home about contact travelog resepi bahasa jerman

Tips Untuk Travel Eropah Like A Boss

Arituh ada orang suruh kongsikan macam mana aku selalunya booking setiap kali kitorang pergi travel kan. Haa meh ahkak ajar. Ilmu ada sikit jer di dada, tapi boleh jugak nak dikongsikan :D Teehee




Macam mana nak booking tiket flight?

Aku suka search macam ni: 
Cheap flight from Frankfurt, Germany to Venice, Italy

Pastu keluar macam-macam suggestion, dari banyak-banyak website booking. Aku tak tahu dekat Malaysia camne, tapi kalau dekat sini(Jerman) ada banyak website yang boleh tolong kita check time flight, tolong bookingkan semua. Setiap kali nak travel dalam Europe, aku cari flight paling murah dekat website-website camni. Tapi boleh jugak pergi direct dekat airlines company macam RyanAir ke, Vueling ke. Ikut kesukaan masing-masing. Website-website booking flights yang popular:

flug.idealo.de (German)
billigfluege.de (Website fav aku!)


Macam mana nak booking hotel?

Hotel pun aku suka cari dari booking website macam atas tadi. Tapi suggestion aku, website paling aku suka adalah.... Booking.com!! Aku suka suggestion dia, kita boleh tengok ratings hotel, aku tak suka hotel yang teruk-teruk. Taknaklah badan suami aku gatal-gatal sebab hotel ada pijat ke apa kan. Hahhahah. 


Ingat nak pergi hotel, pilih hotel elok-elok.  Tak maulah balik rumah bawak wabak pepijat ke kan! Eee-yyyuu! Check siap-siap, toilet kena share ke tak. Bilik dia besar macam mana, muat tak nak solat, breakfast dia ok ker idok. Orang komen elok ke tak. Hahhaha @_@ Tapi aku dengar website Groupon pon bagus jugak untuk buat segala macam booking-booking ni, dan murah jugak macam Booking.com :D 


Kalau travel guna public transport:
Tengok location hotel tuh ada tak train/bus lalu dekat dengan hotel. 
Takdelah kena jalan kaki jauh sangatkan. 


Kalau travel guna kereta sewa:
Penting untuk cari hotel yang provide parking untuk kereta. 
Taknaklah malam parking kereta, esok pagi dapat surat 'cinta' dari pak Polisi kan. :D



Macam mana nak cari kereta sewa?

Biasanya dalam Europe, ada beberapa syarikat popular yang tawarkan khidmat kereta sewa, dan agak reliable jugak. Dan kebanyakkannya, kita boleh ambil kereta masa kita sampai-sampai dekat Airport lagi. Seeloknya booking dulu siap-siap dekat online, sebelum kita pergi ambil kereta tuh, nanti proses dia jalan smooth jer. Contoh syarikat sewa kereta:



Certain airlines company, macam contohnya RyanAir, kita boleh sewa kereta sekali, masa booking flight. Dan murah lagi dari sewa asing-asing. Tapi RyanAir dia akan linkkan kita dengan Firefly ataupun Hertz jer biasanya, dan berdasarkan review kitorang baca, biasanya keretanya banyak kemek(Kalau yang sewa dekat Italy ar). So kena hati-hati, takut kita kena bayar pulak, bukan salah kita kan.


Normally kalau sewa kereta yang sekali dengan flights ni, jangan berharap sangat quality service dia bagus. Kadang-kadang harga dia bunyi macam murah mula-mula, tapi time kita nak ambil kereta, tiba-tiba dia caj itu ini. Kena hati-hati, dalam dunia ni, takde benda yang orang boleh kasi murah-murah gtuh jer, without any hidden costs :D So beware :D


Kalau sewa kereta dengan Sixt dengan EuropCar, keretanya biasanya bagus dan service dia laju. Tapi  normally keretanya ada had kilometer, limitnya 300km/day. Kalau luck bagus, maybe jugak boleh dapat kereta yang tanpa had kilometers. Kalau sewa seminggu nak round trip, berbaloi jer. Tapi kalau nak play safe, carilah kereta yang takde had kilometers. Kita pun tak payah fikir kena bayar ke apa, kalau terlebih dari had kan. 




Masalah Bahasa?

Haa dalam Europe kan ada macam-macam bahasa kan. Nak-nak bahasa Jerman, poning nak memahamnya kan. Cadangan aku, pergilah tempat yang biasanya tourist pergi. Bandar-bandar yang tourist biasa pergi, ramai orang boleh cakap English. 


Ataupun, cari tourist guide. Aku suggest, tanya kawan-kawan atau sedara-mara, kot-kot tempat kita nak pergi tuh ada student Malaysia ataupun Indonesia kan, kita boleh mintak tolong depa bawakkan travel. Dan tanya awal-awal, sebab student bukan sentiasa free tau! Ahaks! Garangnya kak Aisya!


Dan jangan arr buat macam tourist guide tak berbayar kan, atleast belanja arr makan tengahari ke kan. Dia ambil masa dia kot, teman kita jalan-jalan kan. :D Common sense penting yer, anak-anak @_@ Teehee


Anddddd last but never the least....



