home about contact travelog resepi bahasa jerman

Pilihan Kos Bagi Lepasan SPM

Kos-kos Ijazah yang sesuai dengan pilihan asasi di universiti-universiti seluruh Malaysia


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Aku terpanggil untuk sharekan dengan adik-adik yang baru lepas SPM, pilihan-pilihan kos yang ada untuk ijazah (Degree @ Bachelor), yang sesuai dengan asasi yang available dekat Universiti-universiti di Malaysia. Yang berminat, jemputlah membaca yer, semoga bermanfaat :D


Bagi adik-adik yang masih belum maklum, asasi ini sama level dengan Foundation, A-level, Matrik, Diploma, Politeknik, STPM, dan STAM. Bezanya cuma tempoh pengajian. Biasanya asasi, matrik, dan foundation lebih pendek tempoh pengajiannya berbanding dengan Diploma.


ASASI SAINS

Terdapat di UITM, UMS, dan UKM sahaja. Bagi yang UKM, asasinya dipanggil Asasi Pintar. Kalau ambil Asasi Sains ni, nanti akan belajar semua bidang berkaitan sains, tapi tidak spesifik, sama ada ke arah Biologi ataupun ke arah bidang Fizik. Pilihan bidang untuk sambung degree/bachelor/ijazah sarjana muda:

  • Perubatan (Medicine); 
  • Pergigian (Dentistry); 
  • Farmasi; 
  • Sains Gunaan(Bio, Kimia, Fizik); 
  • Sains Kesihatan (Teknologi Maklumat Perubatan, Jururawat, X-ray);
  • Sains Sukan & Rekreasi (Sains Sukan, Pengurusan Sukan);
  • Sains Komputer & Matematik (Sains Teknologi Maklumat, Sains Komputer Multimedia);
  • Kejuruteraan (Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Kimia);
  • Sains & Teknologi (Sains Persekitaran, Kimia Indutri);
  • Sains Makanan & Pemakanan (Teknologi Makanan & Bioproses & Perkhidmatan Makanan);
  • Perhutanan Tropika Antarabangsa (Teknologi & Industri Serat Kayu);
  • Sains Informatik Labuan (Teknologi Multimedia & E-Dagang);
  • Pertanian Lestari (Pengeluaran Tanaman, Pengeluaran Ternakan);
  • Pendidikan dan Pembangunan Sosial (Pendidikan Jasmani);
  • Psikologi & Kerja Sosial (Psikologi Kanak-kanak & Keluarga);


ASASI SAINS HAYAT

Terdapat di UM, UniMaS dan UIAM. Asasi ni lebih ke arah bidang-bidang berkaitan biologi dan kimia. Kalau ambil asasi ni, memang dah tak boleh masuk ke bidang Kejuruteraan bila degree/ijazah/bachelor nanti. Pilihan kos untuk masuk degree/bachelor/ijazah sarjana muda:

  • Perubatan (Medicine); 
  • Pergigian (Dentistry); 
  • Farmasi; 
  • Bio-Perubatan; 
  • Sains Komputer; 
  • Sains Tulen(Biologi, Kimia);
  • Sains & Pendidikan; 
  • Senibina; 
  • Pengurusan Hartanah;
  • Teknologi Maklumat; 
  • Ukur Bahan; 
  • Ukur Bangunan;
  • Kejururawatan; 
  • Bioteknologi;
  • Bioteknologi Sumber;
  • Kimia Sumber; 
  • Sains & Pengurusan Sumber Akuatik;
  • Sains & Pengurusan Sumber Tumbuhan;
  • Sains & Pengurusan Sumber Haiwan;
  • Pembangunan Sumber Manusia;
  • Sains Kognitif; 



ASASI SAINS FIZIKAL

Terdapat tiga universiti yang menawarkan kos ni: UM, UniMaS, dan UIAM. Kalau ambil asasi ni, dia lebih ke arah bidang-bidang macam kimia dan fizik. Jadi memang lepas asasi ni, adik-adik tak boleh dah pilih kos perubatan ataupun apa-apa kos yang berkaitan biologi. Pilihan kos untuk masuk degree/bachelor/ijazah sarjana muda:

  • Kejuruteraan (Kejuruteraan Awam, Kejurueraan Kimia, dll);
  • Sains & Teknologi (Sains Persekitaran, Kimia Indutri);
  • Teknologi Maklumat & Komunikasi (Teknologi Maklumat, Sains Komputer Multimedia);
  • Sains Tulen (Fizik, Kimia); 
  • Sains & Pendidikan;
  • Senibina (Arkitek): 
  • Ukur Bahan; 
  • Ukur Bangunan; 
  • Pengurusan Hartanah;



ASASI KEJURUTERAAN

Terdapat di UITM, UIAM, dan UPNM sahaja. Bagi yang UIAM, asasinya dipanggil Asasi Kejuruteraan & Sains Komputer. Kalau ambil asasi ni, nanti akan belajar semua bidang berkaitan Fizik dan kejuruteraan.

