home about contact travelog resepi bahasa jerman

Darah Yang Gemuruh

Pengalaman derma darah di Jerman | 3 hari lepas, aku dengan suami pergi derma darah. Orang dari hospital datang ke universiti kitorang untuk 'kutip' darah-darah kitorang ni haa. Hahahaha. Aku first time tau derma darah. First time derma, terus derma dekat Jerman. Ya Allah best rupanya pengalaman derma darah ni!

Masa daftar, kakak nurse tangkap gambar, simpan dalam data base

Ceritanya macam ni, aku mula-mula nak temankan suami aku jer derma darah, aku takdelah macam nak derma. Aku tak sarapan pun sebelum pergi nak menderma tuh. Budget mula-mula memang taknak derma. Pastu lepas suami aku dah daftar, tiba-tiba suppp! Meresap satu perasaan dalam hati aku, "Eh, nak derma jugaklah" Hahaha. Pastu aku pun mendaftarlah jugak. Kehkehkehkeh.

Lepas daftar yang tangkap gambar tuh, kena jawab soalan pasal kesihatan kita. 
Ada banyak sangat tok nenek soalan kena jawab


Aku rasa, mesti semua orang pernah derma darah kan. Apalah sangat cerita aku ni kan. Aku just excited, sebab ini first time aku derma darah. Dann, berdasarkan pengalaman suami aku, suami aku kata, dekat Malaysia lain rasa dia bila menderma tuh. Procedure sebelum menderma tuh biasa je kot, maybe sama macam dekat Malaysia. Aku takleh cakap, sebab aku tak tahu camne derma darah dekat Malaysia. Aku memang first time tau. Maafin aku dong! Saya budak baru belajar, ambil galah tolong jolokkan gtuh! Hehehe.


Aku pulak tak sarapan, tak minum air pape pagi tuh. Sekali doktor tanya, "Kamu sarapan tak pagi tadi?" Dengan pantas aku jawab, "Saya sarapan, dokter." Padehal membohong jer. Aku takut doktor tuh tak kasi aku derma, sedihlah nanti. Kakak nurse tanya pun, aku jawab, aku sarapan jer. Tapikan dalam hati cuak sangat-sangat.


Dann disebabkan aku cakap dekat doktor, aku minum air sikit (padahal tak minum langsung sebelum datang), doktor suruh ambil air coke sebotol. Diorang ada provide air free, ada coke, ada sparkling water, dengan air apentah. Doktor tuh kata, "Saya tahu, coke ni bukanlah minuman yang sehat, tapi dia ada banyak gula, boleh bantu dapatkan tenaga". Of courselah doktor tuh cakap dalam bahasa Jerman, takkan cakap dalam bahasa Melayu pulak kan. Hahahhaha. First time dalam hidup aku, doktor suruh minum Coke ok! First time ever! Hahahaha.

Kakak nurse ambil darah, dengan check blood pressure. Lepas jumpa kakak ni,
jumpa doktor pulak. Pastu kena ambil bekas nak isi darah. 

Sepanjang-panjang menderma tuh, aku macam risau, orang asyik tanya jer sarapan ker tak. Maybe penting kot sarapan sebelum pergi menderma darah ni. Pastuh aku pikir, camne kalau lepas derma ni, sebabkan aku tak sarapan, tiba-tiba aku pengsan ke apa ker. Jadi drama plak kang dekat dalam dewan ni. Buek malu muko den lah haiihhh! Aku cuak sangat-sangat. Memang darah gemuruh meresap dalam dada. Cakap-cakap dengan kakak nurse pun, slow jer suara aku. Cuak yang amat. Dahlah jarum dia nak cucuk tuh besar. Ya Allah rasa nak tercabut nyawa aku, masa dia cucuk tuh. Aku rasakan, cuak dia ni, lebih lagi dari cuak masa nak menikah dulu. Hahahahah :D


Suami aku derma darah 460ml sekejab jer, dalam 15 minit. Aku pulak sampai nak dekat setengah jam. Kakak nurse tuh cakap, darah aku slow sangat-sangat keluar. Aku tak bergerak dah, lepas dia cucuk jarum besar tuh dekat tangan aku. Mati kutu aku dekat situh. Hahahah. Jadi gambar masa tengah baring derma darah tuh memang takde, sebab kakak Aicha tengah gemuruh masa tuh. Teehee :D

Lepas derma darah, dapat duit 26 Euro, simpan dalam dompet elok-elok. Heheheh :D

Lepas derma, setiap penderma dapat duit saguhati sebanyak 26 Euro. Yeay! Aku pun beli roti 35 sen, dengan duit tuh. Alhamdulillah, darah gemuruh berakhir, lepas kakak nurse yang baik, cabut jarum besar tuh dari tangan aku! Dann dapat duit! Dann dapat beli roti! Heeheeheehee. One happy day! Semua doktor dengan kak nurse baik-baik belaka :D

Baki duit lepas dah beli roti 35 sen.

Suami belanja makan tengahari ikan, sebab isteri baik, dah derma darah! Yeay!

Cik abang kita makan kacang dhal. Nampak tak?

Tips untuk banyak kan balik darah, lepas derma darah?! Yupp, aku search siap-siap sebelum pergi derma lagi.


  • Minum banyak air, dan makan sarapan sebelum menderma
  • Lepas derma, banyakkan makan sayuran berwarna hijau gelap (vegetables with dark green leaves)
  • Boleh jugak makan kekacang, ataupun kacang dhal. Kacang dhal (lentils) sangat bagus untuk banyakkan semula 'iron' yang hilang lepas kita derma darah
  • Makan ikan pun bagus untuk banyakkan darah semula
  • Banyakkan berehat
  • Jangan buat kerja berat termasuklah bersukan, dalam masa 3 hari lepas menderma
  • Boleh mula bekerja, lepas 12 jam menderma.