Bad tips, Good tips???
Tell me in the comment section, pls! :D


Thanx for reading this !
Luv cha! 
:D
Muah! 
Anneyoung :D


40 comments:

  1. Tips yg sempurnaaa..tq aisya..fuhh seronoknyer travel..

    ReplyDelete
  2. thumb up.. gud tips kak aisya.. yelah .. nanti anis blanje kak aisya kalau anis mintak kak aisya jadi tourist guide oke..huhu

    ReplyDelete
  3. sesapa nak datang Prague or any parts of Czech, I'm here! :D taklah mahir bebeno dgn Czech, but ada experiences (banyak la kot). haha

    oh yee, utk booking accomodation tu, kita suka airbnb. :) dia bukan hotel, more tu flat/apartment but nice semua cukup :D dapur sekali

    ReplyDelete
  4. ooo.. ada juga booking flight sekali boleh booking kereta sewa ekk... good info tu.. :)

    In Sya Allah.. menabung dari sekarang, nanti leh terbang gi Jerman... Aisya sila jangan balik Malaysia dulu ekk.. tunggu kak ain datang.. kehh kehh kehhh....

    ReplyDelete
  5. good tips! rasa nak fly skrg ni. tp sedih duit x cukup Ahahaa

    ReplyDelete
  6. kalau akak pernah juga tengok skyscanner tu semua.. tapi most of the time memang pegi beli kat web airlines memasing.. cewaaah iols komen macam kaki travel hahaha..

    hotel pulak.. akak rasa kalau within malaysia akak prefer agoda dari booking.com.. kalo kat luar pernah skali je booking ngan booking.com.. okay saja xde masalah =) mana2 pun okay janji kena rajin buat comparison kan..

    pick pocket ? nauzubillah.. moga2 terhindar..

    ReplyDelete
  7. Kalo akk yg lain2 boleh tahan lf nk survive...kalo masalah bahasa tu is my concern..bawa kamus bahasa siap2 just in case..

    ReplyDelete
  8. Good tips from kak aisya :)

    gambar kartun tu menarik sgt2!!

    ReplyDelete
  9. boleh digunkan ni tips2 macam ni =)

    #EFGbukansembangkosong

    ReplyDelete
  10. kena kumpul duit dulu lah baru boleh travel like a boss. haha

    ReplyDelete
  11. bila la nak penuh tabung CN ni, bestnyer la dpt pegi bercuti ke eropah

    ReplyDelete
  12. bagus tipsnya.. tapi bilalah nk sampai sana yer... huhuhu

    ReplyDelete
  13. Good tips nih...kalau lah byk DUIT huhuhuhu

    ReplyDelete
  14. Saya suka segala tips ni. Saya suka tengok harga ticket flight dekat momondo.com.

    ReplyDelete
  15. perghh daebak kak aisyaaa! ade pepijat eh kat hotell euuww

    ReplyDelete
  16. wahh tips yang bagus ni! thanks sharing link website dia :D haraplah boleh sampai sana, huhu

    ReplyDelete
  17. terima kasih..moga sampai satu hri nnti

    ReplyDelete
  18. nice tips.. mane thu pasni byk duit ke.. bole travel kan.. hehehe

    ReplyDelete
  19. Entah bile nak ke sane...
    Hehe..
    Ti kalau nak pi, akk refer sini semula :)

    ReplyDelete
  20. Nice tips Aisyah..seronoknya dapat travel :)

    ReplyDelete
  21. Wah, tips yang sangat berguna ^^

    ReplyDelete
  22. Good tips. Tapi nak travel ke europe makan cost yg tinggi. Tu yg baca je entry aisya. Rasa mcm dh sampai sana. hihi

    ReplyDelete
  23. Baguslah tips ni! Clap! Clap! Clap! :)

    ReplyDelete
  24. kite nk travel dlm negara ni pon trkontang kanting da tau..
    haha
    nice tips aisya

    ReplyDelete
  25. Kena buat persediaan awal2 kalau nk travel ni..huhu

    ReplyDelete
  26. nt g german..buleh contact u kan..hehe

    ReplyDelete
  27. Thanks a lot for your tips. :)

    http://alongwawaerna.blogspot.com/2015/04/jindrisska-first-anniversary-giveaway.html

    ReplyDelete
  28. good tips... best nye dpt travel g Eropah.. :)

    ReplyDelete
  29. teringin nak travel luar negara tapi setakat nie nak habiskan dalam malaysia dulu . hehehe

    ReplyDelete
  30. wahhh bnyk juga kene tengok if nak travell yaaa. hihi. yg penting juga pitih kene ade insya allah doakan boleh travel mcm akak :)

    ReplyDelete
  31. terima kasih kak Aisya share tips2 ni. mana tahu satu hari nanti berguna :D

    pickpocket yang x best tu... hmmm -.- macam dalam cerita focus

    ReplyDelete
  32. good info untuk saya yg tak pernah travelll...sebelum tu,kumpul duit dulu..hihihihi

    ReplyDelete
  33. bagus ni... terima kasih tok tipd ni... bestnye melancong lancong..!

    ReplyDelete
  34. Cik Candy teringin nak pergi Japan. Heheee dari zaman sekolah lagi cita-cita tue...
    Harap2 dapat lah jejak kaki ke sana one day ye..

    ReplyDelete
  35. kak ecah. tq for the tips. aina akn simpan kemas2 tips ni. sbbnya ni dah lama gatal kaki nk travel jauh2 tapi xdak rezeki. hmmm :'(

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...