home about contact travelog resepi bahasa jerman

Kelas Bahasa Jerman #6 : Grammar Bahasa Jerman

Haa arini aku bangun awal. Takdelah awal sangat, aku bangun lebih kurang pukul 845pagi, sebab janji nak jumpa dengan kawan dekat Uni pukul 930. Punyalah aku pakai comel-comel mekap bagai, sekali pukul 925, kawan aku telefon, kata dia tak jadi datang. Cett! Rasa nak meroyan baling-baling kerusi jer. Tapi aku sabar jer. Aku kan baik! Kehkehkehkeh, perasan betul.


Aku kena pergi Uni sebab nak ambil surat untuk masuk praktikal. Aku macam bengang sebenarnya kawan aku tiba-tiba cancel, rasa nak hentam kepala dia. Lempang piung-piung! Hahahha. Tapi walaupun kawan aku tak jadi datang, aku tetap pergi Uni untuk ambil surat tuh. Malas aku tunggu orang yang tak menepati janji ni. Lantak kat ko lah, Labuu! Hahahah.


Sampai dekat Uni, pergi ler pejabat dia. Aku tersasul-sasul cakap tadi. Punyalah masa atas basikal aku dah karang ayat dalam otak, sasul jugak akhirnya. Ayat perbualan kitorang macam ni:


''Ich habe Praktikumplatz bekommen, und das Firma...''
(salah dah sebab guna 'das', patutnya guna 'die')


Pastuh aku betulkan ayat aku...

''...die Firma brauchen eine Bescheinigung von der FH.''
(adoyai tersalah lagi sekali grammar aku!)

mason cooley language friendliest


Tapi aku sebat jer, nasib baik makcik pejabat tuh faham apokobondo aku tengah cakap masa tuh. Hahahha :D Ayat sebetulnya patutnya macam ni yer, anak-anak:


''Ich habe Praktikumplatz bekommen, und die Firma braucht eine Bescheinigung von der FH''
Maksud : Saya ada dapat tempat untuk praktikal, dan syarikat praktikal tuh perlukan surat dari pihak University.




Betul ker bahasa Jerman bahasa paling susah di dunia? Meh belajar bahasa Jerman...kahkahkahkah..terkeluar isi perut nak sebut...
Posted by Siakap Keli on Tuesday, 10 March 2015
(Jangan percaya sangat video ni, pronounciation german takdelah teruk sangat camnie. Hahahah)


Pening tak grammar german ni? Pening kan! Layankan ajer. Tak mati pun cakap bahasa german lintang pukang macam ni. Hihihi. Dengan grammar huru-hara nilah aku lepas jawab almost 30 exams yang semuanya diajar dalam bahasa german, dan exam sepenuhnya dalam german. Alhamdulillah, sikit jer lagi nak habis! Fighting! :D


when god is the reason to live you'll never have a reason to quit


Whatever happens in you life, never give up.
Because God is watching you :D

11 comments:

  1. Heeee. I really dont like grammar! Sama je kat sini. Selalu lepas bab sebut nama barang ke, tapi bila masuk grammar Russia yang banyak tu, lintang pukang jugak la. hehe

    ReplyDelete
  2. kalau kak wana memang tak reti nak menyebutnya aisya..memang hebat la aisya sebab boleh bertutur bahasa german.. :)

    ReplyDelete
  3. tergeliat lidah kite nak menyebutnye..hihi

    ReplyDelete
  4. susah jugak bahasa jerman ni. terbelit-belit lidah bila nak sebut

    ReplyDelete
  5. Huhu camne nk ckp eaaa..susah nau bahasa dia..tak rotiiii dennn nk menyebutnya..

    ReplyDelete
  6. adoi, grammar English pun tak khatam lagi..pernah dengar satu quote ni 'life is too short to learn German'..haha

    ReplyDelete
  7. habisla wardah kalau kene blaja grammar2 ni. fail lah kak. huhu inikan pulak bahasa German..

    ReplyDelete
  8. seronok dapat belajar bahasa lain. apatah bahasa german yang lain dari yang lain

    ReplyDelete
  9. susahnya nk sebut.... tergeliat lidah dibuatnya. huhu

    ReplyDelete
  10. Kak Aisya buat intern dekat Germany la ni nanti ya?

    ReplyDelete
  11. Hahaha...mcm mna nk sebut tu..mau Cik Mimie nangis dulu..hihihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...