home about contact travelog resepi bahasa jerman

Bestfriends, Lets Grow Old Together! Aja!

Dengar lagu ni sambil membaca KLIK

Ingat lagi, masa aku Darjah 2 kan, kitorang satu femli duduk rumah setinggan dekat Seksyen 26, pastuh tiba-tiba kerajaan nak ambil tanah rumah kitorang, kitorang kenalah pindah. Aku masa tuh sekolah dekat Sek Keb Seksyen 20. Kitorang satu femli pun pindahlah ke Kg. Padang Jawa, Klang, sebab ada tanah arwah atok dekat Padang Jawa. 


Setiap hari arwah abah berulang hantar aku sekolah jauh (Klang-Shah Alam), sampailah satu hari femli aku pujuk aku tukar sekolah ke Padang Jawa. Masa tuh kan, aku takut sangat nak pindah sekolah, aku macam fikir, camne kalau aku pindah, aku takde kawan, duduk sorang-sorang. Hahahahha. Aisya, memang gtuh lah, selalu takut kena duduk sorang-sorang takde kawan. Tapi walaupun ada rasa insecurity tuh dalam hati, aku still tukar sekolah masuk Sek Keb Padang Jawa, masa awal Darjah 3, tahun 2000 masa tuh, ingat lagi.


Aku dahlah takut takde kawan kan, hari first masuk sekolah Padang Jawa masa tuh, aku sorang jer tak pakai tudung, orang lain semua pakai tudung, rasa isolated habess arr masa tuh. Camne aku nak pakai tudung masa tuh, baju pun baju pinafore yang aku pakai pergi sekolah. Hahahhaha. Hari first tukar sekolah tuh, budak laki tarik-tarik rambut aku sebab aku tak pakai tudung. Ingat lagi, budak laki tuh cakap camnie dekat aku,


"Ko tahu, sape tak pakai tudung, nanti Cikgu Noraini tarik rambut dia time perhimpunan!"


Masa tuh Cikgu Noraini tuh penyelia petang. Aku cuak giler. Hari kedua terus pakai tudung. Sampailah sekarang ni haa, masih pakai tudung, Alhamdulillah. Terima kasih sangat dekat budak lelaki yang tarik rambut aku masa aku Darjah 3 tuh. Hahhahaha. 

Aku sebenarnya rindu semua yang dalam bayang-bayang ni sangat-sangat sekarang :'D

Tapikan, masa mula-mula jer aku ingat, aku akan jadi kera sumbang, takde kawan. Tapi rupa-rupanya dekat Sekolah Kebangsaan Padang Jawa lah aku dapat kawan baik sehati sejiwa aku, BFF la kata! Sampai sekarang ok still BFFs. Setiap kali aku balik Malaysia beraya, muka-muka nilah yang bawak aku jalan-jalan, makan-makan. Dioranglah yang temankan prepare masa aku nak kahwin, air tangan dioranglah yang buatkan hantaran kahwin aku, cantik-cantik tau. Banyak sangat kenangan dengan 4 orang tersayang aku ni. 


Bila terkenang balik, sekejab jer masa berlalu, dah 15 tahun kitorang kawan baik rupanya. Budak-budak sekolah Padang Jawa semua baik-baik, senang jer rupanya persabahatan tuh boleh terjalin. (**Mata berair. Jiran sebelah potong bawang plak, time-time ni kan.) Hahhahahah

Aku nikah, diorang yang nangis...aku rileks jer... Hehehehe :D
Dari kiri : Farah, Aku, Noraini

Dulu kecik-kecik nilah orang-orang yang naik basikal sama-sama dengan aku pergi sekolah. Ingat lagi, rumah aku paling hujung sekali kampung. Bila nak pergi sekolah, aku naik basikal pergi rumah Farah. Pastuh kitorang berdua gerak pergi rumah nenek Alifah. Pastuh bertigalah berkayuh pergi sekolah rendah, pergi sekolah agama. Paling ingat sekali, Alifah yang selalu bersiap paling lama. Hahhahaha. "Ipah, aku bocorkan tembelang ko dekat sini, jangan marah haa!" :D 


Second thing paling aku ingat, kitorang kayuh basikal nak pergi sekolah agama, kain sekolah tersangkut dekat rantai basikal. Kadang-kadang ada minyak hitam siap melekat dekat kain, koyak pun pernah. Tapi kitorang selamber pergi jugak sekolah, selekeh giler zaman tuh dulu. Hahhahaha. Tudung ada sambal keropok lekor pon tak kesah. Hahahhaha. 

Bestfriends : Beraya wajib bersama :D
Dari kiri : Noraini, Alifah, Farah, Munawarah :D
Dengar lagu ni plak sambil membaca KLIK

Munawarah pulak aku jadi rapat sebab kitorang naik basikal sama-sama pergi sekolah menengah, dari Form 1 sampai Form 3. Kitorang selalu lumba basikal. Pernah jugak tengah lumba-lumba, aku terlanggar kereta cikgu, pastuh aku jatuh dekat tengah-tengah traffic light simpang 4. Aku ingat masa tuh, memang dah arwah dah aku ni. Rupanya panjang lagi umur, Allah kasi peluang lagi untuk bertaubat banyak-banyak. Alhamdulillah :D


Dann dalam 4 orang ni, Noraini yang paling rapat dengan aku lepas Farah. Noraini ni rumahnya dekat jer dengan aku. Kadang-kadang aku merajuk dengan mak aku, aku lari pergi rumah Noraini. Kira rumah Noraini ni rumah kedua akulah. Kalau aku pergi rumah Noraini ni, tak lebih sejam, memang tak balik lagi. Femli aku memang tahu, kalau aku hilang, maknanya aku dekat rumah Noraini ni haa. 

