home about contact travelog resepi bahasa jerman

Asam Garam Hidup Berkahwin Masa Belajar

Lately kan, terasa macam ramai pulak orang yang bertanya dekat aku, apa beza lepas dah kahwin, especially bila kahwin masa still bergelar student ni? Haa, cammano den nak torangkan ni haa. Aku sebenarnya tak reti nak put everything in words, apa baik-buruk-kesan berkahwin masa study ni, tapi mehlah aku cuba yer. Ini entri tentang, apa yang berlaku dalam hidup aku lepas dah ter-kahwin dengan Cik Juwaily, hehehehe :D Jemputlah baca yer :D




1. Aku lulus subjek yang dah fail 7 kali lepas kahwin
Haa ini paling obvious aku rasa. Dulukan sebelum kahwin, aku memang hidup mati berusaha sangat nak lulus subjek Programming (Part 1 & Part 2). Sampai 7 kali aku ulang tau subjek ni. Aku bukan mengulang exam jer, aku mengulang assignment dia sekali. Sampai satu tahap, aku memang rasa tak boleh go on lagi dah, sampai rasa nak pindah unilah, rasa nak tukar courselah, apalah. Betulll.


Tapi lepas kahwin kan, aku mula lulus satu-satu. Lulus assignment dia, pastu lulus pulak exam dia. Memang syukur Alhamdulillah tau. Siapa sangka, bila ada kawan menangis, benda yang kita rasa impossible, boleh dapat kita gapaikan. Haa tudia! Penangan kahwin katanya!


(December 2014) Christmas Market in Rüdesheim, Germany HERE



2. Suami aku pendorong aku belajar
Aku kan sama course, sama major dengan suami aku kan. Tinggal lagi, dia senior 2 tahun. Tapi aku Bachelor sekarang, dia dah masuk Master. Tapi still, semua subjek yang aku ambil, semua dia dah lalui dulu. Dia banyak bagi aku tips-tips camne nak score. Setiap lecturer tuh camne nak tackle subjek dia, haa gtuh.


Kadang-kadang orang tanya aku, "tak susah ker electrical engineering ni?" Semua orang kata course ni memang susah sangat-sangat. Aku tak berani nak kata, susah ke senang. Kang kalau aku kata, aku score, orang cakap, poyo giler minah tuh kan. Aku cuma boleh cakap, kalau aku score tuh, semuanya sebab dorongan dan tips yang suami aku bagi. Dia banyak bagi tahu aku, apa yang sesuai dibawa masuk ke medan peperiksaan. Lagipun exam kitorang banyak yang boleh bawa nota & data sheet yang kitorang buat sendiri. Aku selalunya refer data sheet yang suami aku punya, pastu tambah-tambah sikit. Bagus tau suami satu course ni! Hihihi.


(March 2015) Travel Cannes, France HERE

Aku kalau dapat sijil bachelor ni, sijil tuh sepatutnya bubuh sekali nama laki aku, dia yang banyak tolong sebenarnya. Tapi above all, lepas aku usahakan semua yang suami aku ajarkan tuh, tawakal pada si DIA yang di ataslah yang bagi kejayaan tu kan. Siapalah kita tanpa si DIA kan. Si DIA-lah yang menjadikan semua doa tuh satu impian yang bisa digapai. Ewah!


(February 2015) Winter Roadtrip Austria-Germany HERE
Photo taken : Somewhere near Alps



3. Penting suami yang memahami
Haa ini aku baru realised semalam, bila ada orang tanya aku. "Camne jadi isteri orang, dalam keadaan kita sendiri ada kelas, ada exam nak hadapi. Camne buat semua benda (masak, basuh pinggan, mengemas), macam susah jer nak bahagi masa. Penat tak?"


Pendapat aku, kalau nak berkahwin waktu study, first of all, paling penting, suami & isteri kena faham situasi masing-masing. Macam aku kan, contoh jelah ek. Bila aku nak exam yang susah giler-giler, aku memang tak masuk dah dapur. Aku melekat je dekat meja study, bangun cuma bila nak solat jer. Makan, minum semua suami aku masakkan, kadang tuh, dia siap hidangkan dekat aku. Contohnya baca SINI. Samalah, bila dia pulak busy dengan assignment ke exam ke kan, aku pulak yang tolong dia. Aku rasa, penting sangat partner kita faham kita, vice versa.


(February 2015) Winter Roadtrip Austri-Germany HERE
Photo taken in Mittenwald, Germany 



4. Suami isteri kena selalu tolong menolong
(applicable dalam semua keadaan, tak semestinya kahwin time study jer)
Kalau si isteri masak, si suami pulak basuh pinggan. Tukar-tukar kerja kan. Kemas rumah sama-sama, sebab sepahkan sama-sama. Hahahha. Kalau buat sama-sama, takdelah macam rasa tugas kerja rumah (masak, basuh pinggan, mengemas) tuh macam susah ataupun membazir masa. Aku faham, time kita student ni, kita idok ler banyak sangat waktu free, tapi kalau masa dan tugas dibahagikan elok-elok, insyaAllah everything can be done :D





That's it for now!
Thanx for reading!
Muah :D
More tips keluarga bahagia? Click HERE

16 comments:

  1. Kudos sangat dekat orang yang kahwin masa belajar :)

    ReplyDelete
  2. Untung kalau dapat lelaki yg memahami. Tapi, kalau dapat lelaki yang nak kita tatang bak raja, mmang susahhh. Sebab dh pernah tngok depan mata. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul scha, kita pun pernah tengok lelaki yang jenis kena tatang ni....rasa nak sepak jer laju2...hehehehehhe :D

      Delete
    2. Tau xpe.. Geram kan.. Doakan anis eh kak aisya dpt husband yg memahami diriku..cewahh

      Delete
  3. ada jugak a few kawan yang kahwin masa study, so far OK je.and ada jugak tengok yang tak work out.pucuk pangkalnya diri sendiri dan paling penting kena memahami.kena matang, tak semestinya tengok usia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak sal kan...pucuk pangkal, diri sendiri jugak akhirnya kan... :D dann kena matang... xboleh dah fikiran mcm msa belum kahwen....keadaan dah berubah kan :D

      Delete
  4. Akak rasa, org yg berkahwin masa belajar ni sgt bagus...selain dapat elak daripada kita buat maksiat...mcm yg Aisya ckp, kita ada pendorong..huhuhu...

    May Allah bless your marriage my dear.. :)

    ReplyDelete
  5. Seronoknya tgk orang dah kahwin..hehe.. semoga berkekalan hingga ke Jannah Aisya... Tabik dengan orang yang kahwin time study :)

    ReplyDelete
  6. Sengihh je bce kak aisya punye entry ni.. Byk kali kan ditanye.. Hahha.. May allah bless u n cik juwaily ye..

    ReplyDelete
  7. wah.. semoga awak berbahagia di samping belajar rajin2.. t dah kaya, sponsor saya di jerman eh ? kuihkuih

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah syukur ya Allah....

    ReplyDelete
  9. bahagianya kahwin masa belajar.. tapi saya takut nak bagi tau kat family... sy nak kawin..tp takut nak bagi tau.. akak ada nasihat2 yang boleh diberikan?

    ReplyDelete
  10. Ada kebaikan dan keburukannya. Tapi yg penting terpulang kepada kita mcm mne nak hadapinya kan..
    Apapun semoga bahagia selalu aisya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...