home about contact travelog resepi bahasa jerman

Travelog Salzburg, Austria - Perjalanan Pergi (dari Germany)

Assalamualaikum, hellow2 semua yang membaca di sini. 


(Ditaip pada 10 Feb 2015)
Wahh, masa menulis ni, Alhamdulillah dah sampai ke Munich, Germany (München) lepas sehari suntuk duduk dalam train. Kitorang kan, plan nak bertolak tadi pukul 730. Pastuh bangunlah awal, pukul 6 pagi. Normally idok ler akak ni rajin nak bangun pukul awal-awal gini, tapi sebab semangat nak pergi berjalan, wahh cepat jer mata ni nak celek. Hahahhaha. Biasa dia tu kan! 



Bangun-bangun, mandi, terus basuh pinggan, gosok dapur, kemas beg baju semua. Nampak tak, hari nak bertolak, barulah nak kemas-kemas baju kan. Memang Aisya ni camtuh ler! Hahhahahha. Mak aku pesan, kalau nak tinggalkan rumah, kemas siap-siap. Nanti kita balik, penat, sampai rumah, rumah lapang kemas jer. Lega. Sedap mata memandang! Ahaks!




Last-last tak dapat keluar rumah 730 pagi, sebab tak sempat siap kemas rumah puas-puas hati, kitorang delay keluar pukul 830. Sekali sampai tempat bus, cik Habang engkorang tertinggal pulak wallet dia, semalam dia pakai jacket lain, arini pakai jacket lain, wallet dia duduk dalam jacket semalam tulah. Hahhaha. Nak dijadikan cerita pukul 9 baru bertolak betul-betul. Hahhahah.







Perjalanan kali ni lama giler-giler duduk dalam train. Bayangkan start naik train betul-betul pukul 9:47 pagi, sampai München dalam pukul 4:54 petang. Naik kematu punggung duduk dalam train. Hahhaaha. 


Normally kitorang suka bawak roti sardin, malas nak beli makanan dekat luar, sebab tahu jer, takde banyak pilihan makanan halal kan dekat sini. Hahhaha. This time no roti sardin, sebab kenyang sangat nanti muak plak, duduk dalam train ni duduk jer, lambat digestion roti tuh nanti, 'berat' sangat. Hahhaha. Kitorang bawak buah-buahan this time. Ada tembikai susu, limau, epal kitorang bawak. Dan secawan kopi. Tapi spare jer roti dengan nutella, incase lapar sangat dalam train, boleh makan kan. Tapi memang tak bersentuh pon roti tuh. Ngee ngee, penat jer bawak.




Perjalanan jauh giler ni, tidur bangun, tidur bangun balik pon tak sampai-sampai lagi. Kitorang memang dah prepare movie banyak-banyak nak tengok dalam train. Habis 2 movies masa dalam perjalanan ke München. Haa, kitorang tengok movie apa? First tengok The Da Vinci Code, Second tengok cerita Truman. :D


München menyambut kitorang dengan salji tebal giler!


4:54 petang sampai dekat München(Germany), kitorang turun dengan barang-barang beg-beg semua. Matlamat kitorang nak pergi Salzburg(Austria) sebenarnya, tapi singgah München sejam, sebab nak beli kek. Kitorang nak pergi Salzburg sebab kawan-kawan sekolah aku datang Austria sebenarnya. Namanya Ika(study ACCA dekat UK) dengan Pakli(kerja researcher kat Malaysia). Diorang ni husband & wifey, dua-dua schoolmate aku masa dekat MRSM Alor Gajah dulu. Ika dah pesan dekat aku, suruh beli kek dekat mana-mana, nak surprisekan Pakli, sebab birthday dia(Pakli) sebenarnya. 


Haa, tu yang aku dengan Suami aku singgah München, nak cari kek. Kedai kek tuh kitorang dah search siap-siap 2 hari sebelum bertolak lagi. Ika dengan Pakli memang dah sampai Salzburg dah masa ni. Masa kitorang sampai München, kitorang lapar giler, beli kek, beli kebab, makan cepat-cepat, naik train balik menuju Salzburg. Seriuosly rushing habis, sampai nak singgah kedai beli poskad pon tak sempat. Sedih! 


Its almost Maghrib, when we left München(Germany) for Salzburg(Austria). Otw to Salzburg, tengok movie The Tourist plak! Teehee. Ada abang Johnny Depp kesayangan kitorang :D Woop woop!




Sampai-sampai Salzburg, Ika dengan Pakli ambil kitorang dengan kereta. Ya Allah, rasanya ini first time aku jalan-jalan naik kereta. Dah lebih setahun tak naik kereta, memang terasa jakun habis. Hhahahahha. We had nasi beriyani Pakistan for dinner. Aloor, gambar cik Abang aku takde plak, sebab dia yang snap semua. Cian dia!


