home about contact travelog resepi bahasa jerman

Mee Bandung Muar

Aku rasakan, semenjak tangan suami aku ni melecurkan, aku dah semakin improve cooking skill aku. Hahahhah. Yelah, sekarang tiap-tiap hari akulah yang kena masak, practice makes perfect katanya! Hehehe


Dulu-dulu dia yang rajin, aku just tolong-tolong potong bawang gtuh jer. Selalunya dulu masa tangan dia belum sakit, kalau dia tengah masak, aku pulak basuh-basuh pinggan, kemas-kemas dapur. Tapi semenjak tangan dia melecur, memang ahkak Aisya take over semua kerja-kerja tau! Hahhaa, terasa super mama sekejab. Kehkehkeh.




Tapi dalam sakit-sakit tangan dia, aku halang dia masak pun, lepas jugak hari tu dia sorang-sorang dekat rumah, dimasaknya mee goreng. Ada hari lain, dia masak plak asam pedas. 2 hari lepas tangan melecur tu, dia jugak yang masakkan mee bandung. Aku ni bersyukur sangat-sangat dapat suami rajin camnie. Dalam dunia ni, susah nak jumpa laki camnie ni. Cewah! Aku yakin, dia takkan baca detail-detail benda aku tulis, so bolehlah puji sikit. I love u, abang! Kehkehkehkeh @_@



Haa sebenar-benarnya ahkak Aisya hari ni nak kongsi resepi dengan engkorang, resepi Mee Bandung Muar air tangan laki den! Ramai orang kata, mee bandung suami aku ni best, jadinya eloklah ilmu masak-memasak tuh di'tumpah'kan sedikit ke blog ni haa, besok-besok orang lain pun boleh try. Aterr semoga korang terhibur men-try resepi ni yer :D Goodluck!

RESEPI MEE BANDUNG MUAR


Bahan-bahan(untuk 7 orang makan):
  • 100 gram udang kering (lebih kurang secawan)*
  • 300 gram daging*
  • 1 biji bawang besar**
  • 4 ulas bawang putih**
  • 2 sudu besar cili blend**
  • 15 ekor udang segar
  • sayur sawi
  • fishcake, fishball (optional)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • gula melaka, garam (secukup rasa)
  • minyak menumis
  • telur




Cara-cara memasak:
  • Rebus bahan bertanda *. Simpan air rebusan tuh.
  • Udang kering yang dah direbus, tumbuk halus.
  • Bahan-bahan yang bertanda ** diblend semua sekali.
  • Dalam periuk, tumis bahan-bahan yang diblend tadi tu dengan udang kering tumbuk.
  • Kemudian masukkan sos tiram.
  • Masukkan daging yang dah rebus tadi dengan fishcake dan fishball, kalau ada. 
  • Air rebusan tadi, masukkan sikit-sikit. Masukkan jugak garam dan gula melaka. 
  • Adjust-adjust rasa. Kalau pedas, boleh tambah lagi gula melaka.
  • Masukkan sayur sawi, dan udang segar, biar sekejab. Tutup api.


Masa nak makan, panaskan sikit kuah tu, kemudian masukkan telur sebiji, biarkan separuh masak. 
Baru angkat telurnya. Dalam mangkuk, masukkan mee dengan kuah tadi. Letak telur dekat atas sekali. Taburkan bawang goreng kalau suka. Makan!





Tipps:
Kalau nak pekatkan kuah, boleh guna tepung jagung bercampur air, ataupun guna kacang tanah tumbuk. Tapi aku rasa, kalau guna kacang tanah tumbuk, lagi sedap, rasa lagi lemak-lemak gtuh. Heheheh :D



Selamat mencuba!
Cau cin cau!
Muah!
Anneyoung! :D

39 comments:

  1. untungnya dpt suami pndai masak..
    wahhh indahnya dunia..
    haha

    ReplyDelete
  2. untungnya dpt suami pndai masak..
    wahhh indahnya dunia..
    haha

    ReplyDelete
  3. Bestnye mee bandung. Tambah sedap kalau orang yg masakkan, :)

    ReplyDelete
  4. wow, dari gambar pun dah terserlah kesedapannya..belum rasa lagi tu aisya..kalau kak wana makan agaknya bermangkuk-mangkuk..hahah

    ReplyDelete
  5. memang aisya bertuah sangat dapat suami yang super rajin dan ringan tulang macam tu..memang susah tau jumpa suami macam tu..1 dalam 1000..korang memang pasangan yang sweet.. :)

    ReplyDelete
  6. untungnya suami pandai masak!!suami Aisya ada abang yang pandai masak+bujang lagi tak?hehehe..

    lama tak datang sini, nak korek cerita jap cmane tangan tu melecur.

