home about contact travelog resepi bahasa jerman

Germany | 3 Calit Putih vs. 3 Calit Hitam

Moh ler kita berkenalan :D Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal bercinta ker masalahnya? Hahahaha. Nama diberi Siti Aisya Ibrahim, umur dalam IC patutnya 24 this year, tapi dalam hati I olls sentiasa 22 jer selalu. Kehkehkeh. Aku sekarang tinggal di Jerman bersama suami untuk menghabiskan pelajaran, mengejar cita-cita, podah! Aku student engineering (Electrical Eng.), sekarang sem 8 Bachelor. Pelajaran dekat sini sepenuhnya dalam bahasa Jerman.




Sebenarnya kalau dipikirkan, boring sangat-sangat duduk dekat Jerman ni, kalau aku bandingkan dengan life aku dekat Malaysia dulu-dulu. Meh aku sharekan dengan korang, selepas aku lima tahun duduk Jerman ni, apa benda yang aku tak gemar sangat pasal Germany :D 


Beware! Ini adalah pendapat peribadi aku, harap takde pihak yang gunakan entri ni sebagai bahan rujukan, ataupun bahan untuk meng-bash aku balik di lain waktu. Kehkehkeh :D


1. No food delivery during the day (Takde penghantaran makanan di waktu siang)
Kalau kita tengok dalam cerita Korea kan, selalu jer diorang siang-siang hari pun boleh telefon & order makanan dekat kedai, pastu kedai boleh hantar. Dekat Jerman, setakat yang aku tahu, biasanya food delivery service ada lepas pukul 5 petang sahaja, sampailah kedai depa tutup :D Tak best kan, camne kalau aku nak order food delivery pukul 12 tengahari kan?


2. Kedai makan + baju tutup awal giler bila malam
Kat sini, kedai baju dengan barang-barang rumah contohnya, semua tutup pukul 8 malam. Dan kedai makan plak biasanya tutup max dalam pukul 10 ke 12. Kat tempat aku duduk ni kebanyakkan kedai makan tutup pukul 10 malam. Giler tak best!! 


Masa aku belum fly dulu, nikmat betul boleh pergi kedai order mee goreng mamak pukul 3 pagi. Seriuously, dekat Jerman ni, boring sangat kehidupan. Tak menarik langsung! Hahahha

3. Takde kedai mamak Subaidah, Nasi Kandar dsb yang buka 24H. Pasar malam lagilah takde
Aku setiap hari masak makanan sendiri dekat rumah sini(Jerman). Sampai satu tahap kan, terasa takde idea sangat-sangat nak masak apa untuk makan. Rasa kalau kat Malaysia ni, memang aku rembat jer nasi lemak kukus dekat pasar malam ke apa, settle masalah. Takpon pergi jer makan dekat kedai mana-mana. Takyah pikir pening-pening kepala. Hhhahaha :D


Itu sahaja untuk cerita tentang si calit hitam. Calit putih pulak, sila baca di sini CLICK esok, pada waktu yang sama. Semoga terhibur :D AKu sekadar berkongsi pengalaman :D




Kepada yang spend masa baca entri atas ni, thank you veli-veli much :D
I love u olls! :D
Muah
Anneyounghaegesayo :D



10 comments:

  1. Hiii sabar jelah ya.. Tak lama nak balik malaysia kan.. Sekurang2nyaada pengalaman kat sana

    ReplyDelete
  2. Hahaha. Adoii tak tahan nasi kandar tu aisya. Malaysia tetap di hati. Kah !

    ReplyDelete
  3. aisya ingatkan masih 19 tahun macam aRz hihi :)

    ReplyDelete
  4. woah, terkejut bila baca takde delivery pagi2. kite kat sini masa exam period, memang tak masak, semua duk bertapa kat tmpt study masing2. hehe kadang2 order delivery je untuk lunch sekali dinner, pizza or restaurants. nasib baik ada :D

    ReplyDelete
  5. Kak Eca.. along blurr2.... si calit hitam ni apa? Pengalaman buruk?ahha... BTWY.. tiada tempat yang lebih indah melainkan MALAYSIA yang tercinta :)

    ReplyDelete
  6. bhahaha rindu kedai mamak ke adik yang sorang ni kekeke.. ok lah tu.. diorang tutup kedai awal sbb nak suruh pekerja semua balik n spend time dgn family pulak.. quality time gitu..

    ni mesti kaki order makanan delivery ni.. haip tak elok.. p masak.. nasi n telur goreng =P

    ReplyDelete
  7. Aisya..nanti mintak family post mknan2 kering dr malaysia. .hihihi

    ReplyDelete
  8. Kenapa takde delivery sebelum pukul 5? Sedihnya bila dengar.

    ReplyDelete
  9. Malaysia The best...hehehe...nak lepak mamak sampai sahur pun takpe..hahaha.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...