home about contact travelog resepi bahasa jerman

France | Travel ke Pantai Nice & Cannes

Entri ini berkaitan dengan:
Roadtrip Italy-France LINK
Travel Venice, Italy LINK
Berdating dengan Mr Bean LINK

Fiat 500
Our ride during the 7-day roadtrip : FIAT Cinquecento (Kiopta!)

Aku dengan Cik Juwaily kan, peminat sangat-sangat Mr Bean kan. Arituh yang kitorang travel roadtrip Italy dengan France arituh, kitorang sempat singgah sekejab pantai yang Mr Bean buat berlakon, dalam movie Mr Bean's Holiday. Nak tengok gambar, teruskan men-scroll :D Teehee!


Blue Sea
NICE, France (20 March 2015)

Blue Sea
NICE, France (20 March 2015)


Listen to this song as you read LINK
Pantai yang Mr Bean berlakon tuh namanya Cannes. Tapi Cannes ni sebelah dengan pantai Nice. Suami aku pernah dah pergi ke Nice ni, masa muda-mudi dulu, jadi dia tak sejakun aku ni haa. Aku jakun habesss menengok, bandar yang cantik macam Paris, tapi dekat tepi laut. Bandar tepi laut ok, bandar! Ya Allah, seriously Nice ni cantik sangat, memang omputeh kata, breathtaking view sangat! Amboi cik kak Aicha speaking ke tuh? Kihkihkih


Blue Sea
NICE, France (20 March 2015)
Kereta banyak sangat-sangat!!

blue sea
NICE, France (20 March 2015)
Banyak orang jogging pagi-pagi dekat tepi laut, bestnya!

alpes-maritimes
NICE, France (20 March 2015)

alpes-maritimes
NICE, France (20 March 2015)

alpes-maritimes
NICE, France (20 March 2015)

Dann, lepas tidur semalaman di Nice, dengar bunyi air laut kibas-kibas, the next day, pagi-pagi, kitorang bertolak ke pantai Cannes pulak. Dia sebelah-sebelah jer. Monaco, Nice, pastu Cannes. Ibarat macam Teluk Kemang dengan Port Dickson, pastuh jalan jauh sikit jumpa pantai Pengkalan Balak gtuh. Haa kan!


Kitorang masa tuh drive susur tepi laut jer, sampailah kitorang sampai boarder France-Italy (Ventimiglia)
Nikmat sangat tengok laut dekat sebelah kanan, gunung-ganang dekat sebelah kiri. No waonderlah tempat ni di panggil Alpes-Maritimes kann, ada gunung dan laut, dua dalam satu gtuh :D Subhanaallah :D

mr bean's holiday
CANNES, France (20 March 2015)

mr bean's holiday
CANNES, France (20 March 2015)

mr bean's holiday
CANNES, France (20 March 2015)
Teropong apa tuh?!

Bagi aku, personally pantai Cannes lagi cantik sebenarnya dari Nice. Yang Mr Bean berlakon tuh pantai Cannes. Aku lagi suka Cannes sebab kurang pelancong, berbanding Nice. Dann kurang bunyi kereta berdesup-desup, dekat Nice alahaiiiii banyak sangat kereta, traffic jam disana sini, cik kak tengok. Menyampah i olls, tak suka tau duduk dalam jam! Teehee :D


mr bean's holiday
CANNES, France (20 March 2015)
Sedapnya makan slurpy panas-panas ni!

mr bean's holiday
CANNES, France (20 March 2015)
Mr Bean pernah pijak laut yang sama! Yeay!

mr bean's holiday
CANNES, France (20 March 2015)
But he's not Mr Bean! Where's Mr Bean?!

Lautnya sejuk lagi masa kitorang pergi ni, jadi takde orang seksi-seksi berjemur ataupun mandi. Hehehe. Terselamat pandangan mato laki den! Hihihihi. Ohh lupa cakap, kitorang google search, tempat penggambaran Mr Bean di Cannes & Nice, dan kitorang terjumpa. Nama tempatnya Villefranche-Sur-Mer, Alpes-Maritimes. Cantik giler-giler ok tempat ni. Subhanaallah! 


Aku cuak sebenarnya, sebab dia kawasan gunung yang terletak dekat tepi laut. Boleh bayang tak, tinggi ok, pastuh kita nampak laut kat bawah kaki kita. Scaryyyy!! Tapi cantik :D Saujana mata memandang!


mr bean's holiday filming location
Villefrance-Sur-Mer
Lokasi penggambaran movie Mr Bean's Holiday jugak!

mr bean's holiday filming location
Villefrance-Sur-Mer
Dalam movie Mr Bean's Holiday, ini first view laut dalam movie tuh
after Mr. Bean's long-long journey (London to Cannes)


Melihat alam sahaja sudah terasa nikmat-NYA!
Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?!
(Surah Ar-Rahman)



That's it for now!
Thanx alot for reading and looking2!
Entri Monaco bakal menyusul :D Tunggu tau!
Muah :D

53 comments:

  1. Singgah pagi...
    Ya Allah...cantiknya ciptaan Allah...
    beruntung awak dapat melihat keindahan kecantikkan ciptaan Allah di negara org...
    saye yg tengok nie pun rasa teruja.....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanaallah sangat.... bersyukur dapat nikmati keindahan ciptaan Allah :D nanti balik Malaysia, kita nak ronda2 Malaysia, Malaysia banyak jugak tempat cantik yang boleh swim dan snorkeling kan.... seronoknya, rindu Malaysia :D Walaupun dapat tgok negara org, tapi Malaysia tetap dihati kami :D hehehehhe

      Delete
  2. Replies
    1. Subhaanaallah sis...semoga dipermudahkan untuk ke sini :D kami tunggu sis di sini yer :D

      Delete
  3. cantiknya! biru sangat air laut tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... Subhanaallah sangat :D terpegun tgok ciptaan Allah depan mata :D

      Delete
  4. Subhanallah, cantiknya pemandangan di sana.
    Nak pindah dok sana boleh?

