK yer.
Ok, sidang pembaca dan pendengar yang dikasihi Allah swt sekalian, arini saya nak berkongsi dengan anda semua, tips-tips bagaimana mengharmonikan hubungan suami isteri di rumah, dengan harapan tips ini sedikit sebanyak boleh membantu pasangan-pasangan di luar sana, untuk kembali romantik yer, macam baru-baru kahwin. Cewahh! :D



Tips 1 : Berkomunikasi
Haa, 
kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti. 
Kalau ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati

Luahan hati ke hati ni bagus sebenarnya, bolehlah si suami tahu, apobondo tak kono dengan si isteri, si isteri pun ada peluang luahkan pendapat dia. Tapi ingat, luahan hati ke hati ni bertujuan supaya suami isteri boleh memperbaiki sikap buruk masing-masing, tapi bukanlah maksudnya si isteri boleh memaki-hamun, mencaci-maki si suami. Berkomunikasilah dengan bahasa yang elok. Hehhehe. (**Susah jugak nak cakap gaya macam Dr FK, dahlah penat aku! Hhahahaha)




Tips 2 : Solat berjemaah bersama & minta maaf
setiap kali ada peluang. Lepas solat, minta maaf pada suami. Yelah kita tak tahu masa bila kita ada menyakitkan hati dia. Seeloknya sebelum tidur malam pun mintak maaf pada suami. Takut-takut tidur tak bangun-bangun dah esoknya. Hahhaha


Tips 3 : Membuat keputusan bersama-sama
Bila dah kahwin, banyak keputusan perlu dibuat melalui perbincangan dan musyawarah. Wah ayat aku! Bagus sebenar buat keputusan sama-sama ni, ada 2 otak untuk pikirkan satu perkara. Bukan sehati dan sejiwa jer, ini se-OTAK dan sejiwa jadinya. Hahahhaha. Contohnya bila isteri nak beli baju membazir-bazir, isteri tanya pada suami, suami cakap, "Aisya, tak payahlah beli baju baru! Baju lama kan ada lagi elok lagi". Si isteri tak jadilah beli baju baru. Maka duit si isteri terselamatlah dari dibazirkan. Kann.


Tips 4 : Selalu-selalulah cakap Lebiu ataupun I love u!
Yang ni tugas isteri yer. Suami memang susah meluahkan. Normal la tu, diakan lelaki. Tapi percayalah, bila cakap romantik-romantik ni, heheheh, suami mesti senyum. Sedap telinga dia mendengar. Hati pun rasa bahagia jer. 




Tips 5 : Bila merajuk/bergaduh, jangan lama-lama
Nanti takut jadi pergaduhan yang lagi besar plak kan. Sikit-sikit bolehlah. Lebih-lebih, janganlah. Kalau suami da pujuk tuh, layan kan aje. Takyah degil-degil sgt, ego tuh simpan-simpan sikit. Salah seorang mesti mengalah. Ingat mengalah bukan bererti kalah! Hehehehe :D Yang penting dulukan perasaan orang yang kita sayang, ego kita kemudian.


Tips 6 : Give each other space
Kalau si suami suka memancing, bagi dia peluang dan jangan halang-halang dia, malah galakkan dia dengan hobinya. Macam tuh jugak suami, kalau isteri minta izin nak keluar window shopping dengan bestfriends dia, bagi peluang. Takdelah kalau kita dah kahwin ni, hidup kita 24/7 dengan suami/isteri kita jer. Kita kadang-kadang perlukan jugak masa dengan diri sendirikan. Give and take-lah selalu.




Tips 7 : Selalu-selalulah refresh hubungan
dengan cara makan dalam pinggan yang sama, suapkan suami time dia busy tak sempat nak makan, keluar dating, jalan-jalan pegang tangan, dirumah masak sama-sama. Buat je semua benda yang boleh mengeratkan hubungan laki bini tuh, insyaallah tenang rasa hati! Keluarga pun bahagia! Pahala pun dapat lgi! hahahha.


Tips 8 : Jangan buat benda yang pasangan tak suka
Contoh kalau suami tak suka isteri bising-bising naik-naik suara, cubalah belajar cakap lemah-lembut. Orang lelaki suka tau orang perempuan ni lemah-lembut, sopan-santun. Sebab dah memang fitrah perempuan sepatutnya begitu.