Memang lepas habis asasi ni, tak layak dah nak masuk ke bidang macam Perubatan, Pergigian ataupun Farmasi. Tapi jangan risau, di bawah bidang Kejuruteraan ni, ada macam-macam pilihan lagi, contohnya Kejuruteraan Awam, Kejuruteraa Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Pemprosessan, Kejuruteraan Alatan Perubatan, dan banyak lagi. Pilihan untuk masuk degree/bachelor/ijazah sarjana muda nanti dalam bidang-bidang:

  • Kejuruteraan (Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Kimia, dll);
  • Sains & Teknologi (Sains Persekitaran, Kimia Indutri);
  • Teknologi Maklumat & Komunikasi (Teknologi Maklumat, Sains Komputer Multimedia);




ASASI SENI BINA

Hanya UM dan UIAM sahaja yang ada asasi ini. Di UM, asasi ni dipanggil Asasi Alam Bina, dan di UIAM dipanggil Asasi Seni Bina & Reka Bentuk Alam Sekitar. Memang inilah bidangnya, kalau adik-adik nak jadi Arkitek. Pilihan kos untuk sambung degree/bachelor/ijazah sarjana muda:

  • Seni Bina (Architecture);
  • Ukur Bahan (Quantity Surveyer);
  • Ukur Bangunan (Building Surveyer);
  • Pengurusan Hartanah;
  • Perancang Bandar & Wilayah (Town Planning);
  • Senibina Landskap (Landscaping);
  • Seni Gunaan & Seni Reka;



ASASI PERUBATAN

Terdapat di UIAM, UPNM, dan USIM(Tamhidi Perubatan). Ini memang untuk adik-adik yang memang yakin, degree nanti nak sambung bidang perubatan, dan memang berminat nak jadi doktor. Pilihan kos untuk sambung degree/bachelor/ijazah sarjana muda:

  • Perubatan & Pembedahan (MBBS);



ASASI PERGIGIAN (DENTISTRY)

Terdapat di UIAM dan USIM(Tamhidi Pergigian). Ini memang untuk adik-adik yang memang yakin, degree nanti nak sambung bidang pergigian, dan memang berminat nak jadi doktor gigi. Pilihan kos untuk sambung degree/bachelor/ijazah sarjana muda:

  • Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian;
  • Ijazah Sarjana Muda Pergigian;


ASASI TESL

Terdapat di UITM, UIAM (Asasi Bahasa Inggeris). Kalau ambil asasi ni, nanti akan belajar sepenuhnya berkaitan bahasa Inggeris sahaja. Pilihan-pilihan untuk masuk degree/bachelor/ijazah sarjana muda nanti:

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Honours) TESL ;
  • Ijazah Sarjana Muda Kemanusian (Honours) dalam English Literature & Linguistics


ASASI UNDANG-UNDANG & SYARIAH

Hanya UITM, UIAM, UM(Asasi Syariah) dan USIM(Tamhidi Syariah & Undang-Undang) sahaja yang menawarkan asasi ini. Berfokus ke arah guaman dan kehakiman, so, adik-adik yang berminat nak jadi peguam ataupun hakin, sesuai ambil asasi ini. Nanti masuk degree/bachelor/ijazah sarjana muda dalam bidang:

  • Undang-Undang
  • Undang-Undang (Syariah)
  • Syariah dan Undang-Undang
  • Syariah Fiqh & Usul
  • Syariah Siasah Syar'iyyah
  • Syariah & Ekonomi



Sebenarnya ada banyak lagi pilihan asasi tau. Tapi akak Aisya cuma mampu pikir yang ni dulu. Harap perkongsian nan sedikit ni dapat menolong engkorang semua memilih untuk UPU yer. Insyaallah nanti akak Aisya listkan senarai biasiswa dalam & luar negara yang engkorang boleh pergi mohon.


Salam Sabtu~ Cau cin cau! :D
Muah!
Thanx for reading this!


14 comments:

  1. saya dah malas nak tengok kos2 ni.... hahahhahaha... dah tinggal satu je lagi semester.. tiba2 rasa macam nak amek master psikologi lak. tapi kompem mak x kasi T___T

    ReplyDelete
  2. kite masuk politeknik je dulu..

    tetiba pulak rasa nak nyanyi lagu politeknik..
    kehkeh..

    arap adik2 pilih kos yang betul la...

    ReplyDelete
  3. info ni pasti berguna buat adik2 lepasan spm.. :)

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang baik :) Pilihlah kos yang kita boleh catch up ye adik2 :) kalau boleh yang kita minat..:)

    ReplyDelete
  5. Harap diaorang dapat gunakan maklumat ni.

    ReplyDelete
  6. nak ambik law dulu...mati-mati kena tentang dgn omak eh...den pun teruih jd business woman!

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang baik untuk remaja lepasan SPM

    ReplyDelete
  8. tudia kakak kakak memberi nasihat buat adik2.. ehehe..
    nak ikut jejak langkah Kak Aisya mohon dengar cakap dia..

    ReplyDelete
  9. bagus ni aisyaaaa. berguna utk budak2 after spm.

    ReplyDelete
  10. alaa dah baca ni lepas dah isi upu :(

    ReplyDelete
  11. HIhihihi... tips dari org pandai memang gini... kalo tips dari akak nie, yg tak berapa pandai nie...

    Berlajar jek apa saja mengikut arus masa...hihihi ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...