    Kalo ikut story Aisya, akk pun prefer Cannes sbb x jem dan x bising..hehehe...ada la privasi sikit kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak sue, better cannes lah...senyap sikit bandar dia..kalau nice, kereta banyak, bising sikit :D

      Delete
  5. okay, ni melampau punya cantik...lepas ni tak pandang korea dah la kak sally...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha kak Sally korea pon cantiik jugak....teringin sangat nak gi tengok jeju dengan nami island...arggh tension tgok org msia asyik 'balik kampung' ke korea tu haa...macam sebelah rumah je kan.... jeles** heheheheh :D

      Delete
    2. hahahaha...nak buat macam mana...ada laki tak reti balik rumah...kita kena la gi cari dia sampai sana...

      *fan-girl berangan*

      Delete
    3. amboi, laki xreti balik rumah... I know who that guy is :D heheheheh :D

      Delete
  6. bestnye aisyah..bilalah nak smpai sne..hihihiihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ummul, meh lah sini....kita bawakkan pergi jalan...meh lah datang melawat kitorang dekat sini :D

      Delete
  7. teringat cerita mr bean jugak....keindahan ciptaan Allah.....
    #clickclicknuffnang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2, kagum dengan ciptaan Allah ni... tengkiu kak azi, tolong klik2.... :D

      Delete
  8. cantiknye view die..sedap mata memandang...arrghh! jeles..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, Subhanaallah sangat view dia...

      Delete
    2. Rezeki Aisya dapat menikmati Ciptaan Allah yang cantik ni :)

      Delete
  9. ya Allah, bila duduk dekat negara yg takde laut or pantai ni, memang rasa bersyukur dilahirkan kat negara yg ada :) rindunya kat laut, ombak semuaaa. tak lupa jugak seafood! :D

    Banyak seafood best2 tak Aisya kat pantai2 ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanis, kita tak makan seafood pun masa dekat nice ni...sebab ada kedai orang islam, halal... masa kitorang dekat iotaly jer banyak makan seafood...italy seafood dia xsemahal dekat german :''(

      Delete
  10. Subahanallah.... indahnya ciptaan Allah s.w.t.
    Biru-biru hijau air lautnya.... :)

    by the way, "dengar bunyi air laut kibas-kibas" tu camne Aisya...?? ce explain sket... hehehehee... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha kak ain, alaaa buat2 jelah faham, 'air laut kibas2' tuh....heheheheh :D

      Delete
  11. wahhh subhanalllahh lawa bangatttt!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann kc kan.....akk pun terpana masa tengok, Subhanaallah :D

      Delete
  12. subhanallah..cantik nye..untung aisyah dpt tgk tmpat org..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak atie kan... subhanaallah sangat, terasa terpana dengan ciptaan Allah :D

      Delete
  13. Terpana tengok view cantekkkkkkk! Subhanallah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann kak farrah kan... memang kita pun Subhanaallah banyak2 kali.... time tengok laut tuh 2 colour, rasa macam, wahhh....

      Delete
  14. lawaaaa weh.. kalo akak pun sama2 join jakun disitu..
    ni dalam citer mr.bean yg dia lompat2 from one car to another tu kan ? ke tu kat tempat lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak siti, cite hat yang tulah.... mr bean dengan sorang budak kecik tuh.... :D

      Delete
  15. Cantiknya pantai Nice tu! Ni yang kena buat plan pergi France ni. Eh? hehehe

    ReplyDelete
  16. Pergh. Feeeling betul pergi France baca entry aisya and dengar lagu candy, candy tu. hehee.

    Sukanya tengok biru laut. Rasa tenang. Rasa meremang dengan kebesaran Allah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kita pun meremang dengan kebesaran Allah, terasa diri sendiri kerdil sangat :D

      Delete
  17. Ya Allah... cantiknya pantai ni.... Itulah kebesaran Allah SWT.. untung blh pergi tgk.. :DD

    ReplyDelete
  18. biru mata hitam ku nengok laut tu.. Subhanallah..

    ReplyDelete
  19. cantiknya pemandangan sana...ada rezeki lebih insyaAllah nak ke sana

    ReplyDelete
  20. cantiknya pemandangan ciptaan Allah.. dapat tengok gambar jer, tak mampu nak ke sana..

    ReplyDelete
  21. Ya Allah..memang cantik pemandangan pantai tu..bertuah la aisya dpt smpai sna

    ReplyDelete
  22. Subhanallah.... kawan sy dulu study kat nice. memg sngat lawa pantai dia n bandar dia. dengar dia cita n tgok gmbar yg dia tnjuk terasa menggedik btul nk pegi.. belum ada rezeki ni

    ReplyDelete
  23. Subhanaallah aisya memang cantik sangat, btw Cannes tu nama tempat untuk festival filem France tu kan Aisya :)

    ReplyDelete
  24. cantiknya tmpt yg korang pergi ni aisyah...

    ReplyDelete
  25. subhanallah canteknya pantai tu. *nangis kesat air mata**

    ReplyDelete
  26. Memang cantik pantai tu :')
    Kuasa Allah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...