Tips 9 : Baca Qur'an bersama-sama
Kalau ada masa senggang, ajaklah suami/isteri baca Qur'an sama2. Aktiviti ni bagus! Sebab boleh menambah ilmu bersama-sama. Suami mungkin ada ilmu yang kita memang tak tahu, vice versa. Anak pun tengok mak ayah baca quran, anak pun senang nanti nak didik jadi generasi Quran. Haa kan bagus tuh!




Semoga korang yang membaca mendapat manfaat dari entry ni yer! 
Kalau ada nak tips-tips lagi pasal kahwin ke belajar ke apa-apa jelah, silalah korang tulis dalam ruangan komen. Kasilah aku idea sikit. Nanti aku rajin, aku kasi tips-nya dekat korang yer. 


**Entry ni entry auto-publish, 
agaknya masa korang baca ni, 
akk Aisya dalam dewan exam gamaknya. 
Exam pukul 17 waktu Malaysia.
Doakan yer :D



Till then !
Muah !
Anneyoung !
Thanx for reading this !

24 comments:

  1. nice tips.. boleh ambik nanti time dh kena mase anis nie..huhu... gud luck kak aisya sayang.. :)

    ReplyDelete
  2. tips yang bagus ni buat pasangan yang dah kawen..dapat hangatkan kembali hubungan..hehe..semoga semuanya berjalan dengan lancar ya aisya..

    ReplyDelete
  3. cuba nak bayangkan DFK..tapi nampak muka Aisya jugak..ok, nanti pas kahwin akak patah balik sini ulang baca ek...hehe

    ReplyDelete
  4. nanti boleh amalkan ni. heeee :)

    ReplyDelete
  5. Tip untuk masa hadapan..inshaAllah..hehehe :) bestnye kahwin..tetiba...hikhik

    ReplyDelete
  6. stkt takde pasangan lagi ni, kita try apply dgn kawan serumah lah ;D hehe

    ReplyDelete
  7. Tak boleh nak praktik lagi benda ni sebab belum bersuami. heheehhehe

    ReplyDelete
  8. tips ni boleh saya share dgn customer2 saya. :D

    Kak Aisya,jom blogwalking ;)
    http://rashidmajidofficial.blogspot.com/2015/01/segmen-blogwalking-journey-with-jjajja.html

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, mmg praktis tips2 di atas. :)

    Aisya, postcard awak dah smp. Tq very much. Akk suka ^^

    ReplyDelete
  10. eh. Ni yg rasa mcm nk kawin ni. Hahaha. Goodluck for your exam!^^

    ReplyDelete
  11. ok tak sabaq nak kawen sobss sobss.
    gud luck exam Aisya! :)

    ReplyDelete
  12. tips #4 tu mcm susahh sket la nak buat...weols x brp nak lomantik hehe

    anyway, good sharing.

    salam ukhwah :)

    ReplyDelete
  13. marriage life.byk dugaan ,cabaran dan kemanisan

    ReplyDelete
  14. Okay, kak sally bear dalam otak ni...hadam...simpan...kot-kot la kan..hahaha :P

    ReplyDelete
  15. Akk..nk inform yg postcard tu dh sampai.thank u ye,cantik sangat >.<

    ReplyDelete
  16. Tak sabar rasa nak kawen. haha. tak sabar nk buat perkara yg halal dan mengeratkan hubungan dgn bakal hasben.

    haha. Insya Allah. Nice tips aisyaaa. :)

    ReplyDelete
  17. alamak itew tak kawen lagi.. hakhak.. awak bleh geng ngan kakak2 sebab da kawen..
    weols muda remaja u hihi..

    tapi nak tumpang sat suruh uols doa kasi akak dapat hasben beriman cute muka kepop kaya boleh bawak jalan2 selalu.. amin..

    ReplyDelete
  18. Haha baca tips ni buat aku rasa nak kawen. Tapi takde calon. Takpe lah moga Allah bagi kesenangan dalam urusan kehidupan kita semua. :)

    ReplyDelete
  19. ada tak tip supaya org tertarik ahahaah

    ReplyDelete
  20. nice sharing.. thanks Aisya untuk perkongsian nih..

    ReplyDelete
  21. tringt pesan ustaz poyo tuu, "kalo bini mintak rm1k bagi je rm2k mesti bini x mengamuk., " hehe2

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...