Bestfriends : Melawat femli Kwang Soo sama-sama :D
Dari kiri : Farah, Noraini, Munawarah, Alifah :D

Noraini ni rajin dan maniss orangnya tau. Setiap kali nak raya kan, rajin dia buat Popiah Simpulan Kasih. Aku selalu jugak gedik nak tolong dia, tapi terkoyak selalunya kulit popiah tuh aku kerjakan. Bersabar jer Noraini dengan aku ni. Tak membantu langsung. Sekarang, Noraini, Ipah dengan Farah ada bisnes diorang sendiri, dekat kedai yang sama. Yang sorang meniaga Tote Bag lukis dengan tangan, yang sorang meniaga Popiah Simpulan Kasih dengan tudung, yang sorang meniaga apentah, aku lupa. "Sorry Ipott, aku tak ingat ko meniaga ape!" Hahahhaha

Inilah alamat kedai diorang, dengan insta-shop. Kalau korang nak
berkenalan dengan my BFFs, jemputlah ke kedai ni :D


It has been 2 years now, since I last met them alls. Aku sakit sekarang, sakitnya tuh disini, disini tuh maksudnya sakit di hati. Sakit sebab rindu orang-orang ni. Hailah sayang-sayang, bilalah nak jumpa lagi ni. 

Bestfriends : Sambut birthday sama-sama :D
Dari kiri : Munawarah, Alifah, Farah, Noraini :D


A friend is one that knows you as you are, understands where you have been, accepts what you have become, and still, gently allows you to grow.
~~William Shakespeare~~


Kepada bebeh-bebeh ku Farah, Noraini, Ipah, & Muna,
Aku rindu korang sangat-sangat!
Tunggu aku balik tau! Jangan kahwin selagi ku tak balik Malaysia!
 Lets grow old together!
Saranghae! Muah XOXO


19 comments:

  1. Sweetnya persahabatan kak Aisya ni. Seronok baca. Buatkan saya teringat dekat kawan-kawan saya.

    ReplyDelete
  2. Sweetnya! Ada persamaan bab pergi sekolah baru dan tak pakai tudung tu. Dulu masa tukar sekolah kita paling takut sekali tak dapat kawan, padahal kawan makin bertambah adalah.Yang pasal tudung pun sama. Tapi kita lagi rare sebab dah masuk form 4 baru nak start pakai tudung kat sekolah, haha. Apapun, moga ukhwah persabahatan awak-awak semua kekal selamanya, Aamiin.. :)

    ReplyDelete
  3. best kan aisya ada BFF..seronok kak wana tengok gambar BFF aisya tu..semoga persahabatan terjalin selamanya..

    ReplyDelete
  4. haha. sama laa. mimin pindah sekolah darjah 2 x pakai tudung. pastu kena tegur dgn ustazah. esoknya teus pakai tudung sampai hari ni. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. wah...bestnya kan ada bestfren...kongsi2 cerita...mcm2 la...

    ReplyDelete
  6. bestnya berkawan dari sekolah rendah sampai sekarang. bila dah besar masing2 dah berjaya tpi masih tak lupa kat kawan2 lama. semoga persahabatan akak dgn BFF akak kekal smpai bila2 ^^

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, semoga persahabatan Aisya kekal hingga ke akhirnya.

    ReplyDelete
  8. wah bestnya ade bff cmni..hope dpt bff cmni.. inshaallah :)

    ReplyDelete
  9. wahhh bestnya kan ade bff ni hehehehe. titewwww pun adeww bff. bff EFG :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  10. sob sob.. sedihlaaa citer2 macam ni walaupun suwit.. huurm..
    smoga persahabatan uols semua kekal.. saling tolong menolong mendoakan satu sama lain..

    ReplyDelete
  11. Alahai cian Aisya duk menaggung rindu huhuhu.....Sabar sabar nanti balik kg halaman leh la jumpa hehehe..........

    ReplyDelete
  12. Seronoknya baca entri ni..tetiba rindu kengkawan Cik Mimie..lama tak hang out sama2 dengan mereka2 semua T_T

    ReplyDelete
  13. Budak laki darjah 3 tu lawak. Hehe. Lama nya tak jumpa kawan

    ReplyDelete
  14. Sweetnya Kak Eca.. entah mengapa along mengalirkan air mata..... Mungkin seba memori indah sekolah rendah sekadar berakhir setelah tamat persekolahan sahaja.... Dan memori yang along alami..lebih pada kesakitan berbanding keindahan..begitu juga memori sekolah menengah along..telah lama along tinggalkan serta lupakan.... Jelez kadang2 tengok, mereka yang ada memori indah sejak di bangku sekolah sehinggalah dewasa..... (Banyak sangat habuk masa mata dah ni..) :)

    ReplyDelete
  15. Rindu kawan2 di Malaysia eh aisha....

    ReplyDelete
  16. bestnya baca entri akak ni. sampai kita pun rasa nak nangis dah. susah nak dapat kawan macam ni kan. boleh terima fiil kita yang berbeza beza. hahahhaa/ yang sabar je dapat kawan macam kita. yang masih ingat kita even dah lama berkawan. even masing2 berjauhan

    ReplyDelete
  17. best friend memang susah nak dilupakan. saya pun ada kisah begini tapi ramai sangat susah nak cerita hehe

    ReplyDelete
  18. bestnya ada best friend yang macam nih..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...