Tau tak apa, aku kirim dekat Pakli, bawakkan monopod dari Malaysia, kitorang excited-excited nak tangkap gambar dengan monopod, tiba-tiba henfon jatuh atas kek. Jelas terlihat kejakunan kami-kami ni. Hahhahaha. Lawak habis, pecah perut gelak. Hhahahha.





(Ditaip pada 11 Feb 2015)
Last but absolutely not the least, gambar dari belakang hotel kitorang duduk. Today, 11 February, nak jalan-jalan dekat Salzburg. Doakan perjalanan selamat yer. Muah semua! Esok kita borak-borak lagi yer :D Insyaallah :D




Sekian, thanx for reading this !
Muah from Salzburg, Austria :D
Anneyoung !
Bis Morgen ! (= till tomorrow)


~~Aisya Ibrahim~~

27 comments:

  1. Wow syoknya jln2. Sejuk2 pulak tu. Mmg badan kebal tahan sejuk..enjoy holiday ^^

    P/s: peta paris baru smp td. Akhirnya smp juga ye. Tqvm ye :)

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaa. *ayat cliche. Hehe ^^

    ReplyDelete
  3. handphone jatuh atas kek tu yg takleh tahan xD

    ReplyDelete
  4. wohooo. mmg live update ni :D rindu sangat kat blog. yeayy, i'm back!

    ReplyDelete
  5. salam aisya cayang..lama kak wana x singgah sini..rindu ngan aisya tau!!! ;p

    ReplyDelete
  6. mak oi, jauhnya perjalanan..sah2 punggung naik kematu..hehe..x sabar nak tunggu cerita aisya yang seterusnya..kak wana pun nak join 'travel' ngan aisya..huhu..dalam mimpi agaknya :D

    ReplyDelete
  7. Seronok tgk korang adik beradik jejak kasih, terasa cam nak join sekali

    ReplyDelete
  8. muke nak same je tiga2..
    haha..

    syoknye ade salji..

    ReplyDelete
  9. seronoknyaaa akak travel ^^ naik train memang letih lahh duduk lama ^^

    ReplyDelete
  10. mcm kanak2 riang je...hehehe...moga perjalanan aisya dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
  11. Live update babe.. tahniah.. selamat berjalan ye

    ReplyDelete
  12. Wah, Aisya pergi Austria pula yer... Bestnyer jalan-jalan. Zumal dah terima poskad dari Italy tu... Thanks yer Aisya ^-^

    ReplyDelete
  13. lamanya duduk dalam train...memang kematu tu..hahaha...wah seronok jalan-jalan..cantik gambar2 yang Aisya letak ni :)

    ReplyDelete
  14. Salam sis...das ist eine wunderbare journey..i Hoffnung mehr Geschichte zu lesen über Ihre,,,, Reise danke..Terbaek !!!

    ReplyDelete
  15. hamboiii kak aisya kemian berjalan sakan..huhu... muka same la semua..hikhik

    ReplyDelete
  16. pehhh lama bnau duk train.. memang kmatu la gamaknya.hahahaha

    ehhh.. kawan akak ke tuu? muka seiras la.. sooo comel lorr :)

    ReplyDelete
  17. Ditaip pada hari berlainan tuh..
    Nak pi berjalan haruslah bangun n berasiap awal kan?

    ReplyDelete
  18. boleh pulak terjatuh phone kt kek. hahha. lama gila kot dalam train. nasib baik ada movie.

    ReplyDelete
  19. Austria tu dalam germany ke sebelah? Maaf le buta geografi. Hehe. Kek tu jadi perisa henfon la camtu. :)

    ReplyDelete
  20. kelakar la tang fon jatuh tu.. hehehhe.
    mesti bestkan dapat makan nasi beriyani. aummm :)

    ReplyDelete
  21. kematu dah hilang belum ni.. hehe..

    seronoknya la hai dapat travel kan.. ^_^

    ReplyDelete
  22. lamanya dlam train...almost 6 hour tu Aisya..ni tren laju ke train lambat :-) ke train sedang2 aja

    pasangan tu nampak muda lah..like Aisya n husband gak...muda laie

    ReplyDelete
  23. kematu montot sungguhlah duduk lama-lama.. tapi scenery cantik kan.. boleh jugak layan2 perasaan.. akak tengok movie dalam keadaan bergerak ? aahah moviela tengok akak pulak..

    okay.. henpon jatuh atas cake.. the best ahahaha..

    ReplyDelete
  24. lamanya dalam train, nasib ada movie yang boleh dilayan.. terlebih excited laa tuh sampai handphone jatuh atas kek.. hehehe..

    ReplyDelete
  25. Kak Aisya, samalah kita. Jakun habis bila dapat naik kereta sebab selalu asyik naik public transport je.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...