That's it for now!
Seronoknya dapat share pengalaman aku dengan korang!
Happy saturday semua!
Thanx alot for reading yer :D
Muah!


34 comments:

  1. Cik Mimie belum pernah derma darah lagi..Takut T_T.. dulu kat kolej ada buat..tapi..tapi..bila tgk jarum bagai tu..terus cuak giler..arrggghh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. samelah cik mimie...kita pon takut tengok jarum....baru tahu, kita fobia dengan jarum... hehehehe :D

      Delete
    2. Hehe..kalau yg jarum injecton biasa masa sekolah2 tu ok lagi kot..p jarum nak amik darah ni..takut la..hahaha..

      Delete
  2. terus terang,,Fida tak pernah derma darah...takut kat harum..memang fobia sejak darjah 6..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samelah kita pun...selama ni kita xtau, kita fobia dengan jarum...sekali tengok jarum dia nak amek darah tuh bear, kecut perut kita...hahahahha :D

      Delete
  3. beraninya aisya.. apapun niat yang baik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengkiu kak wani...kita saje nak try2 :D hhihiih

      Delete
  4. HAHAHA . comelnyaa . tak baik tipu taw c: jangan buat dah lepas ni. breakfast penting taw. Oh ain pun tak penah sebenanrnya derma darah. bukan takmau tapi tak berkesempatan. Harap2 dapat derma darah dkt oversea jugak. kihkihkihk. Tke care ya !

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga ain un dapat berpeluang derma darah... best rupanya, sebab dapat tolong orang kan... tapi kena tahan sikit cuak dengan jarum tuh...dia guna jarum besar, scary....hihihihi :D

      Delete
  5. wuihhh... best. siap dapat duit lagi.

    dl rajin derma darah. hehe

    ReplyDelete
  6. Hai, Aisya! Akhirnya berjaya gak akak mendarat ke sini heheh sori lama tak jengah.
    Memang darah yang diderma tu betul-betul kategori darah gemuruh ye...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak farrah, mmg betul2 darah gemuruh ynag kita derma kan tuh...hihihihi kak farrah memahami kita :D

      Delete
  7. Tahniah Aisya..akak memang x leh derma darah sebab darah akak x bagus...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. OOo ye ke...kesiannya... dulu pernah kita teman akk kita, pun sama, akk kita xboleh derma darah...sebab xcukup haemoglobin ke apentah.... sabar jelah kan... :D

      Delete
  8. Tahniah Aisya, beraninya cakap x sarapan. Bukan apa takut pengsan jer lps derma darah.
    Kalo dekat Malaysia slps derma darah dapat free air kotak, biskut dan sijil.
    Dekat buku derma darah tu kan, ada reward dari segi kalo masuk hospital dapat duduk wad first class atau second class ikut brp kali kita dah derma darah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh baru tahu...thanx for the info kak sue...nnt baik msia kita nak selalu lah derma darah... senang lah kan kalau masuk ward, dapat tukar class kan... bgus betul :D siap ade sijil.... bestnya :D

      Delete
  9. Tahniah... Dah boleh derma la bila blik malaysia ni nnt... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak maria....tulah kita ingat balik msia nak gi derma lagi lah....best! :D

      Delete
  10. derma darah dapat 26 euro ???? itu la yang paling menariknyaaa hahaha.. akak takut.. so far kawan2 je yang menderma..
    akak tak pernah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak siti...kita cam fikir, kalau nak cari side income, boleh arr gi derma darah, sebab dapat duit...kehkehkehkehk, niat salah betul kita ni :D hihihihi kak siti, derma darah ni cuak...jarum dia besar..... :D scary

      Delete
  11. Best gila dapat duit bila derma darah. Kami dekat sini tak layak derma darah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah farah... ramai orang dekat sini gi derma darah, maybe sebab daat duit kot...banyak jugak kan... :D hihihiih

      Delete
  12. sarapan tu mmg penting, lepas tu jgn la tipu kalau sakit...sbb kesannya nnt kat org yg dapat darah kita...

    kalau kat MY, manjang derma je...takde kasi duit pun...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... kalau sakit, mmg kena cakap la kan...bhaya nnt dekat org yang dapat darah kita...betul kata kak sally :D

      Delete
  13. Yeap. Memang kena sarapan. And and and, dia takde amek gambar. Pakai manual je. Tapi, kalau drma darah kat universiti, kemain ramai lagi taw. Bertolak2 nak amek borang. haha

    And dia takde bagi duit..... roti and air je.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah scha...sini pun berduyun2 orang derma.... barulah tahu, ramai orang suka derma darah...ingatkan sikit jer org :D

      Delete
  14. Derma darah pun dpt duit ye.. Syokk tapii kan , anis takut la derma darah.. Hukhuk.. Ntah bile nk berani xtau la.. Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. samelah anizz akk pun cuak nak derma....hati debar2 anizz :D hihihihi

      Delete
  15. erkkkk...kite pon dah lame x derma darah...hahaha

    ReplyDelete
  16. kat sana kalau nak derma dia tgk berat badan dak..hihi kalau malaysia dia tgk berat baru boleh derma..bestkan pengalaman yg mesti indah..

    ReplyDelete
  17. tak boleh nak derma.. sebab berat badan tak cukup..

    ReplyDelete
  18. Kak wana x pnah derma darjah..takooottttt!!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...