    ReplyDelete
  7. wahh..sedap neh...lagi sedap sebab lelaki (suami) yg masak ..hurmm :)

    ReplyDelete
  8. Syukurla dpt suami pandai dan rajin masak. Untungnya Aisya tau ^^

    ReplyDelete
  9. pehhh syoknyaaa husneb masakkan :D

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum and Hye :)
    Saya sedang mencari sponsor :)
    Tiada syarat dikenakan :)
    Sudi tak nak sponsor? :)
    Sebarang detail bolehlah ke blog saya http://sweethotlovers.blogspot.com/2015/03/pencarian-sponsor-contest-wear-it-right.html :)
    Jika sudi, sila komen di entri tersebut. Syukran jiddan. :)

    ReplyDelete
  11. sedapnyaaa :) bole try nanti ni..hee

    ReplyDelete
  12. memang untunglah ada suami macam tu.. hehehe.. nak masak sama-sama lagi syok ^^,

    saya ingat lagi masa kat utp, asyik order mee bandung je. hahaha. tapi nak buat tu, maybe one day :)

    ReplyDelete
  13. waah mask sama2 sweet. >_< untg kak Aisya :D

    ReplyDelete
  14. Betul tu Aisya susah nak dapat asben yang rajin macam tu sekarang.
    Tengokk..sakit2 pun die still masakkan utk Aisya.
    So, sayang die betul-betul n please jangan sia2kan ye, dik :)
    * Pengalaman yang x sepertinya...:(

    ReplyDelete
  15. Mee bandung 1 nak kuah lebih + cili api potong

    sampai!

    ReplyDelete
  16. Beruntung Aisya dapat suami rajin macam ni..hehe :) Incik Kesayangan kita rajin kemas rumah je..sebab dia xde adik beradik pompuan..hahaha..

    psst : Mee bandung tu nampak sedap giler :)

    ReplyDelete
  17. Untungnya kak Aisya dapat suami rajin dan pandai masak ni! Bukan senang nak jumpa.

    ReplyDelete
  18. sedapnya mee bandung.. en.abang pun suka memasak jugak..

    ReplyDelete
  19. Hamboii kak aisya. Bestlah dpt laki yg pandai masak. Sedap pulak tu masakan dia. Ishh untung akak :D

    ReplyDelete
  20. huwaaaa sedapnya gambar last sekaliiiii kak aisyaaa hehe

    ReplyDelete
  21. kenapa rasa macam malas nak buat neh! mohon buat rempah sejuk beku hntr Malaysia :P

    ReplyDelete
  22. wow kalau macam ni tak rasa duduk oversea la yer...

    ReplyDelete
  23. uiyoooo tabik spring laa...
    akak pun belum tentu dapat masak cemni..

    ReplyDelete
  24. Wahhh sedapnyaa.. nak cuba lah ;P

    ReplyDelete
  25. Terliur kitew ni awak bila tengok gambar saja.
    Thanks sebab bagi resepi yang simple.
    Nanti nak try buat la.Hmm nanti boleh bawak g picnic kan..hehehe

    ReplyDelete
  26. Sedappp weiii. Terliuq plak den.

    ReplyDelete
  27. untungnya suami pandai masak dan rajin ke dapur.... hehehehehee...
    dan mee bandung tu sungguh owsemmm rupa dia... hingga melelehkan air hidung...!! :p

    ReplyDelete
  28. sedapnya..
    pas ni Eira nak cuba buat jugak lah..

    ReplyDelete
  29. MEE BANDUNG MUAR DI MASAK DENGAN PENUH KASIH SAYANG..TERLIOQQ SUDAH

    ReplyDelete
  30. Yummyyyy yummm! Beruntung badan ada cik abang rajin masak :)

    ReplyDelete
  31. Mee Bandung muar mmg sedap weh...klu g Muar wajib beli...tp klu pandai masak lagi sedap kot

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...